Sunday, October 30
26: officially done with my 3rd year (4.5 years of study! pfft!)
Thursday, October 27
charger ku encerrrr!
- macam mana mau update belog?? facebook and twitter bole gune cellphone. tapi blogging? argh!! stressnya ;(
- macam mana mau browse guitar chords ni? bahahahaha. ok poyo tapi serius dong. gemana cobakkk?
Monday, October 24
the winning team
RWC 2011 melabuhkan tirai semalam dengan kemenangan All Blacks. ok serius sebak macam aku yang menang walaupun bukan negara aku (obviously) lah kan tehee! 5 minit terakhir perlawan memang buat urat neves aku putus.
ini gambar di college of education aku. HAHA! semangat habis kan? nasib baek menang. LOL
perasan widget baru saya di tepi? sesi menghitung hari balik kk okehhh sedihgila tauk! tapi my mom sangat nda sabar. LOL. balik-balik suruh balik cepat. aku suh lah keluarkan tangan ke depan, tarik ke dada dan cakap sabar, iman. HAHA! (macam yg aku selalu suruh kawan-kawan buat), ibu nda mo buat. ibu ckp “sama jgk ko ni denga ayahmu!” hahahaha! she’s cute aye? haihs. nda sabar mau balik bergadu dgn ibu ah ah ah.
esok genap 30 hari. saya ada misi 30 hari membuang lemak! LOL. supaya balik mesia tiada orang kecoh-kecoh si tiqah makin gumuk. haha byes!
Saturday, October 22
birthday surprise!
well hello there! (mcm anwaq hadi) *pause* errr. i dont know where to start. mahu tiba-tiba hyper kah? atau mahu bertenang? haha
ok3, since hyper and I are very synonymous. maka, hyper seja lah kan? tehee!
*baca dengan excited & laju2 tau!* kemarin kan aku ada bagitau aku dan girlfriends mau pegi picnic? ada kan? kat sini. ha, at first, dorang cakap mau pegi picnic kat st.clair tau! mau celebrate birthday aku (6hb) dan birthday yani (18hb) lah sekali ni. mestilah excitedlah kan? lagipun x pernah lagi kitorang pegi keluar ramai-ramai macam ni. oh by the way, st.clair tu ialah beach yang berdekatan.
aku pun bersiap lah. lepas extra class pukul 2 ptg kemarin, ktorang bersiap di rumah masing-masing. dorang cakap nanti dorang fetch kat rumah sebab dorang sewa kereta. ok fine fine. aku pun on jak lah. around 3 petang mcm tu, diba text bagitau dorang da kat depan rumah. bila keluar jak, terkejut gila tengok van besar gila macam ambulans pastu ada ramai gila orang dalam tu!! hahahah gila. then i said, okehhh ini besttttttt gilaaaaa. ah ah this is exciting! *dancing*
aku masih terkejut sebenarnya sebab at first dorang cakap mau naik 2 kereta kecil warna merah, tapi tetiba yang hadir depan rumah aku satu van besar yang macam nak p travelling dua minggu! hoi. gila awesome korang nih!! gilaka tak tkejut! lepas tu~ tetiba tengok ada budak laki dalam tu – joy, arep & alif. heyyy dorang tipu! cakap girls day out! hmph! girls lah sangat! ![]()
pastu pulak, joy bukan main lagi buat muka tak bersalah. padahal baru setengah jam sebelum tu dia call cakap dia baru hantar kereta sewa satu kat rumah diba, alif pulak hantar kereta satu lagi kat rumah paah. siap pesan have fun, blah3~ and yes, dia tak pegilah konon~ haha. cis cis. aku pun apasal lah noob gila pegi percaya dorang budak2 ni semua.
ok. cerita seprais2 ni tak habis lagi. mula-mula tu dorang cakap mau p st clair kan? sekali excited lah ni macam ‘jomjomjom!’ sekali tengok pegi arah lain pulak. walaupun aku nda tau sangat jalan di dunny ni, tapi terang-terang dorang drive pegi arah lain. pastu blame GPS. haha! pastu bila aku tanya “kita mau p manaaa?” ada jawab st.clair ada jawab st.kilda. ha! camana tuh? tp jalan tu macam pegi moeraki boulders jak! mai pulak terlepas cakap, ‘ko tidurlah dulu, 2 jam lagi ni perjalanan’. aku macam ‘ha? st clair/st kilda/st whatever bukan dekat je ke??’ pastu semua orang back up mai. ok. white flag. ikut je.
aku pun senyaplah. nanti dorang cakap perasan pulak mau bawak aku pegi moeraki. T__T da sampai dekat2 moeraki tu barulah aku yakin dorang bawak pegi moeraki! AHHHHH happyyyy! sengih sepanjang jalan. itu pun dorang nak cover lagi “oklah. singgah makan jap lah. lapar gila da semua orang ni” hahahaha masih xmo mengaku. comel lah korang!
