Tuesday, August 31

tetiba.

deym. kenapa aku ada blog selama ni hahahahahahahahahahahaha.

syaitonnnn tiada, jadi sapa yg hasut aku ni?

berapa hari suda asyik bangun tengahari. melampau!! bukannya nagntok pun, cuma malas untuk bangun. cuti yes memang cuti. tapi macam lah teda kerja lain selain tidur kan?

tak baekkk punya!

to-do list hari ini:

  1. pegi alter baju raya.
  2. pegi stationary warehouse –cari artbook, tanya kalau boleh print postcard kat situ.
  3. pegi new world – beli telur, softener, dan santan.
  4. buat assignment pronunciation. at least buat introduction & pronunciation.
  5. bukak posa & terawih. lepas tu teruskan usaha buat postcard.




SELAMAT HARI KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA. TERIMA KASIH YA ALLAH, ATAS NIKMAT KEMERDEKAAN, KEHARMONIAN DAN KEBAHAGIAAN YANG ENGKAU ANUGERAHKAN. SEGALA KEPINCANGAN TERNYATA AKIBAT KELALAIAN RAKYAT SENDIRI YANG TIDAK MENSYUKURI NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN.

SEMOGA MALAYSIA SENTIASA DIBERKATI YANG MAHA KUASA.
AMIN.

Monday, August 30

gay (??)

*senyum yang sedikit*

tetiba aku teringat selipar kuning hitam diadora dia. aku cari di google image, nda jumpa. semua tiba-tiba. entah kenapa. apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang, aku mau keluar dari bilik (L21), bilik paling hujung, dan paling atas di blok L. mungkin mahu ke kantin, atau ke kelas. mungkin juga mau ke dewan makan. tiada bayangan jelas untuk itu. tapi yang pastinya, keluar saja dari pintu aku cepat-cepat pakai selipar diadora kuning hitam itu. saiz nya besar sedikit dari kaki aku. tapi masih selesa untuk di pakai :)

slipper cepat seja dia tangkap apa yang dalam kepala otak aku. he he. ajaib kan?

lepas pos begitu di wall dia, aku pegi mandi. sebab belum sembahyang lagi. teruk. uhuks =.=”
masa mandi aku senyum senyum sendiri. teringat dia cakap “kau cerita bah pasal aku, baru aku mau baca belog mu” HAHA.
bah, ini kali lah. jangan kasi lama. haha

kami dua entiti yang berbeza (gilahhhh entiti itu apa?) maksudku, kami dua individu yang berbeza. berbeza persona, dah personaliti juga.

dia cantik, aku biasa biasa saja.
dia kurus, aku suda ‘naik naik’ nampaknya.
dia getek dan gedik, aku gedik cuma
dia ramai peminat, aku ada satu saja (HAHAHA)
dia player, aku setia orangnya
dia rajin dan pengemas, aku pemalas dan selekeh gila
dia pandai masak dan buat kerja rumah, aku? pelan-pelan ba :)
- a. samad saidah

hahah. bukan aku cemburu. tidak. aku selesa dengan kehidupan ku begini dan dia selesa dengan hidupnya. banyak lagi perbezaan kami yang tidak disebutkan dalam PUISI di atas (hakhak)
dia kakak, aku pulak adik (in terms of gelaran). tapi aku rasa aku macam kakak dia. haha. sebab dia lembek, dia penakut, dia cengeng. (ok, aku pun lembek cengeng dan penakut, tapi kalau dengan dia aku automatic jadi gagah perkasa dan juara). macho kan?

*senyum sengih sengih lagi*

pernah kami keluar, balik rumah naik bas. lepas tu masa tunggu bas tu penuh, dia kena kacau oleh mamat tidak hensem (mesti mention ni tidak hensem sbb klu hensem lain reaksi dia. HAHA). ok, dia kena kacau. dia rimas rimas suda. saya tengok2 seja sebab… entah. haha. lepas dia nda tau macam mana mau handle mamat tidak hensem tu dia menangis. sepanjang perjalanan pulang dia bad mood. HAHAHAHA! balik rumah kena marah lagi dia oleh mummy dia sebab dia pigi nangis.

*ok, skrg ketawa pegang perut sbb lucu bila ingat!*

lembek kan? cengeng kan? hahaha. ok, lepas tu kami keluar lagi. kali ni di kk. kami duduk2 sebab penat, kami duduk di kerusi betul2 menghadap escalator. ada mamat hensem (dia bilang macam aidil yg pemain bola tu). oh dua orang. sorang lagi kawannya. dorang naik escalator tu dari level bawah, ternampak kami dua orang duduk-duduk. dorang pandang-pandang. dorang naik lagi satu kali untuk ke level atas (atas dari level kami duduk2). leher dorang macam mau patah suda tengok belekang. gilah. begitu lah buaya. ok, kemudian dorang dua TURUN BALIK! dorang datang. sy yang duduk sebelah ain dia buat muka paling garang di dunia. ain punya reaction, macam “ouh ensemnya, mau cakap apa nih?” plus, “eh eh eh. apa dorang mau ni qa?” plus “adui.. sana la bah kamu”
haha. ok. lelaki tu mengayat dengan melampau dan tidak beradab sampai saya jadi panas. hoh. macho kan saya? terus lelaki tu pun macam mau marah. nda macho kan dia? haha. kawan yang lelaki hensem tapi hampeh tarik2 suda dia, macam takut tengok muka macho saya yang nda memang nda bole kompromi time tu. hahahaha. lepas tu dorang blah. saya sakit hati. hoho. terus ain cakap, eh, terus ‘dia; cakap, “uwaaaa. nasib baik ko ada!”

*tersedar. eh, sampai mana suda aku merepek ni*

ok, banyak beza kami. banyak sangat! banyak banyak banyak! tapi ada juga persamaan. persamaan yang paling ajaib.

6th sense kami hebat. nah. ada sapa boleh lawan persamaan kami? ayuh, sini ke depan. (poyo =.=”)

tengok tu, saya cakap selipar (gambar di atas)  yang tiada nilai dan sudah bertahun tahun dulu pun, dia dapat faham apa sebenarnya saya maksudkan.

cekap. secekap hatinya melayan kerenah saya yang sungguh banyak songeh.

38859_128675367176806_100001030312423_153403_3121942_n dia upload gambar ini di facebook dia. hari tu.

rindu

tengok. tengok. semua benda sekecil kecil zarah bikin kami ada koneksi (connection). oi. sekarang pun aku rindu kau, makcik :(

bila datang aura hyper kami di facebook, penuh la wall penuh la homepage. kadang-kadang risau orang komplen.

pernah abang aku komen di wallpost kami, “bah, bcium la kamu dua sana!”
haha. terus kami menganga. apalah sampai suruh bcium? HAHAHA. panas pulak dia. iya iya. penjeles kan abang aku?


p/s: d, sekarang ai da taw kenapa you suka main main cinta. sebab you ada estradiol. HAKHAK. click sini untuk penjelasan. wakakakaka!

p/s/s: sayang you, nyahhh!

oh, kami selalu keluar berdua. tapi kami tiada gambar berdua. ada pun sekeping dua T____T. kalau keluar dengan orang lain berabis betul bergambar. nanti kita pigi photoshoot berdua ya! ;)

*kejap, saya mau cari gambar kami berdua*

oh. tidak jumpa. tapi saya jumpa gambar ini yg saya super like. mck, i curi ye :)

35563_119112538133089_100001030312423_109167_5808219_n

ahah! sekaligus bukti kami tidak gay. till then people *hearts*

Sunday, August 29

Encik Ruhaizad & family

ok2. aku agak zalim sedikit sebab lambat call rumah. hahaha. parcel sampai hari khamis lagi, tapi baru call rumah. ehek.. ampun momma. tapi baru topup lahhh. dan dan dan! semua salah iyan! haha. suda pesan dengan dia di facebook suruh bagitaw ibu parcel suda sampai, tapi dia nda sampaikan pun. dush dush!

ibu sihat alhamdulillah. ayah baru balik dari outstation. minggu depan pegi pulau mana entah di pitas dan kota marudu, kemudian pegi sandakan. kesian lah ibu, asyik kena tinggal ehehe. mesti ibu sedih2. ayah aku kerja di baitulmal negeri sabah. jadi, bila ramadhan, ayah akan pegi kawasan pedalaman untuk distribute barang-barang keperluan mcm beras, biskut, dan mungkin wang (nda pasti) untuk anak-anak yatim dan mualaf-mualaf di kawasan2 yang berkenaan lah. selalunya akan pegi hampir seliuruh sabah. ibu cakap ayah suka kerja ni. (ohhh. rindunyaaa T___T)

ibu cakap, bulan puasa kali ni baru sekali dorang buka posa di luar. semuanya ibu masak. weeee. mungkin sebab ibu nda busy lagi. nda penat kerja sampai petang. ibu aku guru. before ni guru besar. baru beberapa bulan lepas ibu pindah sekolah dan apply jadi guru biasa. mungkin itu yang terbaik untuk kami. ibu cakap bukan pangkat yang ibu mau. yang penting kami happy, makan pakai cukup, orang tidak dengki dan kami semua sihat. alhamdulillah. banyak hikmahnya.

