Ia lebih dikenali sebagai jerawat. Adapun nama saintifik nya adalah acne, ia juga sering digelar pimple. Tapi, sesetengah mangsa menganggapnya ‘spotlight’ kerana sifatnya yang sungguh menyerlah seperti kilauan spotlight di Stadium Likas. Selain daripada itu, jerawat juga kadang-kadang di gelar dengan ‘tahi lalat’. mungkin kerana sesetengah golongan tidak dapat membezakan antara dua ciri yang sangat berbeza ini. Gelaran2 yang diberikan jelas menunjukkan identiti masyarakat kita yang terserlah dengan kesantunan berbahasa :)
Apa yang unik pada jerawat ialah lokasi nya yang sentiasa menarik perhatian ramai. Mangsa(19), nama dan identiti nya dirahsiakan, ketika ditemu bual, sangat bersetuju dengan keunikan jerawat. Katanya, “memang benar lokasi jerawat2 saya sungguh unik, sehinggakan kawan2 saya dapat mengesan satu corak yang sungguh konsisten. aneh bukan? tapi ini juga sesuatu yang boleh dibanggakan” –bangga hotak hang!
Selepas temu bual tersebut, mangsa bersetuju untuk menunjukkan gambarajah berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat.
p/s: kata surat khabar. hitam putih pun okeh. ha-ha-ha.
-edisi tidak bernama-




1 comment:
saya rasa ini sebagai daya tarik anda yang menarik...
Post a Comment