Tuesday, April 28

keputusan rasmi

dengan penuh rasa bebelah baginya aku mengumumkan bahawa aku x jadi balik pada hujung minggu ni. maksudnya, AKU TAK BALIK KK lah. huhu. sekian.

t

biarlah aku meluangkan masa bersama gadis2 ku di sini. semoga emo dan stress akan hancur berkecai! yeah~ mari gumbira!

c

*semoga hari para pembaca ceria dan indah! cheersss~

b

emo. tidak sembuh dikelilingi orang2 emo jg

aku hilang mood. asalnya mau study tapi terbengkalai. hehe.. itu sudah biasa. aku pegi carik ilham kat bilik kawan2. tapi… smua org pun tengah emo.

kawan 1: emo sbb unknown reason.

kawan 1 kata x taw kenapa dia berduka. tapi kawan 1 rasa dia nak mak abah dia. mungkin tengah risau pasal exam, mungkin ada masalah dengan kengkawan yang lain. tapi dia sungguh tidak gumbira.

kawan 2: huru hara sebab perasaan bersalah.

kawan 2 rasa dia buat salah dengan seseorang. seseorang yang patut dihormati. kawan 2 tahu seseorang tu kecik ati kat dia, tapi ‘seseorang’ tu tak cakap pun. kawan 2 rasa segan nk mintak maaf kat seseorang tu dengan tiba-tiba. yala, takkan nk minta maaf, org tu tak tunjuk btul2 dia marah/kecik ati. kawan 2 juga segan kalau-kalau seseorang tu x layan dia nanti. aku da cuba bagi ayat yg baekk punyaa. hehe. kawan 2 gelak2 je. ok la tu. at least ada jg ruang untuk senyuman dia. :)

kawan 3: jiwa kacau sebab tgh ada conflict dengan bestie.

bestie dia menjauhkan diri. bertindak tidak seperti selalunya. mestilah perasaan sangat tidak gembira kan? kalau aku pun mesti sedih punya. kawan 3 kelihatan sgt horror. gaduh dengan bf pun tak mcm ni. kesian. dah la nk exam ni. huhu. semoga tabah hendaknya~

kawan 4: putus kaseh

sememangnya sadis dan tragis jika ini berlaku. just nak kawan 4 tahu, kitorang sentiasa ada. tak nak banyak komen yg ni, huhu. aku pun turut terasa dengan kejadian ni. semoga kita happy3 hendaknya. dan semakin dekat dengan Yang Maha Penyayang.

aku: tengah nervous pasal exam tapi setan masih berlegar2 disekeliling lalu homesick muncul dan jiwa kacau. ehehehe…

masalah aku adalah seperti yang di atas. benar. sungguh memeningkan. aku tahu, punca nya dari kemalasan aku sendiri. hehe. tapi muncul lagi suatu idea dari makcik aku yg sungguh memeningkan tapi membuat aku teruja seketika. 1 may (jumaat) adalah cuti umum. jadi, cuti lah!

beberapa jam sebelum ni

“cuti 3 ari nanti x blek kk?” – mck tien

“adeih.. mengolok ba ni kan?” - aku

“haha.. bukan mengolok, menyindir… hehe. rugi x blek. nanti dorg pegi kk (dari lahad datu) 5 keta.” – mck tien

“mck tlg pujuk ayh saya. hehe” - aku

“oh tidak. x berani mck” – mck tien

“haha. trima kaseh la kasi ingat ada cuti ujung mgu ni. hehe” - aku

“minta duit kat nenek, nenek tgh kaya. hehe…” – mck tien

kemudian. makcik aku kol. (ni makcik lain pulak, mck ana). cakap nk sponsor tiket aku blek kk. mintak acc num aku. nak bank in duit. alangkah baiknya kam? untuk makluman, semua rancangan tiba2 ni tidak diketahui oleh ayah bonda aku. huhu. memang cari pasal. aku segan. hehe. segan la bah! sapa nda segan, tiba2 kena hulur bantuan yang meletops. aku cakap, nanti la. aku nak fikir dlu. aku pun x cek tiket lagi. lagi pun aku macam masi shock, tiba2 nak blek kk. biar betol!! kemudian makcik aku ckp, jgn malu2. aduih. aku gembira ada makcik yg baek2 belaka. aku fikir2. aku cerita kat kawan aku, yg sorang suh aku blek bercuti, yg sorang pulak nasihat aku. “buang duit ja ko blek”. otomatik aku re, “ok, aku dgr cakap ko”. kesimpulannya aku x jadi blek hujung minggu ni. aku akan menyusahkan orang kalau aku blek. biarlah aku kekeringan di sini. makan besa2 saja dan tidak lazat seperti di rumah. walaupun aku tgh rindu dengan nasi kuning! biarlah aku bersusah payah menjadi student di sini, walaupun aku ingin bersenang lenang di rumah, tanpa homework, keja dan laundry. biarlah aku mengalah kali ni. tak perlu menyusahkan org yang tak sepatutnya. untuk makcik, keikhlasan mu kuhargai. mungkin suatu hari ni ku membalasnya :)



*p/s: mck, kalau nk belanja jgk, acc saya sentiasa terbuka. hehe

p/s lagi: aku rasa semakin dekat dengan dia, tapi aku rasa aku makin jauh dari dia. macam mana tu??

p/s lagi la: tidak semua yang kita harapkan akan menjadi milik kita. dan tidak semua yang kita harapkan itu indah.


sekian.



berharap emo kawan2 ku pudar, lalu kami bahagia.



roger!

eh, tima kaseh sudi membaca. panjang kn?? hehe

Sunday, April 26

sudah tidak berharap…

setiap tengahari pagi, bila aku buka mata, bangun dari tidur. aku sentiasa berharap hari akan menjadi indah, dipenuhi gelak tawa, tiada kesulitan yang akan dihadapi sepanjang hari, tidak menjadi mangsa kemarahan orang lain, tidak mengalami ketidakstabilan emosi, senyum yg tidak lekang dari bibir sepanjang hari, ke sana ke mari dengan hati yang suka bukan duka, mengunjungi bilk2 kawan sambil menceriakan mereka.

tapi…

manusia tanpa masalah tidak mungkin ada. hari yang sempurna tidak mungkin pernah ada. senyuman di wajah akan pudar bila tiba masa. keceriaan mungkin akan mengundang tangis bila tiba masa. insan biasa, sudah pasti diuji dan diduga. apa yang penting: cara kita mengatasi itu semua.

kegembiraan itu mendamaikan jiwa, tapi kesedihan kedukaan kepahitan aku rasakan penting untuk melengkapkan individu. terima dan telanlah kepahitan seperti ubat-ubatan yang sesungguh nya berfaedah. haha. analogi yang datang secara tiba2!

bo006

paSraH

hari ini aku tidak berharap lagi. aku biarkan perasaan datang dengan suka hatinya… sapa tahu itu lebih indah dan bermakna...

:)