Wednesday, March 30

OMAIGOD!

 

 

 

anak sapa menggedik memalam buta nih HAHAHA

 SHOMELNYE! HAHAHAHAHA. OK, LEMPANG SIKIT!

 

owmann, seriusshitakutakpernahsyoksendirimcmni. ni mesti tira yang ajar aku camwhoring nihhh! :p

lepak ah. baru day 2 dengan pyjama. ada lagi 5 hari aku nak pakai baju ni baru cukup seminggu. bongoks gila an? =_=”

 

 

 

 

orang lain belambak ada pyjama tak de lah macam ni pun =_=”

 

tahu takpe =_=” mmmm. malassskuuu!

 

haks, dengki~ lalalala~

that feeling…when you’re excited to wear the new outfit you just bought…

HAHA. ok, title suda menunjukkan sedikit excitement bukan? hekhek

tadi aku berkelas sampai tengahari sahaja. which means, sebelah petang adalah percuma  (free :p)

ameng (cik housemate) mengajak ke town (town yang kecik seja, hanya ada satu main street dan kedai yang SEDIKIT. tapi awas! kau bisa tershopping berabis juge! heran betul).

tujuan utama ameng tadi adalah membeli cell phone sebijik, saya pulak mahu membeli ink printer dan kami akan singgah di New World, HANYA UNTUK BELI 3 BARANG RUMAH yakni detergent, mr.muscle dan minyak masak. hehe

 

TAPI we ended up buying tonnes of unnecessary things!

 

bila masuk Kmart, kami terserempak aunt gladys (supervisor terbaekkk yang suka menghasut kami untuk beli baju yang memang selalu terbaekkk! aunt gladys ni orang mesia). aku say hi dengan aunty dia terus suh aku tengok cardingan yang $5 =_=” nasib baek aku lari cepat2! HAHAHA.

 

sedikit malang untuk ameng, sebab terhasut membeli beberapa helai syeluar. wahahahaha. tapi siok okeh! semua cantek-cantek dan murah-murah. seronotnya tengok dia memborong! aunty memang terbaek =_=”

aku sempat gerabbb pyjama. pyjama idaman dari sem lepas-lepas. haha. dan dua bijik scarfs, dan baking utensils warna merah (barang merepek sungguh). keluar dari Kmart, kami pegi beli phone ameng.  seterusnya singgah di DIVA. sempat gerabbb xcessory wanita. uiseh =_=” (nang diva la kitak ow?!) later i pose2 untuk kasik tengok you all k? haks. gedik ;p

P3300020

 

oh, pegi kedai jam jugak sebab saya tukar tali jam. sangat tidak mahu tukar sebenarnya, tapi sangat nazak suda pun keadaan dia, sikit lagi mau putus. nanti tiba-tiba dia putus di tengah jalan, pastu jatuh berkecai macam mana? sapa mau tanggung? kau? ha! jawab. *bongok tetiba emo*

P3300015

 

sempat duplicate kunci rumah jugak :)
nda best lah pakai jam dengan tali baru, keras. tak suka T___T

 

perjalanan tak berhenti di situ ya kawan-kawan. sambung lagi pegi kedai menjahit. oh aku pernah bagitau meh aku menjahit? haha. dan aku beli sewing machine hari tu. LOL. lepas ni sapa mau jahit langsir bole hantar tempat aku. masuk kedai menjahit tu pun menerujakan jugak, tapi nda beli apa-apa sebab masih noob dalam bidang jahit-menjahit. kisah menjahit kita cerita bulan depan lah haha.

 

dan seterusnya baru pegi New World. ini memang betul-betul beli 3 bijik barang rumah seja. ok, bagus. jangan membazir. tapi lepas pegi situ, pegi stationary warehouse pule! beli ink (ok, ngamlah tu, student kan, mesti banyak mau print-print). bagus, wise! tapi yang tidak bagusnya, spend jugak $30 untuk benda lain. gila. again, beli benda merepek. kertas hiasan-hiasan apa entah =_=” (tapicanteksayasukaaaahahaha)

P3300023

 

keluar shopping yang tidak dirancang adalah menyedihkan okeh. masa pilih2 barang tu memanglah perasaan kau paling berkobar! lepas seja swipe card, kau tiba-tiba mengalami kemurungan. dan kemurungan berterusan sepanjang perjalanan balik ke rumah. ha, mulalah mengira-ngira duit. syaitonirojim pun sudah bersorak gembira. omaigod. macam mana aku boleh tewas dgn nafsu. sedihnya duit abes T__T

 

tapi bila sampai rumah, cepat-cepat koyak (koyak, lebih dramatik rite?) segala plastic bag sebab mau tengok barang apa yang dibeli tadi, dan cepat-cepat mau pakai baju/kasut/beg dan bergaya depan cermin! mana pergi rasa sedih?? ajaibnya.

 

balik rumah terus pakai pyjama baru siang-siang sampai malam sampai pagi dan ulang sampai satu minggu! wahahaha. sakkai punya pasal. biarrr! :p

280981-008
shomel ah pagi-pagi bangun stretching dengan pyjama baru! lagi best bila bangun2 ada laki kat sebelah. wahahaha!

gambar cilok dari sini.

 

sebelah malam tengok movie, kononnya bagi reward kat diri sendiri sebab da siap discuss research proposal. wah gitu! ;)

 

 

till then. thanks for readin. have a nice day people ;)

Sunday, March 27

circus aotearoa!

  • aotearoa itu maksudnya new zealand, dalam bahasa maori :)
  • maaf, kualiti video adalah diparas bahaya. heh, pakai hp seja sebab teda camera (menyedihkan)
  • ada yang best, ada yang macam…. “errr, apa pacik ni buat?” =_=”
  • oh, sila abaikan ketawa hodoh orang yang kedengaran. itu suara kawan sayahahahaha!
  • dan akhir sekali… semoga terhibur!

 

kamu tahu? audience yang lain adalah mak-mak orang, dan bapak-bapak orang yang hadir membawa anak mereka berhibur. macam saya dan kawan-kawan seja remaja yang sesat. haha. tapi biarlah. sakkai :p

 

 

yang ini kurang hebat. haha. mau jatuh seja orang tu haha. tp xpa. support jak! :p

 

 

yang ni boleh tahan best :)
aku terhibur dengan orang tu. hehe. sebelum show mula pun dia ada buat selingan sikit, kelakar la orang tu. hakhak

 

 

image

 

dan selebihnya, korang boleh tengok dalam list video yang aku upload okeh? ada lagi beberapa bijik video yang dapat di record kan :)

till then! happy watching <3

Saturday, March 26

aku rasa struktur ayat aku selalu lintang-pukang =_=”

kamu faham ka apa yang aku tulis? bila aku baca balik entry-entry aku (ya, aku suka syok sendiri dan obses dgn blog sendiri), aku nda faham ayat jenis apa aku tulis.
macam serabut dan kelam kabut, sampai memaksa aku untuk ulang balik baca ayat yang berkenaan.

pffft! writing skill yang lemah! 

circus :) & camera :(

nota kefala: entry berunsur luahan perasaan, kalau baca dengan nada sedih lagi feel. merasuk orang sabah bilang. heh. tq *mukak chomel*

 

camera saya kan rosak masa cuti tu. lepas xmas kalau tak silap. lepas tu pegi hantar kedai untuk repair. tapi tak sempat siap jadi x boleh bawak balik dunny. asal call tanya suda siap, dia bilang hantar KL, masih di KL. hoh, tiba-tiba saya menyesal tidak tinggal di KL. sampai sekarang saya masih bersedih. beberapa hari lalu, saya mimpi bercamera puas-puas. rupa-rupanya esok hari lepas mimpi mak saya cakap camera saya suda siap. huh, finally. tapi mungkin minggu depan baru mak saya pos. ok, itu sudah cukup menggembirakan saya.

 

TAPI.

