Wednesday, September 29

entah aku tulis untuk siapa

aku pndai menangis tiba-tiba.

entah kenapa. eh, bukan entah. aku mungkin tau apa sebabnya.

air mata pandai mengalir sendiri.

aku nda boleh duduk diam dalam bilik sorang-sorang.

tapi aku tiada mood mau bergembira dengan orang lain.

aku mahu apa?

dipeluk aku bila aku nangis.

dipegang tgnku kalau air mata mengalir tiba-tiba.

ada orang dengar bebelan ku. bukan mahu penyelesaian. sekadar tumpang mendengar.

tapi aku tau aku tiada siapa2.

aku boleh jadi kuat, bila orang-orang kesayangan aku ada masalah.

sampaikan aku boleh penasihat dan penenang ibu.

tapi bila aku ada masalah, aku jadi lemah-selemahnya.

hati aku tidak tenang. aku fikir yang bukan-bukan.

sampai tidak boleh tidur. makan pun tidak teratur.

bila melintas di jalan raya, aku kadang-kadang berharap kereta langgar aku. *astagfirullahalazim*

sekarang. aku mau lari.

entah ke mana pun aku tidak tau.

mungkin “ku lari ke hutan… kemudian…” itu macam dian sastrowardoyo. heh

*eh, aku senyum sendiri lepas menaip ayat dia atas*

senyuman pertama yang ikhlas untuk hari ini? :)

cukup sabar kah aku untuk bertahan lebih kurang limapuluhharilagi?

kalau aku bersabar, berbaloi kah semuanya?

nanti jadi macam ‘hari tu’ lagi…

kenapa bah ni? T_____T




kegembiraan pegi mana? jangan lah jahat2 dengan aku :’(
aku rasa tidak cool macam ni.

hati

tidak suci. tidak bersih.

sebab itu dia tidak tenang.

rasa kacau.

cuba hilangkan amarah,

hapuskan dendam

terima seadanya. redha.





sobs.

encik saya, encik & saya.

desktop background snapshot webcam aku dan encik kacak-luar-kacak-dalam. rindu.



ok. itu seja. bye.



encik kacak-luar-kacak-dalam suda tidak syg aku. uhuks. ok. tarik balik kacak-luar-kacak-dalam. sudah tidak ngam sama dia.



ok. bye.



mau skype!!!!!! *ngs*



bye.



dengar lagu ni. tgk lirik. chomel. walaupun intro macam lagu tamil =.=”




oi. faham ka orang rindu. tumbuk perut baru taw.

betul2byesudani. bye

Monday, September 27

enter a post title

hidup. ada banyak fasa kan?

tidak mungkin setiap hari gembira kan?

seronok kah kalau setiap hari ketawa?

uwaaaaaa!!!

hahahahahaha. teriak2 kat sini dulu baru sambung essay.







ok bye! essay ini bernilai rm3k.

kaya gila kentangggggg~ wakakakak

Sunday, September 26

kisah si comel yang bengang tapi masih comel.

been spending 4 hrs (3hrs and 30 mins to be precise) in the library.
but nothing seems to move. clap clap.


encik esei. kau musuh terpaling terketat ku.

how to be a brilliant trainee teacher? -quit.








bye! saya baru nak berjuang. waka-waka!

Saturday, September 25

shit!

aku dah la pengsan beberapa belas jam semalam! lepas tu aku boleh pulak buang masa satu hari padahal essay bertimbun macam gunung ledang, yang susah macam haram.

semangat dah kononnya nak start writing. naik status rajin-rajin bagai. tamparrrr! sekali tengok, TERPANDANG jak buku sudoku, pantang lah x solve 3-4 puzzle kan! chelakeeee je. tgk2 jam dah pukul brapa ntah.

dah puas tido berbelas jam pandai pulak aku mengantuk lagi. vavun ke hape. esok dah hari ahad. essay due on monday. sat lagi ada lah yang menangis2 call rumah.

memang cemerlang lah perangai macam tu. ok, skrg aku dah emo. lepas mencarut-carut kat sini bukannya nak buat keja. nawaitu dah mmg mau tido dulu ni. gilah. aku nak kerja terus boleh? tak payah aku nk tertunggu2 elaun mcm ni. bwahahahaha. tetiba kau masuk cite elaun apahal.

essay yang seciput pun x boleh buat. nak kena tunggu last minit jugak baru jari jemari berlari-lari nervous. memang vavun i tell you~

aku malas dah nk smbung study. hahahahahahahahahahahaha. bye.




oh. satu lagi. aku rasa nak penampau jugak spammer2 yang sebok2 singgah chatbox aku. mariasexy, bla3sexy! kau ingat kau sorang lah sexy? aku pn sexy hokey! eh. tipu. aku baek je. sweet2 je. tak sexy over2. korang sexy tp fenipu. nice info konon. bila masa belog aku ada info. eh. aku mekong kat sini korang bukan faham pun. hakhak. aku tak reti nak sepiking untuk bagi korang faham.

falui. tgk aku dah sakit perut. bye.

Thursday, September 23

sebelum tidur

pagi td tidur ikut jam malaysia. sempat marah-marah lagi sebelum tidur. heh. macam makcik-makcik. jadi, tidur dengan tidak happy. worse, tidur hanya sekejap sebab kelas jam 8 pagi.

balik dari kelas mestilah mau sambung tidur kan? housemates ketuk pintu bagi 2 kad raya besar punya. suda agak sapa kirim. hakhak. meriahhhh. ada nyanyi2. kuat pulak tu bunyi dia. eheh. segar kejap. activate fb (LOL) dan sambung tidur.

kelas. kelas. sampai 4 ptg. balik tidur lagi. terbangun. lapar gilaaaaa. sampai badan menggigil. tapi sangat tidak larat buka mata. badan siyes lembek. (sapa suh x jaga tidur, nda jaga makan, nda jaga hati. heh)

bangun kali kedua. sangat lapar terus pegi meja makan.

wait. cerita kosong begini pun mau update ka? tidur sekarang!

