Sunday, April 24

koranggg~

esok saya jalan pegi tengok alam. 5 hari 4 malam. nanti saya balik okeh? doakan semua selamat.

 

 

 

 

 

be good, kawans! :)

tolong jaga incik belog saya. thank you.

tc!

Saturday, April 23

let’s go down the memory lane.

sikit lagi mau tidur ni tapi ter-heksaited dengan sesuatu. so, aku decide untuk blogging kejap.

 

teringat satu memori antara yang paling indah dan menerujakan. mari roll filem ke tahun 2007. precisely on the 23rd June 2007.

hari aku kena mendaftar di cenfos IIUM pj.

masa tu bahagia gila sebab

1) aku enrolled dlm kos yang aku suka. my first pick – engin. sobs, sila jangan dikenang.

2) malam tu jugak ada konsert agnes di stadium merdeka.

3) mak bapak aku dengan coolnya temankan aku pegi concert (which means aku kena fly dr uia on my very first day!) \m/

 

masa balik mesia hari tu aku jumpa balik cd yang mak ayah aku record masa ktorang pegi concert tu. dan aku bawa balik pegi dunny.

baru kejap tadi aku tengok. teruja. dan bila ternampak diri sendiri melompat-melompat dlm kalangan crowd sungguh macam…. errr memalukan. pfft. tapi setiap kali tengok video tu, mesti teruja. mcm sekarang ni lah.

 

esok-esok aku upload lah. KALAU FREE. hehe.

 

 

aku tetiba teringat balik sebab aku baca blog orang cita pasal concert beiber di stadium merdeka. terus aku pegi youtube dan google “agnes monica live in kl”. ingat lagi dulu aku siap pakai baju kurung (baru lepas register kan?) terus chow pegi stadium merdeka. sampai stadium beli tshirt agnes, cari toilet dan tukar bju. dalam beg memang suda ready jeans. HAHAHA!

balik dr concert rasa macam nda mau tdur. haha. ngeks.

 

 

 

till then.

bye, ehem.. agnes montiqa.

Friday, April 22

aku pengen koq punya harta milyar2!

terfikir untuk menulis pasal harta kebendaan duniawi yang gwe pengen miliki sekarang. titik. eseh :P

 

bag besar-besar macam bag untuk balik kampung jenama country road.

country-road

ramai gila orang ada beg ni di sini. aku mau jugak. tapi bukan sekarang. belum ada duit. harga dia 59/69/79 entah. tak hengat da masa pegi tengok hari tu.

 

camera

kalau tiba-tiba kaya, mau dslr lah kan. tapi setakat ni mau ixus seja lah. ayah suda bagi green light beli camera baru. pakai duit saya dulu yang masih ada, nanti sudah habis duit baru mintak ayah. tapi erm. malaslah dulu. rasa macam membazir walaupun mahu gila ada cam =(

 

coat.

coat sy tidak ada. ada satu. yang ibu saya beli. tapi macam grand gila. segan mau pakai tauk. sebab bila pakai terus rasa macam serena van der woodsen. =_=”

 

ok. itu jak yang nafsu saya mau skrg.

semoga esok tidak terbeli salah satu. amin.

Thursday, April 21

cuti soploh hari

alhamdulillah, segala puji bagi Allah =)

semua assignments untuk separuh sem ni sudah berjaya dihantar siang tadi. 3 hari berturut-turut okeh. memang menduga iman. aku skype dengan ayah, ayah sempat sindir lagi, “aik, xda pulak nangis-nangis time buat assignments kali ni. kenapa tu?”

fine ayah, fine.

 

eh. oklah. nda bole lama ni. mau sambung tengok chuck. and yes kawans, cuti easter saya bermula. semua orang di mesia pun cuti good friday esok aite? selamat bercuti dan berhujung minggu.

sini cuti soploh hari sebab good friday sekali dengan easter. JADI SAYA AKAN BERJALAN PUSING-PUSING SOUTH ISLAND! yeayyyy. nda sabar! heksaited. tapi sedih jgk sebab teda camera ;(

nayh, sokaylah. orang lain ada cam pun hehe :)

 

gadis-gadisku (yg suda sombong dengan aku) akan bertolak pegi north island esok. trip besar-besaran untuk mereka. sonoknya. sedih nda dapat join. *banjir*

termasuk housemate ku jugak. jadi aku tinggal sorang ;(

esok lepas hantar dorang plan mau pegi sleep over di grange. main pelok-pelok dgn budak di grange.

 

 

 

btw, sy di libry tengok chuck online. bodok pigi teruja-teruja dlm libry. nasib nda terlompat. haha.

klah, bye!

have a great weekend, peeps! <3

Tuesday, April 19

like mother like daughter

call mom beberapa hari lepas. lepas masing-masing tanya kabar, aku tanyalah mom tengah buat apa.

“tengah buat lesson plan ni.”

eh? kita samalah suda ni. adik pun baru siap buat lesson plan tadi.

“boring kan dekkkkkk,” mom cakap dalam nada paling boring.

manada boringgggg. besttttt. pastu ketawa-ketawa sinis. macam tebalik suda ni bu. sapa yang bilang jadi cekgu tu senang?