 

sepanjang ketiadaan camera, saya suda survey satu camera baru. berharga 184 seja. affordable bukan? sudahlah murah, ixus pulak tu. saya punya cam yang lama pun ixus jugak, tapi ixus yang lama. dan besar, tapi masih berkualitilah. saya memang cinta sama itu cam yang lama. tapi yang ixus baru berharga 184 ni pun semat. MP dia lagi besar dari cam aku yang lama, slim slim slim slim pulak tu! macam slimdunk. eih. mahu bah.

 

TAPI LAGI,

 

saya tidak beli camera baru tu sebab saya sayang duit saya. 184 tu kalau beli baju, boot, atau bikin jalan-jalan lagi memuaskan (tidak berapa memuaskan pun sebenarnya kalau hati sudah mahu camera bukan?) ok, kesimpulannya saya berjaya tahan hati TIDAK beli pun camera 184 itu. ok, lega jugaklah. jihad besar tauk menahan nafsu shopping! paling bangga suda saya kalau dapat tahan nafsu shopping. lagipun camera lama kan sudah siap repair.

:) <---- fake. haha

 

TAPI TAPI TAPI!

 

kawan-kawan saya seramai 3 orangs telah pigi membeli camera ixus 184 itu! hey, murah tauk!!! sapa tidak mahu gerabbbb? harga asal 299. hoh, memang betul2 sale. dan akibatnya, saya adalah JELES. jeles sampai saya bermasam muka sekarang ni. saya pun mahu camera itu jugak ;(

 

 

ok, cerita circus!

semalam pegi dengan tiba-tiba sebab lambat mendapat invitation. heh. tapi pergi dengan wani, yani, joy, dan alif (HAHAHAHAHAHAHAHA: kenapa saya ketawa panjang? manabolekasitauuuu hakhak!)

 

venue adalah di The Oval, yakni sebuah park yang terletak di central otago. dia start jam 730 ptg. jadi cuaca adalah sejuk menggila! circus pulak adalah hanya di bawah canopy yang besar! sejuk taukkkk! adoih =_=”

 

saya tiada camera (menyedihkan) tapi saya record video guna hp saya. nanti saya upload.

 

circus ni tiadalah melibatkan haiwan dan binatang. ada badut2 dan orang yang kelakar dan hebat seja. still, SUNGGUH menghiburkan. saya ketawa sampai saya risau. risau sebab minggu ni macam paling membahagiakan. hari-hari banyak ketawa. saya risaulah nanti saya nangis-nangis pulak.

 

ok lah. thanks for reading. saya mau pegi upload video dulu circus dulu nih :)

love you’all muchos grande! hekhek

 

p/s: ini link untuk icon facebook, twitter & social network yang lain (macam di blah kanan incik belog ni). cool ni. pegilah try. heh :)
p/s/s: yang icon love warna hijau tu chatbox saya tau! :)

LIVE dari villa mereka di Queen St. ahaks!

kemarin aku lepak di rumah dorang budak-budak ni. walaupun perjalanan hampir 2 marhalah dan memenatkan, tapi bila sampai tu berbaloi-baloi jugaklah. sebab? sebab boleh main ipad puas-puas (sakai) dan berpeluang tengok rumah orang kaya (especially AZMANNNN!)

 

motif berkunjung adalah untuk discuss pasal easter break nanti. plan mau pusing-pusing south island. tapi sebenarnya lagi banyak buang masa buat benda lagho daripada bincang pasal trip tu.

 

eh, eh, skip lah semua tu. yang penting sekarang mau tunjuk kehebatan villa mereka dan monitor PC azman yang BHAPAK besar! flat screen 42” okeh! online dari katil pun masih boleh nampak. kalau karaoke via youtube pun mesti masyuk kan? wuwu.. bestnya. bestnya!

DSC_6768

besar gila kan? tengok belog sendiri besar-besar sangat menerujakan! HAHA.

DSC_6766

ada ipad you know~ hahaha. teruja melampau you know. oh puhlis tqa~

 

tiba-tiba kami dapat idea buat vlog. ya, KAMI. sebab mereka turut teruja haha. lawak betul time tu. daus (bukan nama sebenar) siap pakai blazer kononnya beliau producer.

 

5 minit lagi kita on air”, kata producer kepada cameraman & aku. tetiba hp producer ringing. dia cakap  “ha?  ape? ye ye. die tgh mekap. ape? peminat tak sabar??!! sabar la sikit!” HAHAHAHA. itu daus producer saya cakap. vongok. pecah perut time tu.

 

cameraman pulak sibuk keluarkan dslr dia. hakhak. semangat okeh. siap dgn tripod. okeh, sekarang kamu sila gambarkan perasaan saya time tu. wakaka.

 

ada lah jugak 3 kali record. haha.

tapi sebab saya selekeh dan tidak cantek petang itu, saya tidak mau upload lah vlog tu HAHAHAHA! (mcmlah hari-hari lain aku cantek dan tidak selekeh heh)

 

oklah, sekian dulu.

p/s: bahaya tau ada screen besar-besar tu. perasaan tengok belog sendiri jadi lain macam. urm, urm, macam makin bertambah obses dengan belog sendiri. haha. bahayanihhh!

 

 

oh ya. ptg tadi, kitorang pegi tengok circus! seronot! best best. penat ketawa =)

esok update lagi okeh? till then people! thanks for readin

Thursday, March 24

what’s up? nothing much. heh

sepanjang kesenyapan aku, apa saja yang aku buat?

 

1. tengok wayang. wayang lama kot. sebab x ramai pun orang malam tu HAHA. hampir kosong :p
tengok I AM NUMBER FOUR. selow lah cerita. x best sangat. tapi bolehlah. aku tak mau bagi bintang. joy yang pilih, pastu dia selalu berangan jadi number 6 dan berlagak ada power  =_=”

 

kalau di sini, movie day jatuh pada hari selasa. dan harga movie gugur(mengelakkan mengguna perkataan ‘jatuh’ berulang kali) dari $16 hingga $11 sahaja. (sahaja pala otak ang, kalau di mesia 16ringgit bole tengok 3D suda. huh!)

 

sosweet-HAHA.co.nz P3220022    

dan popcorn mereka adalah TIDAK sedap macam yang kita punya. semua adalah berwarna putih. jadi tidak perlu intai-intai kotak popcorn itu untuk pilih yang kuningdanmanismanis, sebab kebarangkalian untuk bertemu adalah SIFAR/KOSONG. dan satu lagi, bertih jagung mereka adalah masin. betul ni, masin tauk! terus macam makan kuaci yang masin tu, bibir jadi kebas-kebas. jelek ah.
-ini bukan movie review, ini popcorn review sudah =_=”

 

2. tengok bulan purnama mengambang di Signal Hill, dan tak sengaja tertukar subjek photoshoot. subjek utama malam itu ialah BULAN. tapi sebab dia enggan melayan diriku lagi pabila airmata membasahi pipi, lalu kami kick dia! kami yang jadi subjek! heee. kamilah yang bergambar-gambar!

 

gambar adalah masih bersama arep!

 

3. ohhhh! ini sedikit memalukan. hehehe. rumah kami ada ab circle pro. hehehe. blame the advertisement! they look super convincing. dem! hahahaha. terus housemate hulur phone suh call & order. HAHAHAHA. sampai sekarang masih kelucuan bila sedar ada ab circle pro dalam rumah sendiri. order hari ahad, sampai hari selasa. gila kentang right? hakhak.

 

 

PLEASE DONT LAUGH! HAHAHAH.

 

 

ok, itu sejalah dulu. tadi nda plan pun mo type panjang ni. wuwu. nite peeps! adoih, da pukul 3 am =_=”

 

selingan:

  • aku sangat lemah dalam meng-update kejadian dalam negara, mahupun masalah global. semua berita terkini aku jarang periksa. tapi beautifulnara aku follow heh! ^__^’
  • tak sukalah kulit tepi kuku yang lebih-lebih tu. kalau ditarik bole berdarah jariku! ;(
  • tadi aku bikin pau. heh, teringat tira, dia cakap pau = tapau. pastu pernah satu hari dia suh saya kupas kulit ‘tapau’ tu (eh? kenapa mesti kupas ha?) pastu tak semena-mena aku belah dua. tiba-tiba bah. sebab time tu aku nda focus. aku selalu belah dua baru makan. terus dia marah, “kenapa kakak kasi belah tapau sayaaaa!” hahahaha. mengamuk terus dia. sot!

