Saturday, June 25

mcm esok hari raya pulak

hari ni super penat tapi gembira sebab aku sentiasa ada kawan-kawan yg membahagiakan. sampaikan aku balik dgn penat aku terfikirkan untuk bersyukur pada Yang Esa sbb memberi aku peluang utk sentiasa dikelilingi kebahagiaan. mungkin kt rasa hidup kt penuh masalah dan kesedihan. Tp kt tdk sedar, kesedihan dtg sedikit cuma, yeah kalau mahu dibanding dengan nikmat yang lain Tuhan berikan. apa yang kurang dlm hidup? keluarga yg penyayang, makan yang sedap, pakaian yang mahal pun bole dibeli, belajar sampai negara org, didamping oleh org2 yang baek-baek juga. dlm 24jam mungkin averagenya 1jam saja bersedih, itupun mungkin 2/3 hari seminggu. yang lain? sentiasa bahagia bukan? Alhamdulillah ya rabb

Tadi bercakap dgn ibu. Air mata bercucuran tiba-tiba. sebak pulak. Tp control diam2, bcakap suara macho-macho, siap bole ketawa lagi. Padahal airmata memang dicincang takkan putus. Ibu pun x perasan. hatiku macam terbang ke kk pulak bila ibu cerita satu persatu kejadian.

Ibu sakit. Since few days ago. Oh kamonlah manusia pendengki. Janganlah main kotor, tidak disayang Tuhan tahu? Kebahagiaan org tua saya, dan kebahagiaan kami anak beranak tiadalah muncul dlm sehari. Semuanya dipupuk sejak berpuluh tahun dulu. kau dengki? Kau pupuklah jgk keluarga sendiri. mana bole kau curi 'kebahagiaan' secepat itu. hey main kasar ah, sudalah mau guna jalan pintas, main kotor pulak.

ajul pulak dpt MC balik rumah sbb mata dia bengkak tersiku oleh kawan sbb dia peluk kawan dia dr belakang dan kawan dia bertindak agressive. Hai, ajul ni adik manja saya, dgn sy pun suka main peluk-peluk. Form 3 suda pun. Eh rindu. Sebaknya.

ibu cakap ayah bawak semua org keluar makan. ayah, walaupun kurang duit, selalu mau bawa anak-anak dia keluar makan. especially bila ada yang balik rumah. kami semua duduk asrama dr form 1. Jadi bila kami balik mesti mau ayah bawa makan luar.

Tira macam biasalah, ada saja benda kiut dibuatnya.

Abang, walaupun dia selalu bikin panas, dan susah mau ditegur, dia selalu jd anak yang baek.

Iyan, bulan depan balik mesia lagi. Bestnya dia. Bole puasa, bole raya dgn family.

Aku? Tinggal di sini bercucuran airmata seolah-olah esok hari raya. Apakes. Tidak cool betul. Tapi dalam hati gua ada taman beb.

Ya Allah, jgn Engkau tarik nikmat kebahagiaan kami. Sehatkan kedua orang tua ku. Jauhkan kami sekeluarga dari syaitan & manusia sihir. Kuatkan ikatan hati2 kami, dan jadikan kami adik beradik anak2 yang soleh kepada org tua kami. Amin.

*serius mcm diary pulak. sorry sbb emotional malam ni. i am missing them so bad.

10 comments:

Anonymous said...

kawan,tabahlah :)

Rin Saharina said...

riby,bykkn bsabar :)

KinosKoko said...

org yang suka main kotor tu mmg kompom kotor...
nwy, aku pun x balik raya gak..tapi sekarang ada d rumah la cuti..

EiNeZz said...

T____T

Cinoi said...

Siuk bah tu sana napa kau suka homesick. kak ci ni x pnah pun p sana

Jawahir Madeaming said...

saya balik raya...... hahahaha... nangis la disana ya... ;p

tqa said...

diba: insyaAllah baeklah! ;)

tqa said...

rin & ein : yes yes sabar itu osem!

tqa said...

nana & jawa: uwaaa hari rayaaa

tqa said...

kak cinoi: jauhnya jauh betul bah. bkn mcm kl-kk huuu. nasib ada kwn2 yg best..