Monday, May 31

mau pukal kan? nah. sila! hehe

hi all. assignment yg diciptakan untuk dibuat last minit serius bertimbun. sebab tu nda bernafsu mau update encik blog. apa apa pun, encik blog masih menten hensem. ecewah!

keterujaan saya harus dilontarkan segera. sebelum basi lagi. okeh okeh. saya stress melampau sebab sampai suda penghujung sem (nda rasa kan! aiyo!) dan semua paper menagih assignment. gilah! penat hokey. sleepless nights, makan nda terurus, dengan musim hujan yang melampau lagi, sejuk gila lagi. mmg OMG! la~

tapi disebalik semua tu, KPM telah meng-up kan semangat juang saya. terima kaseh KPM. elaun dah masuk mgu lepas (kot). sapa yang x happy duit masuk ribu2 dalam acc weyh! lepas tu, kawan ajak pegi tour North Island. Mula-mula tak mau pegi. plan mau kerja la konon. cesh.

Kak bedah (senior saya), dia tanya “winter break ko pegi mana?”
”sini jak kot, malasss, mau kerja. hehe”
dia cakap, “BONGOKSSSS!!! bagus ko jalan jalan sana. rugi jak pigi tempat orang tapi nda berjalan. ko kerja lagi lah stress. lepas exam stress, nanti bukak sem pun stress lagi.”

kena bebel hokey!

terus I say yes dekat nana (pasal north island pnya tour tu)
dan esoknya, jmpa dgn azrin, si encik mastermind. discuss everything, tunjuk tentatif program. hoi hoi. teruja babe! ok ok. mari sy kasi tunjuk keterujaan tu. kamu sila teruja bersama okeh! huah! XD

new-zealand-map1

ok, macam ni kan map NZ (klik untuk besarkan)
saya kat dunedin tu hah :)

hari tu masa autumn break, saya pegi round-round south island. xda lah round sangat, tapi alhamdulillah berpeluang jgk lah tengok bumi south ni :)

jadi, mengikut perancangan, cuti nanti, insyaAllah 24hb june kami bertolak pegi north island. wihuuuu~

jeng3! ini dia. hahaha

nzmap-south





24 June: Dunedin > Christchurch!

26 June: Christchurch > Wellington. tutututututu (bunyi kapal terbang lah konon) :p


nzmap-north

27 June: dari Welly drive pegi Levin. pegi tengok kincir angin kejap. haha.

pastu gerak dari Levin > Taupo!
Kat Taupo stay 2 malam kalau tak silap

dari Taupo, drive eh eh, ada Lake kot kat Taupo tu (tetiba teringat haha).
okeh, kemudian drive pegi Rotorua! kat sini part paling aku suka. memang mood bercuti gila vavun dah aku nih. aish.




okeh2. korang tgk yang ni. ni aktiviti2 kat rotorua.

  1. swoop! + zorb! and maybe this one jugakk! agagagaga. teruja kan!
  2. geothermal yang macam amazing race asia tuh! huah! bikin menganga kan! :p
  3. white water rafting? ouh.. yg ni macam tak sure, and aku x dgr sangat actually. tpi lebih kurang macam yang ini! nehhh kamu pun kesiokan kan kan? apatah lagi saya.

ok, lepas beberapa hari di Rotorua tu, kami gerak pegi Auckland pulak. 30hb tu sampai. stay tempah kak bedah ya kawan2. hehe. esok pagi (1hb), pegi Cape Ringa pulak. kalau kroang tengok peta tu, Cape Ringa tu ala2 kudat – tip of borneo gitu. ahaha. dia yang paling hujung. nampak kan nampak kan dlm map tu?

lepas semalam di Cape Ringa tu, kita balik pigi Auckland. saaaampai 6hb baru balik. wakakaka. tolong jangan tanya apa kejadian di Auckland. sy pun masih berfikir ni. ahahaha. saya risau duit seja ni abis, nanti balik dr north island, gigit jari seja dlm rumah. dush. sila jangan tamak bila sampai Auckland okeh saudari!