Saturday, March 19

buat baek dibalas baek. mungkin kebaikan kamu yg satu ini dibalas 10 kebaikan suatu hari nti. sapa tahu kan?

oleh itu, tolong vote pic ini boleh?

hehehehehe

jap! jgn blah dulu. tolong LIKE seja pun. please please please.

ala bolelah!

1. LIKE page ini.

2. LIKE gambar ini.

 

 

sapa like dia batu!!! (rock), bilang kak cinoi.

oh ya, kalau kamu rasa segan sebab nda kenal org dalam gambar itu, tidak mengapa. dia tidak bubut kamu pun atau hack fb kamu atau stalk fb kamu. dia berterima kaseh seja dan sayang kamu ketat2. LOL!

THANKS kawans, sapa like nanti kalau terserempak aku belanja roti canai. heks!

have a nice day :)

atiqah bartowski. uiseehhh! haha



sapa tengok series ni, tolong angkat tangan dengan penuh semangat! eh, sila komen nanti, dan beritahu anda juga peminat setia mereka okeh! tolonglah ada. aku mau berkongsi minat nihhhh!

aku penuh energy ni menaip. masih ada tersisa rasa teruja lepas menengok ending season 3!

bukan becakap seja bikin semput, menaip dengan rasa nervous dan teruja pun boleh semput rupanya.

serius shit series ni best!










memanglah kalau kamu tengok di AXN tu satu eps mcm biasa-biasa seja kan? aku pun mula-mula tengok, nda la rasa cool gila. sekali abang saya ada pulak full episodes s01. terus saya follow dari awal cerita, sampailah sekarang yg setakat sy suda tengok adalah s03. (padahal tahun lepas suda keluar s4! hahaha). ok, blum ada can lagi mau tengok s04. belum download :(

kenapa best? sebab sy follow dari awal lah! dan banyak benda yang sebenarnya berlaku dari awal-awal dan berlanjutan sampai season terbaru nya ni. terus bikin ko mo follow sejaaaa sampai mati. huah!

1. family: s1 kita tau chuck & ellie (kakak chuck) tinggal dua batang kara sahaja. bapak dia lari tinggalkan dorang, mum dia pun teda entah pigi mana. masuk s2 bapak dia muncul. ha! kemunculan dia sangat hebat people dan ada kaitan dengan chuck jugak sebenarnya. uiseh. sy ingat ni saya kagum-kagum tengok ending s02! s03 pulak, kematian salah seorang dari mereka, dan kemunculan satu lagi watak. oh family watak-watak sampingan pun makin terlibat. cerita pasal sarah walker (heroin) punya family background & john casey jugak.

2. love & relationship: s01, chuck dengan sarah masih main tarik tali, s02 sarah suda ada emotional interest terhadap si chuck dan mengajak si chuck lari dr dunia spy namum chuck menepis sebab dia sda mula suka dunia spy nya yang SUPER COOOOLLLL! jadi, sarah macam kecewa gila. tp dorang masi beroperasi bersama. s03 dorang suda togetherrrrrr! shomel lah dorang. macam kelakar pun ada jugak. hatdoiyyy!

3. spy life: s01 chuck sangat noob dan semua kejayaan dia dalam dunia spy hanyalah bergantung kepada luck dan kehebatan sidekicks yakni agent sarah walker (yang howt gila vavi) & john casey. memang kalau tengok s01, rasa mo ketok2 seja chuck. tapi lucu~ hehe. pastu s02, dia suda pandai jadi cover, tapi sukak bikin hal. dan dia masih hati suci. wuwu. nda berani pukul orang, takut tengok penjahat. mo kena saiko dulu oleh john casey baru dia menjadi hebat. dan dalam s02 jugak dia punya ‘intersect’ di upgrade! jadi dia suda pandai berlawan. sebab dia boleh flash cara-cara fight dengan penjahat. hoho. masuk s03, dia sangat-sangat committed dan makin hebat. dia selalu jumpa info. kadang-kadang general dorang nda percaya. tehee! tapi dia mesti buktikan dia betul. hoyeah! kamon chuck! <--- tetiba semangat. lol

4. ‘intersect’: chuck ni dipanggil intersect. dia terlibat dgn CIA ni pun sebab dia secara nda sengaja nya memasukkan intersect dalam otaknya. jadi dialah intersect. masa dia dapat intersect tu, dia tengok banyak3 gila gambar dan masuk ke dalam otak dia. jadi, let’s say dia nampak AKU, terus otak dia bagi information pasal aku. cth: tinggi, hot, sensasi, black belt taekwando!, pernah bunuh nyamuk 15ekor seminit. ha. gitu lah. tapi selalunya orang2 yang dia dapat flash, adalah orang jahat yang ada profile dia dengan CIA. (nda pa ka aku type CIA ni? nanti kena tangkap pulak wuwu, palis2). nah! di situ lah hebatnya chuck. sampai suara pun dia boleh cam. faham ka? tolonglah faham, aku semangat ni :(

5. friendship: haha. ini banyak cerita lucu. tapi semua watak dalam series ni, sama ada main cast atau pelakon tambahan, makin lama, makin rapat sesama mereka. john casey pun makin suka chuck, padahal awal-awal dulu dia paling meluat dgn kebodohan chuck. LOL. ala, standard la kan, cerita spy2 mestilah family & friends dorang terancam. jadi, masing-masing pun mo protect family & friends dorang.





ok. itu seja dulu… haha! teruja tauk! aku baru abis tengok final eps untuk s3. dan ending dia, adalah kemunculan puan bartowski. dem! mahu tengok s04s01 tapi itulah eps terakhir dlm simpanan aku. kalau aku tengok malam ni, esok-esok aku mo tengok apa! wuwu.

kalau kamu baca pnjang2 ni, kamu terhebat.

kalau kamu bingung dan blur, jgn risau. kamu normal. sebab kamu baru sahaja membaca entry yang memvavivuta dan tiba-tiba dan panjang macam essay spm!








sekian.

atiqah bartowski. lol

Thursday, March 17

what happen lah to me today, haihhh..

one of my productive moments is when i am not in a good mood, atau tengah merajuk.

but at this very moment, i can’t even think of a word to type.

cemas dah ni Y__Y

 

*inhale*

*exhale*

 

 

maybe i just need to focus.

 

ALL IZ WELL!

mc_d

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p/s: muka tengah ketat, hati tengah keras, rasa mcm nak marah, rasa sedih-sedih. tapi kenapa kerja tak gerak nihhhh! Y__Y

#viatumblr

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

separuh hati saya cakap saya kuat, dan hebat dan juara. tapi separuh lagi melemah selemah-lemahnya.

siapa mahu bersedih dan merasa sakit di hati. tiada.

saya sendiri pun sedih bila hati saya sedih. tapi airmata pandai merembes tiba-tiba.

haihhhh…

tumblr_lbm7nu8PJA1qa6odoo1_500

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

notakaki: gambar-gambar di atas adalah dicilok dari tumblr sy sendiri, yang pernah direblog, pd zaman dulu kala.

i miss us. nite.