oh sepatutnya kan, moeraki dan picnic ni dua benda yang berasingan. haha! few days before birthday aku hari tu joy sebok2 tanya aku mau apa kecuali iphone haha! aku xtau aku mau apa. dan tetiba aku ada idea mau menyusahkan dia. since aku x pernah pegi moeraki boulders, aku cakap aku nk pegi. dia cakap weekend kt pegi. sampailah weekend xde pun! dia cakap xde kereta available. fine fine. aku pn ok je la. tapi banyak kali jgk lah aku sindir dia. haha!
pastu pasal picnic pulak, aku ingat nak keluar dgn girlfriends pegi botanic garden je, pastu aku nak masak-masak sikit, nak pegi main gelak-gelak & gossip je pun sebenarnya. dorang pun asyik delay je. rupanya dorang ada plan baekkk punya! hehe. dapat dua benda sekaligus memang syorgaaaa kan? arhhh sayang korang lah!
and yeah, sampailah kitorang kat moeraki boulders! happppyyyy gilaaaaa XD
ni masa on the way pegi moeraki boulders, kitorang singgah kat shag point nak tengok seal :) dah tengok video in my previous entry kan? tehee
sampai moeraki! jyeayy. tapi aku tak ambil kat gambar batu bulat2 tu =_=” why nurul whyyy
ni birthday girl yang diraikan jugak! yanie :)
unik kan batu bulat2 ni. macam mana dia bole macam tu ha? *thinking*
cute aye?
aku suka gambar ni. batu tu macam telur burung yang baru menetas. ironically, burung tu lagi kecik dari ‘telur’ dia. eheee. pandai yani ambil gmbar!
sebab kitorang sampai dah petang, air dah mula nak pasang. so, kitorang naik pegi makan-makan kat sini pulak.. sesi main gitar dan layan diri dah masa ni haha! ya allah, kalau ingat masa ni, banyaknya ketawa. cramp pipi aku gembira sepanjang hari XD
eceh, artis mana sesat ni? ah ah ah
thanks kesayangans! i love you all muchos grande!!! sumpah i love you
Friday, October 21
mahu tengok seal?
pernah tengok seal? kalau belum pernah mari tengok sini. oh video sangat tidak kemas. ampun tuanku.
sangat tidak larat untuk update cerita pasal aktiviti siang hari tadi. 1.15 am baru kitorang sampai rumah. masih excited ni. sampaikan balik rumah aku terus cakap dengan cermin “i just had a very very great day” hahaha. bila sedar, aku terus rasa diri sangat mongok pegi bercakap dengan cermin =_=”
well, sementara menanti update bahagia aku. bole lah tengok seal dulu. comel bukan? ah. gumuk-gumuk. kalau culik buat bantal peluk pun best nih.
gunite people! atiqah is going to sleep with a very big smile on her face tonight.
oh, there’s some unpleasant things happened as well. but i don’t give a damn. it’ll just spoil the happy mood. (hey, kau tidak berjayalah buat emosi aku terganggu. macam taik gigi je problema tu ah ah ah)
bye people. and to my loved ones, zillion thanks for making my day.
me: arghhhhh awesome!! awesome kan?
mai: kita kot~ mestilah awesome!
ha ha ha. i love you people! (you know who you are)
*ini sepatutnya entry pukul 2 pagi tadi. tapi video lambat process. baru publish lah haha
Thursday, October 20
hari sengih sedunia
*sengih* hari ni~ kejap lagi ni~ aku dan girlfriends mau pegi picnic! hoyeahhh! *sengih lagi* walaupun hari ni macam gloomy sikit, tapi kami semua seindah sang suria. jadi, apa perlu cuaca yang cuantikk kalau suda ada gadis yang cuantiikkk bukann??? ahaks! *sengih banyak!*
nanti suda balik aku update cantik2 ya! *sengih*
lagi satu. hari ni gaji kan? hoyeah. ibu janji mau spend aku untuk shopping. sebab aku tidak banyak shopping pun tahun ni *sengih lagi* (ok, menyampah lah balik2 sengih2 ni)
lagi satu benda untuk disengihkan! aku suda upload bah video nyanyi dengan pekan di youtube. hey! hey! suara memang tidak sedap lah pun. tapi upload lah untuk suka-suka. tidak public video tu. unlisted. maksudnya siapa yang dapat link seja boleh tengok. kalau tiba-tiba rasa mau tengok aku kasi kalah najwa latif, boleh lah PM facebook atau tweet aku mintak link ya? waka-waka-eh-eh.
ok. nda bah. nda macam najwa latif pun. sikit pun tidak sama. ok bye!
see you soon darlings!
