Saturday, May 30

hey2. hari terakhir yang sungguh macam “rojak”

macam Rojak adalah kerana bercampur2 perasaan saya dari pagi hingga malam.

-----------

seperti yang dijanjikan, aku akan mengupdate pasal Sambutan Hari 3 in 1 yang berlangsung sepanjang hari ini.

  • Hari Guru, “guru pembina negara bangsa”
  • Hari Quality – hari anugerah pengurusan cemerlang IINM
  • Hari Warga – kira macam hari kuarga la konon…

since July 2007, ini lah kali pertama aku support ‘family day’ mktab aku. haha. tahun2 lepas, aku sudah berada di RUMAH ketika mereka ‘bergumbira’ pada malam kemuncak sambutan hari kuarga ni. Tahun ni, entah kenapa aku beli tiket balik KK pada hari sabtu. jadi, mau x mau, aku terpaksa menghadiri setiap aktiviti yg dijalankan. hehehehe.

Pagi tadi, sambutan hari guru peringkat IPG kampus batu lintang. teda apa yg menarik, cuma persembahan lagu Lagenda – sapa yang paham senyap2 jak k. Majlis bersurai lebih awal dari yang dijangkakan. aku balik bilik, sambung tidur.

sebelah petang, ada Larian Selayang Pandang, (nama jak lebih). kira macam lari2, pusing2 IPG. aku macam biasa, dengan aktif nya menjadi gadis berpayung jak, duduk2 setakat menghadirkan diri. PANAS gilos beb ptg tadi. Majlis yang belum berakhir sepenuhnya tu aku tinggalkan. hahahahaha…

Pada sebelah malam, aku semangat sikit mau pegi. ya lah, kan ni Malam kemuncak yang pertama kali dalam sejarah aku d IPG ni. mau jg taw mcm mana rasa nya. ekekeke. oh oh, baru tau ada tema, “hitam & merah”. sampai sana, macam best! tgk mknan. wow! bau boleh tahan sedap. then, amek makanan, cari port. kitorang sembunyik belakang kereta sapa ntah. depan dewan brooke. (to wani, diba, mai, yanie, kak tiah yg sedang berada di rumah, sila imagine lokasi kami ya!) –saja cari port yg agak tersembunyi supaya xyah mau control2 mkn. hahaha. lalalalala~

tgh makan, azman msg aku. suh amek hadiah. aku jadi blurrr. then ketawa puas2 bila teringat MAI (nama samaran). Wahai SITI MAHIRAH ABDUL WAHAB, aku dah agak aku dapat hamper tu. hahahaha! org ptama yang aku ingat adalah SITI MAHIRAH yew. haha. ok2, saya adalah ter-excited skrg ini. sbb menang pertandingan mereka cipta permainan bahasa interaktif. KOMPOM BULLEH JADI CEGU DAH NI! hahahaha. cegu moden gitu~~
sambung cita, aku dengan skil2 gila glamer aku pun naik la atas pentas yang agak grand mlm td. hahaha. ok. maaf. terlebih suda. (excited, sbb tu aku bercakap secara pukal)

-----------------

hari ini, tiba2 aku rasa sedih. hari terakhir untuk sem ni. sem ni macam best jak – kecuali exam yang aku rasakan bakal hancus. RISAU SEJAK SEMALAM! dorg la ni, kecoh2 ada failure. duhh… aku berharap aku lepas. (macam ni x bleh la enjoy cuti beb, risau risau risau)

kesedihan aku berlangsung tanpa gangguan malah bertambah2 apabila melihat sebijik demi sebijik kwn2 aku balik kampung HARI INI! lepas sambutan hari guru pagi td, ramai dah yang blah. aku jugak yang masih tertinggal di sini. huhuhuh. Wani, pagi2 lagi dah berjaya bolos. Pukul 6.30 pagi dah pegi epot. Sebab~~~~~ KAKAK WANI NIKAH PETANG TADI!!! yeah yeah. Selamat Pengantin Baru kakak wani.

