Tuesday, April 28

keputusan rasmi

dengan penuh rasa bebelah baginya aku mengumumkan bahawa aku x jadi balik pada hujung minggu ni. maksudnya, AKU TAK BALIK KK lah. huhu. sekian.

t

biarlah aku meluangkan masa bersama gadis2 ku di sini. semoga emo dan stress akan hancur berkecai! yeah~ mari gumbira!

c

*semoga hari para pembaca ceria dan indah! cheersss~

b

emo. tidak sembuh dikelilingi orang2 emo jg

aku hilang mood. asalnya mau study tapi terbengkalai. hehe.. itu sudah biasa. aku pegi carik ilham kat bilik kawan2. tapi… smua org pun tengah emo.

kawan 1: emo sbb unknown reason.

kawan 1 kata x taw kenapa dia berduka. tapi kawan 1 rasa dia nak mak abah dia. mungkin tengah risau pasal exam, mungkin ada masalah dengan kengkawan yang lain. tapi dia sungguh tidak gumbira.

kawan 2: huru hara sebab perasaan bersalah.

kawan 2 rasa dia buat salah dengan seseorang. seseorang yang patut dihormati. kawan 2 tahu seseorang tu kecik ati kat dia, tapi ‘seseorang’ tu tak cakap pun. kawan 2 rasa segan nk mintak maaf kat seseorang tu dengan tiba-tiba. yala, takkan nk minta maaf, org tu tak tunjuk btul2 dia marah/kecik ati. kawan 2 juga segan kalau-kalau seseorang tu x layan dia nanti. aku da cuba bagi ayat yg baekk punyaa. hehe. kawan 2 gelak2 je. ok la tu. at least ada jg ruang untuk senyuman dia. :)

kawan 3: jiwa kacau sebab tgh ada conflict dengan bestie.

bestie dia menjauhkan diri. bertindak tidak seperti selalunya. mestilah perasaan sangat tidak gembira kan? kalau aku pun mesti sedih punya. kawan 3 kelihatan sgt horror. gaduh dengan bf pun tak mcm ni. kesian. dah la nk exam ni. huhu. semoga tabah hendaknya~

kawan 4: putus kaseh

sememangnya sadis dan tragis jika ini berlaku. just nak kawan 4 tahu, kitorang sentiasa ada. tak nak banyak komen yg ni, huhu. aku pun turut terasa dengan kejadian ni. semoga kita happy3 hendaknya. dan semakin dekat dengan Yang Maha Penyayang.

aku: tengah nervous pasal exam tapi setan masih berlegar2 disekeliling lalu homesick muncul dan jiwa kacau. ehehehe…

masalah aku adalah seperti yang di atas. benar. sungguh memeningkan. aku tahu, punca nya dari kemalasan aku sendiri. hehe. tapi muncul lagi suatu idea dari makcik aku yg sungguh memeningkan tapi membuat aku teruja seketika. 1 may (jumaat) adalah cuti umum. jadi, cuti lah!

beberapa jam sebelum ni

“cuti 3 ari nanti x blek kk?” – mck tien

“adeih.. mengolok ba ni kan?” - aku

“haha.. bukan mengolok, menyindir… hehe. rugi x blek. nanti dorg pegi kk (dari lahad datu) 5 keta.” – mck tien

“mck tlg pujuk ayh saya. hehe” - aku

“oh tidak. x berani mck” – mck tien

“haha. trima kaseh la kasi ingat ada cuti ujung mgu ni. hehe” - aku

“minta duit kat nenek, nenek tgh kaya. hehe…” – mck tien

kemudian. makcik aku kol. (ni makcik lain pulak, mck ana). cakap nk sponsor tiket aku blek kk. mintak acc num aku. nak bank in duit. alangkah baiknya kam? untuk makluman, semua rancangan tiba2 ni tidak diketahui oleh ayah bonda aku. huhu. memang cari pasal. aku segan. hehe. segan la bah! sapa nda segan, tiba2 kena hulur bantuan yang meletops. aku cakap, nanti la. aku nak fikir dlu. aku pun x cek tiket lagi. lagi pun aku macam masi shock, tiba2 nak blek kk. biar betol!! kemudian makcik aku ckp, jgn malu2. aduih. aku gembira ada makcik yg baek2 belaka. aku fikir2. aku cerita kat kawan aku, yg sorang suh aku blek bercuti, yg sorang pulak nasihat aku. “buang duit ja ko blek”. otomatik aku re, “ok, aku dgr cakap ko”. kesimpulannya aku x jadi blek hujung minggu ni. aku akan menyusahkan orang kalau aku blek. biarlah aku kekeringan di sini. makan besa2 saja dan tidak lazat seperti di rumah. walaupun aku tgh rindu dengan nasi kuning! biarlah aku bersusah payah menjadi student di sini, walaupun aku ingin bersenang lenang di rumah, tanpa homework, keja dan laundry. biarlah aku mengalah kali ni. tak perlu menyusahkan org yang tak sepatutnya. untuk makcik, keikhlasan mu kuhargai. mungkin suatu hari ni ku membalasnya :)



*p/s: mck, kalau nk belanja jgk, acc saya sentiasa terbuka. hehe

p/s lagi: aku rasa semakin dekat dengan dia, tapi aku rasa aku makin jauh dari dia. macam mana tu??

p/s lagi la: tidak semua yang kita harapkan akan menjadi milik kita. dan tidak semua yang kita harapkan itu indah.


sekian.



berharap emo kawan2 ku pudar, lalu kami bahagia.



roger!

eh, tima kaseh sudi membaca. panjang kn?? hehe

Sunday, April 26

sudah tidak berharap…

setiap tengahari pagi, bila aku buka mata, bangun dari tidur. aku sentiasa berharap hari akan menjadi indah, dipenuhi gelak tawa, tiada kesulitan yang akan dihadapi sepanjang hari, tidak menjadi mangsa kemarahan orang lain, tidak mengalami ketidakstabilan emosi, senyum yg tidak lekang dari bibir sepanjang hari, ke sana ke mari dengan hati yang suka bukan duka, mengunjungi bilk2 kawan sambil menceriakan mereka.

tapi…

manusia tanpa masalah tidak mungkin ada. hari yang sempurna tidak mungkin pernah ada. senyuman di wajah akan pudar bila tiba masa. keceriaan mungkin akan mengundang tangis bila tiba masa. insan biasa, sudah pasti diuji dan diduga. apa yang penting: cara kita mengatasi itu semua.

kegembiraan itu mendamaikan jiwa, tapi kesedihan kedukaan kepahitan aku rasakan penting untuk melengkapkan individu. terima dan telanlah kepahitan seperti ubat-ubatan yang sesungguh nya berfaedah. haha. analogi yang datang secara tiba2!

bo006

paSraH

hari ini aku tidak berharap lagi. aku biarkan perasaan datang dengan suka hatinya… sapa tahu itu lebih indah dan bermakna...