Oh ya, dan kebetulan masa sampai Auckland tu nanti ada Bersatu Games, bersatu games ni mcm sukan2 inter uni, tp utk mesian student jak. (iyaka? mengkali la) sy pun kurang arif pasal sukan2 ni. dan dan dan. ada bberapa kawan sy main. wihuuu boleh la sy jadi pom pom girl nanti.
XD

ok. setakat itu keterujaan yang pertama.


masuk isu kedua. isu keterujaan tahap maksima jugak ni. larat baca lagi? tak larat lek luk, sap gam luk.
erm. untuk keterujaan 2 ni, kalau saya bagi headline “GOLD COAST-KL-KK-KL-GOLD COAST: bakal menjadi reality” ada masyuk ka?
hahahaha. rilek rilek. (huh, suruh orang rilek, padahal saya yg mau terberdiri2 suda ni menaip!)
okeh, satu hari, masa saya tengah skype dgn puan bonda, saya sambung proses pemujukan untuk balik summer nanti.

mum saya tanya. “brapa la kalau mau balik?”
saya tunjuk 4 jari, mum saya macam ternganga sekejap.
lepas tu dengan cool mum cakap “begini seja ibu bole tolong,” sambil tunjuk peace dua jari mum saya buat muka serius.
terus beliau, “okeh lah bye". <---- memang kalau bukak cerita pasal duit, terus cepat2 bye tu. =.=’

dan, dengan penuh semangat, saya yang telah dapat mengesan aura2 kegembiraan itu, pergi men-survey tiket balik. semua airlines saya sapu abis! semua saya kira2. terus saya jmpa la tu airasia. nda la tengah promo tapi untuk flight balik (rujuk headline tu), mereka2 adalah di bawah bajet yang mum saya sediakan. ternganga hokey! terus saya text mum. cakap nda sampai pun 2000. wihuuu! yang mereply, abg saya, dia cakap, “tengok la dulu ya dik, nda janji
ah. malas saya layan dia. jeles la tu.

ok, lepas tu mum saya skype lagi kmaren dulu.
.
.
.
tarik napas dulu. penat sy. kenapa jgk sy mau cerita sama kamu nih!!! isk.
.
.
.

ok, mum sy skpe, dia bilang beli tiket, esok ibu bayar credit card. nah. apa ko rasa??bukan berita gumbira ka tu?

dan saya terus google lagi!

tengok sini! wehuuuuuu! theme park seja ada beberapa. yang xtvt lain lagi? nah nah nah.


tapi sekarang. sapa mau ikut saya balik? mana sy berani sorang2 hahahahaha!



bye! pukal kan~~ meng, abis utang saya ah!

bwuekkk! :p



KAMU! KAMU! KASI TINGGAL KOMEN AH. INI POST WAJIB TINGGAL KOMEN. PENAT TAUKKKK SAYA TYPE PANJANG2! GRRRRR HAHAHAHA

Wednesday, May 26

kerja gila.

memang gila. sampai bila la mau jadi macam ni.

adui.

saya tidak suka begini sesungguhnya.

 

Tuesday, May 25

7 hari,

saya belum update kan! x perasan pun seminggu suda x up entry baru. dush. sangat busy lah kawan. kamu pun mesti busy jgk kan. selamat ber-busy.

bye!

