Sunday, July 31

salam ramadhan people!

Assalamualaikum & salam 1 ramadhan semua!

cerita ramadhan di dunedin kali ni macam unik sikit. hehe. tahun lepas, malaysia puasa dulu. keesokan harinya baru nz puasa. bukan sebab belum nampak anak bulan, tapi sebab hari melihat anak bulan itu sendiri lambat sehari. paham sik? contohnya di malaysia tengok anak bulan hari isnin, di dunedin hari selasa. aku pun tak tau macam mana nz bole puasa lambat sehari sedangkan nz lebih cepat 4jam/5jam dari malaysia.

jadi, seperti tahun lepas juga, kami semua ingatkan puasa (1 ramadhan) akan jatuh pada hari selasa. teheee. lagi pula, website FIANZ - the federation of islamic association of NZ sendiri telah mengkhabarkan bahawasanya esok (isnin) baru nak tengok anak bulan.

kami pun kuranglah bersedia untuk terawih mlm tadi. siap plan main badminton lagi di unipol dengan kawan-kawan. HAHA. aku sikit lagi nak pegi tukar baju pegi gym, rushing lepas balik dari beli groceries untuk bulan puasa ni & masak laju-laju. tiba-tiba arep announce kat twitter dunedin puasa esok. hah! aku sempat lagi cek fianz pnya website untuk confirmation. fianz masih cakap esok baru tengok anak bulan.

then, few minutes later orang semua dah kecoh-kecoh kat fb, auckland posa esok. maksudnya dunedin pun puasa esok jugaklah. cek balik fianz, fianz dah update! ok. confirm esok puasa.

aku tak jadi tukar baju, joy pulak dah siap sampai kat depan libry tunggu aku. kahkahkah! kitorang pun laju-laju tukar direction pegi terawih. heeee. eh, sebelum tu sempat jugak aku update status kat facebook sambil menangis. =_=”

lain tau perasaan menyambut ramadhan kali ni. lagi-lagi bila terkejut mcm ni hehe. sebak aku lain macam tadi. SEBAK. bukan sedih tau. excited pun jugak. syahdu jugak. sobsob. nasib baek lepas terawih tadi dah jadi cool balik.

so, korang kat mesia.. selamat pegi terawih! tahun ni musti mau rajin2 tau! sahur pun bangun okeh? biar makan sikit yang penting bangun.

untuk kawan-kawan kat dunedin. selamat berpuasa & selamat beribadat. mari membubut pahala yang berganda-ganda di bulan mulia ni.

aku? harapan ramadhan kali ini, semoga semakin tulus hati & jiwaku mendekatiNya.

semoga ibadah kita semua diterima people.

well hey, kali ni kita start puasa hari yang sama, tapi kami sahur dulu, kami buka posa dulu! hekhek :)

 

p/s: nasib baek ada instinct mahu beli barang dapur hari ni.

p/s/s: sentap sebenarnya dengan msg tumblr sorang budak ni, tapi, selamat berpuasa untuk kamu, slm ramadhan dari sa.

*peace*

Friday, July 29

simply updating

aku sebenarnya mau update pasal trip to invercargill, sekalian dengan pesta salji 2hari 1malam di dunedin akibat salji hebat yang membahagiakan. tapi gambar-gambar semua aku belum collect lah, kawan. sorry. nantilah ok. kita tangguh lagilah. haihs..

kelambatan gambar-gambar dan videos tu sebenarnya mempengaruhi jadual blogging aku. eceh. haha. bukanlah begitu, tapi sedikit sebanyak mencantas mood jugak tu =_=”

oleh sebab tak tahan mau update jugak, mari kita update keadaan semasa. you guys okay alright with that? *korang kena angguk skrg* ok, cool. jom jom.

new blog design

suka tak? sifu aku tolong ni. wahaha. bukan aku buat sendiri. kalau tunggu aku design memang haram tak siap, tak cantek, tak rapi, tak cool. aku suka jugak wee!