Diba, Mai, Yanie dorg blek ptg td, time org tgh lari2 keliling padang, dorg pun melarikan diri jgk. ehehehe. Buhbye korang. HAPPY HOLS.

sedih! nguhuhuhu. Tapi disebabkan aku menang hadiah yg aku sebutkan di atas. aku jadi excited! hahaha. ok3. aku mau berhenti bercakap. ROGER!!!



untuk gadis2 ku,

SELAMAT BERCUTI
SELAMAT MEREHATKAN OTAK DI RUMAH
SELAMAT DATING
SELAMAT USRAH
SELAMAT MENG-KHATAMKAN NOVEL
SELAMAT TIDUR & MAKAN PUAS2

WANI, aku satu flight dgn Ikhwan esk. *wink wink*
MAI, ‘bapak’ ko dpt no.3 larian selayang pandang td. makin jatuh hati la aku. hiks~

LOL!!
chopppp! ada lagi, korang2, tadi kan. macam biasa, GENG KARAS memonopoli semua acara. bukak sem nnti kita cita! hahaha. bye!

Friday, May 29

rasa kasih itu semakin pudar… mungkin bz, atau ada chenta lain yang hadir…

perkara pertama. lutut aku lebam. baru pasan. tida taw pasal apa. [ok. sekian introduction.]

merujuk kepada title di atas, perasaan teruja untuk mengupdate blog semakin tidak bersemi. haha. betul bah. minggu ni, (yakni minggu selepas exam), adalah FREE sepatutnya. tapi, sepanjang minggu ni, ada beberapa aktiviti yg dirancang untuk mengisi masa ‘lapang’. jadi daku bz, lalu kemalasan. hehehe.

oh ya. sepanjang ketiadaan aku di arena blogstar ni, banyak cerita berlaku di sekeliling aku. tapi malas mo cerita semua k. haha

alkesah 1: berkelah di Permai Rainforest Resort, Sarawak.
pada hari isnin yang lalu, ngahahaha, bhapak skema. saya dan 4 org lagi kawan saya tiba2 mendapat idea utk berkelah di tepi pantai yang indah. pukul 2.30, masa bertolak, cuaca x brapa elok. kilat sabung menyabung ya. kami risau, tapi meneruskan perjalanan. singgah di Satok (bukan nama sebenar. LOL), beli junk food. kemudian, hujan mula berguguran dengan agak lebat. tapi, perjalanan diteruskan dengan doa yang tidak putus berharap hujan akan berhenti. kereta kancil yang kami naiki tiba2 bertukar menjadi k-box. ya, benar. sehingga lah tiba di area Cultural Village, hujan berhenti. mungkin kerana kesedapan dan keharmonian penghuni k-box yang menyanyikan lagu “cinta dalam hati” secara berjemaah. FUH! lega. FUH! FUH! bunyi sumpit. eh, maaf. balik kepada cerita.

aku memang tidak berhasrat untuk mandi manda, jadi tidaklah membawa persalinan. tapi, setibanya di tempat yang indah nian itu, perasaan IRI HATI muncul dengan tidak semena-mena apabila melihatkan keterujaan mereka mandi manda. aku cekal. aihh.. pnjang cerita bah. kasi pendek la aaa??

gambar permai

Nak dijadikan cerita!! , aku terjatuh dalam air. heh. basah. lepas tu, sambung la cerita macam mana pun korang suka. (aku jatuh pada masa kecederaan – time mo balek suda tu. jadi, kes2 fitnah bahawa aku jatuh dengan sengaja adalah TIDAK DITERIMA AKAL.

Recently Updated4

alkesah 2: Majlis Khatam Quran
balik dari picnic di Permai, mlm tu kitorang (gadis2) buat majlis khatam quran. alhamdulillah :)

alkesah 3: Budak2 junior anjur tournament – touch rugby & hockey.
rabu, petang. padang IPGM kampus batu lintang menjadi saksi kedua2 pasukan senior masuk final. haha. kesian budak junior. sabar nah~ aku mcm biasa la. eheh. tak main. menjadi pasukan sorak yg hyper-active. dududududu~

Recently Updated3

alkesah 4: Rombongan besar-besaran ke “Kek Lapis Dayang Salhah” sempena cuti sekolah.
aktiviti ini disertai oleh para guru pelatih IPGM kampus Batu Lintang seramai 13 bijik. Dikemudi oleh Uncle Kim, van bertolak pukul 11 pagi td. Kami disajikan dengan “Tom & Jerry” sepanjang perjalanan.

p/s: uncle kitorang kaya, bisnes laku, dah boleh letak dvd player dlm van. ho ho ho. mana mau carik wo??

p.s lagi : klu kol uncle, bole nyanyi2 “keep bleeding” smbil angguk kapla…. hehehe.. mana mau carik wo??

alkesah 5: Sambutan Hari Guru peringkat IPGM kampus Batu LIntang.
esk. jadi esk la saya merepot k.

