terasa.

nda jadi terus mo update pasal percutian pegi kg.pusa

kasi tgk gmbar jak la.

.
.
.
*cari2 gambar untuk upload*
.
.
.
.
TEDA YG SESUAI. semua gambar yg happy2.
tp mood skg mcm hancus.
.
.
.
.
*zzz*

ini cerita seram.

benar, exam sudah selesai.
tapi perasaan seves itu masih tinggal.
result ni penentu segalanya.
SERAM BUKAN??
apa2 pun, mari berdoa semoga semua urusan dipermudahkan olehNya.
aminn~
******
habis cerita seram.
******
Jumaat ni,
pergi Kg.Pusa, sri aman.
kampung kuarga angkat. (pernah ikut prog. anak angkat dulu masa foundation)
bapak ai ketua kampung okeh! he~
bapak kol dua hari lepas,
mau jemput di maktab.
so, ameng & saya decide pergi hari jumaat ni
so,
kena setelkan semua urusan di Kuching sebelum jumaat
passport, check up, bla3...
sebab balik nanti teda masa suda.
Isnin-Jumaat ada BTN pulak.
lepas BTN ada TESL dinner lg.
tema: retro
lepas tu baru free sikit.
22 hb balik kk. weee~
cuti lama pulak tu!
nge~
mau keja? amek lesen? duduk rumah ja?

orange vs. gold! bolloss saja~

semalam adalah dinner. annual dinner ipgm batu lintang.
tema : masquerade - gold, hitam, putih.

saya adalah merujuk kepada tajuk dia atas. malas bah mencari baju. jadi maafkan okeh. eleh, ramai jg pun langgar tema :P

tahun ni, dinner terakhir kitorang di IPBL. kali-ke3. whoa~ tiga tahun suda daku bertapak di bumi kenyalang ni. masa itu terbang dengan cepat, bukan? dan kami di beri penghargaan duduk di deeeeepan sekali. nda best pun, di tepi stage, nda nampak performance. haihs..
tgk screen pun susah.

kali ni buat di hotel Four Points.
p/s: macam grand, sekali tgk best lagi Crown Plaza. apalah tu.. hmm...

menarik juga lah, sebab saya kan sentiasa hyper. oh ya! sukaaaa tgk band2 yang perform okeh! walaupun saya tau mereka amatur, tapi mereka main mcm dum3 cak! hebat~ superb~ hapenning~
terus saya pnya keinginan untuk blajar main drum menggunung lagi! hiyeah~

lagi yang menarik?
Rene, kawan sa masa sekolah dulu. dia masuk jadi junior saya. jadi, kira tahun pertama la dia sini. bukan itu yang menarik, yang menariknya dia ni menjadi kegilaan kawan2 saya. adoih~
MEREKA kata, hensem, figura semat, hensem, dan hensem. sungguh adoih~

gambar nnti lah upload aa. bikin panas internet ni. =.='

*****

laptop rosak. bagus lah jgk kot. boleh study, kurang main game.
isnin selasa saya exam. doakan tidak sangkut ya kawan2. saya mau flyyyyy!!! jadi tidak mau sangkuttt ^^,

p/s: mau laptop baru. tolong beli! :P

kemalasan!

tapi siyes banyak mo update.
nanti2 seja la ha!

kumpul2 dulu nanti baru kasi update pukal okeh!

zzZ

saya banyak pikir.


Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati kami dalam menempuhi dugaan yang tidak terhingga ini. Selamatkan lah kami. Kuatkan lah ikatan hati2 kami. Lindungilah kami dari semua yang tidak diingini. Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu dengan cinta dan kasih sayang yang Engkau berikan pada kami. Janganlah Engkau tarik nikmat kebahagiaan ini...

saya homesick. sangat3.



Mua-ha-ha! Bebelan secara pukal kali ke 96...??

first of all, saya ingin mengisytiharkan “Hari Bebas Assignment Sedunia” Hoyeah. Semua assignment untuk sem ni telah selamat disiapkan sejak Jumaat lalu. perasaan sangat gumbira okeh. rasa macam ringan sikit, walaupun lemak semakin bertambah. (eh2, mesti geli kan bila dapat tgk lemak2 kita secara live??) hahaha. yux!

Petang Jumaat jak suda keluar berjoli. walaupun pegi Wisma Saberkas jak, tapi seronot i tell you~ majlis joli dimulakan dengan karaoke. sila tepok tangan! wewwiit… ;)
p/s: sy bawa lagu agnes montiqa jugak sebijik. lalalala~
bila rasa2 dah abis sora tu, sy pegi shoppink. haks… masa ni okeh lagi, sbb ayah bagi duit lebih sket, khas untuk shopping (rasanya…)

tapi..

skrg….