kota kinabalu dan warganya

haih, kalau korang faham sangat aku ni, aku memang foreverlah merindu. semua benda pun aku nak rindu. selasa hari tu, adik aku yang kat egypt sampai kk. dorang punya cuti memang selalu ngam dengan hari raya dan bulan puasa. mestilah aku dengki/jeles/iri hati. haihs. semua orang ada kat rumah, KECUALI AKU. cool nya! =_=” dan bila terbayang makanan best-best lagilah aku patah hati. oh. oh.

aku dah kurus sikit tapi nafsu makan mcm naga ngaummmm

bila merasakan diriku gemok, aku pun bersemangat mau kurus. process berusaha untuk kurus itu forever disusuli dengan keluhan ‘adoih gemoknya aku!’ yang dilafazkan setiap kali menonton cermin. =_=” tapi setiap kali jugak bilamana aku berjaya mengkurus sedikit, aku akan sedih menengok keadaan diri di cermin. mcm tulang hidup pun ada jugak. jadi pendekkan cerita, aku kurang 2 kg suda ni. hekhek. tapi macam sedih bah, dan terus automatic hasrat mau kurus diberhentikan serta merta, tiada notis berhenti sebulan pun.

seiring dengan itu, bila merasakan kesedihan dan wujud suda rasa secure sebab sudah turun 2kg, nafsu makan aku serius macam shit naga. semua mau makan. tiba-tiba mau jimmy’s pie mau bubble tea, mau angus burger, mau kebab, mau kuey teow, mau cekodok. yak awloh, esok-esok gemok balik baru muncung sedepa.

friendship & kasih sayang

aku sayang kawan-kawan aku. (neh, paling bold suda ni, sbb i really mean it) ada jugak yang aku suda mula tidak sayang sebab bikin panas. aduih. busuk kan suda hati aku? suda pandai meluat-meluat dengan orang. tapi aihhh tapi… aihhh.. aihhh…. sabar sejalah. nanti gua panggil abang long pai gua baru lu orang semua tau tetak penyesalan! kehkeh.

benda materi & keduniaan.

banyak benda dalam list aku sebenarnya, tapi duit jugaklah yang tidak banyak. kuang3. sokaylah. aku masih cool lagi ni walaupun suda balik-balik demam iphone hahaha. kalau aku tidak dapat iphone on october, aku nangis tu. aku nangis tu! tapi aku rasa memang nda dapat pun. bai lah. rosak mood cakap pasal iphone. syaiton lah ni tengah kasi panas-panas hati. *mukak ketat*

tahniah dan saya tumpang happy.

ehem, ada rakan blogger aku (ecewahkahkahkah) bakal melangsungkan hari bahagia hujung minggu ni. tumpang excited jugak ni. nanti upload gambar laju-laju tau mem! :)

 

ok, sampai situ dulu lah. sekian. selamat berhujung minggu.

dem! aku selalu xtau mau letak title apa.

Wednesday, July 27

sneak peak | fantabulous events!

A visit to Southland campus, Invercargill

sliding down the snowy hill!

 

tak sabar nak buat laporan kat sini. too bad, aku kena siapkan banyak benda at the moment.

insyaAllah bila da setel nanti, aku roger balik ok? tak lama, mungkin esok. jyeah!

see you when i see you, mwah.

Friday, July 22

Southland Campus, University of Otago.

*this is an auto-published post.