Wednesday, September 22

macam hyphen macam

ada satu puisi di draft aku. heh. puisi ka?? ok. mungkin secebis bercebis-cebis kata hati. puisi berunsur direct. senang faham. jadi atas sebab puisi itu terlalu transparent, diharamkan publisiti nya di belog terbuka ini.

ok. aku balik lagi ke dalam stage yang membimbangkan. takut. nervous. dan resah. haish. aku harap semua ok2 saja. malas mau fikir.

selain itu, ceh haha.
tiba-tiba aku takut mau balik. sebab memikirkan kesedihan dan keberatan hati untuk balik nz lagi. tidak suka T_T
belum cuti suda fikir mau balik sini. haha. mmg lah pening, kan?

sapa mau ikut pegi gold coast? mcm rugi pulak aku transit gold coast tp x stop sana. tapi duit pulak cukup-cukup seja. tengok lah nanti. lagipun macam tiada kawan. xkan mau pegi sorang2.

sapa mau ikut. jom!
;)

eh eh. atau mau pegi cairo? ahaks! gilahhhh. semua dia mau! ok. suda. mari tidur. semoga mimpi encik ym.




sekian.

imy,
-sayang-

Tuesday, September 21

sot.

tidak tahulah kalau kamu ada penyakit begini.
otak fokus 200% dan sungguh cemerlang membaca buku dan membuat tugasan.
dalam sekelip mata, otak mula berlari-lari anak.
badan seperti mahu melompat dan menari
otak merancang, "mari melompat-lompat sekejap kemudian ayuh duduk semula serta merta untuk sambung kerja"


aku ada.
bila otak dan badan aku berhormon begitu. aku dapat mengawal mereka daripada bertindak liar. maksud ku, dari membuat kegiatan fizikal.
tapi tapi tapi. aku kira aku menang.
rupanya, sekelip mata juga aku tersedar aku sedang berada di blogger. atau tumblr. atau ym.
mana pergi fokus yang 200% itu?
mungkin sebab aku baca, aku faham. kemudian aku akan fikir apa yang aku mau tulis apa dalam esei.
nah~ bila aku mula berfikir, fikiran mula terpesong. atau mungkin juga, aku jadi resah, tidak senang duduk. sebab memikirkan macam mana mahu menggabung beribu-ribu perkataan menjadi satu esei yang semoganya berjaya menjawab soalan. hoh.

berfikir semua benda dalam satu masa. susah.
tapi itulah fungsi otak. berfikir. jangan kau banyak songeh sana wahai otak.

Monday, September 20

hadiah.

tolong jangan bising bila aku update belog 10kalisehari. aku tiada facebook untuk membuang masa. jadi aku hanya ada encik belog untuk sembang2.
sebenarnya, aku suda bersiap-siap untuk tidur. tapi tetiba teringat pasal hadiah. nanti nanti nanti nanti, aku mau hadiah skype sampai pagi. boleh? please. kalau tidak mahu pun, buat-buat mahu. boleh? please please please.
aku suka letak harapan tinggi-tinggi. aku tau nanti aku frust. eheee. tapi aku suka ikut kata hati. biarpun lepas tu aku sakit hati. heh. memang ayah aku cakap aku keras hati :)





yang sudah mula countdown untuk skype sampai pagi,
-sy-

ini penyakit remaja akhir zaman.

baru beberapa puluh minit deactivate facebook sudah macam cacing kepanasan. apalah aku mau buat bila online? xkan mau update belog berabis sampai satu hari 5 kali? HA HA HA.
cuba kamu bagi aku aktiviti menarik bila online. jadi aku tidak resah resah fikir pasal facebook. bukan ada apa pun kalau ber-facebook. semakin bosan tauk. tapi tapi tapi. gatal juga tangan mau intai-intai facebook. haish~
oh, artbook in progress. untuk minggu 1, suda berapa helai kertas aku rosak. haha. sikit-sikit tidak puas hati. =.=”
eh, tapi aku suka. aku suka conteng-conteng. deco2 sana sini, main kaler-kaler. hakhak.
heran ka kamu aku tiba-tiba rajin? sebab aku sudah jumpa tonik berubah sekelip mata. nehhh :P

from kk with love.