:)

Saturday, April 25

banyak kata…

banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan, banyak kisah yang masih mampu ku ceritakan. he :)

alkisah 1: slightly injured.

semalam. aku tertidur lepas asar. penat sangat. lepas klas, aku kuar ngan kawan2, sebelah petang ada practice untuk ads competition sempena English Week. tu yang penat sangat sampai indah lelapku. sebelum tido tu, dah start ujan. sorang2 dalam bilik buat aku cuak sket. dah beberapa hari ni asyik ribut je. haizz…. aku pun senyap2 dengar lagu sambil menabahkan hati. bila aku sedar, kilat mmg dasyat gila wa cakap lu, guruh bunyi sangat gempak. aku tengok tingkap aku terbuka, hujan membasahi laptop aku sbb laptop aku ni duk kat sebelah tingkap bilik. aku bangun la, nak selamatkan laptop dr lemas. tiba2 (huhu) aku tergelincir, lantai basah. (see, ujan kuat sangat ala2 ribut dan masuk dalam bilik aku). sakit wo! lengan aku terkena meja. aku yg tgh mamai2 time tu terkejut skjp dengan kesakitan yg ku alami. kilat datang lagi. aku x jadi tutup tingkap. terang benderang mcm flash camera. aku lari kuar. hee… aini & grace tlg aku tutup tingkap, dan selamatkan laptop yg hampir lemas tu.

 

alkisah 2: English week, pertandingan iklan.

7.30 malam. pegi auditorium TAZA. oh yep, sempena English Week ni, beberapa kumpulan terlibat dengan Pertandingan Iklan. Class aku kena buat iklan syampu. kesimpulannya, kami tak menang. tapi semalam sungguh seronok. hehe. smua lawakxxx! comel sungguh kwn2 sa.. haha. aku suka jerit2 kalau tgk org buat persembahan. apa lagi bila tgk kawan2 aku. he…

*dah lama x pegi konsert. huhu

 

alkisah 3: Pertandingan Bola Baling, Buttercookies

Aku lambat bangun pagi td. hehe. terlepas match pertama kawan2 aku. cepat2 bersiap, then pegi tgk dorang kat padang. sampai kat sana dorg tengah lepak2 tunggu next match. team budak pompuan menang. (in fact, dorang mmg terror, juara tahun lepas ok…*bangga) haha. ok3.. aku join lepak2. lepas tu dorang main lagi, menang lagi. (see.. aku da cakap dorang terror *bangga lagi. huhu). nk dijadikan cerita (cewah!), dey all suh aku tny bila food nk sampai. ok. selesai. kol, dan nasi lemak otw! then, dey all minta tlg pegi booth penganjur, tanya bila lagi next match dorg. aku pun pegi la. dengan payung kiyut dan kipas di tangan, aku jalan tergedik2. muahaha. muka ala2 manager yg chomel. ciss..

“sekius me, mana uruseta?”

“ni, kat seblah ni”

“sekius me, nk tny sket dik, buttercup punya next match bila lg ar?”

“ha??”

“buttercup, bila lagi dorang ni main?” (aih.. lembap btol budak2 ni. boley plak blur2…*monolog)

“oh, butter cookies?? erm.. ptg ni ada lagi. jam 2.30 eh..”

--aku malu, buttercookies boleh jadi buttercup, aku malu, mesti budak2 tu gelakkan aku, aku malu, patut la budak urusetia tu blur2 bila aku tny, aku malu, aku bgtau budak2 buttercookies, dorang pun gelakkan aku, aku malu!--

aku tak tau keputusan game ni lagi. hopfully buttercup buttercookies menang lagi taun ni :)

alkisah 4: jalan2 gumbira penat kenyang

lepas tengok buttercookies menang lagi, aku kuar ngan wani, ngan aimi skali. pegi the spring. aku TERbeli baju. huhu. selebihnya hanya makan2 dan jalan, dan makan2, dan jalan cuci mata, dan makan2. p/s: lengan aku masih sakit you~

setakat ni. hari ku agak best (selain sakit di lengan itu) --lebam yg berwarna ungu+biru+pink+merah. sakit ok…--

sekian. update secara pukal.

 

roger!

 

Friday, April 24

waaa.. sukaaa!

testing3…! waaa.. haha sukanya. utk makluman, aku sedang menaip dengan penuh rasa teruna teruja secara langsung melalui Windows Live Writer. nguhuhuhu. begini kejadiannya:

  1. aku sedang berlegar2 di alam maya ni, melewati blog2 kamu yang berada dalam list aku. hehe..
  2. aku terhenti di blog biskoot yg sungguh oren kejingga2an itu. (makin hancus kan BM aku? haha)
  3. melihat post yang paling kiut kurasakan penah ada. (bodek! lol)
  4. singgah di blog bertuah yg telah dipromote oleh en.biskoot! blog bertuah itu adalah blog en.selamburb… yippeee.. (mari bersorak)
  5. dengan khusyuk smbil kerut2 dahi, aku merayau2 di sekitar kawasan blog beliau. dan melihat entry beliau yg memperkenalkan Windows Live Writer ni. lalu, aku tertarik dan ditarik. kemudian, segera men-download melalui link yang disediakan. terima kasih daun keladi.
  6. sekian. hehehehe *wink*
  7. teda point suda. tapi masih teruja, lalu aku meneruskan taip-an. (aduih, tqa2)

ok. NEXT! mari kita mencoba kechanggeyhan seterusnya. upload gambar dgn mudah dan pantas serta kebolehan meng-edit dengan mudah!

hoyeah.. testing3… sound checking

.

.

.

tadaaaa~

2185_2452102008741764743_9000_n

yuhuu.. berjaya! picture telah di’sudut bulatkan’ dan di’pop warna’kan. senang woo..

ok. jangan over excited.

best woo, time kaseh en.kwn baru. ho-ho. nampaknya aku kena tkar setting WLW ni dlu, x best la language dia malay. blur2 aku jadinya. masa install WLW ni tdi pun aku ternganga sekejap tgk dia “menyemak”

menyemak = men-semak = memeriksa

tapi, apa yg aku terfikir bila aku tengok pkataan tu:

menyemak = buat semak je! huhuhu…

ok lah. smpai sini je kot bebelan secara pukal aku. abis lah aku x tdo, ada 2 jam je lagi sebelum aku pegi klas. mmg cari penyakit. huhuhu..

yeah! TESTING berjaya!! nguhuhuhu… (hopfully)

pergh. font banyak wo. (skali lagi teruja. huk3) –sebelum publish. jap nk preview dlu

roger!

Thursday, April 23

berabis. jgn kasi can tu A. skor.. skor... skor lagi.

ada 3 minggu lagi sebelum exam.
ada beberapa minggu lagi sebelum balik kk. weeee~
ada 3 subjek kena revise dgn sepenuh jiwa raga!

minggu ni.. aku agak kurang 'up' cita kat blog ni.
bukan sebab xda crita. cerita tu sentiasa ada.
tapi aku masih menghadapi masalah yang sama - tiap kali aku ada cerita, aku teda mood mo post. hehe
see, skarang bila aku ada mood untuk bmanja2 dengan blog ni, minda aku sesak nafas sket. x taw cerita mana yang aku mau kongsi. sebab dah banyak yang terkumpul.
oleh itu, kita lupakan semua. muahaha~

exam semakin dekat. rapat. hampir.
apa yang aku tahu, aku belom ready. haha.. semat nya!!!
haiz.. lemah jiwa aku macam ni.
ketakutan & kenervousan ni membuat lutut ku juga lemah.
tapi lemah segala2 pun teda guna kalau aku nda study kn? haha
i noe.. i noe...
pelan2 k~
ada suda ni smgt mau stdy! yeah3
days ago, aku text ayh aku, menyatakan kerisauan.
respon beliau sungguh sempoi...
"ba, study dik. jangan kasi can tu A. skor mmg"
huhu.. sempoi tapi aku rasa sangatlah best. gagaga gugugu

oh yep, salah satu sebab aku bz gila minggu ni sebab IPG aku sedang mengalami English Week skg. so, ada la ptandingan2 wajib yang kena join. haiz.. practice, practice, practice, the very memenatkan, you noe~
sabar je la! nama pun student. student cemerlang pulak tuh! ha-ha
(amiiinnn)
tapi kepenatan tu aku rasakan setimpal sbb dapat spend masa dengan kawan2 yang sengal2 belaka. menceriakan hari2 ku sesungguhnya!
:)

selebihnya, hariku hanya di isi dengan aktiviti2 biasa seperti hari2 sebelumnya.
kadang2 rutin harian sungguh membosankan. *sigh*
tips! variasi kan hari anda dengan aktiviti yang pelbagai.





