Friday, December 31

day 22

OMG! aku mau cepat-cepat buat blog challenge ni sebab aku nda sabar mau buat new year punya entry. HAHA. jadi, post ni ialah post kelam-kabut tapi ikhlas. hehe :)

 

tapi sebelum type post ni, aku sempat baca satu post dari belog kawan aku. actually, kemarin aku minta dia buat post untuk aku. sebab aku suka tulisannya! kalau kamu baca post-post aku sebelum ni, aku ada selitkan link belog dia.

 

membaca ayat pertama post itu sudah bikin air mata bercucuran. dan untuk kamu yang menulis: sayang kamu! thanks a zillion! semoga terus-terusan ada di sisi sy supaya sy menjadi kuat! *hugs*

 

so, here goes! blog challenge day 22!

A letter to someone who has hurt you recently.

 

dear someone who has hurt me recently, <--- haha!

 

terima kasih atas kata-kata dan mimik muka yang buat aku sentap hari tu. memang aku x pernah sangka hubungan kita yang baik, kau boleh ambil kesempatan pulak. yes, aku memang cool orangnya (HAHA). tapi aku pun pandai terasa jugak! wuwu. cakap-cakap belakang yang boleh buat aku sedih. uhuks. tapi mungkin salah aku jugak.. hoyeah. mungkin kamu ‘care’. tapi aku tersedih dengan tindakan sebegitu.

 

anyway my friend,

jangan risaulah. hubungan kita akan baik-baik saja sebab aku sudah memaafkan. mari keluar bersama lagi! teheee. banyak benda baek yang kita kongsi sama-sama. dan jangan sebab benda kecil yang tidak berfaedah itu kita bermasam muka.

 

me, who was recently hurt by you,

tqa

Thursday, December 30

day 21

A photo of something that makes you happy.

 

Assalamualaikum & hai!

 

meh sambung blog challenge! hoh. sudah masuk hari ke 21!

 

1210138jvuc21z3kf

hey! bukan si domo yang bikin aku happy. tapi, aku akan jadi happy bila ada orang cakap dorang rindu aku. HAHA!

 

lama jugak aku fikir mau letak gambar apa td. atau sebenarnya lama memikirkan benda apa yang buat aku happy. hehe

 

ini antara perkara-perkara yang aku terfikir tadi:

 

family: definitely! memang family boleh buat kt happy. tp reality nya, ada jugak scene-scene dalam kehidupan yang tidak berapa manis untuk kita kenang. kan? eh. tapi family memang selalu buat kita happy. cuma, urm terlampau typical. “apa yg buat kau happy. family”. urm. xmau lah. kita cari yang lain ;)

 

incik ym: heh! memang inilah satu-satunya pencuri hati aku *blush* - tapi tapi tapi! sekarang berada dalam keadaan yang tidak manis. uhuks. jadi, saya fikir, incik ym pun boleh buat sy sedih. tidak gembira. erm, contohnya sekarang ni :p

 

amigos? erm. kawan-kawan ada ramai sekali. dan hati mereka jugak banyak sekali. jadi ragam & kerenah tu sangat berbagai-bagai. ada yang menggembirakan, ada jugak yang tidak :)

 

mcd? aha! ini memang bikin gembira. tp ada jugak mcd yang bikin sakit hati! contohnya mcd di dunny. HAHA. tidak halal! adoi. sakitnya hati bila limpas-limpas depan mcd. ada tapi nda boleh makan. penjahat punya mcd!

 

harta berguni-guni seperti bag baru selonggok, baju 2 almari, kasut 100 pasang. hell yeah! sapa tidak mahu. tolak rezeki betul orang begitu. haha. tapi bahagia sebegitu sementara lah. nda siok! haha

 

 

sebab itulah aku pilih gambar di atas. aku happy gilak gilak bila orang cakap rindu. aku tau aku jenis yang-senang-dirindui! lalalala. haha. ok maaf. maaf. sy janji tidak main perasan-perasan suda!

 

tapi bergantung kepada terma & syarat. tidak boleh lah pilak-pilak di tepi jalan cakap,

“pewwit! i rindu you lah!”

 

NO! ungkapan rindu begitu tidak valid langsung. paling-paling sy antak dia!

 

kalau cakap rindu, mesti mau yang ikhlas. macam mana mau tau ikhlas? hanya mereka dan aku yang tahu. sebab kami seja yang faham. hehe.

 

aku suka bila tetiba besties aku text, “imy”. bila selalu ber-sms ketawa-ketawa sambil flashback kenangan lama, tiba-tiba kau sedar kau rindu kawan kau. siok eh perasaan begitu! ko terai lah (balik balik juga suru orang terai. haha)

 

oh, ada lagi satu pencakap rindu yang power! MY BONDA! gosh. bila study jauh-jauh begini, memang teruji iman di dada. rindu berat sampai 50kg i tell you. nasib baek ada skype & telefon. my mom kan, bila dia cakap

“imy dekkkk~~~~~”

adik = akulah! hehe. simbol wave ~~~~~~ tu, untuk kasi effect lebih sikit. macam meleret2.