call rumah. aku penelefon(??) tegar. call rumah selang sehari mungkin. kalau ada kredit. lately, call rumah pun jarang. banyak sebab. dan bila aku call rumah pulak, selalu sembang dengan si kecik tira. ibu ayah selalu keluar. aiyo. bila call mobile, selalu nda dapat. ibu pulak jenis yang jarang angkat tepon =.=”
tadi. call. cakap dengan ayah. huuuuuu. terus homesick. suara ayah macam rindu gila. walaupun ayah nda cakap, tapi dapat rasa. ayah aku super caring. ayah aku cepat paham aku, cepat tangkap maksud tersirat aku. aku rindu. rindu gila. dan aku tau ibu ayah aku makin terasa kosong sebab iyan pun sudah jauh jauh yang sangat jauh. adoi lahhhh. kesian pulak. masa ni jugak lah aku rasa bersalah sebab aku x belajar bagus-bagus. (tapi ibu ayah aku taw, betapa aku tiada hati dengan semua semua ni, tapi itu bukan alasan untuk aku belajar sambil lewa kan?) *sigh*
lepas tu call, cakap dengan ibu yang lama. aku mengadu aku malu sebab masuk paper sampai TIGA KALI. hahaha. wey! aku bukan gila glamer tahap cipan. hahaha. siyes aku pn malu jugak. rasa macam fasha sanda sudah ni. hahaha cari fofularity murahan cenggitu. damn! tapi tapi. yang dua hari tu, gambar aku dgn hsemates. dan dua2 gambar bukan dari aku. cuma ada gmbar aku. dan stupidosss kenapa la keluar lagi gmbar solo aku. siot. malu ngenggg!
tgh cakap dgn ibu, tira sibuk2 jugak minta perhatian. nak cakap dgn aku lah tu. aku ckp jgk dgn dia.
“kakak masuk paper lagi. malu suda kakak ni”
tira, “kakak. kenapa lain mukak kakak tu? satu muka tidur, satu muka penat”
Hahahahaha. penat okeh layan budak ni.  ibu aku pun pening layan dia yang super active skrg.
cerita panjang lagi dengan ibu. bagi ibu cool sikit, sebab beliau asyik pikir pasal iyan. kesian. huuuu T____T
oh, lepas tu kami mengumpat tira. sebab aku cakap kat ibu aku. ajar la tira membaca. ibu cakap nanti biar cikgu dia ajar. sbb nanti bila dia masuk sekolah dia boring bila dia suda pandai semua benda. ok, aku pelik. tidak setuju. (ada naluri ke-cekgu-an suda kah aku? haha) tapi in a way. betul jugak. ibu aku cakap anak kawan dia macam tu. (nanti aku ulas benda ni dalam entry lain, next time okeh?)
lepas tu, ibu cakap. abang selalu kutuk tira. dia slalu tanya abang bila dia nda faham, atau x tau. dan abang akan kutuk kaw-kaw punya. hakhak!
“tu la. pigi sekolah malas! nda pndai baca”
”baby seja buta huruf dalam rumah ni”
hahahahaha. marah la dia tu.
masa aku & ibu mengumpat tira pasal isu buta huruf ni. dia dengar jgk. sibuk dia tanya.
“sapa bu?” haha. terasa la tu.
ibu cakap, “ada anak orang tu”
“sapa?”
ibu - “ada jiran, ala, yang kak ika tgh cakap ni la”
“sapa?”
hahahahahaha. adoi mulut budak tu. bikin geram!
ibu, “adik, nnti balik sini belikan tira t-shirt nz”
"ok, mmg beli punya”
"warna suruh tira pilih” – ibu
"kak, saya mau pink. eh, eh. kuning la senang. kaccanngg!”
hahahahaha. senget budak ni =.=”







ibu pulak mau apa?
ibu mau anak ibu seja. baliklah dik.
ok. mau balik skrg. bye.

Sunday, September 19

^_~

jangan sebut rindu. sebut r.
jangan sebut sayang. sebut s.

ha-ha-ha.

kak tia. akak terbaek :)
terima kasih untuk masa yang diluangkan.

ameng, you pun terbaek juga.
terima kasih untuk telinga yang dipinjamkan :)

sayang, kau dari mars. aku dari venus.
okay, tipu. kita sama-sama dari bumi.

how lehhh?

separuh jiwaku pergi mahu membesar. jadi si gadis yang matang dan berkaliber. penuh jitu, serius dan berdisiplin.tapi separuh lagi. masih tertarik dengan kekiutan benda dalam alam kanak-kanak. masih suka dengan barang-barang orang tidak dewasa.


itu yang terdetik sekejap tadi. beberapa minit sebelum aku buat entry ini. ada lagi satu isu dalaman yang sering memaksa aku berada dalam dilema.


separuh hatiku mahu jadi insan yang ‘baru’ dan pendiam. tapi separuh lagi mahu stay, menjadi yang tidak kisah apa kata orang. masih mahu menjadi diri sendiri.


mungkin orang lihat. menjadi aku, indah semua. punya aura yang kadang-kadang boleh mengukir senyum insan yang berduka. boleh menghibur hati yang lara. boleh kata, badut tidak bergaji. heh. sungguh. aku pun gembira bila orang cakap aku buat dorang gembira. kamu tahu? aura itu datang dari kamu.
tapi… kadang-kadang aku berharap aku punyai mulut yang singular. tidak banyak macam murai.






siapa ada tonik untuk berubah sekelip mata? kalaulah perubahan itu boleh memakan masa yang singkat kan? eh, jangan cakap kalau. Allah tidak suka, bukan?
p/s: untuk yang selalu menggembirakan aku. terima kasih kawan. terima kasih ribu-ribu lemon.



entah apa yang buat merepek begini. bye.

rainbow rainbow.

harus bekerja secara pukal hari ini.
kerna ada sesuatu di hujung hari nanti.
semoga sesuatu yang menggembirakan.
ouh, yang sekadar membuat aku tersenyum pun suda cukup.
:)

Saturday, September 18

SNOW!!!!!

title penuh teruja kan?
tapi aku malas mau cerita.
nanti okeh?
lalalala~

Friday, September 17

i need a new __________

yang benar,
-nurul-

Thursday, September 16

i wanta write…

pagi tadi aku pegi sekolah lagi. jumpa budak cumel lagi. untuk assignment english. sorang student teacher (kami-kami lah) akan dapat sorang budak. td adik sy nama Jasper :)
ok. basically, apa yg kitorang perlu buat ialah:

  • bersembang2 dengan mereka untuk mengetahui oral language level mereka. tahap manakah mereka. apa bentuk vocab mereka. perkara berunsur apa yang mereka sembangkan. dan sebagainya.
    jadi, sebagai langkah awal, kitorang dinasihatkan untuk membawa picture book untuk dibacakan kepada mereka. sbb budak2 ni suka dgr story la kan. lepas tu, sembang2 jgk pasal buku tu. ini adalah untuk membuat mereka selesa untuk ke xtvt seterusnya. oh, and to hear their language at the same time.