*huhu. perasaan sedang berkecamuk. lapar vs malas. study vs ngantuk. cekap sungguh setan2 di sekeliling menghasut jiwa ku yang kurang cekal ni. astaghfirullahalazim~~ segera beristighfar!




sekian.




roger




ingin mengucapkan terima kasih, kepada sang jerawat yang muncul bertubi2 sejak dua bulan ni. memberi inspirasi sungguh! yakdussshhh!!

Monday, April 20

lirik chenta, skrip chenta

Pendahuluan

hahaha. "lirik chenta, skrip chenta" headline yang sungguh tak tahan. aku dengar frasa ni semalam. yeah. bersedia untuk membaca coretan yang mistik kali ini. hwa3. aku pun tataw kenapa lately aku sering bermain dgn kata. puisi-ikut-suka-aku lahir bertubi2..
tidak menjadi masalah bagiku. tapi mungkin masalah bagi kamu wahai pembaca sekalian.
aku tak peduli. yeah. harap maaf.

sekian untuk pendahuluan, silakan bertandang wahai isi kandungan.


Isi Kandungan

cinta mencintai kita.

mencintai
bukan semestinya memiliki
bukan meng-obsesi
bukan saling mencari kesalahan kekasih
bukan untuk saling meng-ego-i
bukan kerana simpati
bukan sebab nafsu dlm diri
bukan atas kepentingan peribadi
bukan untuk hilangkan sunyi
bukan akibat putus kasih
bukan kerana kawan berkasih, lalu men-jeles-i

mencintai adalah
saling melengkapi
saling memperingati
lahir atas keserasian dua hati
bila anda mengetahui dialah di hati
bila saling memahami
sesuatu yang sukar difahami...

dan mencintai adalah apa sebenarnya?
semua org masih memikirkan ini?
chenta yang mempunyai tafsiran yang maksima nilai nya
tapi hanya sedikit yang aku fahami
kerana hati ini masih belum matang untuk dicintai dan mencintai



mood sungguh apakah hari ini??
masi dlm rima kah ini?
hi-hi-hi <--rima masih bertahan.. haha


Penutup

lagu chenta by dewa 19
Aku jatuh cinta,'tuk kesekian kali
Baru kali ini ku rasakan cinta sesungguhnya,
Tak seperti dulu
Kali ini ada pengorbanan

Cinta bukan sekedar kata-kata indah
Cinta bukan sekedar buaian belaian peraduan

Samudra cinta dari pulung hati
Tak terukur dalamnya
Hingga saat perpisahan tiba
Mengundang air mata
Atau hanya secuil penyesalan

Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia sang pencipta

Mungkinkah kau sedang menatap bulan
Bulan sabit yang sedang kupandangi
Mungkinkah kamu menangis
Diatas bintang khayalku

Maafkanlah cinta
Atas kabut jiwa
Yang menutupi pandangan kalbu





sekian. selamat berchinta

Sunday, April 19

aku insan chomel yang lemah hatinya

yang apabila diberikan ujian sering mengeluh
dan merasakan ujian itu berat yang tidak tertanggung
namun sering lupa akan ujian yang diberi itu
sentiasa ada hikmah di sebaliknya

yang apabila ditarik sedikit nikmat sering mengeluh
dan merasakan Allah sudah tidak menyayangi
namun sering lupa akan semua itu
akibat kekhilafan dan kelemahan diri sendiri

yang apabila ditegur akan berduka dan melenting
dan merasakan insan yang menegur itu sungguh busy body
namun sering lupa akan teguran itu
berkhasiat untuk minda dan jiwa, dtgnya daripada yang menyayangi

yang apabila disakiti mudah menangisi
dan merasakan diri tidak disayangi
namun sering lupa akan hikmah yang bakal meyusuli
ianya menjadikan diri tabah dan mengetahui sesuatu erti

yang apabila diberi tugas dan kerja yang berlambak
akan menbenci dan memarahi
namun sering lupa erti tanggungjawab dan amanah
untuk menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti

yang apabila kesulitan mendatangi
hati sering berwalang dan tidak henti meng-geram-i
namun sering lupa akan insan yang lebih susah
menjalani hidup dengan ujian dan dugaan yang up lagi!

yang apabila ditinggali
akan merasa diri tidak berguna lagi dan kesorangan di alam ini
namun sering lupa akan insan lain yang lebih sandi
sebatang kara, tidak punya sesiapa lagi

yang apabila dicalar hati ini
akan merasakan diri sudah tdk mampu tabah lagi
namun sering lupa, masih ada insan yang menjaga hati ini
dari disakiti, dilukai, atau dikhianati

yang apabila kilat dan guruh mula mendatangi
akan merasakan ketakutan yang minor dalam hati
dan bergegas mencari penyejuk hati
yang lokasinya agak jauh dari sini.
hahaha..
(dib, aku x boley la.. huhuh.. kalau hujan je xpe lg, kilat kat srwk ni ada power ba!)


lemah jiwa hari ini..

Wednesday, April 15

hari yang siyes memenatkan

#haha. sila harap maklum di sini ya. bukan saya yg ber-konvo. saya hanya ajk hadiah semasa konvo la~ nge...


siyes penat. pagi kena bangun awal sebab terlibat dengan konvo untuk KPLI sedangkan orang lain masi boleh teruskan membuta sebab IPG aku cuti hari ni. taun ni merupakan taun kedua aku terlibat dengan benda2 ni. penat dan leceh sebenarnya. tapi seronok juga. mengingatkan aku zaman2 hi-school (aku kena iron dan pasang tu skirting, uwaa.. sedang berlaku flasback skrg ni). bezanya dulu aku sibuk menguruskan makanan. yeah. ajk makanan yang best. haha. tapi sekarang aku terlibat dengan hadiah pulak. ter-inspire jugak sedikit tgk award2 tu. haha..