Wednesday, March 16

atiqah, adzyan dan atirah ruhaizad

semalam adzyan ruhaizad wrote on my wall,

image

 

 

 

 

image

 

 

 

 

aku terus ketawa berdekah-dekah seperti begini : KAHKAHKAH!

baru kejap tadi aku call si kecik mulut murai itu. bila dia hello, aku terus nyanyi sekebun cinta nan berbunga. hahaha. dia cakap, aik? kenapa kakak nyanyi macam saya ni!

kami borak-borak banyak cerita, antaranya:

 

  • library

kakak di mana ni?
kakak di libry.
kakak, apa tu libry?
libry tu tempat belajar. ala, yang tempat banyak-banyak buku tu.
ooooooh, tempat orang english kan? aik, malam-malam pun pigi belajar ka?
haha. iyalah. tempat org english. mestilah kakak kan rajin bukan macam tira. pemalas belajar. (dia sangat sangat pemalas okeh!)
kakak bah, di mana ba kakak ni?
libry kan~~~~
tipu. kalau dalam libry mana boleh becakap.
erk. mana dia tau ni? =_=”

 

  • cakap english.


kak, cuba kakak cakap english!
what do you want me to say?
HA? HA? apa tu.
hahahah. neyh, nda faham. what is your name?
apa tu kak?
apa nama awak?
eh, itu macam yang orang korea yang kita jumpa di sandakan tu! (actually, masa kami bercuti di kudat, ada orang korea tegur tira. dan aku speaking lah dgn korean tu)
bukan sandakan lah, kudat!
iya, di kudat. wat is nananana (ntah apa dia sebut td HAHA)

***hari tu di kudat, di lobby hotel, orang korea tegur dia, tanya nama & umur dia. terus aku sembang lah dengan korean tu. spekong lah kan. tira tengok kagum2. LOL. sampai bilik dia report kat mak aku, bagitau aku cakap dengan orang korea. mak aku tanya aku, dorang faham ka ko cakap apa?
tira menyampuk, “dia yang nda faham kak ika cakap apa!” HAKHAK. korean kan nda berapa sangat english. jadi balik-balik dia nda berapa faham aku cakap. hahahaha. sowt tira!

kak, kalau adoi cakap english apa? 
OUCH.
kalau mata?
EYE
(aku saspek dia suda kena ajar anggota badan dalam kelas. aku test la, tangan apa?
mana saya tau. saya baru 6 tahun! LOL!!!

suda belajar ni~~ adakan yang nyanyi tu?
head and shoulder knees and toes~ knees and toes~ knees and toes~
iya!!!! (excited) ada ada. tapi itu budak tahun satu yang suda belajar! 
=____=”

 

  • abang cakap tira pandai baca doa

abang cakap tira pandai baca doa, cuba baca.
ala, lupa! tapi tapi tapi. ustazah suruh saya ambil buku lepas tu kasi dengan orang. ambil buku dari ustazah lepas tu bagi orang! (bangganya dia! haha)
iya? (aku pun dalam hati, alaaa budak2 memang happy kalau dapat kerja dari cekgu, aku pun dulu macam tu)
iya. lepas tu, saya bagi orang buku, saya nda menulis lah! saya bagi buku, jadi saya tiada buku!
WAKAKAKAKA! =_=”

 

  • banyak lagi yang bikin aku geli hati. hahahaha! gembiralah kau di sana tira. kalau kita dekat-dekat memang ko nangis jak kena buli. muehehe.
  • tira excited mau pegi epot fetch ibu ayah & nenek pukul 7 malam nanti :)

 

last sekali tira nyanyi jugak sekebun cinta nan berbunga nya. hahahahah. makan jek!

Tuesday, March 15

kenapa belog orang banyak komen, belog aku sikit komen :(

HAHAHA. ada rasa mau lempang aku laju-laju? silakan. tapi jangan kuat-kuat. laju-laju seja. sila faham betul-betul.

 

randomness~

  • bilik diskusi di Robertson Library tu tidak kedap bunyi. dan semalam aku adalah berskype dengan bahagianya tanpa menyedari hakikat itu. dem. tak suka ah!
  • aku tau suda kenapa kamu tidak komen komen aku, sebab aku jarang blogwalk suda kan? :/ banyak betul benda dalam kepala otak aku skrg ni, uwaaa. nanti datang hantu blogging barulah aku rajin balik okeh? tapi kamu komen la ba banyak-banyak! hahahahaha
  • betul ka yang pasal hujan asid tu? wuwu..ngam-ngam semalam lepas baca status orang di facebook, hujan lebat. pagi tadi mau pegi kelas pun hujan, dan dalam hati sibuk risau-risau kena ‘hujan asid’
  • sudah seminggu lebih x pegi unipol. tahniah syaiton, kau berjaya hasut aku jadi malas ;(
  • aku terbaca something yang buat aku insaf pasal suatu perkara. uhuks. pengajaran~ pengajaran~
  • ala, sebenarnya yang di atas ni tidak penting pun. yang penting post title tu seja. hahahaha!

 

bye! thanks for reading. i love you lah, people!

 

 

and uh, these are my prev entries!

http://slimdunk.blogspot.com/2011/03/jangan-ikut-budaya-mereka-eceh.html

http://slimdunk.blogspot.com/2011/03/hi-there.html

do click click and click em! ha?? suda?? nais! i love you more lah, kalau begitu ^__^

jangan ikut budaya mereka. eceh!

mau cita sikit pasal orang puteh ni. specifically, their tv show.

ada satu tv show ni. dia akan panggil orang yang ada relationship problems. masalah yang dimaksudkan ada seperti:

“bla3 is my girlfriend. she’s pregnant. while dating me, she’s sleeping with my dad & two other guys! she said, the baby is my son. but the next day, blablabla…she put my dad’s name as the father in the child’s cert! bla3 wth!”

ok. sumpah bongok. dan jijik juge.

kemudian, watak-watak utama dalam kejadian huru-hara akibat sex rambang itu dipanggil ke studio. oh, ada audience juge pun datang untuk menyaksikan.

masing-masing akan disoal siasat secara terbuka. and each and every one of them is opening their pekung in the chest (membuka pekung di dada HAHA). ini memang wadehel.

dan kamu tau ending dia apa?

si pengacara akan bawa DNA test result dan dia akan announce la, lebih kurang macam ni,

“the baby is………NOT sean’s child!”

lepas tu sambung lagi scene bertekak para watak utama.

aku x faham apa point tv show ni?  loser betul.

 

 

 

 

 

 

 

mungkin utk dapatkan DNA test percuma. mahal ka DNA test tu? hahahaha. silly.

hi there!

ada orang ka singgah baca? alhamdulillah kalau ada.

sehat? hehehehe, semogalah sehat hendaknya.

(p/s: meng, does it ring a bell?) :P

 

agak lama jugaklah aku senyap. harussss kau faham. weekend bah. mestilah banyak kejadian. pegi situ, pegi sini, buat itu dan buat ini. ha, dan sekarang baru kelam kabut mau update segala macam hal. hurm, malasskuu~

 

start dari jumaat la ho?

  • *jap! fikir balik apa jadi hari jumaat lepas* OH! hari jumaat ada kelas sampai tengahari. dan hari jumaat jugaklah yang aku dapat elaun tu, sampai bingung & x focus dalam kelas mau fikir buat apa dengan duit tu. balik dari kelas tu, lepak di rumah. dan petang sikit buat egg tart. haha. ni kira first attemp lah ni. alhamdulillah masuk kategori ‘edible’ jugaklah kan. haha. tapi kurang mantob sebab dia x keras sangat. mungkin sebab kitorang suka hati gantikan ‘tepung custard’ pegi custard yang dah siap tu. huhu.. gagal betul. tapi rasa dia sedap! wakaka. puji diri sendiri (biarlah) :P
  • malam tu jugak kitorang sleepover at the bwows! @ Albany. kononnya nak buat pyjama party. tapi tak pyjama pun. party pun tak. haha. sebab masing-masing ada keja. ahaks, yang penting dapat kumpul ramai-ramai. best! best! best! XD

sabtu?