-------------------------------------------------

ku mengalami kekacauan jiwa yang melampau. semoga semua akan kembali pulih. aku mencoba bertahan. Penat, tapi aku cekal.

-tqa, riby, nurul-

Sunday, May 24

pasti bulu mata nya berguguran dgn banyak di sana…

gila tersirat! ngu-hu-hu!

 

pg tadi main badminton. main dengan kawan2 yg sedang bosan dan mencari aktiviti lepas exam yang mengerikan. aku suda lama gilos nda main.

sonok, penat. siyes pengsan aku lepas tu.

sekian. saya, melapor dgn sungguh malas. dari tempat kejadian.

 

baru dapat novel utk lit sem depan. aih… 3 bijik semuanya.

  • hamlet
  • pride & prejudice
  • rosecrantz and guildenstern are dead

 

*oh! saya lihat lagi bulu mata dia gugur sebijik. (saya ada magic ball, sila jgn pertikaikan)

Friday, May 22

hari ini…

indah. ngeh ngeh ngeh.

pagi2:
ada perjumpaan dengan Madam Ruth. course coordinator. kegiatan: rahsia! ngungungu. tapi kan, HAPPY! TERUJA! TIDAK SABAR! hoh. itu seja, yang lain adalah rahsia utk waktu terdekat ni. suatu masa nanti, akan di hikayatkan jua. cewahh! ahaks!

kasi tambah saspen – cadbury, moo moo, lawa, best, sejuk2 sket, gemok la aku!!

tengahari:
ha, ni alkesah bengong kawan aku. hahah. pelik, terhibur aku hari ni. mulanya begini, hoho. mcm biasa tiap hari jumaat ada perhimpunan di auditorium TAZA, kali ni boring sket. BORING banyak! keja aku, kcu2 diba, baca novel (tp ntah apa aku baca). oh ya! aku nyampah dengan brother RENDANG kat depan aku yg sungguh annoying. hoh. sempat lg aku mengutuk kat sini. ok abaikan.

nak dijadikan cerita, aku toleh kanan, aku tgk wani (mmg nama sebenar) tengah usha akak KPLI ni punya msg. baekk punyaa dia intai2. haha. aku tarik2 dia, suh dia hentikan sifat INGIN TAHU nya tu. muahaha. ingin tahu la sgt! lepas tu dia ckp kat aku, dr td lagi dia tgk akak tu, lepas tu aku dah tak larang dia, then tiap kali akak tu send/receive msg, dia bgtaw aku apa isi kandungan msg tu, dan aku bgtaw adib(ha, yg ni bukan nama sebenar).. haha. teda keja!

pesanan penaja: kalau masuk mana bilik yg pesen dia mcm lecture hall yg bertingkat2 tu, sila kecikkan font msg aanda, pastikan hanya anda seorang saja yg boleh membaca msg tersebut. miahaha. dan, JANGAN IKUT PERANGAI WANI!!!!!

Wednesday, May 20

Coba Kau Teka…

exam dah abis. seronok bukan? bukan saja seronok. malah beronok-ronok. heh!

baiklah! mari mulakan dengan Bismillah…

:)


kehadapan belog yang merindui. ahaks!,

kini aku kembali dengan keadaan yang sungguh TIDAK emo! hoooray!

haha. lalu, mari kita mengulas tentang apa yang kita akan lakukan sepanjang hari ini, esk, lusa, dan hari-hari lain yang bakal mendatang.

  1. mari toink3 d blog org!
  2. saya mahu bermain pet society. saya jeles melihat kawan2 saya yang bermain menatang2 itu.
  3. saya juga berhasrat utk membuka restoran di fb. kesan ke-jeles-an juga.
  4. saya mau download lagu2 dalam kuantiti yang banyak. tema lagu adalah “chomel”. jadi silakan beri cadangan lagu2 yang beronok2 utk didengar.
  5. saya juga berazam utk meng-khatam-kan series yang sedang menanti2kan kedatangan saya. telah tertunda operasi menonton ini sejak masuk sem ni. Grey’s anat, S5. saya baru tgk sampai ep 13. (sy tgk semalam! haha. menyempat lg aku tgk tu benda time exam)
  6. saya juga mahu a.k.a hendak meluangkan masa bersama rakan2 yang suda hampir 3 minggu tidak bertemu kerana tidak pergi kelas kerana study week lalu merindu2 suda saya ni!


enam jak la. sebab suka #6. hoyeah! hoyeah! enam! enam! ok. sekian.




eh, tajuk entry saya tidak berkaitan bukan? ces, memandai jak korang ni? ia adalah SUNGGUH berkaitan okeyh~

coba kau teka, tajuk yang paling sesuai untuk entry ni. NAH! teka~

a. suda abis exam

b. yahoo!

c. catatan seorang penghabis exam

d. peperiksaan sedang dijalankan. tolong senyap.