“hahaha. iya bah. nanti lepas adik abis belajar, adik sambung la apa-apa yang adik mau. ajul pun macam mau jadi doktor tau. haih. nda tau la tu kenapa mau jadi doktor.”

aik? kenapa sedih? dulu adik mau jadi benda lain, ibu cakap boleh kalau nda mau jadi cekgu, tapi mesti jadi doktor. memang dua ni seja ibu mau kan?”

“heeee. nda mau suda ibu paksa-paksa kamu. kesian ibu tengok adik.”

 

 

ok. mom sy bosan suda mau jadi cekgu. dia mau resign. tapi sapa mau kasi makan kami hahaha. kesian jugak mom sy. tunggu sy kerja dulu ah baru ibu resign =)

eh? macam mana saya mau kerja? saya pun mau resign nih. ok, zizan cepatlah pinang i. at least husband i artis. boleh quit dr bidang keguruan nih Y_Y

 

image

(haha. adakah begitu? syomel lah pulak mom sy ni)

bila cinta ini tak lagi bermakna~

saya punya cinta.

tapi lucunya cinta saya macam tak ada logika (uiseh, agnes la malarrr!)

 

saya mahu cinta.

tapi teruknya saya mahu pilih siapa yang mencinta.

 

saya mahu terus mencinta.

tapi, sungguh banyak ‘tapi’nya.

 

kenapa saya tidak dapat cinta?

sebab saya selalu lupa pada Yang Punya Cinta.

 

jadi, patutkah saya berhenti mencinta?

bah, kamu sambung lah untuk saya.

 

 

 

 

 

 

nama saya atiqah

nama pena saya baby. wakakaka!

Saturday, April 16

I AM SOOOO LOVING THIS!

 

aku tengok kat libry. sebab internet laju lagi. OMG. sakit perut aku tahan gelak. lawak nak mamp! aku suka semua parttttt! bestnya kalau bole tengok live di rumah. pastu ketawa kuat-kuat dengan abang & ayah aku wakakakaka!

SUKAAAAA! JATUH CUINTA!!

nanti kawin nak jemput jozan boleh? boleh la pleaseee! buat kecoh satu dewan. wiheeee. gempaq i tell you.

tengok tau! sapa yang belum tengok tu.

tengok nabil pun best. genius genius. orang ramai suka nabil lagi kot minggu ni. tp memang dia the-bestest! pun. semoga pasni dia naik balik lepas maharaja lawak. go nabil!

 

 

ok, tu jak. teruja daku!

Thursday, April 14

orang banyak mulut memang banyak story =_=”

Assalamualaikum! (dengan penuh semangat sambil buat suara pak arab) dan hai-hai untuk semua! =)

aku baru jugaklah update belog ni kan? semalam kalau tak silap. tapi hari ni rasa macam banyak lagi benda yang mau diceritakan. ok xpa. pelan-pelan okeh?

okay, first thing first!

  laserforce + mini golf + bowling!

hari selasa lepas, aku & kawan-kawan pegi redeem voucher yang kitorang beli online. ramai jugak hari tu, dalam 17 orang. aku follow jak masa tu. rasa malas-malas pun ada jugak haha sebab aku plan nak tidur petang tu :P

then, bila sampai sana macam ter-heksaited la pulak. pendekkan cerita, sebab kami sangat ramai, so kitorang bagi dua team. team A & B. yelah, mana bole main laser force tu sampai 17 orang sekali. kalau tempat tu besar ok jugak.

so, team A main bowling > laser force > mini golf. team B pulak main laser force > mini golf > bowling! (aku team A!)

pastu main-main-main-main sampai penat. macam biasa jak pun. cuma yang luar biasanya adalah bola bowling kat situ kecikkkk! besar lagi tapak tangan aku. haha. lucus okehs. taks pernahs jumpas bolas keciks macams tu!

12042011(001)

12042011(007)

12042011(010)

12042011(008)

lane dia pun shomel. macam highway kan? haha

eh jap! jap! korang ada perasaan segan-segan ka time main bowling? macam erm erm. merasakan seluruh alam menyaksikan vuntut korang? ada tak? ada tak? hahaha

 

pastu kitorang main tembak-tembak laser. perasaan aku time tu? erm. PENAT. sebab bila nampak musuh bukan tembak, tapi jerit dulu, pastu lari laju-laju macam kena kejar lembu! wahahaha. ok, aku ketawa bila ingat balik kejadian tu. terkejut ada musuh depan mata, pastu jerit, pastu lari laju2. HAHAHAH! ngek betul =_=”

ok, sebelum habis masa, semua orang da pancit. penat kot lari-lari dan sesat-sesat. haha. tetiba semua orang berkumpul ambil gambar haha. rugi jak. tapi xpa. x larat kot semua orang mau lari-lari lagi hehe.

217089_1527531887654_1815394906_948876_668206_n

ni gambar curik dari fb ateh. sorry x clear! :)

pastu keluar main golf pulak. ni part aku paling loser! hahaha. kena shoot 2-3 kali, aku sampai 10-12 kali try. hahaha. tak boleh kawin dato’ ni :P

tapi tapi tapi. ada satu kali aku terai sekali terus masuk. orang sabah bilang ‘plokshot’ (idk how to spell actually!) atau bahasa rasminya kebetulan. haha!

206224_1527532727675_1815394906_948879_2137877_n

12042011(018)

eceh! tuuuuudia!

12042011(034)

ni la tempat yang aku pukul sekali jak hahaha. berliku-liku kan? hahaha. ok. plokshot oi!