macam-macam jadi 2009 dan 2010. tahun yang sangat2 bermakna. dari yang paling menyedihkan sampai menggembirakan, dari yang menghampakan sampai membanggakan. aku sure raya nanti mesti gempak, semua orang akan jadi raja dan ratu airmata masa sesi bermaaf-maafan. (nasib baik aku xda. huhuhu. malu lah mau nangis dan berdrama. hehehe) tipulah cakap aku tak sedih nda dapat beraya dengan keluarga, tapi bagus jugak kan, aku nda la hilang macho nangis depan kazen2 aku! hahaha. sebab, dalam family kitorang sebelah ayah, abang aku yang paling tua, dan aku yang paling ‘kakak’ hahaha. malu la wey nangis! auww auww! hahaha. yang lain tu budak-budak lagi. mesti dorang tak nanes2 :P

cerita pasal raya di kampung, 7hb ni dorang semua balik LD. dua-dua family mak ayah aku di lahad datu (LD). jadi tiap tahun memang tak payah nak rebut2 balik kampung sapa. ehehehe. LD tu pun kecik lahhh, tak payah nak rebut balik rumah mana. eheeee.

korang nak taw, kalau mak aku cakap “i miss you” aku yang macho ni automatic meleleh. mak aku cakap sayu giler wey! mak aku cakap rindu, dia sunyi, dia bosan. sebab aku lah kawan bergaduh mak aku, aku yang selalu pujuk mak aku, aku yang selalu buat mak aku susah hati, aku yang selalu buat mak aku gelak. dulu masa aku study kat kuching, aku balik 5 atau 6 kali setahun. cuti tahun baru cina yang seciput tu pun aku nak balik jugak. hokhok. tiap kali aku balik, masuk je aku dalam kereta (kat airport), semua benda aku nak cerita. ibu ayah gelak-gelak je layan aku. kadang-kadang dorg tengok sesama sendiri, lepastu geleng2. hoho. aku terus jeeee bercakap. sampai aku penat. ha. tu lah yang mak aku rindu sangat tu. musim raya nanti sapa nak tolong mak aku kupas bawang dengan makcik makcik aku? sapa yang nak tolong TENGOK mak aku buat buras? ahaha. yang paling penting, sapa yang tolong buat kecoh kat dapur tu? makcik aku mesti rindu~ wuwuwuwuw. (ok, dah cukup segelen air mata aku hari ni) T_____T

uhuks. rindu wey. rindu gilahhhhh.

mak aku sedih tadi. dia cakap rindu, sunyi. adik aku nak fly pegi egypt 15hb nanti. mak aku cakap, dia tengah pujuk-pujuk adik aku supaya jangan pergi. huhuhuhu. kesian mak aku. anak-anak gadis dia semua jauh-jauh. mak aku tu tak lah rapat sangat dengan iyan tu. iyan tu pendiam dan jenis tak kisah. tapi ye lah kan. dah dua2 anak dara mak aku pegi jauh-jauh, sapa lah nak temankan dia kat rumah. T______T rasa macam nak balik sekarang jugak.

apasal entry sedih macam haram nih. huhuhuhu

********

aku: bu, adik suda pndai masak! nehhh. hari tu masak bla3, masak bla3, tengok resepi jak. hehehe
ibu: yaka? baguslah tu. balik nanti boleh suda ibu kasi kawin dengan Y (bukan nama sebenar)
HAKHAK! tengok mak aku sepoting kan kan? :P
aku: aish.. apa plak ni? <-----bajet lahhh hahahaha
ibu: ha! kenapa lagi tu? berubah hati lagi?
aku: eh, nda lah. tapi awal bah lagi ni. bu, kena ‘bakar’ terus lah adik oleh dia tu. huhuhu.
ibu: bakar? bakar kenapa?
aku: huhu. adik kan jarang terawih, lepas tu bla3… bla3…. (ye, aku asyik kena bebel je dgn pakcik tu… heeee. malu ai. auwww!)
ibu: laaaa, kenapa nda pegi terawih~~~ (join sekaki, membebel jugakkkkk)
aku: iya baaa. kadang-kadang seja adik nda pegi bah. <----alasan! hahahaha)

 

 

ok, dah la. kalau nak tau banyak2 lagi, call la mak aku sendiri. HAHAHAHAH! mengong :P:P:P

hahahahaha.

betul lah apa yang aku fikir selama ni. ehee. fikiran aku sungguh boleh pakai rupanya.

nda apa ah :)

pelan-pelan. insyaAllah semua baik-baik saja.

hahahahahahaha. punya main banyak skill dia

phewwit! macam begini lah yang aku maw. ahaks!

tapi untuk terus berhasil memang musathil kan? makanya dong, pelan-pelan aja.

nite people, harus bangun awal sebab begitu banyak rancangan di hari esok. .

 

 

 

terima kasih encik terbaekkk :)

p/s: nurul, sila kawal perilaku. jaga diri hiasi peribadi. hoh! .

Saturday, August 28

apa yang ‘tidak muat’ di entry sebelumnya…

HAHAHA. sebab banyak mau cakap, kita split kan mereka menjadi dua entry. ahaks :P

parcel raya suda sampai.

ok, ini parcel ajaib. sebab mak aku hantar hari selasa, tapi semalam (khamis) dia suda datang dengan gembira. hadoi. bahagia nyahhhhh. ibu kirim dua pasang baju raya. eheh. dan sehelai pashmina, yang aku rasa macam tak matching je dengan baju raya aku, HAHA. xpa. boleh pakai pegi kelas. heeee.. thanks momma :)
love you muchos grande (erk, suka hati) :P

cerita pegi George St Normal School

semalam pegi sekolah lagi untuk interview budak2 ni (maths). kali ni tanya pasal multiplication pulak. nanti baru pegi mengajar dorg, erm, dalam tiga minggu lagi kot. xda apa yang menarik pun. ehe…..

cerita hari sabtu, hari pertama cuti sekolah

minggu ni kitorang cuti seminggu. spring break. yeay untuk cuti, tapi boooo untuk assignments. hari ni saya tidur menggila. xmau bagi taw bangun pukul berapa! sumpah memalukan seorang anak dara comel untuk bangun petang-petang. lagi2 bulan posa macam ni. hatduiy. bukan lagi makruh ni. makhruhsss kot. duhhh~
lepas mandi semayang, aku lepak kat ruang tamu sampai la waktu berbuka. sebab tak mau masuk bilik. berhantu! hahaha. katil berpuaka. asal masuk je nak tido. tensen haku!

cerita pasal ain, dia suh aku up cerita pasal dia.

haha. banyak mau cerita kalau pasal dia. bukan sekarang ya puan. itu kena tunggu mood gay aku hadir. baru aku tulis kaw-kaw punya. macam tulis surat cinta. ahaks.

eh, sebut pasal cinta, apa agaknya kabar encik cinta hari ni. macam x pegi keja. uhuks. tak bersentuh facebook dia. okeh ke tidak mamat tu. malas pegi keja atau sakit atau pegi keja tapi x online?

B-WOW

kejadian 26 Ogos 2010. cerita beberapa hari lepas, tapi nak cerita jugak sebab sudah banyak ambil gambar, rugi lah x upload kan? HAHA.

ok, tengah kitorang berbuka posa, tetiba dengar bunyi macam “pishhhh” haha. bunyik macam bunyi something yang pecah lepas tu keluar air. imagine je la okeh. bunyik tu datang dari hot water cylinder yang betul2 ada kat dalam cupboard belakang meja makan kitorang. cemas. tapi kitorang cool sekejap. haha.

lepas tu bukak pintu ‘cupboard’ tu, tengok air melimpah2 keluar dari cylinder tu. tetiba semua panic! hohoho. tapi masing-masing masih menguyah lagi. alih meja pegi tepi, lepas tu bukak lagi pintu ajaib tu. nampak steam pulak keluar dari benda alah tu. aiyark. cemas lagi. cepat-cepat call uniflat.