  • aku malas bangun dan hasilnya ameng pegi saturday market sorang. heeee bertuah punya housemate. next week sy bangun, pomish!
  • oh, sabtu petang ada gathering dengan budak2 junior yang baru sampai bulan lepas. kira buat party lah, ada lecturer jugak sorang dua tiga empat lima berapa entah. tapi best jugaklah. makan-makan. okeylah~~~ not bad. tapi suka tgk decoration dorang. creative lah budak2 tu! cam comel jek~
    *eh, jap. roomate pun tengah type entry lah! ekekekekeke. entah2 story kitorang pun lebih kurang. LOL”
  • oh ya, utk acara makan-makan tu, kitorang kena buat potluck. so, sy and the gangsss (rumah joy, rumah nana dan jordan) kena buat donut. rumah dorang joy jadi mangsa. start kul 12 tgari tu kitorang buat kuih. sampai kul 3 kot. buat kuih sikit, kecoh yang lebih! hahaha. standard deviation la tuh ;) lepas da siap tu, ada yang pegi main piano, ada yang main puzzle, ada yg main gitar. ho, bole buat band da dorang. eh, violin pun ado! ko jangan~~ bebudak ni semua benda dorang nak main. hahaha. aku jugaklah yang buta seni. =_=”

12032011(002)

12032011(007)

12032011(006)

12032011(009)

ahad tiba dan…

  • aku dan ameng buat makan-makan sikit. panggil kawan-kawan yang belum datang rumah lagi. kira macam flatwarming lah. erk, untuk minggu ni kami jemput the bwows, rumah leha, dan rumah mai. kecoh you knowwww! hahaha. best gila! kami masak me kari belasah. dan macam biasa, makan kejap, tapi sembang yang banyak. ey korang! aku sukalah hari ahad lepas!!! sgt besttt. ketawa tak hingat! lepas ni rajin2 singgah rumah kami okeh! :)
  • petang aku dan ameng pegi clock tower bagi makan itik. hehe. ada video sebenarnya. tapi masih dlm editting process. kalau aku rajin, siaplah. kalau malas. nasibbblah~~ :p

isnin:

  • mai’s birthday!
  • makan di nesli kebab
  • shopping dgn syikin
  • hampir terbeli handycam (vavun vetul perasaan tuh!!)
  • aku beli jugak leather jacket, new jeans, thsrt elmo & superman. wakakakaka!

 

p/s: aku malu gila budak laki cohort aku baca belog ni. ciskek korang! entah pelusuk mana korang jumpa belog aku.

p/s/s: hari isnin punya story tu nampak sangat aku dah xda mood nk type. bye!

Friday, March 11

salivation yang melampau

mau spicy chicken mcdeluxe.

i need your help, people!

prolog

kemaren aku pegi jalan-jalan di town. masuk Glassons, masuk JayJay’s, dan pegi tengok perfume untuk kak cinoi.

selepas balik dari mesia hari tu, alhamdulillah aku belum ada nafsu shopping lagi. salah satu sebab ialah baju yang ada sekarang sangatlah berkotak-kotak. aku perasan masa packing hujung tahun lepas. datang sini bawa satu biji beg (ala, beg besar macam anwarhadi tu hakhak). sekali packing pulak entah dari mana baju beranak-beranak! bermutasi ke hapa?! ok. point aku, ALHAMDULILAH AKU BELUM ADA NAFSU SHOPPING LAGI.

 

bab 1

betullah orang bilang, rezeki tu datang bila-bila masa sahaja. Tuhan yang menguruskannya. eceh! hehe.. yes, hari ni seja, selain kemalasan bangun untuk ke kelas pada pukul 8 pagi, aku dapat berita menggembirakan juge punnnnnn!

a. elaun buku masuk dengan masyuknya!

b. jam kesayangan aku disahkan tidak hilang dan dapat dikesan di sekitar Upper Ricarton, Christchurch. hakhak! the news really made my day! yeayyyyy! jam aku jumpa suda!

 

bab 2

tidak dinafikan ya tuan-tuan dan puan-puan, keterujaan akibat kehadiran duit kesayangan dan jam kesayangan adalah sangat maksimum. NAMUN begitu, kehuru-haraan dalam dada saya nih adalah sama tahap maksimumnya. yes, mathematicians cakap “keterujaan = kehuru-haraan”. well at least equation ni bolehlah pakai utk keadaan saya sekarang. OH CRAP! apa aku merepek.

=_=”

bab 3

sokay, kita skip yang bab dua tadi tu. saya mau cakap seja. saya tengah bingung mau buat apa dengan 740nzd tuhhhh! wakakakkaaka. gila yokkkk. beli ipad pun boleh. ciskek betul. kena tarik scholar aku kalau kedapatan oleh KPM. hakhak!

sepanjang kelas english tadi, aku asyik fikir apa nk buat dengan duit tu. LOL

a. pegi join kawan-kawan ke North Island. winter lepas aku da pusing satu north, tapi bukan dengan mereka. kali ni mereka lebih ramai, dan lebih macam best, sebab mereka kesayangans ku. yes, mereka yang ada dalam slides di header belog ni. mereka-merekalah. para kesayangan hamba =(

tapi untuk pergi kali kedua? tidak berbaloi kan? sahlah buang duit wey. tapi aku masih ada hati mau ikut dorang. mesti best mesti best mesti bestttt *nangis laju2*

b. pegi round south island dengan kawan-kawan lain. tapi ni aku x sure mo pegi dengan sapa, dan dengan apa. aku x berapa explore lagi south island ni wuwuw… tengoklah nanti mcm mana.

c. simpan untuk kecemasan & winter holiday nanti! (ini adalah yang paling the bestesttt! haha. aku tau. tapi aku yakin aku nda pilih option yang ni. heee! plus,winter nanti pun dpt elaun lagi aite? LOL)

d.IPHONEEEEE!!!! atau ipad? HAKHAK. ok, sila tampar aku laju-laju sekarang!

 

 

 

epilogue:

actually, i already have another plan in mind i.e leather jacket, new jeans, baju elmo dan baju superman. HAHAHAHA! dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu~~eh? eh? siapa sumpah aku jadi yunalis zarai ni? hahahha. semalam aku HAMPIR rembat semua barang tersebut semasa jalan-jalan di town (rujuk prolog). hahaha. tapi aku cakap, rilek dulu la. bagi mimpi dulu malam ni. dan tengok esok nafsu shopping tu masih wujud atau tak?

 

ok. sekarang bingung. tapi gua memang tengah gatal kaki dan tangan ni. semoga, aku tidak tersesat ke jalan yang tidak diredhai~~ (i wish i can call my mom and talk about this. huhu, sedihnya. lama suda nda call ibu. tapi semogalah ibu, ayah & nenek selamat mengerjakan umrah dengan sempurna dan selamat balik nanti)

mommmyyyy i mishhh youuuuuu! =(

Thursday, March 10

si langgok dan si nganga. HAHA.

cantek kan kan kawan saya! hahahaha. tapi dia langgok kan? hahahaha! *flipping hair* <--- euww

kejadian ni berlaku masa saya pegi tawau hari tu. kan saya lepak-lepak di opis ain, terus kami main-main webcam. tapi webcam dia sumpah annoying! lidut dan malar hanggggg! terus bikin give up. pastu bila ko ready2 dia nda capture, tapi bila ko tengah ternganga, tutup mata, menguap, nda ready semua tu, dia pandai-pandai pigi kira 1, 2, 3 dan terus capture. hoh, stressnya time tu. *emo x pasal2*

dan tiba-tiba, bila saya suda balik kk, dan balik dunny. baru ain perasan ada video kami tercapture. setelah sekian lama, baru dia send sama saya ini video. uhuks. terus meter rindu sy naiklah lagi. cepat-cepat cari gambar kami bikin desktop background. teheeee!

tiada isi pun sebenarnya dalam video ni. i just want to show off.hahahahaha! you people how sot we can be. LOL. dan terimalah: si jelita dan si gelita. rupanya begitu muka saya kalau online. pandai ketawa sendiri.

dear mck, i mish you. and i mish your getek-ness. bye

 

p/s: nampak kan sy malas layan dia? hahahaha. kalau dia sot, saya jadi penat tengok. jadi bagus saya tengok benda lain :P:P:P

 

 

*sy nda mau tdur lagi lepas subuh hari ni. sebab saya mau masak bihun goreng sedap utk ameng breakfast. kmaren ptg sy pigi tidur, sepatutnya saya pigi masak bah tu. kesian dia~ dia selalu masak sedap2 untuk saya =_=”

Tuesday, March 8

nemau tidur lepas subuh esok

sebab mau makan mi goreng indomie campur telur mata! yak ampun. sebenarnya mau sekarang, tapi malam suda. jadi tunggu esok lah. nanti saya makin gemok makan malam-malam. kenapa tidak bole tidur. sebab kalau saya tidur lepas subuh, setengah jam sebelum kelas baru saya bangun. mana sempat mau goreng mi campur telur.