 

oklah. cerita bermain-main tamat di situ.

 

  roti canai

pagi tadi aku terai buat roti canai. un-sangka-rably, bole tahan menjadik jugaklah. tapi nda pandai tebarrr. uwaa! lepas ni aku salutlah mana-mana mamak yang terror tebar roti syanai! yang aku buat x lebar. pastu bila da sampai doh yang terakhir baru ameng ajar aku tebar. x sempat mo practice sebab doh da abis goreng haha.

276439968

  blog kawin-kawin

sorry lah aku asyik tukar template. rimaslah template yang satu tu. haha. hodoh. sidebar aku ada bullet. ei. geram betul. suda try remove masih ada jgk. dan template skrg ni macam haremmm hahahaha. mood kawin-kawin you. just bear with it okey? xo

eh tapi korang perasan tak. pompuan kat header tu dah comel la kan. lelaki tu pun da kacak abislah, tapi seluar dia apahal sebelah hitam sebelah kelabu (pegi scroll up skrg!) :P

 

  kalimah alhamdulilah.

maksudnya segala puji bagi Allah. bila kita melafazkan kalimah tu? selalunya kalau kita bersyukur dan bila kita beroleh sesuatu yang menyenangkan. DAN JUGA, SEMASA MENDAPAT PUJIAN KAN?

tapi kita maksudkan kah apa yang kita sebut?

contoh:

“eeee, pandailah kau ni!”

alhamdulillah” *senyum bangga*

yes, bagus suda tu sebab dia sebut alhamdulillah. tapi dalam hati bangga sama jugak tidak gunalah kalau begitu.

segala pujian hanya untuk Yang Maha Kuasa. kalau kita pandai, itu adalah sebab Allah yang bagi kita jadi pandai. jadi tidak harus itu pujian kita telan dengan rasa bangga. harus mengembalikan pujian itu kepada yang berhak.

peringatan untuk diri ku ini juga :)

 

 

 

 

till then people! ily muchos grande!

main curik-curik selimut

dia suh saya kejut. pukul 6 pagi. SAMPAI bangun! dia cakap, kalau nda bangun, pegi ambil air renjis di muka dia.

 

pukul 6. saya kejutlah. dia bangun. segar seja pun. tapi dia sengaja tarik selimut. mau tidur lagi.

 

saya tarik mink blanket dia~

 

bila saya keluar dari bilik, dia curik duvet saiaaaaaa =_=”

 

 

14042011

 

saya ingat sy paling kuat tidur. ada lagi orang hebat dari saya rupanya =_=”

autumn photoshoot kenen~~

salam readers! semoga gojes-gojes belaka! XD

saya da dapat gambar dari alif & arep! masa untuk show off. hahahaha. *lempang sikit* :P

 

DSC_0207

 DSC_0234

DSC_0262

IMG_7165

aku tutup jerawat sebenornye! hahahaha. hoit! jangan tegur jerawat aku! sumpah bejangkit baru tau!

for more pictures (eceh bajet lah kan?) please visit my facebook fanpage ahaha!

 

till then people, happy blogwalking :)

Tuesday, April 12

dunny: how cold is cold?

jarang aku bercerita pasal keadaan dunny kan? selalu pasal kisah hidup aku yang merepek tu seja. entah segala macam benda pun mau di ceritakan dalam belog ni. sungguh tak cool. salah satu benda yang orang selalu tanya, ialah pasal cuaca. even mak bapak aku pun tanya tadi masa kitorang skype.

 

sejuk ka? berapa degree?

 

dunedin ni terletak di south island, nz. jom tengok map. aku tau korang malas google.

boleh nampak dunedin? bagus, sungguh gojes kalian-kalian ni :)

 

di bawah-bawah-bawah-bawah-bawah sana tu ialah south pole. jaraknya antara dunedin dan south pole adalah 3,046.47 miles. aku cilok info dari sini. jadi, MUNGKIN atas faktor keberhampiran dengan south pole, south island nz adalah sedikit sejuk berbanding north island-nya. dengan kata lain, dunny dan christchurch lagi sejuk sikit dari aukland lah.

 

winter break tahun lepas, aku pegi north island. cuaca winter dorang macam cuaca summer dunny. di auckland, keluar malam time winter tu boleh pakai cardies jak, x pakai jacket pun bole survive. tapi kalau hujan pun sejuk jugaklah. tehee :)

IMG_6719

 

dan sejuk dunny tu, sejuk yang macam mana? ok, ini aku ceritakan berdasarkan pengalaman seja la ho.

 

sebelum sampai nz, tempat tersejuk yang aku pernah pegi ialah gunung kinabalu. mungkin suhu di gunting lagadan (sebuah lokasi dekat dgn puncak kinabalu) lebih kurang 5’c. masa tu memang sejuk gila kentang lah. baju sejuk 4 lapis tapi masih menggigil. aku ingat lagi aku x boleh tidur malam tu sebab tilam dia lembap/lembab (aku tak tau kosakata yang mana satu sesuai dgn context). da la tidur pakai baju 4 lapis, tilam pulak lembap/lembab. huhu x best nya ;(

 

bila sampai dunny, sejuknya lagi berganda-ganda. mungkin anginnya yang sejuk gila.  bila cuaca sejuk membeku, tulang belakang aku akan sakit sebab sejuk gila. badan menggigil dengan automatic. kadang-kadang sejuk sampai tahap memenatkan badan aku! penat. penat sebab menggigil. kalau menggigil kita guna tenaga jugak kan? otot2 badan macam mengecut kan? ha. macam kalau di rumah kita bangun subuh-subuh pada musim hujan, dan mandi atau sentuh air. hoh, menggigil yang macam tu lah lebih kurang. tapi itu sekejap jak. kalau menggigil yang berterusan mcm mn? sgt memenatkan taukkk ;(

 

bila jadi macam tu, aku akan tiba-tiba cakap dgn diri sendiri, “OK! stop menggigil!” lepas tu akan buat gaya pasrah. ala, macam melembikkan badan. anggap macam tiada deria rasa. TAPI, akan bertahan seminit dua jak, sebab lepas tu akan menggigil lagi! brrrrr.