 

HOH! sayu gila beb. memang air mata meleleh time tu jugak bila dengar puan bonda cakap mcm tu. lepas hang up, boleh lah cari sapu tangan. haha.

 

orang lelaki jarang cakap rindu. abang aku lah tu. haha. kadang-kadang seja dia naik status di fb dia kalau dia rindu2. jarang sekali. jarang! setahun sekali mcm hari raya. dush!

 

ok lah. stop. stop. bye!

 

 

p/s: as’slm cik nurul, chat ka? semoga gembira di samping fmly :) <--- ini jugak ciri-ciri orang yang rindu. *WINK berabis*

 

BYE! IMY TOO!

 

 

mata.

Assalamualaikum lagi! dan HAI lagi!

 

oh yesss darlings! hari ini puan mahu bual-bual kosong pasal mata. mata yang orang cakap kunci kepada hati. ahah! dari mata turun ke hati, bukan? hekhek.

 

ouh btw, entry ini sebenarnya ditangguhkan sebab jam sudah hampir ke pukul 8 malam tadi, semasa idea muncul. heyh, musti mau tengok malaysia vs indonesia. jadi entry masuk draft dulu. dan alhamdulillah, walaupun mesia kalah tapi menang jugak. HAHA. anyways, mari sambung cerita pasal mata.

 

kalau orang buat teka-teki, banyak-banyak….(erm.. mata masuk kategori apa? let’s assume, mata itu benda). kita ulang balik soalan teka-teki.

 

banyak banyak benda (lol), apa yang tidak pandai mentipu?

 

haha! boleh lah kamu terai(try) jawab MATA! hekhek.

 

bagi aku, mata tu sangat penjujur. mereka jarang jadi pentipu. aku perasan benda ni dari dulu. masa aku main-main dengan cermin. aku selalu tengok cermin sambil buat-buat muka kiut, muka senyum, muka serius, atau muka yang macam-mana-mau-buat-muka-bila-jumpa-si-anu-nanti-ah?, muka macam-macam lah! kalau ada orang masuk bilik, terus cepat-cepat berlakon picit jerawat. ahaks

 

jadi dalam masa aku begayak-gayak depan cermin tu lah, aku terperasan, mata aku macam bole indicate the whole expression of my face. eceh. gituuu~ HAHA. siyes. macam kalau nawaitu aku mau buat muka gembira, terus mata aku macam glowing2 bersinar dan bercahaya. cuba kamu terai! cuba buat-buat muka gembira dan sedih. berbeza tu pancaran sinar mata! trust me. pegi terai! HUAHUA.

 

dan kalau kamu masih tiada kerja lagi, kamu boleh teruskan mencuba aktivity ini

prosedur adalah seperti berikut:

1. cari seorang rakan untuk membantu penyiasatan.

2. sediakan kain untuk menutup mulut sehingga kawasan hidung. objective:

    hanya mendedahkan kawasan mata.

3. disebalik kain, cuba buat ekspresi anda. sama ada senyum, atau sedih, atau

    tiada perasaan.

4. tunjukkan kepada rakan anda (pasukan penyiasat di no.1 tadi)

5. paksa mereka untuk meneka ekspresi disebalik kain yang menutupi, dengan

    hanya berpandukan sinar mata anda yang terdedah (sila rujuk no.2)

 

 

dengan aktivity sebegini, barulah kamu akan sedar, betapa cuanteknya mata kamu. dan betapa hebatnya pandangan mata seseorang.

 

kalau kamu perasan. kawan rapat kamu sentiasa tahu kamu ada masalah atau tidak. mari dengar situasi aku:

 

by, kau okay ka? sedih ka?

eh, nda lah. *faking a smile*

tipu. ceritalah dengan aku.

 

see! they can tell. walaupun kau tampal senyuman palsu diwajahmu, kawan-kawan boleh tahu. sebab mata tidak pandai mentipu!

 

dan sebab itu jugalah, orang tua-tua cakap,  kalau mahu tau orang tu bercakap benar atau tidak, tengok mata dia. heh! orang tua-tua memang pandai dan ajaib! :)

 

punca utama aku tulis entry ni adalah sebab terheksaited dengan pandangan mata derek sherperd, yakni celebrity crush aku yang paling satu-satunya.

 

tadi masa aku tengok grey’s anat, ada satu scene di mana derek masuk OR (operation room) lepas tu dia nampak wifey dia tengah buat neurosurgery dengan hebatnya. mata dia macam kagum dan bangga dan penuh kasih sayang. yak awloh. meltingnya. oh, harus saya tegaskan juga. saya tidak nampak senyuman derek, sebab dia memakai tu topeng H1N1, tapi saya tahu dia senyum sesenyum-senyumnya, di mulut, mata dan hati.

 

SO SWEEEEET!

 

nah. tidak percayakan! tengok ni. aku buat print screen untuk kamu semata-mata. HAHA.

derek1

 

derek2

 

derek3

 

lainkan pancaran kasih sayang dari mata-mata di atas? heh. memang dari mata turun ke hatilah! jangan kamu tengok dia lama-lama.

 

 

bestquotes dr episode nih: “because when it comes to love, even freaks can wait forever”



p/s: oooppsie! the hantu jari is here!