Monday, July 13

ironi kehidupan…

pernah dulu aku terifkir --> aku tidak pernah merasai kesusahan hidup, tidak pernah dihinggapi dugaan yang tidak tertanggung, malah jarang sekali merasa penderitaan yang menguji ketabahan. dan kerana itulah, hari ini, aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku miliki, tidak matang dalam kelakuan mahupun pemikiran, dan kerana itu juga aku merasa kekurangan pengalaman berharga. selama hampir dua dekad aku menjalani kehidupan ini, belum ada suatu pencapaian pun yang boleh diri aku sendiri banggakan… RUGI rasanya. rugi kerana tidak pernah merasa kesusahan hidup, kerana aku percaya, itu yang akan membuat individu maju ke hadapan, itu yang akan menjadikan manusia lebih tabah, cekal, dan bersemangat untuk meneruskan hidup. ataupun mungkin sekurang2nya membuat manusia hidup dengan lebih bermatlamat.

bila aku menafikan kesusahan hidup ku, bukan aku mengatakan bahawa aku adalah anak orang berada dan sentiasa dilimpahi kesenangan. tidak sama sekali. kehidupan ku hanya sederhana, tetapi kehidupan ku ini dikepalai oleh ayah bonda yang sangat luar biasa kasih sayang nya. segala kemahuan, permintaan dan kehendak kami adik beradik akan sedaya upaya ditunaikan. kalau tidak mampu, mereka berusaha sekuatnya. walaupun mungkin sedikit lambat, percayalah, kedua insan yang terchenta ini akan sedaya upaya menyenangkan hati kami, anak-anak… senangnya hidup ku selama ini.

walaupun aku seorang perempuan. aku tidak tahu membuat kerja2 rumah. kenapa? kerana sejak aku kecil sehingga hari ini,  ada orang yang melakukan semua kerja2 di rumah – pembantu rumah. senangnya hidup ku. tapi lihat, di sebalik kesenangan yang tiada kesusahan, adakah aku patut berbangga dengan ketidakpandaian aku mengemas rumah, memasak dan sebagainya? hey, aku sudah 20 tahun! masak pun tak lulus lagi. *sigh*
itu lah yang aku katakan pentingnya sedikit kesusahan dalam meniti kehidupan. kesenangan yang diberikan pada ku membuat aku lebih lalai dan leka.

heh… ironi nya bermula beberapa hari lalu…
di mana aku telah menerima satu dugaan yang tidak tertanggung rasanya. ujian TERBESAR yang pernah Allah turunkan kepadaku. membuat aku tidak mampu untuk berfikir cara menanganinya. menjadikan aku sedar bahawa ketabahan ku tidak sekuat mana. dugaanNya sungguh berat ku rasakan. aku memerlukan bonda ketika itu, tetapi agak mustahil kerana bonda kini sedang berada di Indonesia. aku buntu.

aku memohon agar dipermudahkan masalah, di tabahkan jiwa oleh yang Maha Esa. aku berfikir lagi… bukankah ini yang aku harapkan? yang aku nantikan? dugaan yang boleh mengajar ku erti kehidupan? dugaan yang boleh membuat aku lebih matang? jadi mengapa tatkala Tuhan menurunkan ujian dan menyempurnakan hajat itu aku pula hanya mampu mengeluh dan terus mengeluh?

ianya tak semudah yang kita harapkan, bukan? kadang2 apa yang kita inginkan tidak semestinya membahagiakan, kan? kita sering percaya akan hikmah yang muncul selepas kejadian, tapi sekuat mana hati kita untuk menjalani ujian2 itu?

bersyukurlah diberi kesenangan, bersyukurlah diberi kesusahan, bersyukurlah diberi kebahagiaan, bersyukurlah diberi penderitaan, bersyukurlah kerana kita harus bersyukur…

Ya Allah, tidak tertanggung rasanya ujian ini. ku mohon agar Engkau ringankan lah ia, atau hilangkan lah ia… dan berilah aku petunjuk untuk melakukan apa yang sepatutnya. yakinilah aku bahawa ada sinar yang menanti di hujung perjalanan nanti. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…

Saturday, July 4

cuti, bercuti & percutian part 2

percutian yang best minggu kedua masa kitorang pegi Manukan Island. Seronot! i tell you~

meh3! tengok gamba meh. nanti ada masa free dtg KK i bwa you all jenjalan. jom2..!

manukan island, june 09 manukan island, june 091

manukan island (99) manukan island (182)

manukan island (133)

manukan island (117) 

seronot. seronot yang x boleh digambarkan. tapi time tu aku tengah majuk. sbb my dad x kasi pegi reunion di TAWAu!!!

tapi, sikecik – tira. menceriakan hari2 kami! aku ketawa, ketawa & terus gumbira.

 

 

sekian.. :)

cuti, bercuti & percutian…

Menyempurnakan hajat & niat yang tergendala. aku update cerita percutian aku yang BASI. haha.

Minggu pertama. tiada apa yang special. duduk di rumah, makan, tidur, itu saja perkara lazim yang akan aku laksanakan. (sejak kecil aku ada pembantu rumah, membuatkan aku spoiled dan sungguh hampes dalam membuat kerja rumah)

Then, datang kazen aku dr LD. rumah aku meriah sekejap. kazen aku ada baby kembar yang berusia 5 bulan. chumel2 belaka~
so, sepanjang beberapa hari mereka di KK, aku jadi ‘tourist guide’ mereka. tunjuk jalan & bawa dey all jenjalan la kesimpulannya. satu kemajuan untuk aku sebenarnya, sebab sebelum ni aku x arif pasal selok belok kk yang agak kompleks. tapi, sejak beberapa tahun menetap d kk, aku suda faham la sikit2 selok belok dia. well, siap boleh jadi guide lagi.. ngeh3.. kemajuan bukan?

Teringat kisah bonda yang sedikit mencuit hati. suatu hari, masa aku da mula bosan duduk di rumah tanpa aktiviti yang sihat, bonda tiba2 semangat mengajak aku keluar. (selalunya, beliau lah yang paling liat bila diajak keluar, sila ambil perhatian). aku, cepat2 bersiap, berusaha tidak merosakkan mood beliau, takut nanti fikirannya berubah. he.. kami pegi 1 borneo. masuk ke “Tune” yang tgh buat ‘stock clearance’ sbb premis dorg mau pindah. my mum sangat pelik time tu – beli barang yang sgt3 tidak relevan – dan semuanya aku larang – sila imagine aku membebel2. hahaha. tapi for real, my mum sangat pelik.tiba2 aku macam kenal perangai tu. macam perangai aku yang tengah tensen dan sangat teruja bila ada kesempatan masuk shopping complex lalu mengambil barang2 tanpa berfikir panjang! hahaha. patutlah org cakap kami serupa! ;)

Aku sempat ambil peluang. hehe. mesti3! aku ajak bonda masuk padini. sempat grab wedges sebijik. :P
Senang hati satu minggu. :D

Balik tu lalu alamesra. huhu. “Alamesra” aku dah pindah twu :’(

IMG_0907

hari2 lain yang biasa, aku berebut dengan tira, main game kat laptop abg. heh.

 

 

*yeah, report pertama berjaya

penulis sedang sakit. huhuhu T_____T. b_ncit pun sakit. cepat sembuh utk diri sendiri! yeah~~