Tuesday, May 18

layout ni ada magic!

setiap kali saya mau tukar layout. mesti nda menjadi. mesti saya rasa yang ini jugak paling kiut di alam semesta. walaupun tiada favourite kaler saya walau setitik pun dalam layout ni. siapa boleh buat saya tukar layout encik belog, saya memang saspek dia lah. mesti dia lebih magic dari layout nih.

oh ya oh ya. kamu tau? saya jumpa balik bateri camera saya. tadi masa raba-raba beg, saya rasa saya ter-raba benda kecik segi empat. naik hangin terus. eh, ada yang blur2 ka saya cakap pasal apa nih? oh-how. kalau macam blur2 marilah baca sini.

gila kan? 89NZD saya kehilangan dalam musim pokai. ah. benci. bateri tu ada di bawah lapisan beg. dapat imagine? alah, kan beg tu ada satu lapisan nipis dalam dia. ha, jadi kan, dalam beg saya ni ada poket kecik. poket tu koyak rupanya! jadi dia masuk dalam lubang tu. sebab tu lah masa saya cari hari tu nda jumpa. saya ingatkan tercicir la di mana-mana. isk.

saya nda taw apa saya rasa sekarang ni. saya bingung. perasaan saya turun naik! (??)

tadi pun dalam lecture hall. saya nda taw apa yang saya belajar. berapa minggu suda pegi kelas jeff dan dapat zero input. dulu-dulu semangat lagi. sekarang macam kureng. hatduiy.

post ni kurang ceria. kurang. kurang. erm….

IMG_4666

ada macam ternganga ka korang tengok library aku! :-O huahua. hebat kan!

yang bawah ni pulak, si kentut dan bini! nge~

30811_1409737934436_1562106474_995542_2856129_n

baru lah ada seri sikit post nih! cheers! :)

Monday, May 17

pagi yang energetic, jadi…

sila baca dengan penuh semangat, daya usaha yang tinggi dan kesungguhan yang jitu! kamon bebeh!!

gila nda menang tangan aku melayan si ain hari ni. pagi-pagi suda datang mabok dia. energetic habis segala2nya. hahaha. lancar seja jemari aku menaip di fb. kalau buat essay suda siap mungkin. beribu2 suda words aku taip. haha. tapi part essay aku memang lemah. serius tiada kualiti dan tiada abadi (??)

eh, kawan! (tanda seru seakan-akan saya berteriak untuk memastikan kamu terus terusan ber-energi! ahaks.

kamu percaya ka dalam sehari tu, walau kamu rasa MALANG giler pun sampai kamu label hari tu, “Hari Paling Malang” lah hari ni dalam hidup aku – akan ada jugak kegembiraan dalam hari tu. paling kurang pun, korang akan ada masa jugak untuk tersenyum. begitu juga sebaliknya. kan?

contohnya, kemarin. aku rasa loser abis suda aku semalam. buat essay dah masuk hari ke berapa ntah, tapi masih jugak tak bergerak2. damn kan? memang rasa down gila. korang tengok jak aku gagah perkasa, tapi dalam hati bukan lagi taman weyh! hutan simpan endau rompin ni! dush. siyes down abis ni. aku rindu zaman study aku yg enjoy. yang bila aku baca buku, “uish, siok plak topic nih”, yang bila aku buat kerja, “yesh, sikit lagi ni”. tapi sekarang.. pffft. sampai bila aku mau mengeluhkan? huah! kenapa kenapa? kenapa mood penulisan berubah menjadi melancholic nih! mana energy! mana! huahuahua.

ok. skip that part.

gembira sungguh aku semalam. video call dengan puan bonda dan si kecik tira. gilak budak tuh. semangat World CUp rupanya dia! hahaha. dengan bangga menayang kasut bola. hatduiy~ pigi sekolah malas, main seja kerja nya. =.=’
lepas tuh,
dia boleh cakap dengan aku, (sambil merapatkan muka dia dengan mukak puan bonda, dan tunjuk2 muka mereka berdua) dia cakap, “macam adik beradik ka kami? sama muka kami kan?”
puan bonda terkejut and tengok dia macam “what de..?” dia plak buat mukak nda bersalah. hairan dengan pandangan puan bonda. agagagagag! sot budak kecik tuh.

hahaha. lagi sedikit sedutan kegembiraan. ok. mula2 korang tengok clip nih.

nite pingu!

nite beruang kutub!

heee sy x makan awk sebab sy syg awk!

haha.

huah! tido nyenyak terus. terus fantasia bulan madu (??)

