Saturday, September 17

banner untuk tupai #rwc

hello kawan-kawan. malas bah mau update sekarang. tiada sebarang berita canggih pun yang mau di update kan.tapi kawan-kawan cakap, ‘update bah blog, mau baca’. nduk kesiannya. bersalah ai~

oklah! oklah! kita random sejala ho?

kenapa ya aku rasa tiada cerita best sejak kebelakangan ni? aku pun nda pasti aku buat apa seja minggu ni. cuma yang aku perasan aku jarang spend masa dengan girlfriends beberapa hari ni. jumpa pun di kelas seja. tu pun kejap. aku banyak tidur mungkin =_=”

oh yes! untuk jarang kalinya aku siap essay awal! wahahaha. sakkai jugak perasaan ini. imagine lah due hari isnin, tapi siap hari sabtu. siap petang-petang pulak tu. so not me! sekarang ni masih pening mau bagi reward apa untuk diri sendiri hehe *dancing*

dan oh oh oh saya tengah miskin. kpm, tolong roger account saya secepat mungkin, puhleazeee~

aku excitedlah untuk rugby world cup nih. macam meloncat-loncat seja jantungku excited. nda sabar mau tengok match di stadium 24hb nanti. england vs romania. ikutkan hati mau beli baju, conteng pipi ahaks!, mau beli bendera. eh tapi tiada bajet, miskin kan~ sobsob.

tapi aku risau jugak macam syok sendiri. orang lain macam tiada rasa excited pun. dan abang aku hari tu suruh bawak bendera malaysia atau kad manila tulis nama dia. apakes kad manila! adik buat banner teruslah abang! wahahaha.

dalam perancangan mau buat bendera england pastu tulis nama TUPAI. (bendera england tu cover seja) hahahaha. xkan tiba-tiba bawak banner tupai kan? harus lah bawak bendera england. orang putih bukan paham pun TUPAI tu apa. mesti dia ingat TUPAI is ‘good luck’ in my language. har-har-har.

ok im excited! dan sudah gunting pun T-U-P-A-I. aku harap dia cukup besar. LOL. over. pang!

17092011(001)

seluas saiz katil single. ha ambek ko abang! nanti tinggal jahit atas kain putih with jalur merah :)

okaylah. mau pegi tengok ireland vs australia now! byes.

3 comments:

PiJuK_Fisio said...

hahaha..awesome!

Rin Saharina said...
This comment has been removed by the author.
Rin Saharina said...

weh,ko tau,faiz suru aku whatsapp ko suru beli jersey rugby tu.haih.tp dia bilang ndak payah sekrg,sbb hrga masih mhal.nti kalo suda abes game baru dia mau.haha.