cerita pasal inspiration ni. aku rasa aku sedikit terharu tadi. entah kenapa mode sentimentol aku menyala2 pagi tadi. kemuncak majlis tadi ialah penyampaian anugerah kepada pelajar terbaik keseluruhan. penerima anugerah itu adalah seorang saudari (apakah ayat??). warga auditorium ditunjukkan sedikit VT pasal akak yg terbaik tu. vt semasa dia mengajar di skolah pertama nya. oh, ya. sodari itu juga telah menerima anugerah terbaik praktikum. cemerlang, bukan? haizz.. berbangga mak ayah dia. jadi, berbalik kepada vt. sa tersyahdu tiba2 kerana kagum dengan kegigihan dan niat murni insan2 yang mau sangat jadi seorang guru ni. terserlah komitmen dan keterujaan mereke untuk mendidik. siyes, syahdu. tapi melihat akan diri ku sendiri yang tidak mempunyai kasih sayang terhadap profession ni, aku jadi sedih. huhu.. sampai bila agaknya aku masih meletak harapan untuk mengejar cita ku? sebaliknya tidak mengejar cita orang tua ku (yakni bidang yang aku berada skrg ni). tapi aku tahu, restu dan redha orang tua itu amat penting. dan sebab itu lah aku berada dalam bidang ni sekarang. mendekati profession keguruan. mendekati bidang yang ramai orang mengimpikan, tapi sayangnya aku tidak mengimpikan bidang ni. malah tidak pernah terlintas untuk menjadi guru.

sebenarnya aku tahu aku bole buat semua ni. aku boleh menjadi sorang cekgu. aku tahu aku boleh menjadi pendidik. aku tahu sebab aku tahu diri aku. tapi aku tidak mempunyai rasa untuk itu. bukan aku tak boleh buat. cuma aku tiada keghairan untuk itu. biar aku teruskan sahaja niat suci orang tua ku ini, kerana sapa tahu, mungkin suatu hari nanti, cepat atau lambat, 'rasa' itu akan tiba. rasa chenta pada profession ni, rasa chenta pada career ni, rasa chenta pada bidang ilmu yang satu ini. dan mungkin juga suatu masa nanti, sapa tahu, cepat atau lambat, aku masih mampu mengejar cita ku. hanya menunggu saat dan tika itu. apa pun yang terjadi, aku masih bersyukur dengan apa yang aku miliki skunk ni.



renungan seperti ini tidak pernah lepas dari akal fikirku. sentiasa direnungi oleh aku yang masih tersepit antara keadaan dan cita. sadis, tragis. tapi aku yang memilih untuk terus berduka daripada menerima. huhu..

-----------------------------------

lepas aku penat ber-konvo tadi. aku terus keluar dengan gadis2ku. saja, ingin meluang waktu bersama mereka. hahaha.. memang bunuh diri nampaknya aku. sebab aku sememangnya tiada urusan penting pun untuk keluar, kesannya aku sgt penat. dan akhirnya aku ter-pengsan selama beberapa jam! yeah. cemerlang aku ber-hibernasi. zzZ. malam plak ada diskusi lagi. huhuhu.. sungguh penat minggu ni. hari sabtu plak ada kelas ganti lagi, guna jadual hari khamis. jadual yang paling x best setiap minggu!! oi.. penat oi!! tolong aku!





roger. sekian
:)

Monday, April 13

kami masih mesra walau sudah berpisah...

chaitss.. hahaha..
headline mcm artis kn?

SA sebenarnya berduka kerana ketiadaan rumate skunk ni. sejak awl sem ni lagi, sa duduk berseorangan. hanya dikelilingi jiran yang alhamdulillah baek2 belaka. but still.. kehilangan rumate sa merupakan insiden paling tdk gumbira sepanjang pengalaman berada di instittut nih.

SETIAP kali sa bagitaw org sa tiada rumate. atau rumate sa pindah. atau kami sudah tidak bersama. mesti org blame sa. org tuduh sa jahat. org tuduh sa bukan2. org cakap sa x pndai jaga ati rumate. org cakap sa gaduh la. org cakap sa chomel la. eh.. slh lagi. tapi sesungguhnya itu adalah telahan mereka semata-mata. hanya kerana saya sedikit kiut membuat mereka bertanggapan sa jahat dengan rumate sa kan?? hipotesis itu sa tolak. sungguh tidak relevan, k~

MARI sa ceritakan keserasian kami dahulu. apa yang sa ingat. kami sering bertukar cerita. dari yang peribadi --> family --> gosip --> ilmiah. bila sa bersedih, dia menasihati, bila dia bersedih, sa jadi penghibur. rumate sa, Adib (bukan nama sebenar), baik hati org nya. pemaaf, penyabar, malah penghibur. mulanya dia seorang yang pendiam. dan agak skema. sungguh kontra dgn sa yg agak kilik2 ni. (kilik is gila2)

LALU, setelah sem 1 berlalu, sem 2 menjelma (logical math yg sgt simple k, selepas 1 adalah 2) kemudian, adib sedikit demi sedikit transform. haha. semua org menyalahkan sa. ya. mungkin juga benar. peers sungguh memainkan peranan dlm socialization k. tapi ok la tu ba. dia semakin ceria. hahaha..

KEMUDIAN. seingat sa lagi. kami akan bersama2 ketakutan ketika ribut petir sambil kilat sabung menyabung lalu mengakibatkan langsir terbang2 di tiup angin kencang yang sungguh mengerikan! oh!! akan bersama la kami berdua dalam ketakutan! siyes masuk bwah selimut masing2. pernah suatu ketika, keadaan itu kembali berulang, sa keseorangan, kerana sa suda ketiadaan adib. lalu sa terpaksa turun ke biliknnya. hanya untuk mencari keselesaan. kami bukan gay. tidak! tidak pernah terlintas untuk itu. oi tqa! sedar cepat. ---sedar--- ok3.. apa suda sa merepek tuh?

SA mau explain pulak kenapa adib pindah bilik. begini sebenarnya. taun lepas, precisely, sem lepas. floor sa ni (level 3, level paling aaaatas sekali) mau kena renovate. jadi, kami berusaha memenuhi bilik2 kosong di bawah (ground floor). obviously, senang ba kan stay d floor bwah. lalu, adib bercadang untuk stay sahaja di bilik itu. walaupun setelah bilik asal kami telah siap dengan aktiviti renovasi itu. sa jadi dua hati. kerana sa syg bilik sa. lagipun, sa tdak gemar dgn persekitaran di bilik bawah yg sedikit ter-isolate dari kawan2 sa yg berada di floor atas tu (hanya ada senior2 yang kurang peramah) hoh. tak mungkin sa selesa begitu. dan yang lebih penting. sa dapat access net free dr bilik atas. bilik bawah tdk cemerlang dalam bidang net2 ni..
lalu kami sepakat utk berpisah.

TAPI.. seperti sa katakan. kami masi lagi mesra, walau tidak bersama! jangan salah paham dengan hubungan kami yang kini tidak lagi sebumbung. kami dah penat melayan soalan press ni.. haiyy.. berikan kami masa dan ruang untuk bernafas seketika.

bukti kami masi mesra, sila rujuk gambar ini (klik gambar utk besarkan)



bila? pagi tadi, kelas math
apakah? adib menconteng buku sa dengan tak semena-mena kerana ke-sengal-an dia muncul dengan mendadak.
jadi? sa terharu sekejap, kerana dia masi anggap sa rumate (rujuk pic, yang sa bulatkan itu) chomel kan? hahaha
komen dari sa? sengal! dia conteng yg bukan2.. dan.... uhuk3.. tidak sanggup untuk nyatakan ini... uhuk3... sa rindu kamu adib.
;)

OST kesah kita: apa ya? nanti kita fikirkan k.. hahahaha.
eh, klu "my life would suck without you" by kelly clarkson ngam ka dib?

oh here.. oh there... oh everywhere

KRONOLOGI ABPBH...