Saturday, May 15

yang hebat hari ini ?

saya bangun pukul 1 ptg tadi. jangan kamu ternganga sana! saya pun terkejut juga ni. bukan saya plan mau bangun pukul 1 ptg! saya suda set alarm bangun jam 9 pagi bah tu. adui. habis suda setengah daripada hari saya.

perawan apa la ni bangun lambat.

terus online, belum cuci muka semua. saya tgk facebook. si payin bagi saya link motivation. macam tau-tau seja dia saya kena buat essay pasal motivation.

Nah! terus saya melompat dari katil dan mencari kehebatan saya untuk hari ini walaupun setengah daripada hari saya telah hilang begitu saja.

hari kamu macam mana? jumpa sesuatu yang hebat hari ni??

Friday, May 14

tiada manisan dalam madunya, tiada...

hangat didalam dakapnya~
(tiba2 kan?) lagu tu terngiang-ngiang dalam kepala saya.
jadi jangan salahkan saya. salahkan si ngiang-ngiang. (??)

hari ni menceriakan. kalau kamu kisah pasal hari saya lah kan...

pagi tadi saya pegi Cadbury World! oh, saya dan kawan-kawan. erm.. dalam 50 orang. ramaikan? menggembirakan, siyes! :)
tour start pukul 11, bla3... malas nya mau cerita.
adui, ginilah. kamu tengok seja gambar saya.

tapi

tapi

tapi.

ada satu benda hebat kamu mesti taw!
tadi saya dapat banyakkkk coklat free, sebab saya teruja menjawab soalan-soalan sepanjang factory tour tu. ahahahaha. hebat kan? kalau kamu rasa nda hebat, cepat kamu keluar dari blog saya sekarang! miahahahahaha!

bah bah,
mari tengok sini!

ramai kan coklat? bikin hati wuwuwuwu gituuu~

amacam? ada macam queen lambai-lambai rakyat ka? ahaks!
yang ni lepas factory tour.

activity2 sepanjang factory tour gagal dikenal pasti la kawan-kawan. aiseh. haha. bukan bukan. camera nda boleh bawa masuk dalam. jadi kamu tengok sini seja la ho.

:)

menarik kan? kamu dapat rasa keterujaan saya?
kamu nampak ka tu dalam link saya kepilkan bersama, gambar ke 4 dan ke 6?
itu adalah part yang paling seronok okeh! bayangkan chocolate tu turun macam waterfall depan mata kamu kamu. ada macam ternganga menengok penuh teruja kan?!! hahaha. semat eh!

ok, kemudian. saya beli yang di bawah ni untuk sebagai kenang-kenangan.

dari kiri belakang: poskad beberapa keping, stamps, poskad lagi, tumbler
dari kiri hadapan: apa nama dia tu? =.=' pins/button/uftt~watever!




*****
tiba-tiba something happen, sy hilang mood!!
bye
*****

Thursday, May 13

hari OMG sedunia !

huah. bingung! bingung! cerita mn aku nak start dulu nih! agagaga

ok, mari mulakan dengan yang gumbira.
sy dapat 90 untuk test saya hari tu. whoa~ bersyukur sangat. terhappy sekejap sambil tidak mempercayainya pun ni (bahasa ngokngek johan, slang cina yang hancus) LOL! terima kasih untuk kawan-kawan saya yang terlibat. OMG! bersyukur gila nih.

 

cerita kesedihan bermula begini: batteri camera saya hilang > cari-cari tapi ga ketemu donk! > terpaksa beli sebab esok nak pergi cadbury world! > OMG! habis duit aku, dah la tengah pokai. vudus.

IMG_4649  mann! it costs me 89NZD. vavun kan?grrrrr~

IMG_4650

ouh, ini dobi-guard sy ^__^

IMG_4651

ahah! jom pegi sana utk lepas geram!