IMG_7259 gadis-gadis tengok lagi dalam tu, ada macam cable2 electric. uhuks. lagi cemas. aku dah start berimaginasi melampau. kononnya letupan bakal berlaku. crayzehhh.

ok, tak lama lepas tu, encik yang berkenaan tiba dengan hanya berbekalkan cell phone dia. oh, air yang melimpah-limpah tu menyebabkan kitorang bertambah cemas. amek kain lap, dan transform jadik cinderella. yang paling cemerlang adalah NAS, *clap2* diikuti oleh WANI. memang penyumbang tenaga terbaekkk lah! aku? hehehehe. aku pegi mencekik. tak ble resist kot wani tgk wani punye kek!! hahaha. ada caramel lagi. aigoooo.

tapi entah kenapa. dalam cemas-cemas tu, kitorang happy semacam. wey, aku suka la time tu. HAKHAK (gelak dah macam zack weeee) suka sebab semua orang pun macam senget hahaha. oh, kami berganti2 mengemop dan memerah kain2 tersebut sebab air tu adalah mengalir dengan non stop nye. hatduiy.

ok, berbalik kepada cerita hot water cylinder yang rosak tu. encik yang datang tadi call plumber untuk datang tengok apa yang berlaku sebab dia pun tak arif pasal benda2 alah tu. jadi sementara menunggu orang tu datang, kitorang masih meneruskan acara lap berganti2 tersebut. ada due jek kejadian masa tu, lap berganti2 dan makan berganti2.

ok, dipendekkan cerita, encik plumber hadir dan berjaya menghentikan pertumpahan air (dan kami pun berhenti lap berganti2), dan xda hot water sehingga esok hari. deym! esok kelas pukul 8 pagi. mana nak mandi? gila hape mandi air sejuk beku. aku lari pegi rumah ameng. hakhak. tidor kat rumah ameng. dorg budak2 ni ,mandi kat rumah sebelah keesokan pagi nya. dan encik plumber datang esok hari dengan tank baru.

the end.

oh kejap. gambar untuk tontonan bersama :)

hot water cylinder 
wani dengan ikan masinnye. aku & diba dengan kiwi gold nye, dan semua orang mencekik cake. terbaekkk!

hot water cylinder1 

dulu sebab ada orang mabok tumbuk tingkap dapur kitorang sampai pecah, rumah kitorang jadi BnW (the broken window)

sekarang, kitorang dah upgrade nama jadik B-WOW! (broken window & overflowing water)

HAKHAK. saya sayang rumah saya :)

Thursday, August 26

isu gadis-gadis masa kini,

balik dari kelas tadi, entah kenapa tiba-tiba kitorang lepak kat ruang tamu. semua tak masuk bilik lagi, terus duduk cerita pasal ZACKZUKHAIRI. fehhh. hahaha. tak pasal-pasal dia glamer sekejap kat rumah ni. (dorg siap stalk facebook dia, dgn awek dia skali dorg taw study kat mana) LOL!

ok, sebenarnya nawaitu nak update belog adalah semata-mata nak upload gambar yang aku amek petang tadi masa rehat-rehat kat bilik (lepas kelas) sambil gelak sorang-sorang baca belog zackzukhairi. hoh. dia lagi.

IMG_7256 nothing special. tapi aku suka. sebab masa aku terpandang tingkap bilik tu, aku tiba-tiba mau cari camera. kamu faham kah perasaan begitu? hahaha. jadi aku rasa gambar ni special (walaupun tidak berseni) hahaha.

ye, itu gambar rumah jiran aku, yang penuh dengan botol-botol air karat itu. (air karat??) aku suka langit tu sebenarnya, sangat terang dan cerah hari ni. awan pun macam sweet-sweet je. heeee. dah start spring lah gamaknye. 3 bulan jugak dunny ni gloomy dan membeku. tak syok. tadi pegi kelas matahari terik buat aku auw auw! heeee.

ada satu lagi gambau. ni masa dah nak dekat maghrib. yeay. makan!!

IMG_7257ok. bye! another entry is comingggg hahahaha. temahak!

Wednesday, August 25

spring break diawalkan

cuti sebenar bermula sabtu akan datang ni. hari isnin hantar assignment EDUC, hari selasa hantar lesson plan maths, hari rabu (hari ni) pulak ada concept test untuk art of crime. awl minggu sangat mencabar juge. nervous jugak test tadi tapi alhamdulillah ok jugak lah. semoga semua jawapan2 adalah betul belaka.

balik dari test, terus pegi market kat union lawn. tengok2 sayur mana yang patut. sebab saya main masak-masak lagi hari ni. masih x terfikir mau masak apa untuk berbuka. pegi market jumpa labu, beli. jumpa gold kiwi! beli. dan beli capsicums jugak. ingatkan mau masak sayur labu masak lemak. tapi tukar fikiran. masak mee kari. auw auw!

balik. online dulu. rasa macam ringan sebab semua dah habis. kelas pun tinggal yang ringan-ringan seja esok dan jumaat. rasa macam suda start cuti. hahahaha. lepas online ketawa2 dengan gadis2 ku. pergi dapur mula memasak.

tadaaaaa! mee kari belasah. first time buat, nasib baek menjadik. tapi x pandai bajet lagi. kuah tersikit. nasib baek dia pekat, jadi bole tambah air lagi :)

ini dia juadah berbuka kitorang hari ni ^_____^

IMG_7249IMG_7254 IMG_7255

xda fishcake, ganti dengan fillet. haha.
chili pun xda, ganti dengan capsicum
bawang goreng pun nadai!

hehe. dia jadi mee kari belasah :)

 

p/s: gumbira, suda suka masuk dapur anak dara sorang ni ^__^

my encik

saya ingatkan dia tak pernah faham
saya ingatkan dia tak tahu
saya ingatkan dia tensen bila saya bebel2
saya ingatkan dia x syg

baru saya taw dia faham bila sy moody
baru saya taw dia kenal saya
baru saya taw dia boleh predict my next action/mood/reaction
baru saya taw dia boleh handle sy
baru saya taw dia boleh buat sy sengih2 lepas sy marah2 dia.

cuma dia x tunjuk. heeee.
cuma dia ada prinsip dia sendiri
cuma dia sedang work on something yang sy patut respect
cuma dia sedang berusaha keras untuk jadi yang terbaik dan menjadikan kami TIDAK hanyut sia-sia

RUPA-RUPANYA, saya yang jahat hahahahahahahahahahahahaha.

ailebiumoreeeeeeee!

Tuesday, August 24

begini bah ceritanya…

saya mau buat poskad sempena hari raya. sebab saya mau kirim kad raya, tapi sini manada jual kad raya pun kan? jadi boleh ka saya begayak2 pigi buat poskad taruk muka saya sana? sapa bilang “tidak boleh” dia jeles.

TAPI.

saya nda pandai bah mau edit2. mungkin terlampau tiada idea, mungkin jugak terlampau banyak idea sampai nda dapat decide mau buat yang macam mana.

satu lagi problema saya, tiada gambar comel comel. berapa bulan suda sini berabis jugak saya ambil gambar sebab saya selalu menyesal sebab gambar sikit, bah jadi ni kali saya berabis ambil gambar. PUN tiada jugak yang berkenan untuk jadi gambar poskad. huah! style la. hahahaha.

ok. tiada sebab lain lah kan? sebab saya nda cukup cantik la untuk mempunyai gambar yang cantik-cantik. hoh. suda banyak photoeditor yang saya download. haha. paint.net lah, photoscape lah, sekarang baru install balik picasa. tapi belum jugak jadi poskad saya. *sigh*

 

 

begini sejalah. biar saya masuk photoshop (bukan kedai photo ah, adobephotoshop yang super canggih tu!) kamu edit2 saya kasi cantik, kasi putih2 sikit, kasi mancung2 sikit, kasi kurus2 sikit, lepas tu kasi hilang jerawat2 saya. jangan lupa SAVE! lepas tu saya keluar balik! hahahahaha. boleh ka tu? (boleh bah kalau kau)

*seriusly, bila saya mau pegi kelas, bersiap-siap depan cermin saya mesti terfikir begitu. berfikir senget senget mau masuk photoshop. hahaha. tapi terus tiba-tiba ada suara hati bisik-bisik, “oi, ko nda pandai syukur kah? suda Allah kasi kau mukak begitu, mau masuk photoshop lagi.” terus serta merta saya bersyukur tu. hohoho


janganlah saya jadi cantik. biarlah biasa-biasa seja. sebab kalau cantik ada hormon estradiol. hahahahaha. (oi, ini fakta lah. nda percaya tengok gambar tuh!)