  • buat running record.
    running record : dorg baca buku, dan kitorang akan cek setiap perkataan tu. tujuan benda ni sebenarnya untuk tgk banyak aspects, termasuklah pronunciation, their reading strategies, how they make meaning using the pictures, diagram or bla3. menarik kan? kat sini dorg buat mcm tu. utk tahu level budak2 ni. tapi kalau kat mesia. jenuh jgk ko nk membuatnya. sbb dalam 1 kelas dah 40-50 orang. Nanti aku tunjuk mcm mana sample ‘running record’ tu

  • menulis surat cinta untuk mereka. dan mereka harus membalasnya. org tua tua kata, “pecah kaca pecah gelas, suda baca tolong balas” hakhak!
    ini untuk tengok dorg pnya writing pulak. caranya, cekgu kena tulis surat. kononnya, tu macam skill ko nk ambil sample of their writing lah. sbb~ certain budak ni, dorang sgt value dorg pnya hasil ‘seni’ haha. jadi dorg x mau kasi orang ambil tulisan dorg. jadi, bila ko buat surat untuk dorg, pastu ko mintak dorg tulis dlm kertas yg ko bg pastu ckp kat dorg. nnti ko nak simpan surat dorg jgk. dan dgn cara itu, dorg akan bagi. faham kan? x faham suddeh.

  • ok. itu je la. haha
td, jumpa jasper terus sembang2 sikit. umur 6 tahun. aku introduce diri aku. aku ckp lah nak buat apa kat dia – reading, writing & some talking.
bila aku bacakan dia buku, dia lagi tertarik dgn pictures dlm buku tu. asyik cakap pasal gmbar2 yg dia rasakan menarik. aku layankan saja. baca pun part yg penting2. sbb yg penting kat situ, just mau bagi dia bercakap. ok, done with the talking.
giliran dia pulak baca untuk aku. aku buat running record. lebih kurang mcm ni lah bentuk running record tu. click untuk besarkan.
yg ni formal & bertaip. kes2 mcm ni bila korang yang sediakan buku untuk dorg baca, jadi dah taw la apa tajuk buku tu. mcm mn skrip dia. ha, boleh la type. tp kitorang xtaw buku apa yg budak2 tu akan baca, so kitorang yg record dlm blank paper. runrec
dah abis tu, aku tunjuk surat aku kat jasper. lepas tu baca2 sikit. then mintak dia tulis something jgk untuk aku. aku bawa colour paper untuk dia pilik. ada pink, orange & yellow. saja bagi dia excited lebih. pastu ckp kat dia, nnti lepas dia tulis bagi dia sticker glow in the dark. bulat mata dia. hoho.
ok, budak2 ni sure blur sbb tetiba ko nk suh dorg tulis kan. jadi, cekgu2 kena la tlg, bgi suggestion untuk topic yg perlu dia tulis. jasper nk tulis pasal pokemon dia. dia ckp teddy =.=”
oh, dan dia nk lukis. sbb dia x pndai sangat tulis2.
korang tgk ni. comel kan?

******
mls nk sambung. mls nk ambil gmbar. mls nk transfer
******


nti aku smbung. tidur luk. nite

mentari muncul lagi

lirik asal bunyinya begini.
Tuhan saja yang tahu~ perasaan ku~~

tapi abang aku suka nyanyi.
Tuhan saja la bah yang tahu~ perasaan ku~


eh. aku rasa lucu dan comel.
itu seja. bye

Wednesday, September 15

hey hey..

we all masuk paper lagi! ahahahaha. poyo tak hengat, bukan? pegi cari utusan hari ini okeh? ;)
lecture tinggal 4 minggu lagi. hari ni dah hari khamis. i mean. beberapa puluh minit lagi. cepat kan? macam baru saja puasa sebulan, dan menyambut raya secara meriah. tiba-tiba suda boleh start menghitung hari untuk pulang ke tanah air. apalah perasaan saya bila kapal terbang landing di KLIA nanti? hahaha. pasti sweet abis!
minggu ni, kena pegi sekolah untuk buat reading & writing (english), dan hujung minggu ada raya celebration.
minggu depan, pegi sekolah lagi untuk ajar multiplication (maths), dan hopefully minggu elaun masuk =.="
(aku broke tahap gaban nih)
minggu satu lagi, hantar beberapa assignment, (popular literature & classroom management)
minggu satu lagi, mak wani datang!
minggu satu lagi, hantar lesson plan (Ning), essay classroom management lag, dan reflection untuk drama.
kesimpulan: tidak termasuk minggu ini. hanya ada 4 minggu lecture sahaja lagi. wiheeee!
kemudian, 2 minggu untuk exam weeks, di mana saya hanya akan ada 2 paper.
selepas itu ada practicum (mungkin seminggu) di sekolah kanak-kanak comel di sini.
dan insyaAllah akan pulang ke tanah air. yeay!

