notakefala! ENTRY NI PANJANG SIKIT. YANG ADA MASALAH PENING2 atau TIDAK KECUKUPAN MASA, BACA SEADANYA SAHAJA. KAMU DIMAAFKAN. ehehehehehe!
aku ada facebook, belog, tumblr, twitter, formspring. tapi aku tiada diary. hahaha. untuk apalah aku cerita sama kamu kamu kamu? sekejap. kita baru mau masuk pada isi. dua baris ayat di atas hanya intro. uisehhhhh~ hahaha!
assalamualaikum kawan2! ngeeee *sengih2*
facebook tempat aku lalai. aku termasuk dalam golongan yang gatal tangan selalu update status. bukanlah terlampau malar sampai 2 minit sekali (adakah orang begini?) haha. tapi, tidaklah jugak sampai seminggu tidak tukar status. haha. nda tenang aku tengok status tu kosong. ahahahaha. lagipun mungkin dari cara penulisan dan penceritaan aku di belog ni pun mungkin kamu boleh agak aku ni orang yang macam mana kan? kalau yang suda kenal aku lagi lah sedia maklum. ahaks!
aku mungkin KURANG (kurang ya, bukan tiada) gambar SS. kurang gambar berseorangan. sebab aku segan-segan jugak. hey, tidak cantiklah. kalau cantik dan sexy mesti aku pun terlibat dengan gejala camwhoring. (bersyukur Allah kasi aku jadi cantik-cantik-biasa-sahaja hahahahaha). tapi photo album aku ada 30 sudah! kenapa boleh jadi mcm tu? sebab aku upload banyak gambar aku berjalan2 di NZ ni. tapi kamu tgklah. gambar pemandangan yang banyak. satu hari ayah aku tegur. ibu aku yang bagitau aku, kenapa banyak sangat gambar nurul tu. HA! terus aku cek, ada 25 albums. dang! mana tidak beliau bising. kalau ibu aku, dia suka saja tengok2 anaknya. ah, memang aku upload untuk family aku tengok pun. tapi atas teguran ayah, aku kasi private lah album yang lama2 tu.
p/s: album roadtrip aku saja pun suda ada 10 mungkin. logiklah dia jadi banyak! haha.
tapi. ada satu sikap aku yang aku tidak suka bila aku berada di facebook. aku banyak mulut. nah! kalau aku suda hyper. penuhlah wall ain/ein dengan comment aku. kalau aku extra hyper. malar la tu aku wall-to-wall dengan ain/ein. aku rasa mcm ter-open jugak cerita pasal hati, cerita pasal masalah, cerita pasal yang sulit & persendirian. bila suda hilang hormon hyper baru aku sedar aku meng-expose cerita sendiri dan mulalah aku berharap tiada orang baca post comment2 aku. heh.
part itu yang aku tidak suka pasal perangai aku di facebook.
kalau pasal belog pulak. belog masuk no.2 dalam carta buang masaku, selepas facebook. kamu tau kan. bila aku suda kena rasuk hantu jari, rajin lah tu aku menaip buat entry, walaupun merepek2. hahaha. paling cekap bila aku stress atau sedih atau bengong. heh. nah. membiak lah entry2 dalam belog ku.
eh, sebelum tu, terima kasih kepada pembaca setia. aku tau kamu itu siapa-siapa. mungkin ada jugak yang aku tidak tahu. tapi terima kasihlah! eheee
ok, pasal cerita peribadi. aku maklum cerita sulit bukan untuk tontonan umum, seperti perihal cinta, perihal rumah tangga, dan perihal hati dan perasaan. tapi aku ada jugak masukkan kan? hahahaha. ya ya. sekarang ni baru perasan itu telah melanggar etika penulisan umum (huahahahaha. sukahatiakubuatkosakatabaru!)
tapi semoga kamu tidak bermeluat dengan tulisan2 itu. haha. cerita pasal family pun sepatutnya dielakkan, bukan? nanti ada yang jeles family aku bahagia, dia santet nya pula! eih. nauzubillah. haha. tapi aku jenis yang suka cerita pasal family aku. tanyalah kawan2 aku. mereka belum pun pernah jumpa mak ayah, abang, adik2 aku. tapi dorang suda boleh tahu perihal mereka. eh eh eh… homesick lah! haha.
dan untuk pengetahuan kamu kamu kamu. belog ini sebenarnya masih sulit. tidak pernah dipublish di mana2. pembaca hanyalah kawan2 sekolah, dan kawan2 sekarang (yg ada belog juga ofkos!) dan ada jugak blogger yang aku kenal masa aku rajin blog hopping dulu kala (masa awal2 ada belog semangat mau kumpul follower. hahaha).
pernah sekali aku tengah chat dengan encik ym. aku mau bagi dia link video or something. tapi aku lupa copy link tu. lupa tekan ctrl+c. jadi bila aku paste kat dia, keluar link belog aku. aku ckp jgnnnnn baca!! (sbb dia x tau pun aku ada belog. heheheh) dia ckp ok, x baca. (rupanya dia baca)
sebab in the end of our conversation, dia hint2 aku pasal that particular entry yg aku tersend kat dia. aku malu lah! lepas tu dia cakap
“eleh, sy baca malu. dengan orang lain yang ramai-ramai baca tu nda pulak malu?”
ha. terus checkmate. terfikir. betul jugak wuwuwu. banyak rupanya cerita aku kongsi dengan orang-orang yang tidak dikenali dan mengenali. hohoho.
pasal tumblr. aku suka tengok gambar2 cantik. itu saja. dan aku connect dia dgn facebook supaya aku x jiwang sangat, jadi aku akan behave kalau aku tetiba gatal tangan mau post gambar jiwang2. hahaha. (nnti orang d fb tengok lah! – note to self) hehe.
pasal twitter. aku ada follower yang tidak sampai 10. sebab twitter telampau open. aku rasalah! heeee. jadi aku tidak approve mana-mana pihak yang kurang rapat dengan aku. dan twitter jgk hanya untuk aku mengumpat artis dalam hati. hahahahahhahaha! (especially fasha sondot sanda) dan. twitter jugak untuk tempat aku super jiwang. WAKAKAKKAKA! bila malam mau tidur aku sedih-sedih. aku nda bole mau update status fb. aku suda malas mau update entry. aku suda malas mau on laptop. aku tweet saja di twitter ayat rindu-rinduan. hahahahahahahaha (jgn kasitau orang ah!) yuck yuck. hahaha
formspring? ah. itu tiada guna. hahahhaahahahhahahaha!
BYE. panjang kan?
tolong jawab ini kuiz. manataw kamu dapat hadiah misteri ;)
saya harus meletakkan link belog saya di facebook kerana….. (tidak kurang dari 360 patah perkataan) nah! jawab kamu macam buat essay! hahahahahaha!
bye. sorry panjang! suda dirasuk hantu jari nih! hahahahaha




No comments:
Post a Comment