30794_116056138428274_100000716665337_128840_3739567_n

Sunday, August 22

why make it strong to break it once again…

I'm here, just like I said
Though it's breaking every rule I've ever made
My racing heart, is just the same;
Why make it strong to break it once again?
And I'd love to say "I do";
Give everything to you
But I could never now be true
So I say...
I think I better leave right now
Before I fall any deeper
I think I better leave right now
Feeling weaker and weaker
Somebody better show me how
Before I fall any deeper
I think I better leave right now
I'm here, so please explain
Why you're opening up a healing wound again
I'm a little more careful, perhaps it shows
But if I lose the highs at least I’m spared the lows
Now I tremble in your arms
What could be the harm?
To feel my spirit calm?
So I say...
I think I better leave right now
Before I fall any deeper
I think I better leave right now
Feeling weaker and weaker
Somebody better show me how
Before I fall any deeper
I think I better leave right now
I wouldn't know how to say
How good it feels seeing you today
I see you've got your smile back
Like you say - you're right on track
But you may never know why
Once bitten, twice as shy
If I'm proud, perhaps I should explain
I couldn't bear to loose you again
Yes, I will.
I think I better leave right now
Feeling weaker and weaker
Somebody better show me how
Before I fall any deeper...
I think I better leave right now

sekian lama mencari lagu ni.
intro sinetron ku tlah jatuh cinta. auw!
and yes mister, this song is for you.

ku tunggu sampai kau sedar...











dan lihatlah guna hati :)
riby(114)

Saturday, August 21

tears.

sebulan suda saya teda simcard. boleh ka saya rindu?













http://www.smileycodes.info

puisi untuk hati dan kamu…

saya gagal. haha. saya tiada bakat. semua puisi masuk draft.










ok, saya ngantuk. bye. rindu kamu, encik. esok mau pegi post office, beli stamp untuk tampal kat dahi. kemudian ikat ribbon kat kepala, masuk dalam peti surat, semoga sampai ke sana. ouh, belilah stamp mahal sikit,. stamp yang ada sticker “par avion air” hahaha. supaya cepat sikit tibanya

tadaaaa! surprise lagi untuk you. kali ini surprise yang lebih besar. yang lebih ajaib, yang lebih merepek. HAHA.
:)

8b03ag4 saya sedang membebel-bebel manakala pacar saya yang super ganteng (gantengnya pacarku, auwww!) itu bermonolog, “comelnya” sambil senyum sweet sweet. sapa cobakkkk yang tidak cair kalau begitu?




*imaginasi luar kawal saya*
ihiks.

Friday, August 20

makan secara sengaja (kamu jangan tiru) T___T

ok, tajuk adalah DRAMA semata. haha. mestilah saya makan secara sengaja! suda tiba masa berbuka puasa lah. hehehehe. kesian kamu-kamu sana lambat kan? HAHA!

hari ni berbuka berdua dengan diba seja. yang lain-lain pergi berbuka dengan kak azam. huhu. tidak join sebab segan, yalah, saya bukan pegi usrah, tiba-tiba masa makan-makan laju pulak! eheeee. nampak sangat tidak berpatutan.

lauk berbuka tadi ayam goreng bertemankan sambal, hasil air tangan nasira. yummehh. dan sayur juge! oh, ada cucur sedap jugak. dan saya pegi goreng telur lagi. haha. bukan rakus bah. bukan juga tamak. tapi saya memang suka telur.

hari ni entah kenapa penat sikit, badan lemau-lemau. (macam orang mengandung pulak mau mengadu sakit-sakit segala! duhhh) balik kelas sangat ngantok tapi tidak tidur pun. pegi tgk grey’s anatomy. (baru mau tgk setelah sekian lama! sumpah kolot) episode finale tu memang sumpah terbaekkk! ingatkan epi valentine tu yg paling mantobbb, tapi finale ni pun terbaekk jugak. ouh. suka suka! Mai, akhirnya aku tengok jugak! heheheh!



*ada peristiwa memalukan. perut saya bunyi-bunyi dalam kelas drama! deym. orang dengar lah perut!!! lain kali kalau mau bunyi tunggu balik rumah. ihh, macam nda kena kasi makan seja! grrrr

Thursday, August 19

sillyme.

contacts sy semua hilang. hp buat hal lagi. dia xmau send text msg saya. kamu kalau mau beli nokia E63 sila fikir dua kali. comel yes memang comel tapi pandai datang angin kus-kus dia. satu cara untuk betulkan – format. tekan *#7370# untuk format.

TAPI, jangan lupa copy contacts pegi simcard sebelum korang terkebil-kebil sebab tengok hanya ada beberapa bijik nama bertuah yang selamat dalam contact list korang. *sigh* saya jugak yang vunguk sebab lupa, lupa, lupa! selalunya saya lah paling ingat. adoi adoi. stress tiba tiba.

bah, kamu drop contact number kamu d fb saya, atau d cbox atau kawan-kawan d dunny, bole text saya okeh? huhu. jgn lupa nyatakan nama kalian kalian.


satu lagi, laptop dah dua kali shutdown serta merta. dan vuntut dia panas. risau lah saya. cepat cepat tanya ariff, rupanya sebab x boleh letak atas katil/duvet sebab laptop absorb heat dan normally laptop akan off serta merta bila overheat. (jadi laptop saya normal). dan cara mengatasi, lapik kan  vuntut laptop anda bila anda meletakkanya di atas katil. lapik dengan benda keras/tebal atau penebat haba. (oh, mungkin applicable di tempat sejuk2 sahaja, sebab katil antara tempat terpanas di sini. eh?? ka semua tempat pun sama jugak ariff??) –entah lah!

ok, jangan buat lagi. nanti laptop rosak. takkan mau beli lagi. kalau beli macbook pro sekali cun jugak, tapi cari duit dulu. haha. sekian sekian. saya yang ngantok tahap cipan.

ting ting ting ting alexander!

kenyang dan sangat ngantok, dan penat. kitorang suda berbuka puasa. saya masak nasi beriyani serba kekurangan + daging masak merah + puding roti yang nda berapa memuaskan hati. hehe

balik kk nanti suda boleh tunjuk taring. miahaha. jangan pandang ai sebelah mata taw momma :p

IMG_7247IMG_7243puding roti nda sempat amek gambar sebab saya dan gadis-gadis membaham dengan jayanya. Alhamdulillah, dari NDA masuk dapur langsung, atiqahruhaizad sekarang suda jadi chef-boleh-tahan . ehe.

IMG_7240dan saya baru taw ada skill mau potong daging supaya nda liat. gambar di atas adalah semasa saya ‘berguru’ dengan yanie dalam lecture hall ptg tadi :P

dah start dah minggu peralihan musim. dari winter ke spring. asyik hujan dan GILA SEJUK! macam seminggu sebelum winter bermula jugak hari tu. hmm. otw pegi kelas suda nampak bunga2 cantek tumbuk di pokok-pokok yang botak. mau stop ambil gambar, tapi malu-malu miaw dan rushing jugak tadi. xpa. korang boleh tengok gambar di sini :)

post masih tentang baju raya

atau lebih tepat, online shopping. wah, mak aku dah maju sekarang. oh sebelum tu. I LOVE YOU MOMMA!!! baru saja call ibu kejap tadi. panjang cerita kali ni, sebab ibu tengah bosan kot sorang sorang dalam kereta tunggu ayah. haha. tak larat mau semayang terawih sampai abis, 8 rakaat jak ibu cakap. ehe. adik pulak hari ni nda terawih. lepas tu ibu buka cerita pasal baju raya LAGI. haha. rupanya ibu pegi call tauke baju raya tu. aiyak. hahaha. cekap okeh. i tak suruh pun.

alah, hari tu tiba-tiba gatal tangan pegi tag ibu (facebook) sebab konon nya berkenan dengan baju kurung tu. tapi dengan tujuan asal untuk jadi sample supaya ibu cari di KK. tapi tiba-tiba rasa baju tu nda cantik sebab dah jumpa yang lagi lagi lagi cantik dan banyak sampaikan ‘gambar baju raya yang saya tag ibu tu’ sudah hampir saya terlupakan.

