Sunday, November 20

things to do before going back for good.

giler giler giler! aku balik hari khamis ni. tiket pun xda lagi. kawan-kawan yang lain ada yang suda dapat. aku da start risau jgk ni sebab tinggal berapa hari jak lagi pun mau balik. tapi insyaAllah musti dapat punya lah, makanya sabar aja koq. kena sponsor tiket ni pun aku kira bersyukur. 10k untuk  1 way flight! sangat gila. jadi, tunggu senyap-senyap dan bersyukur seja lah sekarang. 

sebelum balik banyak benda mau buat ni. 

1. beli jersey ayah. tunggu orang pegi queenstown ni aiyohhh. kat dunny bhapak mahal =_="
2. pegi tengok movie kat Hoyts for the last time - tuesday night perhaps.
3. pusing Otago Peninsular & dunedin (sandfly bay, tunnel beach, albatross centre) - selasa jugak (??)
4. pack barang betul2 - rabu
5. abang kirim sticker - esok lah cari.
6. mau jual laptop desk, winter boot, and boot. bila ni ah? haihs. padahal post seja pun di facebook.
7. tutup acc bank - rabu kot.
8. pegi unipol puas2.
9. eh tak decide lagi nak jual pekan atau bawak balik =_="

KHAMIS balik. sedihhhhh. tamauuuuuu. 



semalam yang classic ;)

IMG_5236IMG_5246IMG_5247IMG_5248IMG_5249IMG_5250IMG_5254

Lake Pukaki, Twizel
Nov 19, 2011

Monday, November 14

11: fare thee well

hello  people! 

11 hari lagi aku balik mesia. tiket xda lagi, elaun november tak masuk lagi. haih. tak faham jugak aku pihak berkenaan ni. xpalah. sabar. iman.

i planned to blog about our trip to Middlemarch first, but i don't have the photos with me at the moment. i am actually in the computer lab. so, mari skip cerita Middlemarch dulu okeh? aku bukan berniat untuk lepak sini dan blogging pun sebenarnya. tapi dtg lab semata-mata untuk guna scanner sebab mau scan 'bond refund form', lepas habis rehearsal tadi kat college tadi. tapi since event petang nanti start pukul 2 ptg, dan sekali belum pukul 12 pun lagi, aku rasa mau update kejap. hehe..

oh, tadi kami ada rehearsal untuk farewell party pukul 2 petang ni. haih. musti sedihgilagila event petang ni. uwaaa. jangan pakai mascara lah kan? we'll be singing a maori song, gelang si paku gelang, and auld lang syne. tadi sharon dengar lagu auld lang syne versi melayu terus dia terkejut dan buat muka sedih. tadi pun aura sedih terus tiba-tiba melampau. selama ni masa practice beberapa hari rilek jak pun, bole gelak-gelak lagi. pfft. ni belum real event lagi ni. sobsobs. i hate goodbyes. 

hopefully ada orang record nanti. kalau ada insyaAllah aku upload okeh! 

sepangjang minggu ni kitorang busyyyyy dengan activities. and they are all about goodbyes Y__Y

you guys have a good monday!  thanks for reading.








minggu depan balik ;(















Saturday, November 12

how I celebrate my raya

ya ya ya. bertenang syuma olang! (semua orang). memang suda basi pun hari raya. tapi seperti biasa, hari raya aku special jadi harus update dong. nanti kalian pada mikirin terusss “gemana kali ya raya nya si tqa” ecewahahaha lempang!

aku kalau raya korban ni aku selalu no feeling sikit. heee. kalau di rumah (kk) pun, aku bangun lambat. agak-agak bila matahari suda melambai tu baru aku bangun hehe. kecuali, bila ibu buat openhouse. hehe barulah bangun awal sikit. tahun lepas aku sempat raya haji kat mesia. ngam-ngam few days lepas aku sampai kk, kita celebrate hari raya haji. tahun ni, aku berhari raya di dunny. dunny sunyi sikit dah, sebab ramai students da balik. so, kurang sikit lah kemeriahan raya haji ni berbanding raya aidilfitri hari tu.

tahun ni jugak aku baru pegi solat raya setelah sekian lama heee. seingat aku, paling last aku pegi solat raya masa kecik-kecik dulu di kampung. ngee. tapi kan, aku punya ‘first’ solat raya di sabotaj oleh najlaa T_T. dia bagi aku stokin koyak. aku nda perasan (sebab masuk masjid mau start solat baru aku pakai sox heee don’t try this at home). sekali masa takbir tu, tengok stokin koyak. sesungguhnya aku malu dengan orang sebelah huuuuuu.