IMG_4653

geram terlepas ka, geram bertambah ni?? hahaha.. OMG kan? makin buang duit adalah. minggu depan kita puasa okeh!

oh yeah, oh yeah! ada lagi satu. ada kedai vanyak kasutttt… tapi duit tidak vanyakkkkk. sabar, sabar, sabar!

 

 

bye!

Wednesday, May 12

syg,

kita dari planet berbeda. mari kita memahami perangai masing2.
supaya kita boleh sampai ke bulan.






tapi, kamu nampak mcm teda effort pun T______T

Friday, May 7

hey kamu! jaga-jaga ha~

bersedia taw! muahahahaha! sy bakal2 bercerita secara pukal. ini serius. 3 hari 3 malam laptop saya buat hal. tak boleh connect internet. macam sadis gila hokey! dan yang paling mengharukan, saya mempunyai satu episode yang menggembirakan lagi di dunedin! dengan penuh keterujaan yang berada pada tahap maksima untuk menceritakan semua yang tersebut, keadaan laptop tidak mengizinkan.

tapi.

sekarang cik laptop tersayang yang sexy dan cool suda bersedia untuk berjuang bersama saya! ahaks! kamu sila tunggu cerita tergempak abad ini. huah! (ayat saja suda hyperbola. lalala)

sekian.

Monday, May 3

boleh kah macam ni?

boleh kah sy ada berprasangka dia tidak sayang saya?
boleh kah? boleh kah?

ouh. ouh. kalau prasangka sy betul, sedih la saya! :((

mari doa. itu semua hanya perasaan bongok saya.

‘power’nya kasih sayang sesama manusia.

2002: smsld
Aku cakap “hai, sy tiqa. ko sapa nama?” Masa aku cakap tu, aku tak sangka pun aku akan kawan lama dengan dorang sampai hari ini. Lapan tahun weyh. Kalau kawin mungkin boleh dapat 5 orang anak suda. :-O Gila productive. Ihiks.


2006: habis suda SPM, masing-masing bosan tahap cipan sementara tunggu result SPM & tunggu offer pegi mana-mana institut.
Masa ni, sms non-stop. lebih-lebih lagi Digi ada satu plan: MTV power rangers powerpack. SMS adalah percuma untuk yang berkenaan, dengan harga RM5 sahaja sebulan. (Digi kena bayar aku ni) Di situlah mak-mak kitorang membebel dengan dasyat sebab asyik berkepit dengan hp.


2007: Masing-masing dengan hidup masing.
Tapi busy macam mana pun, masih lagi dapat contact each other. Bila ada problem, ada cerita hot, hati panas, atau hormon gatal muncul (kami juga seperti remaja-remaja lain okeh), memang budak-budak ni lah yang aku cari. Walau nda sukak macam mana pun aku dengan dorang (HUAHUAHUA) tetap nda boleh hilang jugak rasa kasih sayang yang ajaib ni. Ajaib wey, sungguh ajaib. Aladin punya lampu ajaib pun kalah.


2010: Hari ini, aku pegal dengan dorang. (pegal is bengang, btw)
Penat melayan perangai dorang ni. Kadang-kadang rasa nda mau bercakap suda. (mcm sekarang ni lah). Tapi kan aku suda bilang. Kasih sayang kami ajaib. Bila aku merajuk, makin kuat rasa sayang sayang hey.


Dan kemudian, terfikir dan terdetik. Sudah lapan tahun kenal dorang. Terima kasih Allah atas kurniaanMu ini. Semoga ukhuwah ini terjalin selamanya. (berjujuran air mata cinta) T___T


sudah. sudah.
aku sayang korang. jangan nakal-nakal.
ya, jangan nakal macam lagu please please please tu.



p/s: eh wahai pembaca, mungkin kamu boleh baca ini jugak :)