TAPI, ibu ingatkan itu pilihan utama saya. (sebab ibu pun berkenan) rupanya ibu call tauke baju raya tu. dijadikan cerita, budak tu pulak ex-student ibu masa kat agaseh dulu. eheeee. cekap la momma ai ni. terharu! sebab ingatkan ibu nda fikir pasal baju raya saya. rupanya beliau sangat berusaha untuk dapatkan kesukaan saya!



ok, another issue. warna baju raya. kan saya pening mau merah atau hitamgold atau grey. ibu cakap orang yg pakai merah tu attention seeker. HAHA. ok lah. mungkin saya akan pasrah kali ni dengan memilih warna hitamgold. nanti bila dah beli baju raya pakai duit sendiri baru kita beli warna merah menyala okeh? eheee

lepas tu cerita pasal tira. hahahaha. budak kecik yang senget.
hari tu family aku baru pindah rumah. ibu kesian pulak dengan tira & ‘si kentut’ (kucingnya yang baru lepas beranak). jadi ibu bawa jugak. oh, family aku pindah pegi flat Sk luyang. aku pn nda taw d mana tempat tu. haha. jadi, semenjak pindah rumah tu, si kentut asyik berak merata! ibu suda pening. semua orang pening. haha. sebab kan pindah pegi flat, mungkin si kentut nda jumpa tanah untuk berak. agagaga. (euw, apahal buat entry berunsur najis nihhh??)
mau di jadikan cerita, satu hari tiba-tiba si kentut berak dalam tandas. TIRA, yang berada ditempat kejadian menyaksikan kejadian tersebut terus tepuk tangan! hahaha.
“tahniah lah kentut, pandai suda ko berak di tandas,” kata tira sambil menepuk tangan. HAHAHAHAH.
ibu dan ayah berpandangan sesama mereka. ayah cakap, “adui, mulutnya ni. macam orang tua”
siapa sangka dia akan cakap begitu dengan si kentut kan? haha. ngek!

adui! budak senget ni bikin aku rinduhuhuhuhuhu.




*tahniah abang. wakakakakaka. dapat jugak ko lesen akhirnya. penat aku tunggu. aiyo. nanti balik boleh lah kita ronggeng sampai pagi. wiheeee!

Wednesday, August 18

mau letak title ‘homesick’ tapi nanti nampak tidak cool.

baru 18 hb, tapi entry suda ada dua puluh lima. agagagaga. itu namanya RAKUS. kenapa suda begini neh? berabis pulak mengupdate belog. macam seja belog ni mau lari lari.

oh, saya singgah jumpa encik belog ni sebab mau berjuang. jadi sebelum berjuang mau teriak teriak dulu sini. nda taw kenapa saya nda berfungsi suda nih. sekejap lagi menangis lah ni. menangis seja kerja, cengeng betul ihhh.

bukan saya nda biasa duduk jauh2. dari kecil juga duduk di asrama. tapi mungkin sebab sekarang ni melampau jauh. dan dulu di hostel cuti sekolah ada banyak. setahun 5 kali. pindah maktab pun cuti ikut cuti sekolah. paling lama di hostel 2 bulan, nah, lepas tu balik rumah lagi.

tapi sekarang? homesick yang bulan lepas pun belum sembuh, tambah lagi homesick tambah lagi tambah lagi tambah lagi sampai sesak nafas! mana gua tahan bebbbbb! uhuks.

dear rumah,
mari sini sayang. mari datang jenguk jenguk mama.

sekian.

yang senget,
-nurul-

yang pemalas buat assignment,
-nurul- jugak

yang sedang melemah,
-nurul- lagi

yang menaip di belog laju tapi menaip assignment lambat gila,
-tiada yang lain melainkan nurul-


mari sini felok saya. uhuks.

baju raya saya macam mana? =.=” (updated)

*****
ok, shortlisted item ada 7 pasang =.=”

even warna pun nda dapat decide lagi. mau warna merah! tapi takut menyala sangat. pastu mau hitam gold. memang dari dulu pun mencari kaler tu, dan lagi, tahun ni my parents tema hitam (yes my parents only~~~ selalu macam tu, tiba2 dah beli baju matching2 hanya berdua. kalau tak pun bertiga dengan tira. grrrr. tahun lepas warna grey, macam bertunang pun ada jgk! *emo* haha)
TAPI! kalau beli hitam gold, nda dapat la beli merahhhh. wuwuwuwuw. dan lagi satu pilihan. grey. mmg suka baju grey sebab macam lembut2 sikit. ahaks. tapi tapi tapi, semua orang suda bising, semua baju i greyyyyyyy~

JADDEYYY~ merah atau hitamgold atau grey?? uhuks T____T
*****

PENING taukkkk! bagus pakai baju lama seja la kalau begini. mau pakai kebaya, HAHA. sebab seumur hidup aku, baru sekali pakai baju kebaya. dan hanya ada sehelai baju kebaya. eheeee. TAPI! takut gumuk di pagi raya, jadi ‘play safe’ orang bilang. haha.

sekarang tengah survey online. dan pening sebab semua sukaaaa! grrrrr! tapi mahal la kan kalau mau beli banyak-banyak. beli sekeping suddehhh.. tapi susahnya mau pilih. semua cantek.

ok, sekarang macam mana? nanti kalau lambat buat keputusan, ibu tarik balik offer. nehhh.

 

plus, kalau suda penat-penat pilih pun belum tentu ibu ters beli. uhuks. silap silap nda jadi juga ni process membeli baju raya jarak jauh T_____T

zakri mana you!












yakdush!!

jangan terlalu yakin..







kerna
mungkin rencana Allah
dan inginmu
berbeza.





yang mencuba cool,
-nurul-

Tuesday, August 17

what’s up?

ha! korang wat’s up? aku (pasan tak, suda tida ber’saya-saya’ skrg ni kan? hahaha. lagi mesra dan tidak skema ku rasakan. auwww!) punya blog tukar layout LAGI! ngeheeee..

nak share something nih!! mari lah rajin-rajin kan diri korang buat comment box yang FEHHHH! sila tgk saya punyehehehe.

p/s: saya pun baru belajar. klik gmbar tu klu nk besarkan :)

comment box

apa yang macam-best pasal benda alah ni?

  1. threaded comment: kira macam ko bole reply kat comment orang. cthnya korang komen “waaaa. chomel nya anda!” aku mesti nk reply “mekaseh. eheee” ala, macam yg kat dlm gmbar tu lah.
  2. bole LIKE woh!! klu nak like post aku tekan simbol ‘thumb up’ kata atas tu. kalau dislike pun bulleehhh :)
    nak like org pnya comment pun bulleh jugeee ye kawan-kawan
  3. ada avatar! eheks. bole glamer2 kejap kat blog aku! auww!
  4. boleh connect dgn facebook, twitter yahoo! dan apa lagi ntah.
  5. kenapa best ek? sebab orang lain punya tak best! hahahahah *lariiiikkkkkk*

 

ok, untuk mencuba sila klik link ini! atau anda bole mencuba yang lain-lain jugakkk. selamat makan! :p

Monday, August 16

untuk semua readers yang singgah

seingat aku, aku tak pernah buat entry pasal benda-benda yang serius. i mean, entry-entry yang TIDAK buang masa korang. sebab semua cerita-cerita dalam blog ni pasal kehidupan sehari-harian. yes, memang kalau korang nak baca blog yang ber-infomasi, bukan di sini lah tempatnya ya. cerita pasal diet yang seimbang, cara memvunuh diri, atau tips-tips menduduki peperiksaan? semua tiada. aku cerita pasal family aku, pukul berapa aku bangun, aku emo dengan si polan dan si polan, aku terjumpa benda kiut-miut, aku ternampak status orang kat facebook, aku malas buat assignment, aku penat nak paksa diri untuk study, aku tengah feeling-feeling, aku main masak-masak. ok, basicly cerita-cerita bodoh macam tu. ehe. dont expect more, sebab nanti kau kecewa.

blog ni hanya salah satu tempat untuk aku buang masa.

p/s: bila tengok balik entry tahun lepas, bulan-bulan lepas, rasa macam ngok ngek. malu juge pun! tapi biarlah. aku suka flashback-flashback ni. ahaks!

tragedi.

saya masih terbawa-bawa cerita lama. whenever ‘something’ happen, saya terus fikir itu. dan saya bila marah, nda pandai control mulut. *tampar-tampar mulut* im sorry. truly sorry.

dan tadi, chat dengan encik q. ada mak dia kat sebelah. ohow. segan nya bila ada mak orang tengok kita chatting kan? mak dia tanya nama. ahahahaha.







p/s: mak encik q adalah mak encik ym juge. *lariiiiiiiikkkkkkk*

encik. maaf lah! adoi. kesian you. saya jahat.