  • oh no! opening yang sa rasa agak over dr kak nita. aduih..
  • oh gosh! stacy (yg semakin mendapat tempat di hati sa) sungguh mantopp malam tadi. adoi, kalau bole nda mau kelip mata ba time tgk dia perform. nda pa stacy, main kau. pedulik la kalau terlebih suda. sa tatap sukung ko ni. aramaitii~ (aku terlebih jugak ni) - macam agnes ba. rambut pink2 lagi. aihhh...

lebih kurang mcm ni kn rambut dia smlm..? huhu..

  • oh apakah?? kenapa la wanita pregnant itu (yg suka buat lawak nda brapa mau jadi) host rancangan gilong gemilongs ni? adlin pun macam hint2 juga kat shahira pasal lawak nda jadi dia tu. hiks~ (dari konsert akhir raja lawak 2 lagi sa suda pasan dia punya lawak nda best, kurang mendapat sambutan penonton. sabar k~)
  • oh no! sungguh sa tdk gemar bawdy jokes mereka k~ gurauan host2 yang sa nda bole terima sungguh menjengkelkan. (tapi sa ketawa jg, TAPI sungguh tdk sopan mereka punya gurauan yg berbaur warna biru itu.. aihh.. kenapa unsur2 lawak sebegini yang menjadi trend skrg?)
  • oh mann, tdk malu meh cerita perihal aksi junam ko di hadapan berjuta rakyat mesia? kenapalah fauzi nawawi ni bengong gilak pada malam itu? (skali lagi bawdy jokes yang sungguh huduh)
  • oh yukx! memang jijikeles btol ni mawi-ekin. mawi masih dengan muka kumpau dia tu berganding dengan ekin yang sungguh gedik melampau santai dengan beraksi manjakani dengan husband dia. oi.. sungguh nda kena okeh..! ini anugerah bukan untuk pasangan baru kawin yang bahagia, kamurang hanya menyampaikan anugerah untuk insan2 yang cemerlang itu. chaits... jengkel ehh (komen ku dipengaruhi oleh ketidakminatan saya terhadapnya. harap maklum)
  • oh yippy! nabil menang! hahaha.. aku dah agak. huhu.. ayat tak tahan dia, "terima kasih juga kat mak ayah yang tengah bekam orang kat rumah tu" oi! sa tidak pernah dengar org dapat award cakap mcm ni k! bunguk lawak ngko nih! aku sukaaa~ haizz... untung awek ala2-jipun kat sebelah dia tu. (irma cun babe semalam. duhh). yippy juga sebab artis2 lain yang aku gemar dapat award yakni, stacy, fafau, fbi, . yang lain tu aku minat besa2 saja... huhu
  • oh tidakkk! aku ada diskusi dengan member aku! aku terpaksa berganjak dari depan tv. aku layan hot.fm online, tapi "harap maaf bla3, gelombang hot.fm sedang diperbaiki bla3, akan mengalami gangguan bla3..." aku terus hangat dari biasa. nasib baik ada si walkmanbean ku yang chumil tu. :)
  • oh no! que haidar yang asyik bersayang2 dengan linda jasmin. lolololo.. sweet ka kunun tu? (biarla mereka ba kan? kenapa dgn sa ni?) haha. tapi kan.. macam pelik sak event semalam sbb gandingan penyampai yang sungguh x kena (aku rasa la). kenapa mesti laki-bini? (eg: mawi-ekin, q-linda) haizz.. lepas tu yang paling sandi. hehehe.. hubungan penyampai-penerima anugerah.. haha.. mmg macam sengaja2 jak media ni kasi api2 org.
  1. penyampai = farid & lisa (gosip2 baru dia kunun) penerima = nabil (balak irma yakni ex-F)
  2. penyampai = nora danish. calon2 penerima = fasha sanda (nasib baik nda menang.. huhu..)
  • oh alhamdulillah... aku siap diskusi cepat2. kemudian aku tgk dengan senang hati. bila aku turun everything was towards the end oredy. huhu. aku x dapat tgk perfomance datuk siti. dan alhamdulillah. mawi tumpas kali ini. oleh nabil yang sungguh mencuit ususku. haihh.. terhibur aku taw sama dia ni. oh ya! korang rasa nabil peluk atau terpeluk irma? hahaha.. nda sia2 dia bwat confession ari tu. bole suda dia tyg2 gf dia tanpa rasa ingin sembunyi. chaitss... sungguh apakah perasaan ku?? <-- ayat apa ba ni? muahahaha
  • oh cukup! kenapa jg sa komen2 org ni? hahahaha... macam la sa ni baekkk punyaaa~ ok3.. sa tarek balek la tu komen2 di atas. hahaha (aduih. nda mau tarek balik!) haha.

*semua ini hanyala bebelan secara pukal dari saya!
_ABPBH_from_my_point_of_view_

Friday, April 10

tanda2, apabila, reaksi.

wo3.. perasaan ini sungguh kucar-kacir. aku di-tag! hahaha.. ok3.. aku overexcited sbb ni la kali pertama aku di-tag sepanjang aku mula berjinak2 dalam dunia blogging ni. thanx to sodara ABEN. aku terharu, dan tergaru. k3... here goes~

********************************
Tag pertama, dari sodara ABEN

TANDA-TANDA ANDA...

  1. Sedang sukahati : bercakap secara pukal. ketawa. senyum sungguh indah. sengal2.
  2. Sedang marah : juga bercakap secara pukal. kadang2 lebih memilih untuk diam, lalu tdo. mungkin juga menghubungi sesiapa yg relevan. ataupun ngs, nguhuhu (T_T)
  3. Sedang bosan tahap maxima :pegi ke bilik kwn2 - duduk, cerita sket, buat aksi sengal, keluar, masuk lagi, mencapub sket, then kuar. oh benar belaka. itu memang symptom2 bosan tahap dewa 19
  4. Sedang cemburukan 'sesuatu' : akan cakap, "haizz... huh... haiy..." (kesemua haiz, huh, haiy itu adalah sigh) pastu cepat2 sms kwn.
KENAPA ANDA...
  1. Rasa cemburu?? : sbb i noe dat i have the right to b jealous. mungkin mau ngada2. dan, mesti aku suka/syg/chenta akan sesuatu itu
  2. Rasa marah?? : sebab nda dpt mengawal pasaan. dan kena tipu. dan bila saya berada dalam situasi yg tdk sepatutnya!
  3. Senyum2 : teringat lawak2 yg pernah dialami/dikongsi/diceritakan/ditunjukkan/di-watever. dan sebab gumbira lah. mungkin juga mau menyapa org yg tdk dikenali, haha! senyum pun ok la tu. and obviously bila sms + baca blog korang + chatting. lagi satu, sebab mau amek gamba! say cheese :D
  4. Rasa bersalah?? : bila kacau budak baik dan lurus, lalu mereka terima seadanya dengan redha. dan ketika mengetahui kesalahan dan meng-admit kesalahan itu. satu lg, sbb salah! simple ;)
  5. Rasa mengantuk tahap gaban : sebab kurang tdo, of coz. apabila kepala bertemu dengan bantal, pasti! dan berada dalam kelas, pada cuaca yang tdk memberangsangkan