 

mau mau mau. semoga ingat azam ini esok pagi =_=”

nija kasik~

  • Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu.
    nurul atiqah binti ruhaizad

 

  • Kamu suka warna pink tak?
    kureng sikit. sebab xmau nampak girly sangat, dan nda ngam dgn warna kulit. hakhak. jgn bah kamu racist sm saya~~~

 

  • Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni, apa kamu nak cakap dengan dia?
    HAHA. jumpa jgk dgn ko nij. eh? kecik rupanya kau nih.. (LOL)

 

  • Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?
    jeleknya soalan. sentap mak nox! haruslah maher zain. unless, kamu cakap maher zain itu kacak, bah, aku lah ambil anugerah paling comel tu.

 

  • Mana lagi sedap? Kek atau aiskrim?
    suka kek. aku kureng sikit dgn aiskrim ni. makanlah jugak, tapi kurang.. mesti betul-betul ada selera

 

  • Bila tarikh birthday si pemberi taggie ni? (Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)
    bukan saya tidak ingat, tapi saya tidak tahu. tehee. tapi apa-apa pun, saya rasa saya masih hebat.

  • Ain Maisarah, siapakah dia?
    mana saya tau. jeleknya soalan mu nih. kenapa ko nda tanya: siapa prof istinggalupas pinawantai? =_=”
    jangan tanya soalan begitu lain kali ah? jelek tauk!

 

  • Ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai perenggan pun.
    Erk, saya buat belog sebab saya suka cakap. mula-mula rasa mcm bodoh blogging syok sendiri sebab tiada pembaca pun. lama-lama makin ramai pembaca, makin syok sendiri pulak menulis. hey, honestly, sekarang saya menulis sebab saya yakin ada yang membaca. terima kaseh para pembaca! <3

    lama-kelamaan belog ni jadi mcm open diary. aku mahu dia simpan banyak peristiwa. sebab aku suka main flashback2. nanti bila aku datang mood syok sendiri, aku pigi cek-cek entry lama. pastu ketawa-ketawa sendiri. mostly, aku ingat lagi kejadian disebalik entry-entry tu semua. kiranya macam aku tau kenapa aku typed entry tu.

    cth:
    katalah, entry tu hanya ada satu perkataan, erm, contohnya “rindu” <--- banyak gila perkataan rindu dalam belog ni kot.
    aku tau dan aku dapat recall apa yang aku rindu tu. kenapa aku rindu time tu. mungkin kamu boleh buat assumption macam-macam kan? oh dia rindu si anu nih. si itu mengkali. tapi aku seja yang tahu kejadian sebenar.

    ha, macam itulah specialnya belog nih. sedar nda sedar, dia suda simpan banyak benda sebenarnya. mesti kamu pun begitu kan? bestkan ada belog? ^__^

    incik belog wujud masa februari 2009. yes, sudah dua tahun lebih. kadang-kadang ada rasa macam ‘lame’ gila berbelog poyo macam aku ni. tapi i just cant stop blogging. susah gila kot. sebab aku jenis banyak cakap. yeah, you can call me mencapub atau ngegeh, atau gedik, atau apa-apa sejalah yang kamu nilai dari cara aku menulis, tapi yang aku tau aku suka dgn ini incik belog :)

    kamu jangan kutuk aku tau. aku cepat down tu kalau orang kutuk. wuwu.. penyedih betul. iya, nampak seja aku ni macam hebat dan juara, tapi cepat terkesan dgn cakap-cakap orang.

    lagi satu yang kamu harus tahu pasal belog ni. aku nda selesa bercakap pasal belog di dunia sebenar. SEGAN GILA VAVUN i tell you. sumpah. jadi kamu jangan ungkit-ungkit cerita belog ni di facebook ataupun time terserempak dengan aku. okeh? yak ampun. belog ni sebenarnya macam rahsia. aku selalu berharap orang nda jmpa belog aku. tapi sekarang, abang, adik-adik aku da tau aku ada belog =_=” nasib baek parents aku belum tau lagi. tolonglah jangan. dan sebenarnya, baru jugak aku jadi berani untuk tinggal jejak di belog orang. erm, sebenarnya ada belog yg aku follow secara rahsia. dan jadi silent reader. dulu aku akan cuba tidak meninggalkan kesan di feedjt traffic dorang tu, aku akan remove. tp sekarang aku main redah jak. heh.

 

  • Apabila harijadi kamu, kamu nak saya (pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?
    errr.. setakat ni mau teddy bear. atau mesin jahit! ahahaha. kalau nda pun, kamu murah hati ka mau ganti jam adidas saya yang hilang? heeee. kalau nda bagi apa-apa pun xpa lah. saya faham jugak tu cik :P
  • Taggie ni ada sepuluh soalan jadi wajib tag sepuluh orang ya!
    oh, taggie ka pulak namanya? LOL. taggie. makin hari makin canggih nama di dunia ni kan?
    laptop = lappie,
    tag = taggie,
    dunedin = dunny.
    atiqah = riby. LOL!


    erk. oklah. mau tag rin, bya, kerek, nazren, ariez, wewin, kuruk, dan siapa-siapa lagilah. mahu jugak tag zackzukhairi. boleh? HAHA.

 

 

 

eh, btw. thanks nieja! sebab tag aku. dan sorry sebab lambat. hehe

sy rindu parents sy.

dulu saya selalu rindu kota kinabalu. yalah, termasuk ibu ayah saya lah. sebab mereka pun di kota kinabalu jugak. tapi ni kali lain lah. menangis saya sendiri mengadap laptop ni sambil cover-cover nanti roomate tengok. at this very moment, saya rindu ibu ayah saya. saya selalu gaduh-gaduh dengan mereka. saya rindu begitu. 10 hari tak boley call mereka bikin saya haru pulak tiba-tiba.

sungguh, kesedihan ni bukan saya rancang. saya bukan jenis yang homesick2. dulu tu saya homesick sambil menyelam minum air, konon rindu kota kinabalu tapi sebenarnya saya mau pigi dating. tapi hari ni tiada apa yang menyedihkan pun jadi. happy-happy seja pun. sempat khatam novel yang bikin senyum-senyum, pastu pigi tengok kawan-kawan main hoki(menang pulak tu) dan ketawa-ketawa lagi dengan kawan-kawan. tiba-tiba masuk bilik dan duduk mengadap laptop terus macam mau menangis. saya rindu kawan bergaduh saya, ibu ayah.

;(

;(

;(

Monday, March 7

haha. banyak rupanya kenangan aku dgn kau! :P

  • aku datang rumah pujuk ko supaya sambung sekolah di smsld lepas PMR kan? aku x berapa ingat time tu aku pujuk ko atau mak kau. hehe
  • aku pernah ikut pegi sk. bukit belacon! LOL. ko ingat ka tu? kita di kantin!
  • kita ada pencil case warna pink bentuk pensel! beli di wisma ramai-ramai! kau, aku & ain. time tu kita form 5 suda. kenapa kita mcm budak2 ada pencil case yang seiras? LOL!
  • akusedihgilaTuhansejatahu masa kita ada ‘conflict’ tu! wahahahahaha. kelakarnya bila ingatkan? Thank God, kita masih jadi kawan sampai hari ni ;)
  • ada satu masa tu ko jadi miss telekom. sebab tiap kali abis prep, mesti mo pegi bgayut =_=” lepas tu aku sound ko kan? hahahah. lepas tu ko nda ajak suda aku teman kau. kesian kau. maaf, aku x sepatutnya buat mcm tu. heh! =_=”
  • tidur satu katil, makan sama-sama, escape sama-sama, prep pun main sama-sama.
  • hahahahaha. aku senyum-senyum type post ni. tapi ada rasa terharu jugak. tersedih pulak. uhuks. T_T
  • kawan, dulu aku jahat dengan kau. teheee! minta maaf tau!
  • dulu ada satu benda aku nda faham, aku heran macam mana ko boleh ingat aku sayang ain lebih, tapi sebenarnya aku sayang sama seja pun. sama! betul ni. kadang-kadang aku rasa aku lebihkan ko dari ain. HAHA. geli. yuck yuck. itu cerita lamalah!
  • pastu, ko paling menang kalau menyanyi! off-tune! hahaha. lirik ke laut jugak. LOL. komposer terhebat! saingan haze. hahahaha. paling aku ingat, ko nyanyi “pagi terjaga ku dari lena~~~” lagu OAG yang gol gincu tu (which was ur fav movie at that moment LOL), tapi tune lagu raya by m.nasir. HAKHAK. sumpah lucu!
  • eh, juga geng ‘fantasia girl’ yang kononnya fly pegi tengok konsert final AF 2. wahahahaha. moment paling loser untuk kita. apakes pigi tengok konsert AF segala! LOL