Sunday, August 15

graf menurun.

terima kasih.

menangis sampai ‘water of leith’ melimpah ruah

sambil tidur.

menangis sambil tidur. mahu begitu. mahu menangis sambil tidur. sambil berdengkur, sambil mengalir air mata. menangis sambil tidur!



p/s: kejut saya sahur.

selepas beberapa hari…

honestly, saya memang tak mau up post baru sebab mengkhuatiri post sebelum ini (yang sumpah bahagia) akan terturun ke bawah. hahahaha. tapi insiden hari ni memang sungguh tak boleh blahhhhahaha. adoi adoi~

baru sekejap tadi, lepas berbuka puasa, kitorang, (saya and the housemates) lepak di ruang tamu. berborak pasal friends kat facebook. adik yanie punya kawan punya mak add yanie. lawak la kot kan? then saya tengok la facebook, kebetulan ada friend request. tengok mutual friend(s) ada seorang. mutual friend tu pulak saya tak kenal. ‘makcik-makcik’. eheee. dan mutual friends saya dengan ‘makcik-makcik’ tu pulak ada 5 orang SAHAJA. dan semua nya orang tawau. ok, saya buat kesimpulan, orang-orang tawau ni.

kemudian saya tengok la profile insan yang add sy tuh. lepas tu gambar dia pulak, gambar ‘nenek-nenek’ HAHAHAH. ok, di situ sahaja sudah lawak. saya tunjuk lah kat wani. pastu kitorang gelak2.

saya tengok lagi gambar-gambar kat profile dia. “ohhhh, akak ni ada boutique, jual kain rupanya. patutlah add” lepas tu kitorang sibuk-sibuk pilih kain kat ‘butik’ dia tu. wani excited sebab boleh tahan murah lah. ok. saya pun approve la request dia tuh.

beberapa minit lepas tu. saya dapat ni. (rujuk gambar)

butik

hahahahah! lawakkan? malu nya saya! hahaha. ok. mcm ni, kan sangat ramai org tag-tag baju raya kat facebook, jadi satu hari tu, saya berkenan dengan beberapa baju raya yang cantik. memandangkan ibu cakap x sempat mau jahit, jadi raya ni saya akan berbaju lama ataupun beli siap. saya tak suka sebenarnya baju siap, tapi TERtukar fikiran sebab banyakkkkk yang cantik! hahaha. ok. jadi tag la ibu gambar baju-baju tu. ibu pun cakap cantik, siap tanya macam mana mau beli. leceh la kan mau suruh ibu beli baju2 online. kesian. malas mau menyusahkan pegi sana sini bank in duit. jadi, ai tunjuk sample untuk cari design-design yang lebih kurang sama di KK. tiap kali call rumah pun mesti ibu tanya macam mana mau beli baju raya.

DAN HARI INI IBU PEGI BUTIK TERSEBUT DAN MESTI IBU BAGITAW ANAK DIA KAT NZ NAK BELI BAJU RAYA LEPAS TU SURUH TUAN PUNYA BUTIK TU ADD ANAKANDA BELIAU KAT FACEBOOK KAN? hahahaha. lawak la bu. mck ni pun satu, siap tulis kat wall lagi. aiyoooo! hahahaha. cute nya mommy sayaaaaaa! adeih. ingat jugak beliau kat anak yang shomel ini.

i love you lah, mommy! (tapi kejadian begini sangat lawak okeh) >.<”

ok, yang ini selingan :P

post

HAHAHAHA. bye!

Wednesday, August 11

sila cakap “SHO SCHWEEEET” secara berjemaah!

owh segannnnn! hahahahaha. tapi atas hormon kegedikan yang melampau. saya tak fedulik! nak jugak tunjuk benda alah yang buat pipi saya cramp sejak semalam! (ready? jaga-jaga ha, entry berunsur gedik melamfau nihhh) AHAHAHAHAHA!

secara ekslusif/eksklusif/esklusif??? <----- wey, cemana eja exclusive??!! kenafa sy hilang ingatan sekejap nih?? *ulang semula* secara exclusive dibawakan khas dari http://slimdunk.blogspot.com/ untuk anda! tuan punya belog ingin me-reveal kan kisah sebenar Project 10hb! woooot wooooot! :p

btw, sila sediakan plastic bag juge!

HAHAH. gila neves aku. asal gabra sangat nihh!xtaw mau start mana. tapi korang tengok sini dulu la okeh? sila click si kentut yakni hamster gundut encik ym di bwh ni untuk ke link seterusnya! ;)

http://www.smileycodes.info

ok, dah? sekarang sila baca ini dengan kuat! “SHO SCHWEEEEEEEET!! semoga dipanjangkan jodoh mereka berdua. semoga ‘cik nurul’ bertambah jelita bukan gelita. semoga. semoga kedua-dua mempelai mendapat restu orang tua, dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu!”

lepas baca sila tampar mulut korang laju2! HAHAHAHAHA. (oh, saya malu! auw!!)

ehm. ehm. ye. itu lah project. mungkin sekarang kamu boleh tukar nama project tu, “projeck gatal sedunia” atau “project bajet-sweet” atau “project gedik tak hingat!” atau apa-apalah yang menjengkelkan! hahahahaha..

encik ym, dpt cuppies tu kmaren. sy suh antar pukul 11am yakni sebelum dia lunch, jadi dia bole makan-makan sama opismates dia sana time-time semua tengah semangat mau makan sebab tunggu lunch hour yang lambat. teliti kan perancangan! hahahah :p

ouh, encik ym keja di construction site d UMS, so sy suda pesan awal-awal dengan gadis cake tu supaya call encik ym bila suda sampai area UMS tu. sebab nda bole masuk tu pegi opis dia, kawasan larangan. yo lahhh.. kan construction site. denjeres bah tu.

menurut encik ym, masa org tu call, dia tengah discuss dengan contractor dan memang nda boleh keluar. dia suh gadis cake tu tunggu. HAHA. dia cakap lagi, almost 30 minit gadis tu tunggu. kesian kan! =.=” pastu dia cepat-cepat jumpa, cepat-cepat cakap thank you, dan cepat-cepat kasi masuk cuppies dalam kereta dan drive ke tempat kerja semula. HAHA. saya expect dia --(kejappp! sy tengah type ni secara langsung dr bilik ameng, perut kami bunyi-bunyi. macam lari berganti-ganti pulak ‘dorg’! HAHAHAHA)—makan-makan sama kawan-kawan dia kan? tapi saya juga suda agak dia pigi tapuk-tapuk tu cuppies sebab dia nda mau kena kacau! and yeah, dia nda pun bawa masuk opis, hanya ditapuk-tapuk dalam kereta!

“yak ampun! kedekut nya! haha!” kata saya.
dia berkata, “ahaha. biarrrr. malu nya tu banyak love-love lagi. nanti bnyk tanya dorg, mls mau kena kacau-kacau. (okeh, itu statement trep hot beliau)

agagagaga

dan semalam, masa saya call lepas terawih. satu bijik kek pun belum bersentuh. alasan: kiut. biar la dia jadi perhiasan. HAHAHAHA. yak ampun, comel nya you pakcikkkk! dan dia letak atas TV. apakah?? =.=”

saya suh encik ym upload gambar, dia dah upload semalam masa sy tdur, dia cakap dia dah makan dua bijik. teka yang manaaaaaaaaa?

hehehe. yang pompuan & lelaki tu..

rasa-rasanya yang mana dia makan last sekali?? *mesti yang from NZ with love tu kan?” AHAHAHAHAHAHAHAHA.

ok, suda lah. nanti kamu di saspek denggi pulak sebab deman dan muntah-muntah yang berpanjangan. nauzubillah. haha….

kawans, ini entry sukasukagumbiragumbira, kalau tak senang, sila baca ‘pesanan penaja’ kat sidebar tu.





p/s: sila baca ulang-ulang yang tulisan warna merah tu. amin! haha.

p/s/s: kira berapa banyak HAHA. sorry over. auuuuwww!

Tuesday, August 10

jangan baca. ini bukan untuk anda.

^________________________^

i just can't stop smiling. rasa mau balik kk sekarang jugaks. aduh, pipi cramp! auw! hahahahaha. ok maaf. terlebih sudah.