 

we’re having an academic trip to southland campus, in Invercargill.

it’s NZ southernmost region! will be back on saturday with tonnes of stories, people. have a great weekend XD

Thursday, July 21

untuk ketawa-ketawa sajeeee =))

 

ada satu cerita nih!

ada sorang cekgu (bukan saya, saya kerani je). dia ada seorang anak murid yang bernama W. Taufik WWWW

dengan penuh kurius dia bertanya,

cikgu: nama sebenar kamu apa?

taufik: panjang cikgu.

cikgu: apalah?

taufik: err panjang cikgu. wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

cikgu: …….. *speechless kali ya?*

 

dan seterusnya, cikgu pun terjumpa lagi sorang budak mukak lebih kurang taufik.

cikgu: kamu ada abang kat sekolah ni?

dian: ada cikgu.

cikgu: nama kamu pun panjang jugak macam abang kamu?

dian: panjang cikgu. nama saya BKHBKTBDBK dian, cikgu.

cikgu: panjangnya, apa nama penuh kamu?

dian: Berakit-rakit Ke Hulu Berenang-renang Ke Tepian Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang Kemu Dian.

 

HAHAHA! itu sejalah ceritanya. cerita dari email papa ameng, tapi dimodifikasi mengikut ingatan kepala otak saya ngeh!

 

eh, lagi satu. tengok ni please. pastu mesti ketawa sendiri

Saturday, July 16

mau tengok central library uni saya?

Move your cursor onto the picture to see the caption :)

view from East Lane entrance1st floor, west. view from my seat ;)center. view from 1st floor. "celebrity squares" on the leftupstairs! err. idk what's the name of this sectiondiscussion roomsfacing the city of dunedinlagi tempat study :)view from top floor.

the shelvesoh, we do have elevator too! (but they're not in the picture)from ground floor.ground flooroutside the library, but still in the same building.no description. haha!one of the cafesskodengggg!first floor

 

THAT’S ALL! cantek tak? :)

Thursday, July 14

movie movie belaka.

 

hello peeps. hope everyone is doing fine :)

alhamdulillah hari aku masih ceria belaka. syukur. syukur.

esok dah masuk hari jumaat, hari terakhir sekolah untuk minggu ni. nah, masa terbang laju-laju. sekelip mata sudah mau weekend kan?

minggu ni banyak movie aku tengok. mula sekali Nur Kasih the Movie. perhhh! superb. tapi tiada scene yang tidak sedih. TIADA. yak ampun, memang cerita tragis. nasib baek kami tengok berjemaah. yang sebak-sebak pun jadi lucu. hekhek. tidak jadi air mata meleleh. termasuk balik air matanya hahaha.

kemudian, semalam sebab tidak boleh tidur aku tengok 500 days of summer (cerita tahun lepas punya nih). awh! suwitnya. malas tengok movie begitu, terus berangan mau bercinta-cinta jgk. eish. malasku~ tapi cerita tu sedih lah! sedikit lah sedihnya. nasib baek dia suda bagi warning di awal movie, “this is not a love story”. jadi bila part tidak happy dihujungnya, aku boleh terima hakikat. bila sampai satu scene yang dorang pegi tengok wayang, aku teringat aku pernah reblog scene tu di tumblr. teheee! :)

tumblr_l9ykchhUU01qbxpz7o1_500

“A guy and a girl can be just friends,
but at one point or another, they will fall for each other…
Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

 

tadi pulak sebelum pegi cinema, sempat lepak di rumah kawan-kawan. tengok KL Gangster sebab pagi tadi pegi kelas mereka kecoh-kecoh pasal KL Gangster. Aaron aziz bah, mestilah mereka laju-laju menengok. bodynya ketul-ketul, muka pun kacak sekali. amboi amboi elang~ amboi amboi elang~

lawak syial movie to bro! (sebut macam gangster okeh) :p serrram nih! hahaha. mongok ah zizan dalam tu. tagline dia macam ni, “sial ah, puih!” hahahahaha. mongok ah. kiyut betul. adoih. cerita gangster2 pun dia boleh melawak.

