Monday, July 13

ironi kehidupan…

pernah dulu aku terifkir --> aku tidak pernah merasai kesusahan hidup, tidak pernah dihinggapi dugaan yang tidak tertanggung, malah jarang sekali merasa penderitaan yang menguji ketabahan. dan kerana itulah, hari ini, aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku miliki, tidak matang dalam kelakuan mahupun pemikiran, dan kerana itu juga aku merasa kekurangan pengalaman berharga. selama hampir dua dekad aku menjalani kehidupan ini, belum ada suatu pencapaian pun yang boleh diri aku sendiri banggakan… RUGI rasanya. rugi kerana tidak pernah merasa kesusahan hidup, kerana aku percaya, itu yang akan membuat individu maju ke hadapan, itu yang akan menjadikan manusia lebih tabah, cekal, dan bersemangat untuk meneruskan hidup. ataupun mungkin sekurang2nya membuat manusia hidup dengan lebih bermatlamat.

bila aku menafikan kesusahan hidup ku, bukan aku mengatakan bahawa aku adalah anak orang berada dan sentiasa dilimpahi kesenangan. tidak sama sekali. kehidupan ku hanya sederhana, tetapi kehidupan ku ini dikepalai oleh ayah bonda yang sangat luar biasa kasih sayang nya. segala kemahuan, permintaan dan kehendak kami adik beradik akan sedaya upaya ditunaikan. kalau tidak mampu, mereka berusaha sekuatnya. walaupun mungkin sedikit lambat, percayalah, kedua insan yang terchenta ini akan sedaya upaya menyenangkan hati kami, anak-anak… senangnya hidup ku selama ini.

walaupun aku seorang perempuan. aku tidak tahu membuat kerja2 rumah. kenapa? kerana sejak aku kecil sehingga hari ini,  ada orang yang melakukan semua kerja2 di rumah – pembantu rumah. senangnya hidup ku. tapi lihat, di sebalik kesenangan yang tiada kesusahan, adakah aku patut berbangga dengan ketidakpandaian aku mengemas rumah, memasak dan sebagainya? hey, aku sudah 20 tahun! masak pun tak lulus lagi. *sigh*
itu lah yang aku katakan pentingnya sedikit kesusahan dalam meniti kehidupan. kesenangan yang diberikan pada ku membuat aku lebih lalai dan leka.

heh… ironi nya bermula beberapa hari lalu…
di mana aku telah menerima satu dugaan yang tidak tertanggung rasanya. ujian TERBESAR yang pernah Allah turunkan kepadaku. membuat aku tidak mampu untuk berfikir cara menanganinya. menjadikan aku sedar bahawa ketabahan ku tidak sekuat mana. dugaanNya sungguh berat ku rasakan. aku memerlukan bonda ketika itu, tetapi agak mustahil kerana bonda kini sedang berada di Indonesia. aku buntu.

aku memohon agar dipermudahkan masalah, di tabahkan jiwa oleh yang Maha Esa. aku berfikir lagi… bukankah ini yang aku harapkan? yang aku nantikan? dugaan yang boleh mengajar ku erti kehidupan? dugaan yang boleh membuat aku lebih matang? jadi mengapa tatkala Tuhan menurunkan ujian dan menyempurnakan hajat itu aku pula hanya mampu mengeluh dan terus mengeluh?

ianya tak semudah yang kita harapkan, bukan? kadang2 apa yang kita inginkan tidak semestinya membahagiakan, kan? kita sering percaya akan hikmah yang muncul selepas kejadian, tapi sekuat mana hati kita untuk menjalani ujian2 itu?

bersyukurlah diberi kesenangan, bersyukurlah diberi kesusahan, bersyukurlah diberi kebahagiaan, bersyukurlah diberi penderitaan, bersyukurlah kerana kita harus bersyukur…

Ya Allah, tidak tertanggung rasanya ujian ini. ku mohon agar Engkau ringankan lah ia, atau hilangkan lah ia… dan berilah aku petunjuk untuk melakukan apa yang sepatutnya. yakinilah aku bahawa ada sinar yang menanti di hujung perjalanan nanti. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…

2 comments:

raudhah insyirah said...

semoga riby terus cekal dan bersabarlah ya! bersyukur dan sentiasa ingat pada Allah dalam hati luar hati dan dalam setiap perbuatan. insyaAllah tak lama ujian yang Allah hadiahkan ni... =)

bintu hasnan said...

sabar ya kawan. everything's gonna turn out well. just pray and let Him settle the rest ye. Happy2 selalu!