 

penat lah mengecutkan badan dan menggigil. pakai baju tebal-tebal pun sejuk jugak ;(

 

alternative lain selain menggigil ialah dengan memasang heater. heater ni macam ekon. tapi ekon bikin sejuk. heater bikin panas lah kan. haha. tapi yang nda best pasal heater ni, dia akan buat kulit kering dan udara tu rasa nda best. uwaaa! serius aku nda suka heater. dia macam sedut semua udara segar dalam bilik, pastu sangat keringggg. dan rasa macam dalam sauna (aku x pernah pegi sauna pun aku hentam jak ni) hahaha.

 

selain itu jugak, dunny ni unpredictable.. org cakap jugak, boleh ada 4 musim dalam sehari. pagi-pagi sejuk menggila, tetiba ada cahaya matahari di sebelah petang dan sangat membuat kau ketibas (ketiak basah) atau ketiban (ketiak banjir) wakakakakaka. hoi! manataknya~ pegi kelas pagi2 confirm sejuk, pastu mestilah pakailah baju tebal2 aite? sekali tetiba keluar dari kelas matahari tu ha terpacak terik di sana. nais huh? =_=”

 

dan kalau di mesia kita sibuk berteduh dari kena matahari kan? kalau di sini, cuaca sejuk. jadi bila ada matahari, kau akan happy. 1) sebab matahari jarang bersinar terik. 2) sebab ko mau cari sumber haba. bila ko berada di bawah matahari tu pun belum tentu rasa panas. sebab udara masih sejuk, tapi bila berjemur bawah matahari, kira ko dapat rasalah jgk haba tu walaupun masih sejuk. sebab tu jugak ko akan jadi gelap, sebab ko cenderung untuk kena cahaya matahari. eh, faham ka? aku mcm bingung. x tau mcm mn mau explain.

 

gini2. kalau di mesia, kita kena matahari terus nak larikan diri kan? kalau di sini, kau sengaja2 pigi berpanas tapi sebenarnya udara sekeliling sejuk jadi ko mau terus berada di bawah matahari. so, semakin banyaklah kuantiti matahari yang kena dgn kita.

 

faham lah please :)

 

err.. ok. itu jak lah dulu :)

 

aku dapat idea mau kongsi benda ni masa aku bengang sebab sejuk gila beberapa hari lepas! skrg ni masih lagi autumn, belum masuk winter. tapi weather beberapa hari ni macam da macam winter. pakai duvet tebal-tebal pun masih sejuk. adoi, agak susah sikit mau tidur. kena penat menggigil dulu ;(

 

 

luckily aku nda tercampak ke russia dan tempat2 yang sewaktu dengannya. sana lagi sejuk kot. grrrr

 

 

esok-esok cerita pasal, how kacak is the orang puteh pulak.

Monday, April 11

create your own title, mls bah mau fikir

ok, aku rindu incik belog. tapi bila buka page ni, hilang semangat terus haha. sebab template lemah. huh. susah tauk kalau nda pro mau design blog ni. kena upah designer ni. sapa mau? sapa mau?

 

entry ni untuk mengadu kesibukan weekend aku yang pack gila. sampaikan sekarang ni sakit-sakit badan ;(

 

hari jumaat petang pegi main handball dengan kawan-kawan. tu kot yang buat badan aku sakit gila kentang. lama gila nda bersukan. lepas main handball pegi sambung lagi main netball sampai pukul 6. balik memang selalunya lepas bkemas-kemas tu terus pengsanlah kan? lagipun esok weekend yok!

 

sabtu bangun lambat. teheeee! lepas bangun tu jugaklah baru badan semua terasa sakit-sakit =_=” mau turun katil pun macam uwaaaa! ototkuhhh

 

lepas ci kain semua-semua, ameng ajak pegi lunch luar. jarang tauk dia mau makan luar. kira hari sabtu tu macam Hari Bersama Housemate lah lebih kurang :) mula-mula pegi 2nd hand shop, pastu baru pegi lunch di Rainforest. rainforest ni kedai makanan mesia yang boleh tahan sedap. sekarang aku suka bihun siam! aku rasa sejak kebelakangan ni aku suka bihun lah! yeay. balik kk hari tu pun banyak makan bihun. yummeh!

 

oh, ada jugak singgah satu kedai kasut otw tu. dan terjatuh sayang dengan kasut ni. tapi duit teda. LOL! (pssst, ameng x kasik beli wuwu)

*drool*

09042011(001)

09042011(002)

yummeh tak? ok, not really kan? wuuuu. tapi mau bahhh

 

 

lepas makan, singgah pegi errr.. macam mana mau explain ah. tgk gambar la eh?