HAHAHA. nda ba nat~ main-main jak ba nat~ najlaa nda sengaja ba tu kasi stoking koyak Smile with tongue out

lepas solat raya kami ada meeting tauk! meeting dengan course coordinator – sharon. cerita pasal activity kami sepanjang minggu. oh FYI, memang setiap kali hujung semester, kitorang akan ada activity untuk mengisi masa lapang. banyak gila lah! ha, lebih-lebih lagi bila kami mau balik for good nda lama lagi ni. macam-macam activity kena plan! seronokgilayokkk!

ok. lepas meeting kami tunggu container. kan ada bagitau hari tu kami share ramai-ramai untuk sewa container ship barang pegi mesia? ha. 7hb hari tu, yakni hari raya haji untuk nz, container kami sampai depan rumah. so kami masuk barang ramai-ramai. load barang pun boleh jadi excited tauk. hahaha. semua teruja. ok3. meh tengok gambar. gambar dari cam aku xda pun, tp tengok gmbar kawan-kawan aku la ho?

haha. bhapak selekeh tak tukar baju raya lagi Smile with tongue out

ni baru process angkat barang dari rumah ke rumah. thanks to kak tia yang banyak tolong :)

eh, reen, aku cilok gmbar hang dr fb tau hehe.

tak banyak gambar sangat. sebab aku serabut sikit hari tu. hehe. aku kan~ forever serabut =_=”

dan dengan ter-ship nya barang-barang ke malaysia, maka kosonglah rumah ku. tinggal barang-barang yang mau bawak naik flight jak nanti. sobsob.

eh happynya tengok balik gambar-gambar semua orang. semua benda pun mau happy. padahal angkat barang masuk container jak pun. hahah

 

ok. that’s how I celebrate my hari raya. *senyum tayang gigi*

Thursday, November 10

practicum seminggu.

practicum kali ni boleh tahan best. tapi tetap menjengkelkan sebab kena gerak dari dunedin pukul 7.35am. ohhhh sangatlah meliatkan untuk bangun pagi pagi. dan sekolah kat sini pulak habis pukul 3.00pm. sejuta kali menguap lah dalam kelas. ha, dapat pulak sekolah yang jauh. ambil masa sejam jugaklah mau pegi destinasi. around 4 baru sampai rumah. wuwuwuw. minggu yang memenatkan T__T

this is our last practicum here in new zealand. lepas ni balik mesia practicum kat kuching lah pulak. matilah nak kena sedia alat bantu mengajar semua, buat lesson plan and all. hoishhh sikit lagi aku jadi cekgu ni. biar betul?! =_=”

practicum kali ni best sebab dapat cekgu-cekgu yang baek dan murid-murid yang happening. sekolah tu best lah! sampai jak kitorang hari isnin tu, dorang buat buat special assembly and sang a maori song to welcome us. oh excited. da dapat aura da sekolah tu best. lepas tu gambar masa assembly tu masuk dalam newsletter sekolah. kitorang dapat jugak newsletter tu. lagi tambah excited sebab ada mukak kitorang dalam tu ah ah ah. comel pulak tu. ah ah ah.

aku dapat year 3&4 dan dorang sangat cute and adorable. macam barbie doll pun ada jugak. dulu-dulu aku ingatkan doll yang aku main masa kecik-kecik tu hanya rekaan semata-mata. rupanya anak orang putih memang kiut mcm patung. dengan mata warna warni haihhh. mok sigek!!

sepanjang seminggu tu, aku kena observe dan mengajar jugak lah sikit-sikit. errr… pastu nda tau mau cita apa lagi. haha. oh yes, dan aku suka sepanjang perjalanan ke sekolah tu. sebab banyak gilaaaa sheep dan kuda kacak! sheep sangat comelllll. sepanjang jalan tengok sheep pun nda bosan. ada seja yang bikin geli hati

ok dah dah. tengok gambar la ho. (mudah-mudahan nda kedapatan aku upload gambar dorang ni hahaha)

sekolah dorang ada swimming pool yokkkk! setiap hari sepanjang aku practicum tu, dorang akan ada swimming session. hanya untuk main-main dengan air. tsk. dengki betul =_=” swimming masuk dalam curriculum dorang jugak sebab ramai orang lemas kat nz ni (associate teacher aku cakap). tapi tak semua sekolah ada pool :)

haha. ok, saja upload gambar terburuk. baru nampak feel habis! hahahahaha.

athletics with Tory: high jump & long jump.

 

tu jak la kot. he. babai.