REAKSI ANDA BILA...
  1. Sedang marah : bercakap secara pukal. membebel. swearing. muka saya sungguh tak boleh digambarkan pada ketika itu.
  2. Terasa malu teramat sangat : menyembunyikan muka disebalik dua belah tangan. then cakap, "maluuuuu!". inhale 5s. exhale 5s. kemudian buat2 cool, then BLAH!
  3. Tak dapat tidur : geram. i'll sigh here and there. "haizz...(pusing kiri), then haizzz kenapa mata ni?? (pusing kanan), then haizzz dan haizzz lagi"
  4. keseorangan : oh, usah ko tanya. reaksi bila keseorangan sungguh beraneka. hahaha..
  5. Ternampak ehem berjalan dengan ehem2 :
siapakah ehem dan ehem2?
kebarangkalian 1: ehem is agnes monica, dan ehem2 is zumi zola
reaksi: woi! aku minat korang!! meh cni jalan ngan aku


kebarangkalian 2: ehem is ayah, dan ehem2 is bonda
reaksi: akan bersiap cepat, masok dalam keta, akan berusaha untuk bolos walaupun tidak dibenarkan ikut. (saya sungguh suka jalan ketika berada di rumah)

kebarangkalian 3: ehem is si polan, dan ehem2 juga si polan
reaksi: lalalala~ (biarlah dorg jalan. aku x kenal pun dey all)


5 FALSAFAH ANDA...
  1. saya tdk berfalsafah
  2. saya tdk taw apakah itu falsafah
  3. saya bukan philosopher
  4. saya blurr
  5. lima ka suda? ok. sekian.

********************************
tag kedua, juga dari sodara ABEN

  • Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you.
  • At the end, choose 16 people to be tagged.
  • You have to tag the person who tagged you (eh.. ada gak ek rules mcm ni.. haha)
  • If I tagged you, it's because I want to know more about you.
  1. aku baru sedar aku sangat malas cas hp aku.
  2. aku sgt sukaaaa mkn burger. termasok begedil.
  3. i am talkative. very3 talkative.
  4. aku rindu abg aku yg sungguh sengal!!
  5. suka baju belang2... belang kurus, belang gemok, belang warna-warni, belang tak warna-warni, semua belang2!
  6. aku tamaw jadi chegu, tapi aku tak boleh berpatah balek. lalu aku berpatah hati
  7. oh ya, aku skunk ni, tgh obsesss dengan kaler oren!
  8. aku mau sambung belajar french language.
  9. mau pegi sekolah ku yang sungguh memorable itu. tunggu ada masa nti la nti.
  10. aku buat dajal di hari pertama masok ke cenfos iium, lepas registration trus blah (malam tu da start orentasi, tp aku escape) sebab aku nak pegi konsert Agnes Monica live in KL malam tu. ahaks!
  11. aku sangat sayang number digi aku
  12. oi! aku kuat makan. hehehehe
  13. tidak akan duduk diam di rumah, sentiasa mao jalan
  14. sungguh sangat jarang dan tidak sering layan cita jepun/korea/cina
  15. aku adalah yellow pages kepada rakan2 ku
  16. ok. sekian. hahahah

saya, nurul atiqah, dari tingakatan 5 delima, dengan sukacitanya menge-tag insan2 berikut:
ween, ned, dolumin, faith, ein, khai, wani, deeba, yanie, mai, kriell, naga perang, biskoot, joegrimjow, azfarul, and lastly- ABEN!

bulan penuh, kapal terbang. mungkin airasia.

aku dalam perjalanan ke suatu tempat. (alhamdulillah, suda lama aku tidak ke sana. hik3) -sambung cerita- dalam perjalanan ke sana, aku memandang ke langit. ku lihat bulan sedang berfasa purnama. "indahnya suasana, tenang sekejap minda & jiwa ku" <--monolog dalaman. sedang aku menikmati keindahan alam itu, 'limpas' sekujur tubuh yang bersayap, berkepak. ia terbang membelah awan. -ost awan dania berlegar di kepala- ya, kapal terbang dan lampunya membelah awan malam. "haiyy.. homesick la pulak"<--kali ini monolog luaran. taper la, bulan depan balik lagi. sabar nurul.
*****
setelah selesai urusan, aku kembali ke bilik. cek hp. ya, td hp aku tinggali. adik aku msg. kelihatannya dia berada di rumah. "dia sebenarnya tinggal di asrama, sekarang masih belajar, tingkatan 5" <--itu sedikit diskripsi. sungguh mencemburukan, bukan? cuti hanya pada hujung minggu, sudah berkesempatan untuk pulang ke rumah. ahh. pasti adik ku yang seorang lagi itu balik juga. ayah ku hubungi. minta top up sebenarnya. hehe. "bla3..." <-- agak panjang cerita. hormon cemburu-serta-homesick ku merembes2 dengan jayanya. sekali lagi. ya. kenapakah? mereka3 akan balik ke kampung esk hari.
  • ayah bonda, check!
  • abang@uitm, check!
  • iyan@mrsm, check!
  • ajul@smesh, check!
  • tira, kompom2 la check!
  • aku??? check2 rock2.
haizz... sungguh gumbira mereka!
pasti mereka turut mengerjakan ikan terubuk masin yang aku post ke kampung untuk makcik pakcik aku beberapa hari lalu. kerugian sungguh berada jauh dari mereka.

****
alkisah. muncul pula dalam hikayat ini, si b_ncit. kenapakah sungguh bersesuaian dirinya muncul pada saat ini hanya untuk memberitahu kepergiannya ke kampung halamannya. haiz.. masuk tiun sungguh! dia pun balik kampung jg... makin la aku jeles. semua org mau balik. waaaa! sungguh tidak good friday la esk kalau macam ni la aku dapat.

****
semoga perjalanan insan2 kesayangan ku selamat belaka. walaupun perjalan tidak ceria tanpaku. ahaks. hati2 okeyhs..! aku mau tgk movie untuk menceriakan kegundahan-gulanaan aku. tapi macam dah ngantuk. zzZ...



sekian.



roger!!



*bersama2 ini saya sertakan gambar tidak berukuran passport, si chomel yang aku x suka, tapi sedikit dirindui. damn! mao balik gila2 nih!!!!


tqa yg ehem2 & tira yg tgh buat muka ntah pape!

eh2.. aku tarek balik roger aku td. he...
ada story sket pasal budak kecik ni
*****

scene 1
tira sedang menonton diari AF7. tiba2:
tira: kak, poyo tu apa?
iyan (adik aku): err.. mcm mana mau cakap ar? kakak pun nda taw la.
tira: oh, malas baca buku ka?

-eeerrr.... buat muka ala2 emot 'straight face'-

scene 2
tira bertanya lagi
tira: kakak, jantung tu apa?
kakaknya: cuba baby pegang sini (suroh dia pegang dada dia). ada rasa apa2 ka?
tira: owh...
-tidak lama kemudian-
tira: kak! di sini pun ada! (sambil memegang pergelangan tangan dia, ya, benar, ditempat nadi itu)
sungguh cemerlangkan dia?




roger! betul2 suda roger nih!