09042011(004)

 

ok. massive designer sale yakni satu sale besar-besaran yang menjual barang mekap dan perfume! setahun sekali kot. memang destinasi pilihan para gadis la kan? ala, xda gambar dalam kedai tu pulak. ok, just imagine lah. dia macam ala-ala pameran buku, tapi atas meja tu semua barang mekap yang berkotak-kotak.. teruja tak? aku pun. tapi yang tak bestnya, mestilah crowded gila. aku x beli pun. lagipun perfume yang aku cari x jumpa. lipstick harga $7-15 mcm tu. erm, segala foundation, mascara, blusher, eye liner. pokoknya semua ada lah! aku xda mood time tu wahahaha. ada jgk plan mau beli lipstick & foundation tapi tu kena pilih colour betul2, dan sangat ramai orang. x best ah. malas. nanti main ambik suka hati nda pakai pulak (lagipun miskin wuhowuho~)

 

balik rumah dekat pukul 4 ptg. dalam pukul 5 tu ikut arep, alif & tsemin pegi autumn photoshoot! yeayyy~ tapi gambar x ambil lagi. baru ada dua keping yang dorang post kat fb =_=”

205484_10150130656547714_673847713_6289827_6470487_n

205121_10150130658697714_673847713_6289832_5620510_n

ok. saya tau poyo tapi comel bukan? ye tidakkkk? (nsebut macam Puan Tan) hahahaha. ok maaf. over.

 

 

dan ahad pun tiba. haha. ahad bangun pagi-pagi pegi main badminton pulak di unipol. kemudian balik terus pigi sebok-sebok tengok orang main futsal dan pegi main sekali walhal badan adalah penat melampau =_=” main kejap lepas tu ingatkan mau balik rumah. tapi bila call joy, alif yang angkat phone cakap joy tengah main cricket. wahaha. terus singgah Logan Park (depan rumah jak pun) tengok dorang main. sebenarnya ada Brolympic sukan utk international students mcm tu kot. masa aku sampai tengah tengok team mesia lawan dgn Sri Lanka (bukan lagu amelina tau haha). pastu dorang ajak main sekali sebab x ramai malaysian turun time tu. haha. last sekali aku pun terjebak dengan sukan sosial tu. pastu petang sikit balik rumah. nasib baek zuhur dekat pukul 4. heee =_=”

 

balik rumah pengsan dan bangun terus cari makan di rumah dorang azman. hahaha. bagus tak perangai? oh nway, thanks for having us wahai penghuni 93 Queent Street :p

 

kat sana jugak lepak-lepak tengok cita law abiding citizen. style lah cita tu! baru tengok huh loser abis kan? tapi ngeri sikit

 

 

overall, i had a greaaatttttt weekend! nanti ujung taun balik mesia mesti rindu gila dgn dunedinnnnnn! x sangka kenangan zaman remaja  aku banyak di dunny (yalah, nanti balik kuching da jadi cekgu, bukan remaja lagi tu. ahahaha). segala kisah cinta pun banyak di sini LOL. ngok. ok lah! mau buat keja malam ni. semoga berjaya nurul :)

 

 

 

toodles! :-*

Wednesday, April 6

not a very good news from home.

dad called me, few minutes ago. tak semena-mena. selalunya saya yang call. and yeah, mesti pasal yang satu itu. saya jadi down. sedih. dan hilang semangat mau buat kerja. bole ka mau rindu ym? ;(

 

 

azam 2011 saya nda banyak. SATU jak.

mau jadi kuat. dan kalau mau jadi kuat, mesti mau banyak ujian. baru tahap kekuatan kita bertambah, bukan? tapi saya penat dengan ujian yang bertubi-tubi. tidak lah besar mana pun ujian kalau dibandingkan dengan orang lain yang hidupnya jauh lagi tidak bernasib baek dari saya. contohnya orang-orang yang homeless dan kehilangan the loved ones semasa tsunami di jepun.

 

 

aini cakap, sudah lumrahnya kita tidak kuat. sebab kita hambaNYA. hamba. lemah. jadi yang patut kita buat, berdoa meminta bantuanNYA.

 

 

rindu y rindu y rindu y rindu y rindu y  (xribu2kali)

rindu Y_Y

tp dia pesan, jangan cinta manusia lebih dari cinta Allah.

ok. i know i shouldn't miss you. bye lah.

 

 

 

 

 

hujan di hati saya sama kuat dengan hujan di dunedin. tapi MOM & DAD need me to be strong. cause i am their strength. irony?

http://www.smileycodes.info

Tuesday, April 5

…from the Classic Poems to Read Aloud

here are some of my favoritas. sila anggapkan ku bersuara mendeklamasikannya okeh? ehem. dengarkan~

 

 

Tonight I can write the saddest lines.
Write, for example, “The night is shattered
and the blue stars shiver in the distance.”
The night wind revolves in the sky and sings.
Tonight I can write the saddest lines.
I loved her, and sometimes she loved me too.
Through nights like this one I held her in my arms
I kissed her again and again under the endless sky.
She loved me sometimes, and I loved her too.
How could one not have loved her great still eyes.
Tonight I can write the saddest lines.
To think that I do not have her. To feel that I have lost her.
To hear the immense night, still more immense without her.
And the verse falls to the soul like dew to the pasture.
What does it matter that my love could not keep her.
The night is shattered and she is not with me.
This is all. In the distance someone is singing. In the distance.
My soul is not satisfied that it has lost her.
My sight searches for her as though to go to her.
My heart looks for her, and she is not with me.
The same night whitening the same trees.
We, of that time, are no longer the same.
I no longer love her, that's certain, but how I loved her.
My voice tried to find the wind to touch her hearing.
Another's. She will be another's. Like my kisses before.
Her voice. Her bright body. Her infinite eyes.
I no longer love her, that's certain, but maybe I love her.
Love is so short, forgetting is so long.
Because through nights like this one I held her in my arms
my soul is not satisfied that it has lost her.
Though this be the last pain that she makes me suffer
and these the last verses that I write for her.