Wednesday, October 19
Wordless Wednesday
ok fine. aku memang sengaja kasi semua bertindih-tindih atas tu supaya boleh masuk dalam blog (macam study berabis lah kenen). LAME~
semoga tidak Alzheimer
dunedin menangis dari semalam. menangis tanpa henti i tell you~ nda pernah tengok dunny sedih berabis macam ni. mesti putus cinta nih. sobsob
hari ni aku kemas baju baju. sort mana yang mau bawak balik kk, mana yang mau ship pegi kl, mana yang mau let go. sambil mengemas tu terjumpa lah benda-benda yang bikin hati terusik. sedih sikit lah. sikit jak.
nda lama lagi mau balik mesia. kali ni bukan balik untuk summer break. tapi balik for good orang bilang. insyaAllah 1 december tahun depan mau usaha datang sini balik untuk grad. semoga dimurahkan rezeki orang tua ku yahhh. amin amin.
dua tahun seja pun duduk sini, tapi macam-macam experience yang aku dapat. tehee! di sini lah jugak bcinta-cinta (aww!), dengan kepayahan berjauhan, stay up setengah mati semata-mata mau skype. astaga indahnyahahaha! topup IDD card pun berabis jugak haha. ok. itu yang indahnya. yang sedihnya di sini jugak lah putus cinta. teruslah dukacita forever. ha ha ha. (tsk, climax zaman cinta remaja ku di new zealand rupanya. siapa sangka? lol)
di sini jugak dapat rasa sakai main salji, dapat main benda bukan-bukan, dapat BELAJAR MASAK! wuhooo ini paling patut aku banggakan. dapat camping dengan selamat tanpa rasa takut, dapat tengok bintang selalu sebab bintang di sini sangat banyak bertaburan (sebab dekat south pole ka ya? ada sebab tu tapi aku nda tau apa sebabnya). pastu dapat rasa rindu berat-berat duduk jauh dari family. oh dapat rasa piala dunia di tempat sendiri. dapat jalan-jalan dengan kawan-kawan naik kereta (road trip). dapat tengok keindahan alam yang sumpah cantikgila. dapat apa lagi? dapat banyaklah.
semoga di satu hari nanti aku tidak hilang ingatan, atau tidak Alzheimer. nauzubillah. terlampau indah memori-memori ni semua. balik mesia nanti hari-hari lah aku tengok gambar Y___Y
p/s: sekarang pening pasal souvenir. kawan banyak. keluarga banyak. duit tidak banyak hahahaha. matai kamemon~
p/s/s: type smlm baru publish hari ni ha ha. jadi semalam yang hujan tu ya! hari ni cerah cerah suda ![]()
Sunday, October 16
RWC All Blacks vs. Wallabies
hello people! happy sunday!
ok malam ni 9pm waktu nz (4pm waktu mesia) korang harus tengok rwc okeh! NZL vs AUS. must be a great match wiheee. lagi-lagi bila abang kahui main. hoyeah hoyeah.
mula-mula kitorang nak tengok ramai-ramai kat dunedin fanzone. tapi dunedin city council x da tutup fanzone sebab menurut dorang, semua orang da pegi north island (sebab match seterusnya berlangsung di auckland). frust sikit nih. aigooo. xpelah. tengok kat rumah pun okeh lah~ yang penting All Blacks menangggg
cerita kosong
saya dan kawan-kawan seronok melepaks satu hari! eh, in fact, dua hari da kami lepaks! banyak benda yang perlu diraikan. ecewah. hari jumaat lepas hari terakhir kitorang habis lecture. so sekarang ni study week dah la. no more classes, no more assignments. exam seja menanti 29hb nanti.
kebetulan pulak, pagi jumaat tu elaun shipping kitorang masuk. oh semakinlah meter happy bertambah! petang lepas solat jumaat, terus keluar makan dan window shopping kononnya.
semua boleh tahan membahagiakan. cuma yang tak best, duit tak pernah cukup. argghhhh! stress. duit shipping masuk kena bayar electric, kena bayar shipping, kena bayar itu ini. tiba-tiba habis. oi oi. belum beli apa-apa pun ni =_=” iphone memang tak tercapai akal lah. tsk. mengalah lah aku sebelum berjuang. bye iphone. bye.
p/s: spending time with the loved ones is always great. thanks bffs! ![]()
Saturday, October 15
aku gelabah gila
ini cerita jadikan pengajaran ok?
tadi, my friend posted something on our group’s wall. then i commented on that post. and another friend came and posted something in iban cause they both (friend A and B) are iban.
aku pegi gatal mulut dan tangan komen “oi oi mencarut hahahaha” yang mana pada mulanya aku tidak perasan kata-kata sebegitu adalah offensive. silly you riby. urgh.
bukan bah tu. saya kan, kalau di kk, kalau orang cakap yang macam nda difaham, terus purak-purak tuduh dia mencarut/memaki/cakap kotor. kalau saya tdk silap, incik ym bah ni yang ajar-ajar begini =_=”
contoh:
A: kapaupu papahapam kapa kapalapau apakupu capakapap bepegipinipi?