HA! lepas tu, sampailah masa yang ditunggu-tungguuu. masa untuk Harry Potter! excited. bersambung rasa excited dari hujung tahun lepas, selepas tengok part I hahaha, ok auta. overall, aku puas hati dengan movie kali ni. lepas tengok part I tahun lepas, aku baca balik novel tu. sebab sudah hilang ingatan pasal cerita dalam buku tu. jadi kiranya suda restore balik data pasal dunia khayalan JK Rowling tu. dan kemarin aku pegi library dan pinjam lagi balik buku dia tapi tidak sempat baca pun. hehe. maka, tadi pegi tengok part II dengan harapan tidak lost sangatlah.

alhamdulillah, bila tengok jak intro, boleh dapat ingat balik storyline dan tiba-tiba semua datang balik dalam otak dengan sendirinya. boleh tahan superb lah. slow sikit kot, tapi mungkin sebab aku memang follow novel dia, dan aku faham chronology dia, aku tahulah cerita tu memang pace dia macam tu. mungkin yang kurang follow Harry Potter bole kategorikan cerita itu sedikit slow. hehe. mungkinlah. tapi siok jugak. worth my money! oh, plus, i pegi tengok 3D. keseronok berganda di situ hehe.

IMG_4263

sapa belum tengok harry potter, pegilah tengok ya? yang paling last suda ni. lepas tu ada satu scene yang “19 years later…” oh comelnya mereka. emma watson cunnnn gilak. ron gemok ahaha! eh, aku tidak suka tengok you-know-who. jelek mukaknya. tiada hidung. lepastu kepalak nya macam errrr, macam mau nampak sda isi otaknya =_=”

IMG_4272

lepas movie, singgah di tempat bahagia ini! – Angus Burgh

DAN MAKAN BURGER SEBESAR ITU! only for $7.50. ahhhh syorgaaaa (heaven).

p/s: compare tangan aku dengan saiz burger tu. nom nom nom!

 

 

till then lavs!

Wednesday, July 13

Laksamana Sunan

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. setelah beberapa purnama berlalu, sempurna jualah pembacaan hamba. eceh eceh. haha. gaya penulisan suda macam Ramlee Awang Murshid (RAM) dalam Sutera Bidadari. hehehe. nda bah.

bermacam-macam perasaan sepanjang membaca novel kelima RAM dalam siri laksamana sunan yang super cool ni. eh layankan sajalah segmen ‘BACAAN SAYA’ yang bakal syok sendiri ni okeh? (hamba try untuk tidak spoilkan cerita, sbb kawan2 ramai lagi yg x baca hehe)

wataks

seperti biasa Laksamana Sunan aka pemuda berduka dari tanah rencong aka Saifudin bin Jalis masih cool dan tenang-tenang sahaja menghadapi musuh dan kejahatan.

kawan-kawan sunan kali ini terdiri dari bangsa polip (sambungan dari buku sebelumnya –cinta sufi), dan beberapa rakan baek dijemput dari Aceh (kampung kedua sunan selepas melarikan diri dari tanah melayu).

watak catalina, wanita portugis yang telah memeluk islam digambarkan sangat baek dalam buku kelima ni. bersaing dengan Luna (dari bangsa polip) untuk memenangi hati sunan.

di awal penceritaan pun kita suda dikejutkan dengan kemunculan Sang Dewi yang bila kamu membaca buku itu, mungkin terlintas/terdetik/sengaja diberi hint oleh RAM untuk pembaca mengaitkan Sang Dewi dengan wife sunan (Ratna Sang Ratu) yang dipercayai sudah pun mati dalam buku ketiga (iinm). hurm, sebelum baca buku ni, aku suda dengar desas-desus dia hidup balik dalam buku ni. mula-mula tu rasa macam, ala spoil lah sbb suda tau. tapi jangan risau. siok seja membacanya. RAM bagi hint awal-awal pasal ratna, tapi kita masih mau membaca sampai habis sebab sampai chapter terakhir baru dia rungkaikan misteri pasal ratna tu! kiranya, kita tau ratna itu muncul, tapi bagaimana, bila, dan kenapa? kena baca sampai habis baru faham.