-ok, tamat sudah project 10hb. dan semua selamat alhamdulillah-

maaf, belum ada kekuatan untuk me-reveal cinta project saya. :p





OK! ini untuk yang membaca jugak! (walaupun saya suda cakap jangan baca, tapi kamu degil kan? grrrr)

Happy Ramadhan to all. selamat berpuasa di esok hari :)
kitorang puasa lambat lagi, esok baru nak intai-intai anak bulan. eheeeee

Monday, August 9

kurus sudah kan?


cantek pulak tu!! hahaha. ok, tipu. itu camera trick ;p


Sunday, August 8

current addiction

tiba-tiba

membayangkan aku ada lagi dua tahun untuk berjuang, aku jadi lemah. macam mana lah agaknya aku di masa-masa akan datang. sekarang pun sudah tidak mampu mau menahan rasa, memaksa hati, dan mencuba sayang. bu, adik macam nda sanggup suda ni.

desperately need someone to be with me right now, right beside me, watching me writing every single word to form the sentences, the paragraphs which will hopefully turn into a complete essay. gosh. i just CANT stand it alone.

tiba-tiba melemah. saya vodoh. T_____T

ok, panjang gila kan? =.=”

  • assignment
  • cerita semalam
  • malaysian day
  • kehilangan
  • my girls
  • PROJECT 10hb. hehehe!

    kamu bacalah yang bold tu seja kalau malas :P

ok, itu outline. sengaja buat begitu supaya tidak lupa nanti mau type apa. hahaha. banyak ni. banyak sekali mau cerita. semoga ada mood sehingga ke perkataan terakhir! dan sengaja letak point yang paling menerujakan last sekali, supaya energy untuk menulis maintain sampai habis. HAHAHA! http://www.smileycodes.info

assignment memang memeningkan kepala. bukan assignment namanya kalau tidak bikin pening. stress memang stress, tapi entah mengapa saya ‘rela’ membuat kali ni. walaupun belum banyak yang bergerak, tapi sekurang-kurangnya saya masih bersemangat mau buat. (kejap lagi saya sambunglah. eheheh) kazen saya cakap, anggap semua ni ibadah. saya suka betul ayat tu. mungkin saya nda pernah menganggap semua ni ibadah. semua saya anggap keterpaksaan (terukkan saya) http://www.smileycodes.info

cerita semalam. kan semalam saya kemalasan untuk pergi bersosial. (sila rujuk entry ini). tapi akhirnya saya pergi juga. pukul 7 tu aktiviti makan-memakan mula, tapi saya mula bergerak pukul 7, dengan daus. nasi apa ntah, dengan daging kambing yang fehhh. macam sedap! tapi tak makan pun, sebab xda mood & perut tak sedap sangat. dari bilik lagi pun. huhu. saya pun bersosial sahaja :)
pukul 8 macam tu, semua orang pegi lecture hall kat burns building, sebab ada talk dengan TYT Dato’ Hasnudin Hamzah, pegawai apa ntah. tapi dia tak pernah lagi datang Dunedin. dia bagi talk pasal polisi luar negara (yang sumpah bosan) haha. tapi saya dengan aimi –duduk belakang sekali- adalah sangat bahagia dengan sudoku kami. hahaha. ya ya, saya bawa buku sudoku. dan mp4 sekali. ehehehehe!

IMG_7124

IMG_7128 IMG_7133

dua gambar di atas adalah saya bersama kawan chomellll saya! –aimi- aimi suka gigit kuku!!! semua org geram tgk dia gigit kuku. bila sy tengok dia gigit kuku, saya suka conteng jari atau tangan dia. macam ni! LOL!!
IMG_7136
dan ini gambar untuk talk yang sumpah bosan tuh. grrrrr!
IMG_7131

malaysian day. hari ni, bermula pukul 10.45 pagi hingga lewat petang. meriah!! TAPI SAYA TIDAK HADIR! sebab saya tidur tidak ingat dunia. huhuhuhu. maaf kawan-kawan. tidak berperi kemanusiaannya saya ni. huhuhu. frust jgk sebenarnya, sebab mau ambil gambar banyak-banyak untuk koleksi bulan ogos ni, tapi tu lah. susah gila mau buka mata tadi. sebab saya tidur lambat gila sebab YM! dengan encik ym. (lamaaaaa gila kot x ym! huhuhuhuhu)

kehilangan. saya ternampak link ni di fb. cerita pasal bestfriend dia kot, yang meninggal dunia. sedih nyaaaa! saya nda pernah kehilangan lagi. saya sangat takut untuk kehilangan dengan orang-orang yang rapat dengan saya! saya tamauuuuu! Ya Allah, panjangkan umur semua insan-insan yang ku sayangggg. sedih~~
erm, korang baca sini. sedihhhhhhhh T__________T

my girls. izyan suda sampai mesia dari jepunnnn. huuuu. dorg keluar beramai-ramai. jeles. sedih jugak nda dapat berada di sana. sedih sedih. nda sabar mau balikkkk!

PROJECT 10hb! hiyeahhh! mari kawan, kita countdown sama-sama untuk memeriahkan suasana. (sila rujuk link ini) mula-mula tu macam ada komplikasi sedikit. haha. macam xda harapan jak project saya berjaya. tpai dengan azam yang kuat, dan super gigih. saya suda nampak tanda-tanda kecemerlangan di situ! ehehehe. semoga berjaya nurul!

PENASARAN kan??? saya pun! hahahahahaha!

ok. cukup! bye! mwahhh!

http://www.smileycodes.info


atiqah

Saturday, August 7

sudokus :p

susah gila mau tidur ‘pagi’ tadi. tengok sebelah bantal, ada buku sudoku. layyyannnn.

bangun tengahari tadi pun susah mau duduk, tengok sebelah bantal ada buku sudoku. layyyannnn.

semangat jitu mau buat assignment yang tak-berapa-last-minute (konon mau buat record assignment siap awal), tapi essay sangat tak bergerak dari semalam!! tengok sebelah bantal, ada buku sudoku. layyyannnnn.

p/s: cinta saya ada pada nombor, bukan essay berjela-jela. sumpah saya masih setia. tolong jangan paksa saya untuk berubah hati.

oh, tapi saya kena paksa hati sendiri jugak. tak ada pilihan lain.

balik malaysia nak cari digital sudoku. yg saya punya dulu dah hilang. sobs.

ada dinner mlm ni, tak tau pulak Encik Rosli peg MSDA tu nk datang & jumpa budak-budak scholar. malas. tolong, saya malas. macam mau pergi dan bergaya, tapi malas. macam mau bersosial dan bergumbira, tapi malas. sekian.

IMG_6643 pic: “sudoku, map & sang mobile” roadtrip ke northest part of NZ, cape reinga.

p/s: sedih essay x pandai bergerak, saya dah spend masa lama gila kat depan pc dan buku. bila buat awal, kepala otak mcm kena block. bila last minute lancar je taip. tapi cincai. pastu kurang tido. xmau la asyik macam tu =(

Friday, August 6

malunya. eheee

malu! tiba-tiba saya mood jiwa-jiwa. eheee!
mata saya macam ada love-love nih! ahhh! kena tidur segera!
ok. bye! *tutup mata rapat-rapat paksa diri untuk tidur sebelum merebak!*

si angau.
-sayang-

neeeeddd moneyyyy!

mau shoppinggggg (sila dengung ye!)

gila lama wey aku x pegi beli baju sehelai dua. uwaaaa. window shopping pun TIDAK! pegi town pun baru beberapa kali.

dear mom,
saya miskin. tapi ibu pun miskin. ok, tak mengapa, kita sama-sama miskin.

queen of random

saya highlight isi penting untuk kamu scan & skim!

saya teringat ni dua hari lepas – saya sangat clumsy. cuai sekali. ayah cakap, “semua benda yang saya pegang akan tumpah, pecah, jatuh, hancus, rosak, dan semua-semua yang negatif (sila nyatakan sendiri) hehehehe. entah kenapa dua peristiwa ni saya ingat sampai sekarang:

  1. my birthday cake terjatuh masa turun dari kereta. masa ni masih saya masih kecil lagi. x berapa ingat birthday yang ke berapa, tapi masa tu saya masih tinggal di Lahad Datu, di kampung, i.e rumah betul-betul rumah sendiri (bukan flat/rumah kerajaan. agagagaga) erm. mungkin saya berumur 9 tahun dan ke bawah. kalau kejadian macam ni jadi kan, ayah akan senyap. senyap mungkin sebab nda taw mau respon macam mana. ingat lagi, kek coklat. baru balik dari Mee Ngar beli cake, excited jugak mau bawa kek sendiri dari kereta pegi rumah. belum sempat sampai rumah, sudah jatuh. adoi. saya terus tengok ayah, buat mukak sedih. nduk bah. akhirnya kami makan jugak tu kek comot-comot. hahaha. xpa. yang penting ada kek! agagagaga. cuai bah nurul. adoi~
  2. roti gulung. yang ni tahun 3. kan dulu selalu ada class party. dan saya ingat lagi, cikgu atty (mum azilah) guru kelas saya masa tahun tiga. jadi, mau dijadikan cerita, ibu buat la roti gulung ni. one of my favourites jugak ni dulu-dulu. kemudian, bila dah siap potong-potong tu, entah macam mana bekas tu jatuh. atas lantai jak pun. terus saya frust gila vavi sampai x mau bawa benda tu ke sekolah. tapi hati berbolak-balik takut nanti saya sorang-sorang jak yang nda bawa makanan. mum pujuk, “boleh makan lagi, bersihkan jak sikit”. saya tetap sedih. hehe. last-last mum simpan dalam bekas, pastu selamat lah jugak bawa pegi sekolah. sampai sekolah cikgu puji sebab sedap. dalam hati, “suda jatuh tu cekgu atas lantai!” hehehehe. tapi balik rumah bangga cerita dengan ibu cikgu-cikgu semua suka. LOL! oh. dan classmates saya masa tu dorang azilah & farah. farah selalu bawa chicky KFC tu pegi class party. kan anak orang kaya LD! hahahahah.