Wednesday, April 8

serba baru, sedikit biru

  1. Blog aku yg berwajah baru.
  2. Agnes monica dengan imej baru. kenapa dia ikut aku? sungguh pindik rambut nya! kenapakah?? ngeh3..
  3. Ku tlah jatuh cinta (new version - err.. versi baru). aku rasa mantoppp, mungkin sebab aku agnes montiqa. ahaks! what say you?
  4. Masalah baru: something wrong with my comment box. apa terjadi? aku pn x taw. kepada sapa2 yg arif, sila membantu ku dengan segera. segala kesulitan amat dikesali, segala bantuan amat dihargai. aku adalah tidak pro.
*****
hapdet!

masalah no.4 da setel. mekaseh pada yg terlibat.
:)

*****

meh, tgk clip ni: ku tlah jatuh chenta (new version) tym agnes launch latest album dia,
SACREDLY AGNEZIOUS




*single terbaru dia yg agak best --> "teruskanlah". klik untuk download.








*sedikit saja biru kn? hik~

hati ini tersentuh. lalu. syahdu.

aku tgh dengar "lagu cinta" by dewa 19, aku teringat achoy (bukan nama sebenar). aku tgh jenguk2 kawan2 aku kat fenster grup, aku teringat achoy lg. aku tgk hp aku kat sblah ni, aku teringat aku dan achoy berbalas msg 2 jam lalu.

achoy. x lama lg dia dtg srwk. yuhuu.. happy. mungkin lebih tepat. aku teruja. hik. lama suda nda jmpa achoy. tiap kali mau jumpa, ada seja halangan. smpai suatu hari tu, aku penat dan mls mengharap untuk jmpa. bukan apa, aku tamaw meletak harapan tinggi melangit, nanti pasaan aku huru hara kalau harapan tu x menjadi. malas pasaan sebegitu. (euw.. kenapa aku sungguh gay pagi2 buta ni??)

achoy, skrg tgh berbunga2. setelah berberapa lama terluka, kini dia gumbira lagi. aku turut merasa aura gumbiranya itu. hik. chenta nya mekar lagi. aku nda melihatnya, tapi aku taw tahap gumbiranya. gumbira sehingga dia ingin msg aku setiap masa. haha. untuk apa lg kalau bukan berkongsi rasa gumbiranya. style2 msg dia pun sedikit berubah. cess sungguh ko achoy! haha.

disebalik kegumbiraan nya, dan gumbiraku, aku sedikit risau, mungkin kerana cemburu, dan juga kerana takut kehilangan. ok, lebih tepat lagi, aku cemburu sebab aku takut kehilangan dan membawa kepada kerisauan. apa tdk nya, tiap kali msg aku, cita pasal 'kegumbiraan'nya, tiap kali 'gumbira' dia akan msg aku. hoh, mungkin aku rasa posisi ku dihati nya sedikit tergugat. aku segera luahkan kegusaran hati kepada achoy. jawapan achoy sungguh mensyahdukan:

"selama 20 taun aku idup, blom ada lg org lain bole ganti tmpat ko d ati aku. jgn risau"

syahdu, tapi aku lega. semoga kata2 itu ikhlas dan dikota. achoy ni aku pnya sahabat/teman/kawan/amigos/amis/watever gelaran yg org bagi. dan semoga hubungan ini akan kekal ke akhirnya. hoh, teringat pulak kata2 mumy achoy.

"qa, aunty harap la kamu ni bkwan smpai tua"
(comel kan aunty pggl aku? qa, ika. mcm family suda)

aunty, maaf. saya x sudi. biarlah achoy tua sorang2. saya mau muda sentiasa. yeah. ujarku dalam hati penuh yakin. achoy, aku nda sabar tunggu ko kawin! hahaha. bukan nya aku suh ko pegi menggatal, ok. sebab aku nda sabar mau melawa di wedding ko. hik!

sekarang da pukul 2 pagi. aku belom tdo. esk pagi ada klas. aih... mood gay aku sedang bergiat aktif. kenapakah?? sungguh tidak relevan pada waktu2 begini. haizz.. achoy blek ruma, bole dating2.. uwaaa, jeles2..!



p/s: achoy, aku dedicate lagu "cinta antara kita - duta feat baizura kahar"

Tuesday, April 7

masa untuk me-lagho

selamat hari selasa.
yeah.
hari selasa memang best.
sebab bukan hari isnin,
dan
aku ada sejam je klas untuk hari selasa.
sonok.
he
he
he

ya
kini tiba masa,
masa untuk me-lagho
yakni melakukan perkara sia2
memandangkan aku da lama x jalan2 p blog org
aku akan melakukan itu
maka,
sila berdoa blog korang akan menjadi blog bertuah
yang bakal dikunjungi oleh insan sepertiku.
ahaks!

seterusnya
aku akan mencoba rosakkan blog ini lagi.
menyusun atur orang kata
orang kata...k~
aku tak kata apa2
haiz.. kita tgk jak la nti

bah, bah, bah..
sa mo start suda ni blog hopping..
cis.. macam apakah hopping2 segala??

ok3...

sekian.





roger!!


*(satu bintang)
haizz.. ini adalah kerana perasaan ingin update blog thp baladewa.
**(dua bintang)
haizz2.. kenapala tiap kali aku mo update, aku teda topik.
tp bila ada topik, aku mls plak mo update.



ok3... sekali lagi..



roger!!!



and out.

update pantas - great therapy

lepas satu minggu yang sadis dan sandi, yakni minggu yang sarat dgn assignments & presentations, kitorang (aku dan kosmate) pergi mencari therapy yang masyukk.

*****
jumaat, 03 apr
lepas ja antar smua assignments, kitorang lepask2 kat cafe jap. budak alif (bkn nama sbnar) ajak pegi pc fair, tgk muvie, bowlink
pergh, trus se7. lepas ja dorg abis semayang jumaat, trus kuar pegi waterfront.

pc fair. bowlink.
mcm biasa lah, pegi pc fair ni hanya menyakitkan hati dan mata sbb gadget2 tu semua are so damn meliurkan!! tapi agak2 la kn? teda fulus, teda bole la angkut barang2 tu masok dalam troli! (ceyh, igt ni shooping kat giant meh? troli2 segala~)

wishlist aku:
new laptop: any model, but i definitely need a new one.
cam: x kesa la changgey ke tak, yg penting bole merekod memori2 ku. yeah. (eh, why you people keep talking bout DSLR ar? nti aku google la.. haizz. aku nda taw papa ni)
ks360: uwaaa! cant stop thinking of you la dear. ok, nurul! sabar. tenang. next sem, ok!

next! bowlink.
ehehe.. (sengih sambil malu2, agak tersipu2)
sbnornye.. ni la 1st tym aku men bolink taw. sa ulang sora. 1st tym main.
before ni ikot my brader & his friends sak. pastu penah gak join ayien & the gang. igt x yin? uhuk3...
tp, ni la kali petama aku cuba-try-test kasi jatuh pin2 tu.. yeah! haha..
comment utk diri sendiri: not bad untuk percubaan ptama ku! hahaha
strike ok! nda la bnyak.. tp 2x. ok la tuh~
:D
pesaing yg tdk kurang hebat (ceyh, x bley blah): alif, ariff, AK, atie, nas, wani, filza, xyhan, ameng.

muvie: xsempat tgk. mlm tu ada yasin recitation kat college. so, blek cpt2..