Tuesday, May 19

exam adalah masa yang mantop untuk PMS?? thanx~

2nd paper aku tadi. Philosophy of Malaysian Education (tipu, yang dia kasi masok pasal western philosophy tu apahal??)


kesimpulan : boleh jawab. soalan ok. kuar apa yang aku baca.


yaka? : ya, tapi aku jawab x semestinya betul. ada keraguan jg tadi


yang merisaukan sedikit? : essay. huhu. aku ada semua point2 tu. memang dah bajet soalan tu yang kuar. kasi buat draf baek punya~ tapi bila dah start tulis essay tu, ntah apa2 yang aku merepek. nama pun GORENG! adeihs.

semalam si kawan bagi teka teki.


berbunyik? : “apa persamaan sukan dengan kod lagu”


jawapan? : kalau aku x salah dengar, dia cakap “dua2 boleh goreng”


komentar? : klu aku x salah dengar jawapan tu, aku nk modify sket soalan tu. bunyik baru, "apa persamaan sukan, kod lagu dan essay”

heh.


cerita selanjutnya yang berkaitan? : PMS berlaku dlm exam hall. cuba bayangkan situasi menarik yang aku alami. adeihs. thanx PMS, buat selalu. T_____T


sekarang mau apa? : sekarang mau tidur.cuaca seperti menggalakkan. :)


eh, kejap! esok ada paper lg?: ada. kenapa?


rajin2 baca buku ya! : sebok jak lah!


1 lagi, rindu kamu! rajin2 update ya! : errr….






*nota nota cinta :: yang bergaris adalah suara hati si blog.

Sunday, May 17

nah! rasakan!

18 meɪ 2009

lɪŋɡwɪstɪks fǝ ðǝ lӕŋɡwɪʤ ti:ʧǝ

8.30 am – 10.30 am

wɪʃ mi lʌk

hahaha.

Saturday, May 16

‘asetelah (bunyi macam dangdut) sekian lama menyepikan diri dan menye-scandal-kan diri dengan bahan2 ilmiah yang terpaksa disumbat ke dalam otak, aku mengambil keputusan untuk mengupdate blog aku pada hari yang bertuah ini…

assalamualaikum! wuuu.. (sedikit teruja dengan perasaan ini).

nguhuhu. kenapa aku malu2 mau start ni. hahahaha!

lama suda x up crita kat sni. sebab.. sebab.. sebab aku malas! rajin jgk. tapi rajin buang masa di fb dan ym. muahahaha.

exam? belum start lagi. isnin nanti. gilak neves! proses men-sedut notes masuk ke dalam otak setakat ni boleh tahan membengangkan!!.. tapi apa boleh buat. tanggungjawab terhadap negara dan bangsa!! yeah~ ku gagahi jua niat luhur murni dan telus itu.

oh ya. pagi tadi aku baru teringat ic aku hilang. lepas tu, aku baru teringat jugak aku ada exam hari isnin. ha? baru teringat ada exam hari isnin? gilos~

bukan3.. aku baru teringat, “ic aku tiada, jadi macam mana mau masuk dewan peperiksaan hari isnin nanti kalau tiada ic??” aku semakin neves dan menggerami exam! yeah.. lepas tu, aku pun pegi la korek2 tempat yang mungkin menyembunyikan ic aku tu. heh. mereka yang sembunyikan, bukan aku yg cuai. ya rite!

aku jumpa! yeah.. <----- berikan tepukan yang gemuruh.

jumpa dalam beg, yang da lama aku x guna sebab aku da ada beg baru.. well~~ apa kes mo gna beg lama kalau ada beg baru! ahaks! hahaha..

ok. maaf atas ke-kumpau-an sebentar tadi.

kumpau = cakap besar.. besar2 dah pandai cakap

 

jadi, kesimpulan untuk petikan kali ini, jangan lupakan yang lama. beg lama, kawan lama, cerita lama, bf lama, gf lama, scandal lama, dan yang paling penting.. jangan lupakan CEKGU lama… kerana hari ini adalah hari guru!!