pertarungan menentang kejahatan

uiseh, ini part yang selalu ada watak menakutkan dan membikin neves. SELALU. setiap buku yang aku baca mesti bikin aku cemas-cemas sendirian. kadang-kadang bila terlampau focus, aku kelucuan sendiri sebab mata macam mau terbeliak suda, muka macam mau masuk seja pigi muka surat dan kononnya terbang ke kurun 15. uiseh. over.

tapi, kali ni. dalam sutera bidadari, nda banyak pertarungan ngeri. hanya biasa-biasa saja. dan perlawanan sunan dengan taghut boleh diramalkan oleh pembaca sebab jeng jeng jeng.. hehe.

kurun ke 15 vs abad ke 21

kombinasi dua zaman dalam siri laksamana sunan ni memang sebati. dari buku pertama lagi, penceritaan selalu melibatkan dua-dua zaman. aku selalu berpuas hati dengan cara RAM menggabungkan dua zaman ni. ending selalu kemas dengan peleraian dan penjelasan yang memuaskan.

lain-lain

seperti selalu jugak, peribadi Laksamana Sunan sentiasa menawan hati hamba. tenang, tulus, baek, sopan dan penuh berserah kepada Yang Maha Kuasa :)

buku ni sedikit sebanyak menginsafkan hamba.

RAM jugak selalu berjaya buat aku percaya cerita rekaannya ini macam betul-betul wujud.
cth: Laksamana Sunan seorang pahlawan melayu yang terkenal pada zamannya cuma tiadalah tercatat dalam sejarah. malah, sezaman dengan hang tuah dan saudara-saudaranya. aku percaya bulat-bulat. hahahaha. eh tidak mustahil woh! :p (watak hang tuah juga ada dalam buku ke 4 dan 5)

dannnn, siri ni ada sambungan lagi! hahahaha. yeay. RAM selalu meninggalkan pembaca dengan perasaan “tidak sabar mau baca buku seterusnyaaaa!”

ok. that’s all. seronok habis baca Sutera Bidadari~

thanks ameng pinjamkan novel! :)

Monday, July 11

my first day of school..

was not so bad after all.

part bangun awal tu yang tak tahan betul. mungkin dapat semangat dari ‘Laksamana Sunan’ yang dibaca sebelum tidur. ecewah haha. kelas pagi pun takdelah berat sangat. lepas tu ada gap kejap, sempat melepak di rumah wani.

satu hari berlalu kosong-kosong begitu seja. aku mahulah hari jadi bermakna sedikit.

11072011(001)

terus pergi library sebelah malam untuk buat lesson plan maths (assignment) supaya hari ini kononnya bermanfaat jugaklah. tapi kerja terbengkalai sampai sekarang. HAHA.

 

hari pertama pun suda malas ke? tak hero betul macam ni.

 

gambar: joy & buku-bukunya. aku tiada sebab aku mengambil gambar ^__^

jupo esok deh! :)

Sunday, July 10

sem baru bermula esok.

 

tinggal satu semester aku di tempat orang. sedihnya rasa. tahun lepas setiap hari menghitung waktu, memangkah kalendar. tak sabar mau balik sebab kenja (HAHA). tahun ni bila masa terbang laju-laju, tersedih pulak. ayoi. bestlah tahun ni. semuanya indah. tiada camera untuk rekod semua momen-momen indah tu, tapi dalam hati terpahat meriah.

alhamdulillah, syukur diberi peluang. alhamdulillah, syukur diberi insan kesayangans. alhamdulillah, syukur diberi pengalamam. alhamdulilllah, syukur aku masih dipelihara Allah.