lebaran 2010, part III

ha. meriah tak? meriah tak hari raya kat dunny? kita sambung raya ketiga pulak (ahad).
hari raya ke3 ada dua event terbesar yakni open house bebudak montgomery ave & benji. budak montgo ada 6 org, 3 laki 3 pmpuan. semua kawan2 aku.
aku stay kat montgo malam raya kedua. menu open house dorg, mee-kari-yummeh. haha. tetamu ramai gile kentanggg! mcm semua malaysian kat dunny datang hari tu. fehhh. terbaek. aku bangun lambat sbb lepas subuh baru tido, terus mandi bersiap. tgk kwn2 dah kecoh2 kat luar. jumpa nana & ameng (tuan rumah), lauk x cukup dorg kata. oh, btw. rumah kat montgo tu ada 2 unit rumah. masak kat rumah pmpuan, pusat menjamu selera kat rumah laki. bila dah kecoh2 mcm x cukup makanan utk tetamu, kawan2 dari grange terus sibuk tlg potong2 fishball & bla3~ feh.dah jadi mcm kenduri aku tgk.
terbaek. dah la cantik2. terbaek pulak tu. (aku x taw apa purpose aku bodek korg lebih2 wey. haha!) :P
lepas tetamu dah kurang2 sikit, tuan rumah dan aku cari makan. ngeh2. ms makan2 tu, ada jgk lagi tetamu yg datang. smpai lah pukul 4 ptg, ttamu dah habis, kitorang gerak pegi openhouse kat benji pulak :)
kat sana pulak! pehhh. makanan heaven! aku dah full, tapi aku melantak pulut kuning dgn jayanya. agagaga. oh, dan beberapa ketul ayam goreng.
kat benji (ni rumah senior), pelbagai aktiviti yg menarik ye tuan2 dan puan2.ada yg main game. wii ke ape nama menatang tu. ada jgk yg bermain daun terup ye. hairan aku. x pernah2 hari raya aku main daun terup. eh, tp klu kat tempat aku, kazen2 aku gila domeng (sebenarnya domino tp dipanggil domeng). agagaga. main gila2 punya. bila aku tgk bebudak tu main aku terdetik, “kalau kat mesia ko main benda2 ni di pagi raya, mmg kena tengking oleh yang berbahagia NENDA! itu belum masuk bebelan rapi dari bonda”
tapi kat sini mcm xpa. baru lah orang kata beraya dengan cool dan penuh style. hakhak.
ok. itu saja laporan sehingga raya ke tiga. raya ke empat?? hari menghantar assignment ya tuan2 puan2.
tapi tapi tapi~
hujung minggu ini ada sambutan raya untuk budak2 malaysia, kira celebration betul2 lah. dan sementara menunggu hujung minggu tiba, ada beberapa jemputan ke rumah terbuka lagi. bukan SATU okeh. banyakkkk. ok tipu. x lah banyak  mana pun. ada tiga seja. eheeee. banyak, bukan?





bye.
saya mau update sanggar kaya.

lebaran 2010 part II

yang ini part I

*notakefala: jangan suka tangguh-tangguh update blog. nanti terlampau banyak cerita sampai kau sesak nafas mau update semua. macam sekarang ni lah. belum habis cerita raya hari kesatu sampai raya keempat, ada lagi invitation open house bertubi-tubi.

baiklah. kita sambung kisah raya pertama. ptg tu, pukul 1, aku ada kelas drama. sampailah pukul 3 ptg. kelas pun boleh tahan best, buat aku tidak berapa ingat hari itu hari raya. hohoho. balik naik kereta! ahaks. x payah aku penat2 jalan kaki, dan mendaki bukit tonggek (digelar bukit tonggek sbb bila kau naik bukit ni, automatik kau jadi tonggek).

ok, balik dari kelas tu, bila kereta park depan rumah, aku nampak kawan2 meriah dengan baju warna warni yg sedang bermarhaban. Ya Allah. sungguh eksaited okeh! perasaan aku macam, erm.. macam.. “eh eh. kenapa meriah semacam nihhh!” dan aku yang tidak berbajuraya (sengaja dirapatkan sbb nanti kamu baca sebagai “tidak berbaju”) itu terasa mcm datang dari planet jingga. hoh! tak best betul. terus menyesal.

ok, plan asal lepas berkelas mau masuk bilik tidur dan menangis. haha. lemah! tapi tiba-tiba dapat energy luar biasa dari kawan-kawan yang super gembira hari itu. terbaek woh mereka! aku pegi siap, kelam kabut iron baju. sebab housemates nk pegi beraya rumah kawan-kawan. mula dengan rumah arep, anir masak rendang sedap, wuuu, ada daus, niel, azhan melayan tetamu dgn lawak2 sengal, dan arep pun ada. tp ptg2 tu dia pegi keja :) sambung kat grange st pulak lepas tu. pagi tadi, aku ckp x nak join heeeee. pegi grange beraya, mata aku layu gila, badan da lembik, tapi sekali lagi dpt energy luar biasa dr kawan. alhamdulillah. happy tidak terkata. mmg x sempat bersedih-sedih.

beraya sampai maghrib, dan sampai rumah dalam pukul 7. pnat gila, tapi seronok! meriah rupanya raya di dunny. phewwwit!

raya kedua.

bangun lambat. miahahahah. kawan ajak pegi rumah kak dhuha & kak yani, tapi x mau. tapi bila bangun, erk. rasa kosong. dan rasa tak berfaedah. lagipun x sabar mau pakai baju raya yg merah mcm mak ngah. agagagag. pegi jgk rumah kak dhuha dgn jiran sebelah rumah :P

dan lepas tu ke openhouse ain pulak. teheee. makan sedap. best. balik rumah dengan kenyang dan bahagia. oh, ke rumah azman & rakan-rakan juga. pergi secara solo sbb housemates semua dah pegi. ala, depan rumah je pun.

lepas tu, ikut nana balik montgomery ave, sbb ingatkan nak pegi tolong2 dorg masak untuk open hse raya ketiga (keesokannya). malam tu kacau2 dorg buat keja & jadi badut jgk, buat lawak percuma dengan ala kadar. tidur pukul 7 pagi lepas subuh. huhuhu. aku x lah penat sgt. sbb x buat apa pun. tuan rumah la kesian. wuuuu. tdur lepas subuh, tapi pagi tu bangun lagi. aku tidur sampai pukul 1 kot. majlis dah start aku tidur dalam bilik. =.=”

 Recently Updated Recently Updated1 gambar raya 1 & 2

dan…
ini gambar favoritas saya!
59880_416003917713_673847713_4836536_1193589_n comel kan dorg! hahaha :)

dorg panggil itu ‘peace kembung’ LOL





bersambung….

Tuesday, September 14

lebaran 2010

selepas beberapa entry emo ala-ala drama air mata, mari kita update pasal raya. post title pun suda gempak semacam tu. kali ni insyaAllah entry ber-genre riang ria.