cuai kan saya? sampai sekarang pun masih macam tu. hahahaha. biarlah. yang penting saya comel. zzzZ (ehhh, terlebih highlight pulak!) ahahaha

saya tidur dengan sangat lama kemarin. sampai saya sakit perut. mungkin salah tidur. hahahaha. (saya tidur mcm ular ka? sampai perut saya terpusing-pusing? hahaha) tapi serius ni, mungkin salah tidur. sebab saya bangun tadi pagi, saya rasa makanan dalam perut saya pegi tempat lain. hahaha. x faham kah? saya pun x faham. ok. biarkan.

jam saya, akan berhenti bergerak bila saya x pakai dia dalam beberapa jam. (x pasti berapa jam, tapi jarum akan berhenti bergerak kalau jam tu statik) jam tu ada tarikh, bulan, dan hari. dan tarikh jam tu masa saya pakai tadi 20hb. maksudnya, saya x pakai jam tu sejak 20hb. eheeee. sebab saya merajuk dengan dia. dan dia punya tuan. tadi baru saya pakai. agagaga. lamanya saya makan dalam. eh kawan, LDR sucks. tragisss! tapi x mengapa, saya lagi super duper tragissss, sampai itu LDR pun terkalahkan! agagagagaga.

*LDR=long-distance r/ship

4723269995_b195f9d983_bkesayangan suka gambar itu lantas menjadikannya backgroud image homepage browser saya! XD

saya suda jumpa layout yang supercool. memang la kamu tengok ni lawa (lawa kannn? jangan tipu!) hahahah. tapi susah gila mau pastikan dia cocok di situ! pilih layout satu hal. oh, plus benda ni bukan layout, it’s just a background. so widget2 dan design asal blog ni masih sama cuma ada background jak di dua-dua tepi ni. terpaksa edit here and there. nasib baik ada belajar coding dengan sifu jry masa mula-mula blogging dulu. masa jry masih aktif blogging (he’s one of the famous blogger i should say) follower ramai gila, ada blog utk tutorial, ada domain sendiri, ada design blog layout jugak. fehh! overall, saya boleh tahan berpuas hati jugak dgn wajah baru blog ni. tapi rasa macam semak sikit. huhuhu.

dan lagi! kazen saya pregnant lagi! yeay. anak ke tiga beliau! yeay! ada anak buah lagi! yeay lagi! happy! happy! tapi sedih jugak sebab tak balik raya nanti. uhuks.

ok. enuff. penat. suda lama x type panjang2 :)

happy reading people.

love,
-nurul-

Thursday, August 5

kawans,

ye ye. baru tukar background, header, and bla3…. mau up entry baru tapi ngantok gila. esok esok k?

nite peeps

Monday, August 2

WHOA!! excited!

saya tengah ada project ni. project jarak jauh! hahaha. semangat jitu ni saya! fullamak. tapi nda boleh reveal dulu sekarang. 10hb ogos nnti baru kita tengok ah! OHHH. TAK SABAR! <3

^_____^

senyum sampai telinga. biar loberrrr! hahahahahah

HAHAHAHA!

tetiba housemates aku kat atas gelak sakan. haha. rupanya, semua tengah excited muka masuk tv. tvnz babe!! hahahahah

nah, tgk ni.

p/s: racist dowh! hahaha. “Asia in Otago”

asia berdarah = bloody asian?? hahahaha

bila saya sampai tahap saya mengigil. saya sangat marah!

saya sangat marah. korang melampau. melampau. eh, heylow. tolong jangan tuduh-tuduh. kalau nak menyembur pun tolong jangan dengan orang yang salah. oh aku ter-efek. dalam sungguh kata-kata korang.

facebook is shit.

kesayangan.

Encik YM ada hamster. seekor. (dia beberapa kali try beli banyak ekor tapi semua tak kekal lama, huah! power la yang seekor tuh!) okeh. nama dia kentut. ya ya. kentut. sebab saya kan puan persuasive dan saya yang mencadangkan nama tu sempena nama kucing tira (saya jgk yang bagi nama kucing tu). Encik YM berusaha jgk untuk tukar nama si kentut, tapi nda pernah jumpa nama yang comel, akhirnya dia mengalah. HOHO! <—ketawa menang.

Encik YM balik tawau hari jumaat lepas, naik bas. tiada orang jaga kentut di rumah. terpaksa ditinggalkan untuk berdikari. saya baru call Encik YM tadi, sy tanya pasal kentut. Encik YM cakap dia mimpi kentut semalam! cis geramnya saya. binatang kecik tu pulak dia boleh rindu-rindu sampai masuk dalam mimpi, dengan saya dia boleh buat bodoh pulak. penat saya merajuk lama-lama sampai terpaksa emo-emo di blog kan? hahahaha. grrrrr!

lepas tu dia mimpi apa? dia mimpi kentut kena makan ikan besar! nampak sangat dia takut si kentut mati sepanjang pemergiannya. nanti saya masak kari si kentut tu baru taw!

Sunday, August 1

muncit the kodomolion say “hye hye” kat you all!

kawans, tadi saya keluar ke town. setelah sekian lama berkurung di dalam bilik! dan tadi family saya di KK pindah rumah. oh, mungkin lagi tepat ‘pindah flat’. dekat jugak. area luyang. ehe! masih senang mau keluar dating. huahuahua!

tadi kan. saya pegi tut untuk cari tut. (mana bole kasi taw!) hahahaha. malu bah saya mau cakap. nanti sudah berjaya saya bagi taw okeh!

saya tulis blog dengan malu-malu sebab saya segan bila orang baca blog saya (walaupun housemate saya sendiri) tapi bila saya menulis, saya rasa banyak sangat peminat saya di luar sana! mereka yang selalu jadi silent readers saya. HAHAHAHA. statement menvunuhhh ka? gilahahahahah!

sesungguhnya saya segan dengan kamu semua, jadi bila saya terserempak kamu di dunia realiti jangan lah hint-hint saya yang kamu baca blog saya, okeh! please. nanti saya blushing. awwww!

eh. eh. tapi keep reading! hahaha. sebab saya suka kamu baca. apatah lagi tinggalkan komen. walaupun saya jarang reply. tapi ketahuilah saya menghargainya punnnn! oh, kalau malas, sila cakap kat cbox sahaja okeh!

sayang you all,
-lisa-
MUAHAHAHAHA!

morning august! *hearts*

slm. hye readers. dah bulan august kan! yeay. sangat tak lama lagi puasa, dan tak lama lagi raya, dan tak berapa lama lagi balik! horayyy!

saya terbaca status mck saya kat facebook. tersedih. terkagum jgk. betul orang cakap, wanita memang diciptakan lemah, tapi boleh jadi insan yang kuat-sekuatnya. kagum saya dengan ketabahan hati wanita-wanita yang mendapat suami yang tidak berhati indah itu. nauzubillah. tak tahu macam mana kalau saya yg berada dalam situasi mcm tu. semoga Allah melindungi insan-insan teraniaya ini, diberi ketabahan hati yang banyaaakkkkkk untuk menghadapi ujian begitu. semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan menggembirakan hati ibu. huhu. kesiannya.

dan semoga Allah selamatkan keluarga kita. oh, btw alhamdulilah mak saya dah sihat sepenuhnya. alhamdulillah syukur ya Allah. doa saya untuk melindungi kedua ibu ayah, dan doa memohon Allah tidak menarik nikmat kebahagiaan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga telah dimakbulkan.

sobs. sedihnya pulak!

semoga kawan-kawan beroleh kebahagiaan di august ni. dan selamat bulan menghantar assignment. hahaha. mari berjuang! :)

IMG_0008 (2)

laughter.smile.happiness. tq Allah :)