31 Oct – 4 Nov @ Palmerston Primary School.

Wednesday, November 9

queenstown: betul-betul girls day out

hellowww! hehe ini entry yang suda bangas. sikit lagi mau basi kalau orang sabah bilang. tapi sukur la nak, masih sempat jugak aku mengupdate. haha harus update sebab seronok untuk diingati Red heart
immediately lepas exam kami hari tu, 29 oct, keesokan harinya yakni ahad, aku dan girlfriends pegi queenstown untuk beli souvenir dan jalan-jalan lah sekali. kenapa mesti pegi queenstown? sebab queenstown memang tempat beli souvenir. oh dan tujuan sampingan pegi queenstown ni adalah untuk makan-makan jugak. QT ada fish & chips yang paling puas hati makan. paling menang! so, kami semua pegi QT pegi balik hari tu jugak sebab keesokan harinya kami ada practicum yokkkk! 
move your cursor onto the photos to read the caption :)
soul sisters! :)
otw pegi QT tu kitorang singgah di Cromwell. cromwell ada satu fruit stall yang jual ice cream paling the bestest. real fruit ice cream. dia blend sekali buah-buah dengan icecream. oh, musti singgah sini kalau pegi QT!
jone's fruit stallyummyliciousehee!my daughter! haha
lepas tu, singgah kat kawarau bungy jgk dan kebetulan ada sorang korean ni tengah mau terjun. yang bestnya, dia nda terjun-terjun sampai kena marah dengan orang tu. menangis dia ketakutan. huahuahua lawak oi!!
kawarau bridge
ok, ketawakan orang dengan kejam, tapi diri sendiri pun ketaq lutut tengok dari atas tu =_=”
selekehgila =_="
aku beli bungy sheep sebab dia comel. teda rezeki lagi mau buat bungy wuwuwu Y_Y
lebih kurang pukul 2.30pm, kitorang pun sampai QT. then bila sampai QT semua orang makan dulu laju-laju dan pegi cari souvenir!!
one of my fav places in new zealand
lunch at sanggam
yak ampun sumpah bingung mau beli souvenir ni. forever macam ni. aku dah buat list pun nak beli apa, untuk siapa, berapa dan bla3.. tapi bila masuk kedai, hilang arah nda tau mau start yang mana dulu. dengan jersey all blacks yang berlambak tapi MAHAL dan teda duit ah ah ah. pastu dengan melawan nafsu lagi mau beli untuk diri sendiri bahahaha. sumpah pening.ha! souvenirs sapa tu tu tu tuyitu dia! ahaksserius penat gila masa ni. menyesal aku pakai wedges =_="some of us. muka penat haha!
lepas da beli semua, kami jalan-jalan kejap ambil gambar, dan balik around 6.. sampai rumah pukul 11 dan penat gilagilagila. haha tu belum drive tu, kalau driver entah penat macam manalah agaknya. balik tu terus pengsan dan esoknya bersedia untuk pegi sekolah! aiyakkkk. sapa suruh cari penyakit. hehe
patagonia: girlfriends love the icecream and hot choc here
anddddd, yeah. basically that’s it! beronok-ronok tauk :)


more entries are comingggg! haha. pukal nih =_=” thanks for reading sweeties :)

Monday, November 7

18: quick update

lama gila nda berupdate blog aku ni. sedih gila. tsk. apa boleh buat, laptop ku bahhhh~ nda boleh on sebab charger rosak. haish. boleh tahan bosan jugak ni bila xda laptop.

selama belog senyap ni:
  1. aku dan girlfriends pegi Queenstown untuk beli souvenir. seronokgila. tapi penat.
  2. kitorang semua baru habis practicum selama seminggu. nanti update pasal ni. budak-budak sangat cute and adorable. sekolah kali ni best sebab cekgu-cekgu semua best bagi tunjuk ajar semua. mesra alam lah pokoknya.
  3. semua orang busy packing sebab kitorang ship barang2 untuk balik mesia guna container besarrrr tu! boleh imagine kan? share lebih kurang 20 orang satu container. (cik RR bole la buat tahun depan hehe). so, container balik mesia dulu, kami balik kemudian! ok penat rupanya packing. sakit belakang, sakit pinggang semua. pack satu hal, angkat lagi satu hal. shoooot! taubat aku xmo pindah2 lepas ni.
  4. hari raya aidil adha. kitorang raya hari ni (isnin), dan baru kali ni aku pegi solat raya hehe. seingat aku, dulu aku pegi masa kecik-kecik lagi hehe. okaylah, not bad. nanti la blog pasal benda tu :) lepas solat raya ada meeting pulak dengan sharon, lepas tu load barang masuk container! aku excited mau load barang-barang ni semua tapi tadi entah kenapa mood aku kureng sikit. hehe. so, x ambil gambar pun. 
  5. esok pegi middlemarch. tempat penggambaran lord of the ring. eh? ya ka? aku sukahati jak cakap-cakap ni. nanti aku confirm balik lah ho?
  6. oh yes. aku ada hutang tag dari rin. tag dia mcm best. hehe nanti aku buat okey rin! :)
banyak gila mau blog ni huhu. rindu blog! rindu blog!
thanks for reading. buhbye :)
eh, salam aidiladha untuk semua yang meraikan.

"semua benda dalam hidup ni perlukan pengorbanan. selamat hari raya korban!" (ym, raya 2010)



18 hari lagi untuk jerit kuat-kuat di epot kk! jyeahhh