 

eh. sebaknya.

image

Saturday, July 9

rinduuuu!

apa kabar semuaaaa! yak awlohhh rindunya. sudah 9hb Julai tapi ini baru entry kedua. hancus betul. huwaaargh! anyways, aku baru balik dari bercuti ni. cuti-cuti awesome hoyeah!

seperti yang suda di update hari tu, BERSATU GAMES 2011 berlangsung selama 5 hari di university aku. setiap pagi kena keluar rumah seawal 7.30 pagi. hey. itu luar biasa tauk. sebab sekarang winter. jadi siang lambat dan subuh pun belum habis. gelap woi. langit masih berbintang lagi. uwa. terderanya. tu belum ambil kira suhu yang dingin membeku tu. adoih.

gambar adalah sangat sangat sangat kurang. sebab semua orang busy mau urus semua benda. tiadalah masa mau bergambar dan bersuka ria. suara pulak setiap hari semakin serak. masuk hari kelima, tekak aku sakit gila baby.

ehem. pasal handball dan netball, alhamdulillah dua-dua games aku dapat medal. sangat sakai perasaan itu okeh. SAKAIIIII! mula-mula tu macam kureng jgklah feeling tu. tapi lepas attend closing dinner malam tu, dan dapat medal, terus macam oh shooooottttt! aku dapat gold medal! aku dapat! aku nda pernah dapat medal! hahahaha.

balik dari closing dinner terus pengsan. keesokan paginya kena pegi Queenstown. pukul 8am bas gerak. nah. barang belum pack. kaki masih sakit. tekak sangat gatal. nais!

sampai QT lebih kurang pukul 3ptg. terus cek in kat Pinewood Motel dan pegi town untuk cari makan. lepas makan balik pengsan. dan rupanya aku demam. sedih ouh. first time aku sakit sepanjang aku di new zealand ni. malam tu jugak macam dapat aura, mak aku call. sobsob.

aku demam sepanjang malam tu di QT yang sejuk dan tiada duvet. (oh, betul2 menguji!). selimut motel memanglah nipis kan. aih, sabar jak lah. pastu lagi menyedihkan bila aku nda dapat join dorang yang lain pegi Coronet Peak untuk ski.

…and i missed the heavy snow. Y__Y

xpa. apa boleh buat. itu ujian namanya~

di bilik, aku punya hp abis battery, dan aku x sedar pukul berapa. tapi yang pastu aku bosan gila tunggu semua orang balik. oh sila imagine, i was stuck alone in the room with fever and flu, got no company nor any kind of entertainment. pehhh. naik lemas. badan lagi lembek2.

around 5 dorang kawan-kawan datang bilik aku baru ada semangat sikit. dan aku mensibukkan diri supaya tidak melembek. malam tu kitorang ada BBQ dan games sikit. sebabkan aku tidak malayan virus demam itu, aku jadi bertenaga sikit ngeh3. and i ended up sleeping at 4am! ha-ha-ha. x sedar diri sakit, main cards sampai pagi.

eh banyak lagi mau diceritaiin tapi nantilah pulak.. pendek kata~~ haha. winter trip kali ni sangat best dan happening sebab berjalan ramai-ramai dengan kawan-kawan secohort (hampir 50 orang). awesome friendship. sedar x sedar sudah masuk 4 tahun berkawan. whoa whoa. seronot!

268805_10150250512309490_570924489_7196669_7351993_n

with my beautiful girlfriends at Lake Wakatipu, Queenstown. July 8, 2011

 

 

 

dan. BERSATU GAMES pun best. mengeratkan ukhuwah orang cakap. ecewah. haha. bai

Sunday, July 3

update: kesibukan :)

lepas saya type panjang-panjang, saya tapok seja dalam draft. argh! macam hodoh betul entry itu. kekoknyaaa lama nda update. mau nangislah cenggini. dem.

nah, sy bagi isi penting sejalah.
(sorry tiada gambar, pakai laptop kawan ni heeee)

