ISNIN: Majlis Berbuka Puasa bersama classmates. oh. saya sangat sayang mereka. mereka lah yang selalu melayan kesengalan saya ketika tidak berada di bawah pengawasan orang tua saya. untuk pengetahuan semua, saya boleh jadi hyper active pada waktu2 tertentu (hampir setiap waktu). jadi, apabila saya mengalami transformasi tersebut, classmates saya lah yang TERpaksa menjadi mangsa. saya simple saja berbaju hijau bertudung putih semalam. tapi jangan risau. masih comel okeh!
terima kasih kepada alif & tsemin yang bermurah hati menyepen kami sekelas! seronot i tell you! gambar nanti upload okeh!
SELASA: he… saya berbuka puasa di rumah seorang mak cik yang ada seorang anak bujang. engineer okeh! eh3. tapi itu bukan tujuan saya berbuka puasa di rumah beliau. bukan. bukan. jangan salah faham. saya ke rumah beliau kerana diajak oleh roomate saya. YA! saya sudah rasmi menjadi roomate kepada Daraini. tadi saya suda jumpa penyelia asrama untuk memohon perpindahan. status permohonan mahu tahu? *ah! mau tawu aja!” puan tu cakap, “diluluskan serta merta” wah. hebat bukan?! tengok la anak sapa. lalala~ okeh, kembali kepada berbuka puasa di rumah makcik-yang-ada-anak-bujang-tapi-saya-tidak-mahu-juga-dengan-anak-bujang-dia-tu. makan sangat banyak i tell you! saya senyap, sungguh menghayati.
siyes sedap! banyak pula tu. wahahaha.. sebab tu saya tidak layan menjadi “slimdunk” lagi. ah! MENCI!!
RABU: Majlis Berbuka Puasa bersama coursemates lagi. tapi kali ni di asrama pula. kira macam majlis berbuka puasa untuk blok saya yang terdiri daripada coursemate sendiri jugak. makan lagi kan??! adoih. menu esok adalah NASI KERABU! pergh. sodap beb. oh ya, esok birthday JOY.
Nana ajak kuar makan. eh3. aku baru pasan. macam mana mau makan nasi kerabu, kemudian keluar lagi pegi celeb bday joy?? kita tengok lah esok macam mana okeh! hari rabu jugak saya bertugas untuk sahur esok hari (khamis). so, malam rabu, lepas semayang terawih, saya pegi dapur masak3! ha-ha-ha. seronot nya. boleh hyper-active di sana sambil dilayani oleh mereka2. p/s: saya bukan attention seeker. saya cuma suka bercakap secara pukal.
KHAMIS: Majlis Berbuka Puasa bersama PM. PM bukan private message. PM = prime minister, perdana menteri. whoa. yang ini pun bersama classmates, dan budak2 lain jugak kot. tapi teda baju chantek. hu. baju2 yang best semua di rumah suda. haihs. yeah! makan lagi. berharap jugak dapat duit raya. wakakaka~
JUMAAT: hey2! Jumaat saya balik rumah! hoyeah. lama kan lagi? jumaat oh jumaat! cepatlah datang. saya tidak sabar mahu balik. adik2 saya suda balik ke rumah pagi tadi. awal nya mereka cuti. huwaaa
<---okeh, icon ni hyperbole sket.
p/s: 80% cerita pasal makan kan? macam mana nda gummmuk??
p/s/s: lengkap kan? past, present, future. maksudnya, tengah ada mood mau membebel. kamu layan seja aa!
p/s/s/s: bagus juga bah gembira2, jadi saya kurang pikir yang sedih2. terima kasih semua yang menceriakan hari hari saya.
p/s/s/s/s: chomel kan icon2 tu. saya suka tu onion head. sbb bawang kepala dia. haha. namapun onion-head. lalalala~




1 comment:
Nice staf, men! Thank4post
http://liemenheafer.chez.com/skachat-programmi-dlya-kompyutera/308.php
http://nordiafikib.chez.com/skachat-besplatnie-programmi-dlya-kompyutera/skachat-programmu-na-russkom-avira-antivir-personal-en-900418.html
Post a Comment