B: oi.cakap kotor (atau memaki atau mencarut) ka kau ni?? hahahahaaha! (sbb in this case, si B ni tidak faham lah apa A cakap)
nah begitu dong. aku sebenarnya mau cakap, “oi apa kamu cakap ni?” tehee. tapi in my own version lah konon which obviously can convey another meaning. harghhh! ambiguous benar.
balik kepada cerita kawan-kawan saya tu. dlm context ni saya cakap “oi oi mencarut!” adalah tidak sesuai, bukan? ![]()
macam lah pulak saya menganggap dorang punya language tu mencarut. TAPI saya tiada niat pun. bukan itu maksud saya. makanya bila saya sedar (2 minit kemudian) terus saya PM dorang sendirian berhad. eh gabragila okehhhh! nanti dorang terluka. eih. tak pasal-pasal gaduh pulak sobsobs.
nasib baek dorang tidak ambil hati. mungkin dorang tau saya mau main-main. adoiyai. maaf lagi satu kali ya kawan-kawan. kalau saya pun mungkin terasa bah tu huuuuu.
ya, ya. saya faham kerana mulut badan binasa. makanya, lain kali tapis dulu dong kalau mau cakap/type.
ok. jadikan ini sebagai pengajaran. cerita ini jangan di bawak keluar dong ah. gwe malu banget punya mulut ga ada insuran kayak gini. terus rasa macam… arghhh! ku lari ke hutan, kemudian, teriakku. ecewah haha. bye lah!
jaga diri hiasi peribadi, eheh! renung-renungkan dan selamat beramal~ *sebut dengan sengau sikit*
Thursday, October 13
kangen setengah mati
tsk. bangun-bangun seja rindu. haih. datang balik penyakit aku. kenapa lagi nih. kuat betul penangan bah. emosi terus aku pagi-pagi. tengahari-tengahari ni.
terus dengar lagi lagu ni. macam terasa betul rindu si agnes nih. dem. byelah.
Wordless Wednesday
selamat tinggal kurus ![]()
bako national park, 2009
hah! macam bangang jak gambar ni bila tengok ayat di atas. seolah-olah kau masih ada~ perempuan tu berkata, “sini kau tengok akuuu. kurus kan??!” hahaha. ok lempangggg! *dengung*
Wednesday, October 12
comeback
ASSALAMUALAIKUMM!!! (sebut penuh semangat, harus kau jah! aku suda kepslok lagi tu) eh, kalian, maaf atas ketiadaan entry beberapa minggu ni. aku lambat pulang buku library bah pastu kena denda pastu student ID aku kena block sebab aku belum bayar denda, pastu aku x boleh access internet. bahahahaha ok tipu. sapa percaya angkat jari telunjuk pigi hidung, pastu cakap ‘kasian deh loe’.
untuk kawan-kawan yang singgah sini untuk cek sama ada hari ni slimdunk.blogspot ada entry baru atau tak, tahniah! kerana hari ada update hoyeah hoyeah. *clap clap* (bajet leteww ahaks)
ok. sorry menghilang. tiada mood beh. atau mungkin sekarang aku suda ada passion lain. ah ah ah. sudah obses dengan si pekan nih. bangun pagi biarpun lambat, sempat lagi petik-petik gitar. lepas mandi terus ambil gitar. habis kelas main gitar, sebelum tidur pun main gitar. pokoknya, foreverlah! :p
aku busy jugak dengan assignments. ada project untuk educational psychology, ada presentation, ada micro teaching, ada lesson plan lagi. argh! hujung sem suda kan. haruslah busy. semua assignment pun mau kena hantar. oh, kemarin ada test lagi. yang lagi susah dari exam. alhamdulillah, better dari yang the previous one lah. yang hari tu susah nak haram! gila ahhh. stress aku.
minggu ni jugak minggu terakhir lecture. happy? selalunya happylah. but yeah, it also marks the end of our uni life in new zealand. sedih lah. gilaka tidak sedih! sedih yok~~ macam nda mau balik jak rasa.
lepas tu dah start study week sampailah exam on the 29th. ada dua paper jak exam sem ni. dua-dua pun jatuh pada hari yang sama. ohsem kan? terus habis.
i’ll be leaving dunny on the 25th of nov. well, hello kk. see you next month. eh apaa??? next month? pfft. masa terbang-terbang huh?
love both the picture and the wording. gambar cilok dari ary. hope you dont mind.
till then.