 

dan kita jarangggg gila jumpa lepas hi-school kan? until recently, bila aku pegi KL hari tu. terima kaseh jemput aku di epot tengah malam! hahahah. kau kurus gila okeh! kurus gilavavunnnnn! siyesly. makan banyak sikit.

dan saya tumpang happy tengok anda happy dengan incik faiz :)

 

and dear saharina,

untuk ulang tahun ke 22 ni, semoga semakin kuat menghadapi ujian hidup yang semakin mencabar ni, semoga semakin terbuka mata & minda dalam mencari erti kehidupan, semoga semakin jadi anak yang solehah & semakin menghargai dan parents & adik-adik :)

pokoknya, selamat menjalani kehidupan, yang penuh gembira, yang menerujakan, yang membahagiakan dan yang menyedihkan jugak! okeh?

anda adalah salah seorang yang memberi makna dalam hidup saya. terima kasih kawan, HAVE A GREAT BIRTHDAY!

weekend yang hilang sekelip mata!

esok suda hari isnin (in fact, beberapa puluh minit seja lagi). dan kelas saya bermula pukul 8 pagi. *clap clap* ah, tak kesahlah. orang bilang, alah bisa tegal biasa. kalau sampai bila-bila pun tidak biasa janganlah pegal! (pegal= geram/gerigitan/manas/mau marah) hehe.

jadi amacam weekend kamurang? ok jugak? nice~~ hehe.. weekend aku tiada yang menarik pun, heh tiada yang menarik pun entry bakal 1500 patah perkataan =_=” (blame the hantu jari!)

pada sabtu pagi, errr i mean, tengahari, both roomate & i bangun time matahari tegak nun di atas kefala! haha. actually, plan malam sebelum tu mau pegi jalan-jalan sekitar Logan Park lepas subuh, dan kemudian join dorang kawan-kawan main volleyball di gym a.k.a UNIPOL. haha. semua tu auta rupanya. mahu tau apa kejadian sebalik kelambatan bangun kami? ini adalah kerana kami masing-masing tunggu sorang bergerak dulu.

er mcm ni. kami menginap di katil double decker ya kawan-kawan. jadi, we dont really see each other. haha. yalah kan. bukan tidur sebelah2. jadi, tiap kali alarm kami bunyi, kami akan saling men-sound each other.

“meng! bangun~ jam lapan suda~”

“iyaaaaa” <--- bukak mata tapi tunggu aku lompat dari katil, sedangkan aku pun tunggu dia bangun =_=”

 

“by~~ jam 9 suda ni.”

“iyaaaa” <---- sambil bermonolog: ameng ni mo main volley ka nda?? bila dia mo bangun ni?

 

ok. dua-dua pun nda sukak jadi yang pertama kalau pasal bangun. tu yang kami bangun tengahari sikit. sebab masing-masing sambung tidur sebab tiada yang bergerak. teheee! ampun bapak-bapak ibuk-ibuk! :p

dan bangun-bangun terus hyper bergelak ketawa. dalam masa yang sama, saya rasa sedikit loser sebab bangun tengahari! terus lepas zohor pegi bertapak di library berdekatan sampai pukul 5.30 wahaha. productive la kononnya~ (alamak, i pomish to show you people our library kan? later okeh! sorry for the delay *wink*)

petang tu kalau tak silap kitorang pegi unipol. uhuks.

AHAD hadir dengan semangat yang berbeza. eceh! haha. bangun jugak awal pagi tadi sebab MAHU MAIN NETBALL! hoyeah. lama gila x main. last skali main masa zaman hi-school lah! itu pun makin bodoh2. hahaha. main ketawa jak banyak.

oh, yes, dan tadi memang terbaeklah main netball. best! best! walaupun aku main macam apa entah. wuwu. dan tengahari balik rehat kejap dan masak sikit, terus ikut dorang budak Harbour Tce (azhan, joy, alif: bukan nama sebenar) pegi Pak n Save & the Warehouse. warehouse: bunyi macam GEDUNG MEMBELI BELAH TERHEBAT DAN TERMURAH kan? memang pun. wahahah!

balik petang tu ada majlis flatwarming di rumah gadiskuuuu (ex-housemates) ^___^

yak ampun, aku bahagia to the max! sebab petang tadi penuh gelak tawa. lama gila nda berkumpul macam tu. dorang masak soto! dan goreng cucur yang sedap hahaha. best! best! pastu balik penat dan mengantuk. dan malam ni baru terkapai-kapai mo buat pre-reading & segala persiapan kelas untuk esok =_=”

 

erk. tu dulu la ya? wahaha. mesti kamu serabut membacanya. till then sayangs!

:)

Saturday, March 5

Rebus!

hai korang. ok, hari ni mari merebus! ini bukan rebus yang macam didihkan-air-dan-masukkan-telur-atau-anything-dan-tunggu-sehingga-dia-masak. BUKAN!! bukan rebus yang begitu okeh?

REBUS kali ni adalah language game yang menarik dan menjana minda!

untuk saya dan rakan-rakan yang mengambil pengajian bahasa inggeris ini, (tapi, bahasa inggeris saya sangatlah loser, tengok ni saya berbelog pun guna bahasa sabah HAHA), kami sudah beberapa kali ditemukan dengan permainan ini. siok okeh! ada yang susah. ada jugak yang senang. game ni akan jadi mudah bila korang banyak tahu idioms/proverb/expressions yang mat salleh selalu gunakan. pendek kata, vocabulary inggeris kamu adalah the very the power!

mahu bermain?? ayokkkk!

 

ok. mari kita cuba sedikit dulu! (haha, kencangnya fontsize!)

image

ini adalah apa? yes, pintar semua nya ya! itu adalah TOP SECRET. sebab antara semua-semua secretsss itu, yang paling atas (top) yang ditunjuki! hekhek

image

ok. this is quite tricky. eceh! haha
apa? eh saya dengar visitor dari kuala lumpur ada yang menjawab. apa dia? kuat sikit lah. yakin2!
ha! betul lah tu. HALF-HEARTED!
pandailah you all nih!

mahu lagi? meh cuba yang ini pulak.

image

it’s trip around the world. heh. nice kan?

pigi kamu main-main sana.

go to google homepage. dan search REBUS!

atau ke sini aja http://www.fun-with-words.com/rebus_puzzles.html

 

selamat merebus! hahahaha

entah di mana dirimu berada~ hampa terasa hidupku tanpa dirimu~ HAHAHA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tadi khai ‘menyanyi’ lagu ni di twitter! HAHA.. terus aku cek playlist aku yang ada beratus lagu-lagu indon tu. surprisingly lagu ni teda dalam simpanan. terus pegi youtube. heh.

somehow lagu ni mengingatkan aku kepada si Anjang. haha. mana suda dia ah? dia malar nyanyi lagu ni dalam kelas dulu.