*****
sabtu pagi, 04 apr
abacus & arithmetic competition kat IPG aku.
mls mo story
tgk sini

sabtu malam, masih 04 apr
kitorang (daku & gadis2ku), pegi celeb bday paah (04-04) & bday wani (01-04)
kitorang makan2 kat satu indonesian restaurant yg bhapak best! -inroduced by anir. mekaseh!
pondok laguna @ crown tower, kuch.
the place is nice, food are amazingly delicious, yummy sungguh.
yg x best, the music. dangdut baekk punya beb! ha-ha-ha

huhuhu.. sonok! da lama x kuar ngan all these girls.

bnyk kn kitorang mkn? haha


standard la.. pose gedik2 musti ada


kan da ckp, restaurant ni baekk punya~


wani, diba, nas, fatin, paah, yanie, riby, mai

*****
ahad, 05 apr
bgun awl pagi (awl meh?), without gosok gigi, sa tgk hindustani. (yeah. ada rima menarik ayat aku!)
kuch2 hota hai. wo3.. jgn blame aku, blame budak nih!
dlm minggu ni, bila aku masok bilik org, smua tgh layan bollywood. cite lama2 plak tu. apa kes??
yg x tahan, bila aku masok, tersangkut plak ngan dey all. siap leleh2 skali. ahaks!
malus je nanes pasal bolly nih..
nway, aku terjangkit okeyh.. so, jgn salahkan aku.
da abis tgk bolly tu,
girls2 ni ajak kuar g jalan2 kat the spring.
aku tamaw, kononnya mau bermalas2an di bilik. but then aku nyesal, sbb aku da hampir lemas kat bilik sorang2. nk msg ain, dia x da krdt plak.
haizz... aku msg member aku yg tgh syok bsiar2 kat the spring.
.
.
"best.. kul 5 bru kitorang blek ni. rugi ko x ikot. ko jgn sedih2 k.."
.
.
aihhh.. lagi la aku btambah nyesal.

*bermalas2an di bilik wasnt a good idea, k! dilarang mencoba.
** nasib baik si b_ncit msg aku! hehehe.. terisi hari ahad ku yang borink.. /wink/wink/
-aku msg dia, dia msg aku, oh kami saling bermsg. hahaha! tqa bengong!-



sekian.



roger!!!

Friday, April 3

merajuk

...benda yg paling nda best.
haisz... kena tahan urat2 muka dari senyum seperti biasa.
kena diam2 (mana tahan!)
merajuk sambil hati sakit.
mau join org tgh gosip tp teda mood (akibatnya: ketinggalan 1 slot gosip)

tapi...
kenapa la sa nda bole elak melakukan pemerajukan (wtf)?

tapi...
kenapa sa masih merajuk walaupun sa da taw kesan dia x best?

tapi...
kenapa itu masih hobi walaupun sa suda besar (besar tapi kiut)

sungguh tak cool ok!

dan sungguh x patut majuk ngan bonda/ayahanda.
(dont try this at home, kat hostel bole)

kenal dengan si putus asa?

bgus kalau kenal. x paya aku mo kenalkan lg.
so, kenapa dgn si putus asa?
sebab aku mo cakap kat cni...
aku semakin menghampiri beliau!
tahniah...
sikit lg mo jumpa dia ni..
sikit lagi....
sikkit...
sikkik2 lagi~

Wednesday, April 1

hari ini dan semalam

semalam,
otw pegi lecture hall.
saya jatuh. atau jatok.
huwaaa.. malu gilos. hahaha...
nasib baik gelap. malam, suram.
adui.. bole2 nya aku jatuh.
suda chantek2 mo pegi lecture hall.
hahahaha.. kejam sungguh lubang itu
tu la, sapa suh mengumpat!


hari ni,
pergh!!!! jantung sa macam mo tkuar wo!
aku nda suka lecturer yg garang.
aku yg nda suka neves, jadi neves. ahhh!
kmaren, kmaren dulu...
aku nda risau pun pasal presentation..
sebab kejap jak tu..
semua pun da setel.
pg tadi pegi kelas pun..
ready2 jgk suda mau present.
tp bila beliau start kasi kuar taring!
(due to certain probs.. ala small matter jak pun. aiihh)
pergh~
sikit macam count dakula, wa cakap lu~
terus ini jangtung, ini usus, ini pankreas..
meronta2 mau keluar dari badan sa
sebab,
itu jantung, itu usus, itus pankreas
mau tengok kebengisan beliau dengan mata sendiri.
haizz..
nasib baik kejadian berjalan seperti biasa.
da present dengan jayanya.
"text analysis (grammatical errors) & micro teaching"
thnx Tsemin, for being such a great partner.
;)

*aku nda suka cegu garang. tp mau jd cegu paling garang. tapi comel. zzZ.
hahahaha






roger!!

dedikasi. semoga.

dear prapp & wani,
semoga gumbira di hari jadi
semoga friendship kita kekal ke akhirnya
semoga kita cemerlang mengejar cita
semoga masih ada bahagia untuk dikenangi ketika susah
semoga masih ada seseorang tatkala ko memerlukan
semoga daku masih insan kesayangan mu. ahaks! ayat x bley blah
semoga apa yg di masa akan datang, kita masih boleh tersenyum seperti tika ini.
semoga apa yang diinginkan termakbul.
semoga~
HAPPY BIRTHDAY,

FARAH AZEERA AZIM KHAN
march 31, 1989
&
NORHAZWANI HJ HASNAN
april 01, 1989
woi, prapp.
when you come into ma mind kan..
i owez think of 'nasi kuning nur hidayah'
hahaha.. musti ko x igt da ni.
when we were ten, aku slalu pesan nasi kuning kat ko.
sebab rumah ko dekat ngan restaurant Nur Hidayah. hehe..
their nasi kuning was the best in town! kan kan..
tym tu aku masih skolah kat St.dominic lg..
ngehehehe...
nway, daku chayunk kamoooo babe!

farah:
- kenal tym kat skolah rendah lg.
- lost contact kejap sbb aku pindah skola. yr 4-6
- jmpa blek kat smsld
- "huh, ada jg org lagi tinggi dari aku"
- geng aku ronda2 LD, especially during Hari Raya.
- merasa jgk aku naik keta harrier.. muahaha
- puding buah die best! nway babe, aku da reti buat. hehe. mak aku ajar
- handwriting dia bole menyebabkan kertas 80gsm berlubang!
- tgh bwat medic, somewhere in cyberjaya. IINM.. ngehehe.. suksess ya buk!
- suka ajak aku gosip. ces. sungguh patut dielakkan nih. hahaha..



ehem2, cik wani..
saya rindu kamoo!
rindu bah, yep, though we meet everyday, greet each other everyday,
gossiping and bla3.... tapi saya rindu jg!
selamat ulang tahun k.. (bongok skema plak aku!)
semoga cita tercapai, dan gumbira ngan lat. ahakzz!
thanx for the friendship ;)

wani:
- suka nangis.
- suka tdo kat katil aku, dulu~ hehe... (ettss, jgn salah phm)
- rajin, kemas, comel (tipu sket2, amek ati bday girl jap)
- ada sekor teddy yang kiut mcm riby. fuh! sungguh yakin di situ. ahahahah
- bajet dewasa, tapi dia masih kecik! cengeng (suka nanes), manja, gedik2 sket.. (eh, bnyk kot..)
- rajin kol mak die
- syg aku. aku taw. hahahaha
- p/s: taun ni aku tanak kasik adiah bole? hahaha
- weekend ni kita kuar k! ;)