1. malam raya

berbuka puasa untuk hari terakhir bersama housemates dan menunggu pengumuman hari raya. puasa hari tu kitorang start lambat. tapi raya pulak, sama dengan mesia, 10hb September. so, kitorang posa 29 hari (jika penuh).dan saya buat pertama kali nya pegi bertakbir raya. hoho. weyyyy tipu lah TIDAK sebak. tapi control macho la sikit. ramai orang. ahaks. masa takbir tu ada yg sroottt srottt. huuuuu. lalu aku cuba tidak memandang sekeliling. dan berjaya :P

balik rumah, yani sibuk masak rendang. diba & wani sibuk buat biskut raya, aku & nas buat video raya. oh, terlupa, keesokan harinya (jumaat) aku ada kelas pukul 8 pagi. jadi konon malam tu aku masuk bilik awal. online, xda orang pun online. semua sibuk buat persiapan raya kot. call ibu, sayu~ fehhhh. air mata mencurah2 ke ladang gandum. nenek plak, sampai nda bersuara. ok. kesimpulannya sedih melampau sampai 5 pagi baru tidur. dan kelas 8 pagi sampai 3 ptg keesokannya.

2. pagi raya.

bangun lambat, pegi kelas. otw jumpa budak2 lelaki balik dari sembahyang raya. aku lambaikan saja la. well, friendly kan~ ahaks.
ariff lari2 comel ke arah ku. ku tepis manja (WAHAHAH!) mata bengkak weyyyy! hahaha. masuk kelas, masa cepat berjalan. lepas kelas maths, pegi kelas english. masa cepat berjalan jugak. best. haha. x lah sedih mana pun, pegi kelas di pagi raya.

lapar, dlm otak aku, balik nnti makan & tidur kejap, sebelum kelas pukul 1 ptg tu. tapi sampai rumah, senior2 dah datang bertandang. aku dengan x berbaju kurung, x nampak mcm celebrate raya pun~ hoho. semakin ramai tetamu datang, aku plak pegi kelas. oh, x bermaaf-maafan pun dgn housemates, semua busy. aku try jugak main salam2 dgn dibah. denjeres i tell you~~ nasib baek i tak mekap lagi.

*****
da panjang sgt la wey, aku stop dulu. ahhaha. nanti esok2 kita sambung okeh! ala chill la. raya sebulan. tak lari kemana pun aku. wakakak! bye. muahhh! =))
*****





xoxo. selamat hari raya

magic ball, bukan kaya ball.

saya mau magic ball.

supaya saya boleh intai cinta saya setiap masa

SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN

supaya sy boleh tengok ekspresi wajahnya. senyum atau tidak.

jadi saya tau dia marah saya atau tidak

SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN


saya mau magic ball.

supaya saya bole intai cinta saya setiap masa

SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN

supaya saya tidak terkacau dia kalau dia busy.

dan bila dia tidak layan,

SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN.





imy.

Monday, September 13

air mata biadap (episode 2)

tersebak
esok adik sy fly pegi egypt.
last km jumpa masa dia hantar sy di epot
nanti sy balik dia teda suda di rumah.
nanti dia cuti taun depan pun saya masih di sini.
saya cepat 5 jam dr mesia
dia lambat 5 jam dr mesia
jd beza 10 jam?
kesian ibu saya
sunyi2 suda teda anak2 di rumah
ih falui.
kesedihan saya
T______T

Sunday, September 12

2 syawal

tapi kira dah masuk 3 syawal sbb dunny dah pukul 1.16 am skrg.

dalam kesibukan, dalam kepenatan.

aku rindu.
rindu encik terbaek.


alah,
hari-hari yang penting,
hari-hari yang bermakna,
mestilah ingat insan yg penting & yg bermakna, kan?




korang mcm mn? aku normal kan?

next entry baru cita pasal raya di rantau okeh?

Friday, September 10

malam raya

and i am NOT okay.





untuk hari keempat saya tidur 4 pagi ??
kenapa ni T____T

Thursday, September 9

airmata biadap.

belum
malam raya
dia
suda berebut2 keluar!
vavun.

esok
kelas jam 8 pagi,
kalau
mata bengkak
macam mana
?

damn.

Monday, September 6

siap!

assignment siap jugak akhirnya. jadi, suda sampai puncak kinabalu lah? HAHAHA

hari ni kelas start dah. ptg nanti pukul 2. wihuuu. sekarang masih sempat tidur. ngeheee!

kalau raya hari jumaat aku ada kelas pukul 8 pagi, dan pukul 1-3 ptg. oleh sebab itu, sekarang pun aku sudah hilang mood raya. dan kalau raya hari jumaat, aku malas nak pakai baju raya pegi kelas.

oh, dan kawans, entry ini suda update :)

dan semalam (warning: ini satu lagi cerita sakkai) dedication saya kieran baca di hotfm! hakhak!

*kejap kopipes dr fanpage kieran hakhak!!*

Atiqah Ruhaizad ‎<---- dgr hotfm online! dr NZ
nk buat ucapan utk, ibu & family di kota kinabalu. ayah yg tengah outstation di sandakan. salam rindu & selamat menyambut ketibaan syawal.
slm ingatan juga untuk encik y**** :)

pantun raya terbaekk dari saya:
jemari x dapat berjabat,
jasad x dapat bersua
jgn tercari2 i punye kelibat
november nnti i balik juaaa
:)

thanks keiran! ♥

tapi malangnya, semua org yg didikasi nda dgr radio! haha. yang penting aku sakkai! wahahahahah!

oh ada lagi. keluar salam perantau juga! HAHAH. kuar metro, yani yg hantar. aku hantar kat BH, tapi x kuar. banyak saingan! hahaha.