Pablo Neruda
Tonight I can write the saddest lines

(translated from the Spanish by W.S Merwin)

p/s: mesti lagi deep kalau baca yang original version kan? wuwu

 

 

dan dalam buku ni jugak, ada satu ‘poem’ entitled Sayings of Muhammad

 

God has ninety-nine names,

one less than a hundred.

The person who knows them by heart

will enter Paradise.

SB9.145, Abu Hurayra

 

 

 

 

sekian. mau balik rumah.

“life is so short. forgetting is so long” HAHA. ok2. aku diamlah. bye.

on your mark, get set… GO!

ok. aku dah bertapak kat libry ni dari pukul 11.40 tadi. ingatkan nak pilih poetry untuk masuk dalam anthology aku. tapi da sejam ni, satu bijik poem pun aku belum pilih lagi. bukannya susah pun. haish.

 

oleh sebab itu, lepas je publish entry ni. aku akan carik at least 10 poems terbaek dan tershomel untuk anthology aku. dan hanya akan stop pukul 2 nanti! internet OFF sekarang!

 

 

rasa2 aku buat keja  ka melagho?? meh bet iphone sebijik. lol

 

 

 

bye.

yang berharap semoga rajin,
atiqah bartowski. phew~ *tiup pistol*

B-)

Monday, April 4

salah satu cerita classic untuk masa depan

HAHA. sebelum tu, entry ni aku tulis lepas aku tengok housemate aku emo. LOL.

housemate = emo sikit. aku = tak pernah tak emo.

 

well, korang faham lah aku kan. dari cara aku menulis pun korang boleh tau aku ni unpredictable. kejap hyper tak hengat, kejap lagi down gila kentang. even mak bapak aku pun cakap aku ni unpredictable. yang kadang-kadang dorang tak expect aku buat, aku boleh buat. tapi bila dorang mengharap sepenuh jiwa kat aku, aku bole fail pulak. contohnya SPM. hehe. dan memang itu pun kali pertama aku dengar bapak aku label aku unpredictable.

 

anyways, balik kepada aku dan housemate. housemate aku sekarang ni ada sorang jak pun. ameng nama dia. eh? korang da tau kan? heee. dulu aku ada 4 orang housemates. aku tak tinggal dengan dorang lagi tahun ni bukan sebab kitorang ada conflict pun, aku saja nak tukar angin. aku harap x adalah mana-mana pihak yang nak amek hati. heee. tapi kadang-kadang aku tak faham, mak aku yang serius lebih. asyik tanya aku kenapa aku pindah rumah? gaduh dengan dorang wani, diba bla3.. LOL. tiap kali call mak aku mesti pesan, “jangan jahat2 dengan kawan ok? jangan suka merajuk dengan kawan ok?” ataupun bila aku x keluar sekali dengan gadis2 ku, mesti mak aku cakap aku gaduh. pastu bila dia cakap dengan wani atau diba atau kawan-kawan yang lain, mesti tanya “ok ka dia? nda jahat? kamu layan seja la dia ah~” oh please mom. saya budak baeklah. mana ada main gaduh2 dengan kawan. tengok dorang ni ha. semua sehat-sehat belaka. haha

 

**********

 

tadi, aku tidur. lama gila. atiqahruhaizad memang synonymous with tidur petang lah kan~ pastu kalau aku bangun, aku terus hyper. z pernah cakap, aku ni cepat ‘restart’. orang bangun-bangun tidur mesti carik mood nak bcakap dulu, aku tak. bangun-bangun terus hyper buat lawak dan membebel. bila aku bangun tadi, aku tengok housemate aku tengah rajin buat homework poetry. padahal kan, aku yang ajak dia buat homework lepas kelas tadi. tapi aku pegi tidur. lepas aku semayang asar yang dah memang lambat, kitorang sembang-sembang macam biasa. tetiba aku pegi sambung baca belog awek chuck taylor tu. lepas aku da terbang ke dunia blogging, aku perasan housemate da siap2 kemas barang dia. pegi katil. tarik selimut sampai tutup muka. selubung abis. aik? tetiba je kan? dia memang tido atau tengah emo ni? aku sound sekali dua. tak respon. ok, tidur kot? tak mungkin. baru kejap tadi aku tengok dia. tapi memang tak gerak langsung ni? sah. emo.