yeah.. terima kasih juga kepada kawan2 yang sungguh supportive memberi ucapan2 hari guru kepada guru-separuh-masak yakni aku. (apa ko ingat ko telur separuh masak??)

oleh itu,

SELAMAT HARI GURU!

kepada guru yang pernah mendidik, sehingga daku menjadi insan yang boleh tahan cemerlang, tapi belum gemilang, apatah lagi terbilang. mungkin suatu hari nanti. sapa tahu.

terima kasih. terima kasih. terima kasih.

jasamu dikenang!

guru pembina negara bangsa”

p/s: aku interview mktab tahun 2007 pun pada tarikh ni, takdir telah menuliskan bahawa aku tercipta untuk menjadi sebuah cekgu. huhuhu. baiklah. aku redha~

kan aku dah cakap, aku susah mau berhenti bila aku bercakap secara pukal. dan sekarang aku mau cakap maaf (tulus kan bunyi nya. haha) sbb dah x jenguk blog2 anda para blogger sekalian. aku jenguk jg, tapi blog kwn2 jak ehehehe.. nanti lain kali k~ thx jg pada yang masi jenguk2 blog aku. muahahaha. jenguk sambil bersihkan sawang. ok2.. aku stop!

roger!!!

Monday, May 4

lubikinwapanasngoks…! koq~

aku. penat. melayan. kerenah. nya. aku. senyap. jak. hormat. masih. ada. tapi. dia. bikin. aku. panas. sandi. aku. sedang. bergembira-gembiraan. hari. ini. tiba. tiba. muncul. seekor. tupai. yang. sungguh. banyak. mulut. woi. aku. panas. aku. pelik. kenapa. perlu. dia. mencari. pasal. dengan. aku. kenapa. mulutnya. sungguh. sadis. di. hati. ku. aku. pernah. carik. gadu. kah?? aku. kacau. hidup. ko. kah? aku. mintak. duit. ko. kah? haiz. ayah. aku. pun. teda. sebok2. macam. ko. bah!

IMG006

satu.lagi.update.emo.untuk.kesekian.kali. maaf.

Saturday, May 2

this qz has made my day!!! haha

fbjelita

---------------------------

muntah jauh2… sila2…

wahahaha.. kan gwe udah bilang. yang namanya agnes itu, ga pernah bisa jauh dari riby. kui3…

---------------------------

fbjelita 2

---------------------------

ternyata… hanya KARTIKA yang cocok buat mereka..

wahahahaha… pasti hasad dengki sedang bermaharajalela di hati mereka..

hahaha

---------------------------

JELES BUKAN CEMBURU…

perhatian!! perhatian!!

ada orang tak puas hati dengan entry aku yang sebelum ni. cemburu katanya. tapi aku rasa dia bukan cemburu. oh… tidak! bukan jg jeles! tapi dia ingin tumpang glamer di blog aku. muahahaha…

lihat ni.. lihat.. ayuh!

M0y2 kononnya… pose dia sama dengan tira.. in my previous entry.

tak sama pun kn??

:P

masih…

aku tak up crita2 kat blog ni bukan sebab aku STUDY. aku masih mencari2 ruang untuk study sebenarnya ni. haha. masih mencari2 ruang?? gilos sungguh bukan? hanya tinggal 2 minggu lagi exam. (T_T)

aku malas mo up story kat sini sebab aku tgh EMO yg sungguh dasyattt~ emo ini tidak pada luaran tapi jauh di sudut –yang-mana-satu-idaman-kalbu. sendiri mau ingatlah kalau emo berleluasa, nescaya page ni akan dipenuhi luahan rasa yang sungguh sadis tragis dan bengis. yeah3.. mari kita elakkan itu. untuk kesihatan bersama.


tajuk entry… “masih”.. aku pun tak taw masih apakah…


ok. sekian!


itulah update saya. weeee~~


eh2… kejap! aku tahu aku suda jatuh chenta dengan blog ni. sehinggakan saat aku ingin publish, aku masih ada rasa untuk menaip dengan lebih lagi. (i guess this is what they called addiction!) yeah.. oleh itu mari kita sambung dengan berkongsi cerita tentang perasaan rinduku.



aku rindu…





rindu dengan…






Picture 0128

budak nih!!

ngeh3… dia suka amek gamba guna wc. syok sendiri. muahaha…



*ok! mari kembali membaca buku… ROGER!!