58833_1598701695557_1476474349_1531030_4226466_n gambar: ihsan dari A-forever. ahaks


ok lah! mahu tidur, sebab kalau bangun asyik fikir masalah dgn encik terbaek.


p/s: tadi aku ingat nk cakap pasal assignment + entry lepas yg dah update tu, tp tershow-off pulak pasal salam perantauan segala. duhhhh. maaf kawans =.=”

Sunday, September 5

pernah daki gunung kinabalu?

buat essay pun susah begitu.

kalau berhenti, tertinggal di tengah jalan.

patah balik terlalu jauh

untuk maju kehadapan terlalu tinggi

sampaikan kaki mu boleh cramp,

atau juga muntah di Gunting Lagadan.



tapi,

mendaki Gunung Kinabalu lagi berbaloi-baloi

sebab bila kau sampai dipuncak, mungkin kentut mu bisa jadi kentut yang tertingi di asia tenggara

atau airmata mu bisa jadi airmata yang tertinggi di asia tenggara.

atau apa-apa sajalah. yang penting perasaan nya mengujakan.

lain pula dengan essay.

dia tidak berbaloi-baloi dan tidak bermakna

sebab kau tidak suka. sebab kau memang tidak pernah cinta.

ya. bukan essay yang tidak bermakna. cara kau melihat dia yang baut dia tidak bermakna.

mahu salahkan aku? silakan.

tapi aku tetap tidak mahu suka, tidak mahu cinta.

Christchurch: edisi 14 hari mencari cinta

salam readers,

entah mana mau start. tapi mari kita mula dengan kejadian aku bangun pagi aku tadi. bangun, tengok jam (rahsia :P). tetiba teringat encik belog. dan terniat mau cerita pasal roadtrip aku beberapa bulan lepas (basi da wey >.<”) sunguh tiba-tiba. mungkin sebab beberapa hari ni aku asyik mengidam roadtrip lagi. dan dalam berfikir-fikir sekejap d katil tu, memang nawaitu mau start menceritakan pasal destinasi pertama roadtrip tu. yalah kan, mestilah start dengan day 1. pendekkan cerita, mau cerita pasal christchurch. destinasi pertama kitorang.

ok, dah. bangun pegi mandi, jemur kain, dan online.

tengok semua status member cita pasal earthquake. hoh. biar betik. ok, aku tidur mati. ada orang post link kat facebook. klik dan membaca. on ym dan orang tanya pulak, “ok sana?” HAHA. ok, honestly aku masi tengah berusaha ‘menggarap’ (ala2 awang IPBL: eh, relevant ke word ni??) idea pasal earthquake ni. teruskan bacaan. gilos. 7.4 kot. ada beberapa bangunan musnah di christchurch.

aku PM diba, “wey, bila earthquake? ko sedar x? teruk x gegar?” huhuhu. rupanya kejadian dlm 4.48, agak horror jgk la terasa gegaran tu, menurut mereka yg melaporkan. diba suh call family cakap semua selamat, sebab headline BH dan utusan gempak semacam. lepas tu aku tengok gambar dan video. agak menakutkan jugak. huuu. ok, tapi masi cool.

tepi tetiba petang tu ada plane crash pulak @ fox glacier. plane yang bawa tourist untuk skydiving. adoi. risau, ngeri, seram takut. same day, same place. sekelip mata macam-macam jadi.


*sambung nanti boleh? xda mood. ngantok. nite :)

*****
bersambung
*****

christchurch (cerita pasal roadtrip)

24/06: kami (aku & nana) naik bas pegi chch. 6 jam perjalanan. sampai chch dalam pukul 830 malam. ada kawan ambil.

27/06: dalam pukul 10 tu kami mula buat gerakan secara solo mengelilingi chch. MEMANG JATUH CINTA dengan chch. antara tempat2 yang bole layan sepanjang 14 hari roadtrip tu. masa kat rumah, sibuk belek2 brochure untuk cari tempat2 yg menarik. ok, lepas tu tengok jadual bas dan no. bas yang berkenaan. hoho.

korang tengok gambar la okeh? nnti aku describe skit2.

1
yg ni paling sukaaa! mmg mood jiwang abis la duduk dlm tu, walhal apa seja la pun. ahaha. tp siyes best! :P
oh, gmbr pertama tu konon2 kitorang survive d chch hanya dengan seketul map. heee

2 
ni kita centre of the city la. bole tahan la. mmg klu org dtg sini amek gmbar kat sini. hakhak!

3 lepas jalan2 kejap pusing town, kitorang pegi gondola. ala, x la best pun. gayat lagi genting kot. cuaca x brapa elok, tp layankan saja~
:)

page
lepas tu kitorang naik tram keliling kota. agagaga. ini pun slow jgk dia gerak2, tapi mcm best sebab kitorang sakkai. hahaha. sampai gelap okeh! haha. kitorang tumpang semayang kat store mck jual kebab =.=” (lawak pulak klu ingat)

actually kitorang amek “triple pass” untuk activity melancong2 ni. punting (yg gmbar ats sekali tu) + gondola + tram = 50nzd. reasonable jgk kan? siyes jatuh cintadgn chch.

tapi

tapi

kalau Allah nk tarik semua keindahan tu, sekelip mata jak kan?

tengok SINI, dan SINI.

T_________________T

Friday, September 3

L-D-R

sedih bah saya sebenarnya.

sudah TIDAK TIDAK TIDAK

  • ym: sejak 08/08 – itu pun webcam buat hal
  • skype: sejak 20/06 (hah? biar betul ni?) – pun tanpa webcam jugak
  • sms: sejak 21/07

*kesimpulannya, sudah tidak bertentang mata berbulan-bulan lamanya. sudah tidak berdebar-debar berbulan-bulan lamanya.

sapa tidak sedih? sapa tidak ‘makan dalam’ kalau begini?

saya mau menangis sekarang boleh?

bertegur sapa secara ala kadar d facebook cuma. dan call juga sekali sekala.