  • BERSATU GAMES 2011 - intervarsity games for malaysian. uni saya jadi host untuk tahun ni. maka banjirlah dunedin dengan malaysian. meriahkannnn? dapat rasa aura tu ka? haha. poyos. tahun lepas di auckland. saya pegi jugak sekejap sebab kebetulan jalan-jalan ke sana. tapi tidak feel sangat. sebab kontinjen otago tidak ramai, dan saya tidak terlibat pun. teheee

  • tahun ni, saya join dua games wahahah. handball & netball. handball saya suka. sebab kami cool. training sampai pengsan pun enjoy. netball saya tidak suka. bukan sebab tidak seronok main. seronok. tapi team saya mcm tiada teamwork lah. chemistry pun kureng. tidak mesra dowwww! hakhak. tapi biarlah. main seja. heh.

  • erm. lepas tu saya busy jugak sebab saya kerja bawah unit registration. skop kerja merangkumi: cek semua borang mereka yang beratus-ratus dan bikin pening. cek satu-satu dorang main apa, dorang bayar accom atau duduk dgn kawan, dorang amek transport atau tidak, dorang pegi closing dinner atau tidak. sort semua data dan... ah. pening. oh, dan kami buat name tag jugak, buat goodie bags jugak. sampai 2-3 pagi baru balik. tapi seronok. sebab saya kerja dengan kawan-kawan saya jugak yang memang sentiasa sebati dan ceria. *hearts*

  • oh, sekarang cuba imagine, setiap hari ada dua training sekaligus. dua jam untuk handball dan dua jam untuk netball. untuk pelemah dan bukan atlit harapan bangsa macam saya, haruslah terpengsan serta merta. makan entah kemana, tidur entah kemana. laptop pun tidak on. itu yang paling ajaib. balik dari training pukul 5 atau 7.30 (depends on netball training pukul berapa), laju-laju pigi mandi dan bsiap sebab kena pegi meeting untuk registration unit lagi. hah, imagine cepat imagine. bila masa saya patut update incik belog. sobsobsob. busy taukkkk Y__Y dalam hati hari hari saya kesian sama incik belog. lagi kesian dengan readers yang tertunggu-tungu. cewahahaha!

  • 1hb tu busy dengan registrationlah. sapa-sapa follow twitter saya memang saya selalu update sana seja pun. jadi start tengahari, kami pun pegi serang hotel budak-budak ni. hotel room, you see! gempaq accom dorang kali ni. pastu 730 malam pegi town hall untuk opening ceremony. eh opening pun aku suka! gempaqqq auw auw. banggalah jadi host tahun ni. 

  • dan pagi semalam (2 july), games suda bermula. acara pagi-pagi ialah hockey (mixed) 70% adalah kawan-kawan saya, badminton semua category, dan touch rugby. pagi tadi saya bertugas di edgar center, jadi saya tidak dapat tengok badminton yang mana bertempat di unipol. untuk hari pertama games, otago dapat emas untuk hoki. jyeayyy! touch rugby mcm tidak menang, dan badminton pun sy tidak tau apa result dia. hehe.

  • saya adalah supporter yang berjaya. macam biasalah. kalau tukang jerit-jerit dari tepi tu memang atiqahruhaizad lah yang selalu tidak sopan. kalau ada ibunda saya pasti suda kena jelingan maut. 

  • esok ada handball (men), table tennis (winkwink haha), dan volleyball! volleyball adalah game yang penting untuk otago. handball lelaki kena support sebab saya kan handball wanita kahkah. manakala tabletennis atau ping pong kena support sebab saya ada aim orang kiut situ. astagahahahah. pokoknya esok kena support berabis.

  • game saya isnin dan selasa. haaaa~ semputttt~ neves tauk. neves nak mamps.
ok, itu sejalah dulu. macam semua seja aku mau cerita sini hahaha. over eh.

    babai. thanks for reading. nanti lain kali saya update lagi ok? :)

    sekarang pandai tidur awal dan terbangun pukul 2 pagi. inilah terus rajin update belog ni. sebab nda boleh tidur balik. esok kena gerak 7.30 pagi. =_="