keadaan jadi macam.. er… macam memaksa aku untuk puasa! haha. akibat…? akibat berbelanja yg macam nda ingat dunia. *tampar2 pipi. yakdush3*

tadi sy keluar lagiiiiiii….. uwaaaa…..!
kononnya mau ikut dorg jalan2 jak… tapi… tapi… tangan gatal jgk kan?
beli itu, beli ini, beli lagi itu, beli lagi ini. sehingga tidak menyedari, saya telah muflis.
padan muka =.=’

okehhh, jangan dikenang benda yang telah pergi. biarkan duit itu bertukar menjadi sesuatu yang lain. (apa aku ni??)
sekarang saya adalah happy, kerana telah makan cheese cake. pagi tadi saya mengidam cheese cake & cheese tart. sila berliuq! hahahaha.. seronot la buat org mengidam nih.. lalalala~ walaupun sy gagal mendapatkan cheese tart, saya berjaya mencekik blueberry cheese cake. fuh!
chantek, lemak dan berkrim…! <----- saya. lalalalala~

okeh. sekian ruangan untuk merepek.

bersama2 ini saya sertakan tips2 ketika keluar bersama saya!
  1. anda hendaklah bermuka ceria dan teruja. kegagalan berbuat demikian akan merosakkan mood saya. *yang ni nda best la, sbb bila org ada problem dan buat muka stress/sedih/xda mood saya akan terasa lebih2. ah! hati tisu (bak kata vivi)
  2. anda mestilah pandai menghasut. menghasut ke arah kebaikan maksud saya. contohnya begini, apabila melihat saya sedang menchentai sesuatu, samada kasut, baju, atau beg, silakan menasihati saya agar tidak membazir secara berhati2 agar tidak merobek perasaan saya yang lemah lembut nih. Sungguh, pada masa seperti inilah, hasutan anda diperlukan.
  3. tidak berkelakuan seperti polis. eh, mari saya bagitahu. kalau keluar dengan abang saya, dia akan berlagak seperti orang yang paling kuat di dunia. kalau saya jalan depan sket, dia suh saya stop kejap. kalau saya jalan di belakang, dia pulak akan stop dan tunggu saya. oh! rimas okeh. tapi, jika anda keluar sebagai boipren saya nanti, silakan berjalan bersama2 okeh. ahaks! jangan tinggalkan saya di belakang walaupun saya suka singgah2 untuk melihat kedai2 atau benda2 yang menarik mata saya. tapi kalau anda keluar sebagai teman atau rakan2, pasti anda tahu dimana kedudukan anda masing2 bukan?
  4. tahu menilai perasaan/mood/ekspresi wajah saya. *wani & rakan2 adalah sangat terror dalam bidang ni. dorang selalu kata, “tengok muka riby penuh nafsu” atau “riby, muka ko x bley blah” wah! pintar kan mereka. ha, pendek kata, bila berjalan2, kita terlihat sesuatu yang sedap, silalah ajak saya makan! heeee~
  5. kurangkan masuk ke dalam bookstore. especially bila anda seorang ulat buku atau suka perasan bahawa bookstore tu pakcik anda yang punya sehingga anda mahu duduk di dalam itu sehingga kaki saya sakit dan saya menjadi bosan. heh! *ni pun wani & rakan2 sangat cemerlang! =.=’
    mereka akan masuk ke bookstore, cari buku macam pegi pancing ikan okeh. sangat lama. saya akan kebosanan dan kepenatan. jadi, silakan jangan buat seperti itu. boleh kan?
    :D
  6. sudi temankan saya berbuat semua benda termasuk yang pelik2. haha. malas mau buat huraian, paham2 sendiri okeh. hua3..
sekian, selamat keluar bersama saya!





dan untuk memeriahkan lagi Majlis Bebelan Secara Pukal kita pada kali ini, saya sertakan sedikit selingan yang menarik. hahaha

“Selamat Ulang Tahun buat saudari Nurul Atiqah Ruhaizad”

ha’ah laaa. saya suda 20 tahun! 06 Oktober hari tu. ngeh… hari tu semua berjalan lancar dan tiada sedikit najis pun yang merosakkan mood saya. Tahun ni b_ncit tidak lupa birthday saya (2 tahun dah dia lupa okeh! benci!), eh3…tapi ain lupa!! (dia cakap dia x lupa, tapi buat2 lupa sebab mau jadi orang yg paling last wish sy, tapi saya tetap anggap dia lupa!)
dan encik z telah wish saya dari kejauhan! hua3… i dapat birthday msg dr russia okeh. korang ade? tak adeee~ hahahah. eh, tqa sot. maaf.

petang tu saya jalan2 berdua bersama wani! pegi the spring. ngeh. seronot. buang duit lagi time tu.. isk3… oh ya, dan kali ni, hadiah yang kawan2 bagi, adalah MAKANAN belaka. adoih. sindiran kegemukan?? xpa, daku pasrah……………….




*gambot di harot jadot sayot. ngeh. kluaq bsama watok~

saya suda besar, jadi harus matang dan cemerlang. sila doakan kesejahteraan dan kebahagiaan saya.

p/s: saya geram bila orang pesan “cepat2 dapat jodoh”. sabar lah wey! ingat senang ka mau cari! hahaha…zzZ








-atiqah-