 

LDR sucks.



sekian.
saya, yang tidak tegar hatinya,
-babytua-

riby(032)hariterakhirdikotakinabalu 




p/s: sapa sayang saya, sila pergi marah encik terbaek skrg juga.

si perempuan.

baru lepas baca blog orang. genap tiga tahun bla3. genap lima bulan bla3. genap tigaratusduapuluhsembilan hari tidak makan tempe. nahhh. baru ko taw! hahaha!

elehh.. aku mau emo-emo kenapa? nda sedar diri kah? sampai ain cakap aku “terlampau banyak anniversary mu!”

hahahaha! eh eh, normal ba tu kan kalau perempuan suka kira-kira hari. perempuan yang sejati. HAHAHA.

perempuan, kalau cerita pasal hati, semua dia amek port. hari pertama dating, movie pertama, birthday gift pertama, new year pertama, cincin pertama (berapa banyak ko mau cincin?? hahah),

nanti lepas kawin, mengira lagi. masakan pertama yang laki aku cakap terbaekkk, movie pertama lepas kawin (dia ulang balik ‘perhitungan’ nya masa bercinta : pasal movie), sofa pertama yang dibeli bersama suami. kali pertama suami tolong korek telinga.

nanti suda ada anak, kira lagi! first word yang baby belajar, kali pertama encik husband bangun buat susu baby. gilahhhahahaha. semua lah!

ok. ok. aku pun begitu. (dan baru sekarang aku rasa macam poyo tahap cipan). aku nda ingat tarikh 1st jumpa encik terbaek, tapi aku ingat cronology nya. tapi yang PALING aku ingat tarikh kena cerai dulu2 (buduh). dan aku sentap tiap kali new year sebab ada kisah2 yang macam2 setiap kali new year. aku ingat apa lagi. (eh, tadi macam banyak aku ingat, tapi tiba-tiba hilang ingatan).

dan si perempuan (ok, sekarang kita bercakap secara general, bukan pasal aku saja). dan si perempuan, suka  mengingat-ingat benda remeh begitu. yang bila dia kecewa, dia ingat setiap satu kejadian yang buat dia bahagia (dulu) lantas, semakin berat lah hatinya menanggung perpisahan. nah, itulah. terlampau banyak kenangan kononnya. orang lelaki pulak, pernah amek port pasal benda-benda tu semua? tidak. kalau ada pun, tidak semewah memori perempuan. (gila kau semewah!)haha

ok, jadi sekarang aku mau berada di side sapa? perempuan atau lelaki? haha.

*kejap, buat decision dulu*

aku atas pagar. sebab aku perempuan. yang mana aku tahu untuk mengelak benda seremeh itu KAMI tidak bisa. mungkin ada yang tidak ada penyakit ‘menghitung hari’ sebegini. itu golongan-golongan wanita yang tegar hatinya. eleee, tapi mesti kadang2 dia ter-monolog jugak, “alahai, suda tiga bulan kucing aku mati” <---- itu kira penyakit menghitung hari jugak okeh! ha-ha-ha.

dan di sini, saya menyatakan, lelaki juga ada penyakit sebegini ya tuan-tuan dan puan-puan. ya, penyakit menghitung hari tu lahh. tapi tidak menjurus ke aras hati dan perasaan. berbeza dengan kaum perempuan. dan golongan2 jejaka ini pula, tidak teliti dan bersungguh seperti kaum perempuan. (well, kamu faham bah ni kan?) PUN BEGITU, saya heran! kenapa mereka yang macho ni suka lupa birthday orang?

mangsa: saya sendiri.
3 kali birthday, baru sekali dpt wish on time itu pun sebab saya bagi ingat. hoh, LUPA, dan boleh jugak alasan dia, SALAH SET ALARM. haha. mau marah pun nda jadi. sudalah ingat pakai alarm, salah lagi! hahaha. kita tunggu birthday satu lagi okeh? eheee

ok, balik kepada penyakit menghitung hari. penyakit itu tidak salah. oh, mungkin kalau orang lain tidak puas hati biarkan mereka. nanti pasti suatu hari mereka akan terjangkit juga dengan virus virus begitu. dan kalau kamu rasa sudah malu-malu sebab banyak fikir benda remeh, kamu boleh jadi macam aku (sekarang), masuk bawah selimut dan bersembunyi. HA HA HA. esok pagi bila bangun, kita terus menghitung lagi.

sekian.

10 jan: hari paling sweet sedunia dan hari membeli si kentut (hanster encik terbaekk)
10 feb: macam tarikh sy fly? eh, atau 11hb??
10 march-10july: seperti 10hb kamu kamu juga. biasa-biasa saja.
10 aug: cerita ini
10 sept: hari raya kan?
10 oct: masih hidup kah saya?? cukupkah iman dan pahala? syurga atau neraka? (hu. tetiba bertukar genre)

34237_1454563175039_1562106474_1105491_3752701_n note: jangan tanya saya sejak bila zidane pindah dari france, sebab ini zidane terbaekk, bukan zinedine zidane. HAHA.


bye. assalamualaikum. (TUMBENNNN!) hahaha

Wednesday, September 1

bukan begini bah caranya…
















aku selalu ada perasaan begini.

bila tiba2 aku hyoer di facebook, aku tersedar dan aku tiba tiba rasa aku nda patut hyper sebegitu rupa. tapi wall aku & wall ain (atau ein, dan beberapa orang lagi konco berat) SUDAH PENUH dengan post2 aku.



dan aku rasa mahu hilang sekejap dari dunia facebook. malu aku bila orang tengok aku hyper2. tapi sesungguhnya aku tidak boleh jauh dari fb.



tolong saya dr.