 

macam mana aku boleh buat kesimpulan bahawasanya dia emo dengan membuta tuli macam tu? sebab aku pun macam tu! huahuahuaa! kamonlah. sila rujuk balik rumus kat atas yang berwarna merah tu. i lagi pro man! haha. bila aku tetiba hyper dan hormon sedih aku terembes, aku naik katil, nangis2 sampai tidur. tapi nangis kena silent beb. yelah kan sekarang dah kongsi bilik. malu kot kalau housemate tetiba dengar ada bunyi orang tarik2 hingus. LOL. kalau kebetulan ada handkerchief kat atas tilam lagilah berjaya tangisan dalam diam kau tu. tak payah nak sedut2 hingus. HAHA. yuck yuck.

 

**********

 

dulu kan, masa aku tinggal sorang di dalam sebuah bilik yang boleh tahan keluasannya, handkerchief merah memang wajib dekat aku. tulah kawan aku haha. time tu memang kalau tengah down ke, sedih ke, memang nanes tak hengat. yelah, xda orang lain pun dalam bilik. sekarang ni kena control. ingat lagi masa mula-mula pindah rumah baru ni. satu benda yang x best kitorang dua orang discover ialah ‘kurang privacy’. bukan sebab apa! bukan sebab tak pandai share bilik dengan orang, dan bukan sebab kurang interpersonal skill LOL. tapi sebab kurang privacy untuk kentut merata! wahahahahah. lemah betol. kalau dulu masa duduk sorang-sorang, lantaklah mau kentut macam mana sekali pun. sekarang ni kalau TER-kentut jugak. memang kau marathon terus cari air freshner perisa lemon. sembur sampai kau perasan kentut kau bau wangi lemon gitew! ahaks! sorry entry busuk sikit. tapi biarlah. hahahaha!

 

wey korang. kalau housemate emo nak buat apa ek? biarkan dia layan blues atau nak comfort? nak comfort macam mana? cakap apa kat dia? aku tak pandailah. kalau merajuk-merajuk ni aku terror lah. hehe. kalau skill merajuk aku 6 level higher than you people. wah gitu! haha. kalau part pujuk pompuan aku x reti. tapi kalau pujuk bf, tipulah dia tak cair. wakakakaka. thuik!

 

kalau aku ngan ameng, bila aku emo, dia tanya akan tanya aku ok tak? aku sedaya upaya buat suara cool dan macho terus cakap “ok!” tapi air mata mengalir deras. osseehh. maxure jugak aku tak tunjuk muka. buat2 macam malas nak toleh. hehe. standardlah kan? kalau ameng emo, aku tanya. DIA TAK BUNYIK LANGSUNG BEB! hahahahahaha. adalah yang dia rindu tu. wooops. esok dia baca ni kena sepaklah aku :p

 

dan hari tu kan. lepas dari gembira-gembira celebrate birthday wani, aku down sebenarnya. sebab aku sedar, aku macam ada satu penyakit baru. pernah dengar artis nyanyi lirik dia lebih kurang macam ni “di dalam keramaian aku masih merasa sepi”. pernah? kalau tak pernah dengar sini. ok, macam tu lah aku rasa. rasa tetiba lost, padahal keadaan sekitar sangat meriah gila. macam bila happy-happy aku teringat the loved one lah kan? maka terus jadi sedih sikit. sebab tu, lepas balik dari celebration birthday wani (jumaat) aku terus down dan berkurung kat rumah tak bersosial sepanjang hujung minggu. aku malas nak bergembira, sebab… yeah, malas nak happy sangat, sebab akan sedih tiba2. pathetic sungguh kisah hidup macam ni, aite?

 

ok. sambung balik part balik dari celebration tu. otw balik, aku dengan ameng kurang bersuara. masing-masing layan blues. aku sikit lagi nak nangis sebab tersedih. tapi control lah kan. takkan nak melalak tengah jalan. tetiba bila sampai part tepi sungai leith, di bawah laluan bawah pokok yang berdaun kuning tu, ameng menjiwang dengan aku tak pasal-pasal.

 

“thanks by” (by tu riby, bukan baby okeh! jangan tuduh aku gay)

apasal?”

“sebab buat hidup ameng bahagia.”

erk? aku stop berjalan. tersentuh sebenarnya. pastu ameng gelak-gelak. tapi aku tengok dia serius. kan aku tengah tahan air mata yang bertakung. tetiba macam nak meletus time tu jugak. tempat da ngam, memang stok-stok syahdu punya scene. bawah pokok, angin kuat, tepi sungai, pehhh! ok, kitorang teruskan perjalan lepas beberapa saat melalui aukward awkward <--- eh, xda garis merah meaning spelling tu betul lah. blurr mcm mana nak spell okwerd. LOL moment tu.

 

ok, bila da teruskan perjalanan. ameng menjiwang lagi. peh. dia sambung cakap lagi. tapi biarlah rahsia. hehe. terus kitorang balik rumah dan aku terus cari katil. zzzZ.

 

 

dalam minggu lepas, itu kali kedua orang cakap thanks kat aku dengan tak semena-mena (aku suka betul perkataan semena-mena ni macam tsamina2 eh eh waka2 eh eh!)

 

 

hari tu ada sorang lagi. kawan jugaklah. tetiba aku duduk sebelah dia dalam kelas. dia cakap thanks.

aku tanya apahal. dia cakap sebab aku mcm stand for her. alah, not really stand for her pun. aku just cakap pandangan aku beberapa hari sebelum tu. dia anggap aku mcm rihanna pulak (you can stand under my um-be-rella-ella-eh-eh)

 

tapi. dua-dua thanks tu buat aku terharu. gila kau tak haru haha! aku ni brutal2 jugak (gila poyo statement), tapi bila part syahdu2 ni aku lemah lahahahahaha. oh, untuk kwn2 yang sentiasa menceriakan hari aku. terima kaseh. sungguh haru ada kawan macam kamu. *lap air mata* wahahaha. tak pasal-pasal emo. housemate punya pasal la ni =_=”

 

 

dan. hey. sometimes, kata-kata appreciation mcm gitu lah yang buat aku kuat. dan rasa diperlukan lagi. LOL. poyo nak mampus.

