hahaha. walaupun aku gagal pujuk skype semalam, tapi aku x akan ber-emo2. aku kan super cool~
B-)
lagi pula, aku ada banyak sebab untuk gumbira2. mana ada masa untuk aku emo2 nih! hahaha
ok, sebenarnya aku suda terbuka mata sedikit pasal isu hati & perasaan nih. adalah. biar aku dulu simpan sorang2 apa benda semua tu okeh?
eh, kamu taw? hari ni macam cool gilak! practicum setengah hari, dan hari terakhir dlm kelas tu memang terbaek. haish. budak2 tu betul2 menghibur hati.
balik dari practicum, aku keluar dgn gadis2 aku. siyes lama gila nda hangout . walaupun tadi just keluar lunch sesama, tapi aku rasa mcm best gila. macam balik pegi kuching. whoa. rindu! tadi boley tahan macam kedai mamak jugak lah kitorang buat kat Meridien. kecoh semacam. lama gila x jumpa, main usik2, main gosip2, main kutuk2. dorang sedap jgk membahan aku. huah. rindulah! nanti balik mesia mesti rindu gadis2 ku :)
lepas lunch, aku ameng alif paah ateh pegi Larnach Castle. boleh tahan happy jgk lah. walaupun xde lah rupa castle sangat, tapi still cantek lah tempat tu. boleh lah untuk kasi naik sikit meter happy aku! haha. gambar nanti aku upload. penat gila skg ni. adoih.
balik dari Larnach Castle, kitorang singgah beach kejap. ni 1st time aku gi beach kat dunny. rindu kotakinabalu. tapi sebab sejuk sgt, aku amek 2 keping gmbau, then aku masuk dlm keta. hoho. rugi x ambil gmbau. bukan selalu pegi beach. tapi sejuk bai!
lepas dr beach, pegi setelkan barang2 untuk rumah baru nanti. ambil meja, kerusi, pegi balik, ambil kotak dan sebagainya.
mempunyai ramai insan2 terbaek disekeliling mengingatkan aku bahawa aku tiada sebab untuk bersedih :)
oh, dan kamu kalian2 yang terus membaca, aku salut abis! sanggup buang masa untuk baca benda nda berfaedah dr aku! hahahahaha. dan nampaknya, macam mustahil untuk aku berhenti menulis :P
esok pagi pukul 6 aku gerak pegi Queenstown, insyaAllah. yeayyyyy!! akhirnya aku boleh lepas rindu dgn roadtrip! :)
perjalanan dunny-queenstown dalam 3 jam lebih. insyAllah kitorang balik ptg tu jgk. tunggu gambar dr aku okeh! eheks!
thanks for reading sayangs ;)




No comments:
Post a Comment