Assalamualaikum lagi! dan HAI lagi!
oh yesss darlings! hari ini puan mahu bual-bual kosong pasal mata. mata yang orang cakap kunci kepada hati. ahah! dari mata turun ke hati, bukan? hekhek.
ouh btw, entry ini sebenarnya ditangguhkan sebab jam sudah hampir ke pukul 8 malam tadi, semasa idea muncul. heyh, musti mau tengok malaysia vs indonesia. jadi entry masuk draft dulu. dan alhamdulillah, walaupun mesia kalah tapi menang jugak. HAHA. anyways, mari sambung cerita pasal mata.
kalau orang buat teka-teki, banyak-banyak….(erm.. mata masuk kategori apa? let’s assume, mata itu benda). kita ulang balik soalan teka-teki.
banyak banyak benda (lol), apa yang tidak pandai mentipu?
haha! boleh lah kamu terai(try) jawab MATA! hekhek.
bagi aku, mata tu sangat penjujur. mereka jarang jadi pentipu. aku perasan benda ni dari dulu. masa aku main-main dengan cermin. aku selalu tengok cermin sambil buat-buat muka kiut, muka senyum, muka serius, atau muka yang macam-mana-mau-buat-muka-bila-jumpa-si-anu-nanti-ah?, muka macam-macam lah! kalau ada orang masuk bilik, terus cepat-cepat berlakon picit jerawat. ahaks
jadi dalam masa aku begayak-gayak depan cermin tu lah, aku terperasan, mata aku macam bole indicate the whole expression of my face. eceh. gituuu~ HAHA. siyes. macam kalau nawaitu aku mau buat muka gembira, terus mata aku macam glowing2 bersinar dan bercahaya. cuba kamu terai! cuba buat-buat muka gembira dan sedih. berbeza tu pancaran sinar mata! trust me. pegi terai! HUAHUA.
dan kalau kamu masih tiada kerja lagi, kamu boleh teruskan mencuba aktivity ini
prosedur adalah seperti berikut:
1. cari seorang rakan untuk membantu penyiasatan.
2. sediakan kain untuk menutup mulut sehingga kawasan hidung. objective:
hanya mendedahkan kawasan mata.
3. disebalik kain, cuba buat ekspresi anda. sama ada senyum, atau sedih, atau
tiada perasaan.
4. tunjukkan kepada rakan anda (pasukan penyiasat di no.1 tadi)
5. paksa mereka untuk meneka ekspresi disebalik kain yang menutupi, dengan
hanya berpandukan sinar mata anda yang terdedah (sila rujuk no.2)
dengan aktivity sebegini, barulah kamu akan sedar, betapa cuanteknya mata kamu. dan betapa hebatnya pandangan mata seseorang.
kalau kamu perasan. kawan rapat kamu sentiasa tahu kamu ada masalah atau tidak. mari dengar situasi aku:
by, kau okay ka? sedih ka?
eh, nda lah. *faking a smile*
tipu. ceritalah dengan aku.
see! they can tell. walaupun kau tampal senyuman palsu diwajahmu, kawan-kawan boleh tahu. sebab mata tidak pandai mentipu!
dan sebab itu jugalah, orang tua-tua cakap, kalau mahu tau orang tu bercakap benar atau tidak, tengok mata dia. heh! orang tua-tua memang pandai dan ajaib! :)
punca utama aku tulis entry ni adalah sebab terheksaited dengan pandangan mata derek sherperd, yakni celebrity crush aku yang paling satu-satunya.
tadi masa aku tengok grey’s anat, ada satu scene di mana derek masuk OR (operation room) lepas tu dia nampak wifey dia tengah buat neurosurgery dengan hebatnya. mata dia macam kagum dan bangga dan penuh kasih sayang. yak awloh. meltingnya. oh, harus saya tegaskan juga. saya tidak nampak senyuman derek, sebab dia memakai tu topeng H1N1, tapi saya tahu dia senyum sesenyum-senyumnya, di mulut, mata dan hati.
SO SWEEEEET!
nah. tidak percayakan! tengok ni. aku buat print screen untuk kamu semata-mata. HAHA.
lainkan pancaran kasih sayang dari mata-mata di atas? heh. memang dari mata turun ke hatilah! jangan kamu tengok dia lama-lama.
bestquotes dr episode nih: “because when it comes to love, even freaks can wait forever”
p/s: oooppsie! the hantu jari is here!




No comments:
Post a Comment