 

 

 

 

 

p/s: tolong baca dengan rasa nak gelak, tapi menyedut intipati ayat dengan dalam sekali hingga menusuk kalbu!

p/s/s: see, ameng tak tido pun sebenarnya. dia dah bangun baca novel & main hp dengan tak semena-mena eh eh, waka waka eh eh! :p

 

 

 

loves,

atiqah, riby, tqa, tiq, sayang <----ossseehhhh! hahah. bye lah.

#abpbh

first time saya tdk dengar alarm hp saya semalam. ajaib betul. set pukul 1 pagi (9mlm mesia), saya tbangun 2 pagi =_=”

tahu macam mana keadaannya bangun dengan terkejut? pastu cepat-cepat tengok jam. terus lompat dari katil. lajuuuu.

hmm. kalau bangun subuh liat nak mampos. teruk betul perangai. dush =_=”

bangun terus frust sebab, x bole tengok online ;(

image

tapi saya tengok dari skype! nasib baek abang saya banyak makan kismis dulu-dulu sampai jadi bijak gila. tengok abpbh dari skype adalah idea beliau! heee :)

zizan

 

dan part paling aku suka ialah part usop naik pentas dengan wheelchair. wakakaka. ngoks betul.. pastu siap soley2! dan bila dia berjaya buat semua orang angkat tangan soley2… i was like whoaaaa. gila kau! kat abpbh semua orang soley2! that was epicc mannnnn!  terus tangan aku rakus2 type kat tweetdeck mcm tu.

x lama kemudian, abang nara pun cakap lawak epic. ehem! great minds think alike org bugis bilang kan? wakakaka.

image

(print screen dr twitter timeline saya)

 

tapi aku stress betul dgn tweet2 abang nara. ada seja yang dia mau kondem. bluerk! ah. tp biarlah dia. aku lapar nih. kelas pun kul8 pagi esok. nite peeps!

 

p/s: excited dpt printscreen skype time zizan amek award. wakakaka

Sunday, April 3

hari tu adzyan, atirah dan atiqah ruhaizad. ha, ni satu lagi

semua ni berlaku tiba-tiba hahaha

image

image

image

image

image

image

 

1. kenapa abang saya mau email main invite2? hahahahaha. ok sorry bang, sebab saya kasi ketawa kau.

2. mari baca belog itu. macam best! http://awekchucktaylor.blogspot.com/

3. aku sebenarnye mengelak tulis belog. sebab macam-macam dalam kepala aku sekarang. tapi isu abang aku dan belog ni memang x boleh blah. huahua. terhibur kejap XD

Saturday, April 2

blogger stats & a funny shocking news

NB: ini bukan april fool. ini april cool. nanti esok-esok aku cerita kenapa april cool :p
mari kita fokus yang ini dulu

 

ok, first. silakan tengok gambar. ini blogger stats saia

stats

second, sila click link di dalam kotak merah itu. oh tak boleh? mari saya tolong click hehe.

 

dan ia membawa kita ke google page yang kelihatan seperti di bawah ni :)

google

ok, sekali lagi sila click link dalam kotak merah itu! tak boleh jugak? lemahlah korang ni =_=”

ok lah! ok lah! kali ni aku copykan lah link tu. saja bagi korang click sendiri. BARU FEEL! wahaha

cepat click dan cari nama aku! http://twitaholic.com/top100/followers/bylocation/Dunedin,+NZ/ HAHA!

ajaibnya kan?

 

dan itulah funny shocking news nya. (baca betul2, funny shocking, bukan f*cking shonning)

 

kenapa funny & shocking?

sebab…

 
x  pasal2 aku keluar kat situ. unexpected. heh

 


nampak sangat dunny ni kecik. follower twitter aku ada 50 jak pun. terus boleh masuk list top 100. sila imagine keluasan dunedin. ho ho ho

 


satu lagi sebab dia funny, simply sebab aku cepat terhibur. hoh, bye lah. lapar ni mau tidur suda tapi subuh belum masuk lagi kalau tidur confirm tak bangun subuh pastu pastu pastu sapa baca dengan satu nafas ayat ni gilalah oh bila mau letak fullstop ni habis nafas orang nanti. HAHA!

 

 

 

toodles!

.takut.

Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)

 

dan adik saya & rakan-rakannya merasakan gegaran di egypt.

egypt masuk semenanjung tanah arab? mungkin kata kawan adik saya.

jadi?

 

 

 

 

 

 

 

 

jadi. saya ialah takut ;(

Q: WHERE WOULD YOU MOST LIKE TO VISIT ON YOUR PLANET?

  1. gold coast!
  2. landen, paris, maybe tokyo ♪♪♪
  3. sipadan
  4. espanola~
  5. bandung, jakarta, bali
  6. mcd, mcd, mcd yang halal LOL

 

 

 

 

oh anywhere, with the loved ones :)

 

 

 

 

kamu?