Sunday, May 2

sebagai manusia aku sayang padamu

fuh fuh fuh. akhirnya habis jugak aku baca novel "cinta sufi” tu. penat okeh! berdebar-debar. haha. saspen~

laksamana sunan the series (suka hati aku bg title kan?): setiap kali baca novel-novel RAM ni, mesti aku bingung2 sikit sebab otak aku penat process watak2 dia yang ramai gilos. plus nama yg unik2 dan susah mau ingat. haha. lepas tu, unsur debaran tu jangan cakap lah, memang seves dan teruja mau tau apa jadi seterusnya. lagi satu, mungkin sebab aku ni suka berkhayal, bila aku baca novel ni, semua character mcm hidup. cewah~ tapi siyes kagum dengan penulisan beliau. jalan cerita memang imaginasi luar kawal la. huish. dan dalam trilogi laksamana sunan yg lepas ni, aku sangat jarang dapat mengagak kejadian seterusnya. baca punya baca, rupanya makhluk ni si polan si polan~ oh rupanya yang dia ni lah si bla3, patut lah masa kat situ dia cakap bla3… (eh2, ini bukan sebab otak aku vongok okeh, haha, tp sebab cara RAM menulis tu sangat misteri. macam jeng jeng jeng! hoh! kamu terai baca lah)

eh eh! lupa pulak. sekalung terima kasih kepada saudari ria abadi yang sudi meminjamkan novel tu ya. hehe. sungguh mengharukan okeh! ai baca dulu dari tuan punya novel. novel tu siap kena hantar sampai depan pintu rumah lagi oleh tuan punya novel. haruuuuu kan! thankkkk youuu ameng! ;)

orait, sambung novel review. hehe.
*apa suda mau cakap tadi?*

oh yeah, oh yeah. bila baca novel ni. bukan seja pening mau ingat segala nama hantu, nama watak dan nama tempat! yang paling penting novel ni menginsafkan okeh! bila baca tu, mesti terdetik di hati: sob sob, alangkah indahnya peribadi saifudin, alangkah sabarnya orang ni. (ok, maybe monolog aku adalah tidak skema dengan ‘alangkah2’ tu. haha. tapi lebih kurang macam tu la kata hati aku sepanjang baca novel tu). jalan cerita dan ayat2 dalam cerita ni pun sangat berkaitan dengan iman dan takwa. banyak yang aku belajar dari cerita ni.

satu lagi aku perasan, setiap novel mesti ada dua watak atau lebih (aku lah yang lebih tu. agagaga) berebut kasih sayang laksamana. itu nda heran lah kan. sedangkan aku yang baca novel ni pun terpikat (awww. blush2!) inikan pula watak2 dalam cita tu yang dapat bersama2 beliau. (uwahhh! ayat tak bley blah~~ agagagaga)

erm, lepas tu. kan aku ada cakap, imaginasi beliau mmg macam khayalan tingkat tinggi. dalam cita ni jugak, beliau banyak mengaitkan sejarah, sirah dan kisah2 nabi dan banyak lagi lah unsur2 yg boleh buat kita berfikir. aku plak, bila baca series tu, mesti macam terpanggil mau buat research pasal certain benda yang menarik. (eg: kayu kokka, bangsa polip, julang binaan(??). tapi apakan daya. KEMALASAN mengatasi segalanya. nge~

itu seja la. sekian, bernama.
:p

kesimpulannya, satu jak. SAYA SUDAH HABIS BACA CINTA SUFI! yeay! hahahaha. kesimpulan jenis apa lah tu? haha

 

selingan! :”>

sebelum menjawab, Puteri Gunung Ledang memandang lagi Saifudin yang duduk tidak berganjak.
”Jangan terlalu direnung Laksamana Sunan. Kelak luruhlah hati hamba.”

“Hmm…. cemburu itu pun sungguh menyenangkan beta.”
(Puteri Gunung Ledang; Laksamana Hang Tuah)
-Cinta Sufi: Ramlee Awang Murshid-




hey2! sy terfiling sekejap. hahaha.
sambung baca. zaaaass!
*wink*