 

terus membawa ingatan aku pegi kelas 5delima. geng bawah kipas belakang sekali. aku, nadiah & khai (kalau nda silap)

hahaha. budak-budak duduk depan study berabis untuk spm. aku di belakang main sudoku lah. dengar lagu lah. gossip lah. anjang pun selalu datang situ. LOL.

lama-kelamaan, makin ramai geng bawah kipas. cikgu hamdi pun kalau datang time prep malam pun singgah jugak situ.

auw! auw! rindunya hi-school! ^___^

 

kamu tahu kawan-kawan? jiwa saya memang kacau gila beberapa hari ni. tolong la problema. give me a break, will ya? ;(

Friday, March 4

semburu

nangis berabis.

bye

 

lah.

Wednesday, March 2

aku xda niat pun mau ber-belog hari ni… tapi…

ada orang cakap, “by (riby okeh, bukan BABY!), i’m looking forward…”

“looking forward apa ni?”

“…to read your blog”

DEMIT! ko sengaja buat aku emo kan budak!

 

nah. rasakan kau. entry kali khas untuk mengutuk ko daus! haha!

 

okay people! meet my friend, FIRDAUS OMAR! omaigod omaigod. korang tau takkkk. he’s probably reading my post via his brandddd newww IPADDDDD!

kaya kannn? macho kan? gila best! i envy him okeh~~ btw, daus single lagi. sapa-sapa berkenak boleh roger! :p

eh. tapi dia emo sikit. wahahaha!

 

bytheway, di kesempatan ini jugak aku mengumumkan hari rabu adalah hari terbenci sedunia. kelas adalah dari pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang. ce bagitau sket sapa yang suka kelas packed macam tu sekali? sini aku tabik spring kat dia.

dah la macam tu. kelas hari rabu adalah paling memboringkan. pagi-pagi tu kelas ok sket. researh method klu x silap. tapi ni pun banyak gila terms kena paham. pengsan~

next ada cohort meeting. ni pun dah bikin spoil mood aku sebab tak pasal-pasal suh buat essay. lepas lunch break kitorang ada kelas education 2 jam. sejam pertama aku focus lagi. jam kedua aku lost abis! ada orang tu distract aku dengan IPAD BARU! aku pun mestilah sakkai. sejam terakhir tu aku dok main-main ipad. =_=”

pukul 3 pulak sempat jugaklah join aktiviti ‘merentas desa’! kelas di hujung dunia okeh! adoilah. sampai jak kelas, penuh macam sardin. aku duduk belakang skali, hujung skali. memang ZERO input. kul 5 balik rumah, aku ke unipol lagi.

dan sekarang baru balik rumah.

k lah. till then. mau masak, ikan masak taucu. baru mau terai. semoga menjadi. xoxo!

 

 

 

 

 

p/s: i miss you lah. and i wonder if i ever crossed your mind. tc pingu.

kehadapan z~ (saja bikin title begini biar ko tengok terus baca!) HAHA.

ey z!

JELEK tauk kalau main hilang2. bosan bah saya teda kawan yang COOL HEBAT DAN JUARA *membodek dan terus muntah2* 

teda ba kawan sy bgaduh, bcerita.., mengumpat, mendengar hikayat. jangan bah sombong2 online nda meroger~

dan jika anda membaca post ini, sy mintak tolong sangat jangan bonggo atas sebab sy mencari2 anda. haha cis.

nda cool pun lah bertapa sorang2. LOL. bagus kasi cerita sama sy. bole tu sy tambah kasi kutuk2~

eh ya, semoga anda tidak menggumuk di sana ya, sebab saya sedang mengurus ni haha

oklah. sekian untuk z yang kehadapan (??) :p

 

 

cerita saya pulak? uhuks. tiada yang menarik pun.

  • study: besa-besa seja. baru hari ke dua. tapi kelas poetry paling siok!
  • meter sehat? alhamdulillah ok. tapi sudah dua hari x pegi gym. tadi sebab dorang kawan-kawan main hoki, dan pegi jadi supporter. jadi xda geng.
  • kota kinabalu: ayah outstation, ibu makin busy, abang & iyan keluar dengan malarnya. rumah sedikit kosong.
  • rumah saya? ok jak. internet hari khamis atau jumaat baru ada (paling nda best. bikin meter happy sy turun mendadak). oh tadi jugak pegi bayar sewa rumah.
  • makan? tadi masak ikan sweet sour resepi ain. HAHA. jangan kau bangga. tumbuk kau tuh!
  • keperluan? buku, iphone iphone iphone iphone new camera.
  • kehendak? iphone iphone iphone iphone iphone! wahahaha. tapi memang aku x mampu. byelah!

Tuesday, March 1

skuad kebangsaan bengang dengan internet connection yang macam harem.

hari ni hari pertama bersekolah. kelas sem ni macam menghampakan sikit sebab hari isnin start pukul 8am sampailah 2 petang. mahu tak pengsan. haish. dah la tahun lepas isnin ku membahagiakan. kelas isnin 2ptg, selasa pun start 2 petang. grrr. memang anjakan paradigma betul. tapi awal-awal macam tu pun, mengecewakan macam tu pun, hari pertama musti mau terbaek kan beb? HAHA. gila tak tidor woh lepas subuh. macam bukan atiqahruhaizad seja nih! haha.

semangat bah hari pertama sekolah. minggu depan depan depan, mulalah liat tu. teheee! lagi-lagi rumah hanya sejauh 50 tapak daineso. heh. 7.40 bangun, 7.55 bole lah berlari-lari kecil. huahaha. ok. jangan hairan. aku memang pelambat dan loser. tapi sem ni biar lah kasi semangat sikit kan? heh. bole pcaya ka? we’ll see, we’ll see ;)

hari pertama ok jak. cuma aku tersalah dress up. LOL! rupanya kelas pagi-pagi tu kelas PE (physical education). aku pegi pakai baju panjang2, pastu shawl lilit bagai, dan slipper macam nak pegi town. ngek vetol. malu jak. daus siap kutuk, cakap aku pegi class modelling. ciskek. aku tak sengaja lah wey!

balik kelas 2 ptg, aku dah lemau dah. haha. lembik betul. kata pegi gym tiap hari~~~ *sinis* (mata ke atas, tangan ke dada)

aku memang plan nak tdur, tapi aku tunggu nana datang rumah jap. pastu jugak ameng bagitau unifone (internet provider) x boleh buat installation hari ni. the soonest they can come is either on thursday or friday. terus aku hempas badan atas katil, nangis teresak-esak. ok tipu. aku bengang gila. cahaya panas terik masuk dari tingkap aku pun aku belasah jugak tidur pakai duvet (selimut sumpah tebal). moody beb. sebelum tidur tu siap marah-marah unifone dalam hati.

pentifu kauuu! kau bilang mau datang jumaat lepas tapi sebab hujan kau cancel. sekali hari isnin pun kau tidak mo datang jugak. uwaaa! bilang paling lambat dua minggu seja! mana bole cenggini!!

lepas bangun tidur aku hyper dengan tak semena-mena. LOL. bila masa aku x hyper. pfft.

petang-petang jalan pegi grange & singgah albany berketawa-ketawa dengan the bwows! and guess what! saya suda ambil gambar dari nas! hahaha. meh sini meh. kita tengok skuad kebangsaan berentap di gelanggang otago! osssehhh! :p

tuuuuuudia! wahaha. tinggi rupanya aku~

kaki saya panjang aite? patut jadi pelari kebangsaan ni. tapi harem satu sukan pun tak main =_=”

Tuhan saja yang tau betapa bangganya aku pakai jersey mesia. 1st time aku ada jersey mesia ni wahahah!

DSC07065 rehat sambil pose. eh? penat-penat pun kiyut! wahahahah *lariiikkk*

DSC07066 dah la nas~ muka xdak mekap ni. nanti abang nara upload pulak kat beautifulnara.com HAHAH. petuik!

 

 

 

panjang kan jari saya! kalau masuk cincin mahu enampuluhsaat jugak tu :p teheee ^__^

 

 

bye. thanks for reading.

spread the love love love <--- tetiba =_=”