Sunday, February 27

kamu tahu esok apa akan jadi? sentiasalah bersiap-siap

 image we don’t talk anymore. and you know what the saddest part is? we used to talk everyday.

 

satu lagi entry macam-sedih-tapi-sebenarnya-cool. keratan di atas ini buat saya sedar satu lagi makna kehidupan. people change. things too. and they happen unnoticed, unexpected.

hari ini mungkin kau melompat penuh gaya atas trampoline baru mu, sapa tahu esok lusa trampoline mu dicuri orang. terus kau tidak dapat melompat-lompat bahagia lagi. kan?

images (2)kalau ada yang blurr trampoline itu apa, tengok gambar itu.

ok. maafkan saya atas analogi yang melampau tidak relevan itu. tapi kamu faham kan maksudnya? tidak semua benda yang kita mahu dalam hidup ni kita boleh dapat. kalau kita dapat pun, tidak semua yang kita mahu itu sebenarnya bagus untuk kita.

dan perubahan itu datang dalam dua sisi. yang ke satu dari baka baek, yang kedua dari baka busuk.

perubahan yang buruk itu, bahaya kesannya terhadap umat sejagat. cara untuk menepis bagaimana? heh, itu adalah bergantung kepada kesehatan akal dan jiwa. kalau kau kuat, dengan mudah ko jentik baka busuk itu. alah, piece of cake orang bilang. macam jentik tahik hidung seja. wakakaka!

TAPI, kalau kau belum cukup tough (orang sabah bilang taf!), terbawa aruslah kau kesan daripada perubahan busuk itu.

kalau orang yang dekat dgn kita mengalami perubahan yang baek? kita mau buat macam mana? macam mana mau respon? saya pun tidak tahu. ahaha. tapi saya pernah terbaca ini. ehem. bismillahirahmanirahim,

Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tidak ada orang yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sehat. [al-baqarah, ayat 269] wallahualam.

jadi kawan-kawan. perubahan benda-benda atau orang-orang disekeliling kita mungkin tidak seperti yang kita harapkan. yalah. berapa banyak orang yang suka perubahan yang tiba-tiba?

“ei, nda biasalah macam ni”

“kenapa bah macam ni! nda sukaknya!”

“adui, susahlah suda kalau macam ni”

ha. itu antara rungutan-rungutan yang biasa kita dengar. tapi, cuba kita tengok betul-betul. kita mungkin patut ambil pengajaran, bukan merungut tak tentu pasal kan? jujurnya, aku sentap bila baca ayat tersebut.

terus dalam hati aku cakap, “eh. iya. aku sepatutnya ambil pengajaran. lagipun, aku tidak percaya akal aku TIDAK sehat. akal aku sehat. JADI AKU MESTI SEDAR, semua ni berlaku dengan sebab sendiri dan aku akan buatkan ia jadi pengajaran terhebat.”

 

 

sorry. nda pasal-pasal aku cerita pasal ini. bunyik macam emo. huahaha. tapi bukan pun~ haha. sebab semua ni ada kaitan dalam hidup aku. sebab tu aku menulis, bukan? hehe. tapi kamu bolehlah apply dalam kehidupan sendiri pulak. manalah tahu berguna.

sila jangan blur. aku bukan mau kasi orang blur pun. tapi kalau blur jugak, itu maksudnya aku nda pandai menulis. wahahaha. byelah. mau pegi gym. uisehmen! HAHA!

 

 

p/s: hai daus. aku sepak ko nanti kalau ko kutuk aku.

teringat seja. bukan apa pun lah! hehe

tadi.., masa aku tengah buat apa entah. aku tetiba teringat earthquake di christchurch tu. dan terfikir jugak. apa bentuk news la yang TV mesia paparkan. yalah, sebab mesti semua orang risau-risau di kampung tuh.

kawan-kawan pun care jugak. semua tanya-tanya aku ok ka tidak.

terus teringat incik ym. dia teringat aku kah? haha. heish, bukanlah mau mengada-ngada pun mau diingati. tapi erm yeah, well, kan kawan. sedangkan kawan alammaya seja pun dengar earthquake di NZ, terus teringat aku.

kemudian. kemudian. ingatan aku terus lagi terbang ke satu scene.

>>http://slimdunk.blogspot.com/2010/06/nz-vs-italia.html<< itu sebelum aku bertolak ke chch untuk bercuti winter break tahun lepas :p

 

HAHA. terhibur pulak aku malam2. ey ey. kamu jgn fikir macam2 tau. teringat seja pun. alhamdulillah aku okay lah! aku pun heran. dan sedikit risau. kenapa perasaan ni pandai kurang-kurang wahahaha. tiada suda merindu berabis. azam tahun baru untuk jadi kuat tercapai suda kah? hehe. ok bye. pigi baca belog orang lain pulak!

 

 

thanks for reading, bytheway ;)

Saturday, February 26

kawan lama saya, intan…

tetiba teringat intan tadi. terus saya mendoakan dia semoga dimurahkan rezeki, semoga kuat, dan semoga dipermudahkan masalahnya. saya berharap Allah perkenankan doa saya. amin :)

 

ey kawans! aku sukalah sekarang ni. sudah dua hari pegi gym. wahahah! dulu bukan main liat lagi. sekarang semangat berkobar-kobar.. hey hey! jangan main tuduh2 aku pigi mengusha abang body ketul-ketul okeh! aku pegi sebab mau sehat dan beraktiviti dan yang paling penting, SEMAKIN KURUS! yabedabeduuuu! :p

tadi aku semakin semangat. berbaju harimau malaya pulak tu. sekali pandang macam skuad kebangsaan i tell you! ahaks. lepas tu sampai gym, tengok ada brader matching dengan aku. dia pun pakai baju sepesen jugak. boleh aku mintak izin untuk nervous? haha. *pang pipi kiri! pang pipi kanan!* <---hahaha. begitu nama dia menampar laju-laju.

lagi satu. jangan cakap gym tu tempat bina body ketul-ketul seja tau. gym serbaguna nih. ada segala court! haha. jadi tujuan utama aku dan rakan-rakan ke gym, adalah untuk bermain badminton. oossehhh!  setail ka? nda pun kan? besa-besa seja kan? ahaha.

dan lepas tu baru pegi ‘bina perut’ wahahaha. sit up secara sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit~

ok, itu sejalah! nanti ada gambar baru upload ha! ;)

 

 

how’s ur day sayangs? :)