Tuesday, April 12

dunny: how cold is cold?

jarang aku bercerita pasal keadaan dunny kan? selalu pasal kisah hidup aku yang merepek tu seja. entah segala macam benda pun mau di ceritakan dalam belog ni. sungguh tak cool. salah satu benda yang orang selalu tanya, ialah pasal cuaca. even mak bapak aku pun tanya tadi masa kitorang skype.

 

sejuk ka? berapa degree?

 

dunedin ni terletak di south island, nz. jom tengok map. aku tau korang malas google.

boleh nampak dunedin? bagus, sungguh gojes kalian-kalian ni :)

 

di bawah-bawah-bawah-bawah-bawah sana tu ialah south pole. jaraknya antara dunedin dan south pole adalah 3,046.47 miles. aku cilok info dari sini. jadi, MUNGKIN atas faktor keberhampiran dengan south pole, south island nz adalah sedikit sejuk berbanding north island-nya. dengan kata lain, dunny dan christchurch lagi sejuk sikit dari aukland lah.

 

winter break tahun lepas, aku pegi north island. cuaca winter dorang macam cuaca summer dunny. di auckland, keluar malam time winter tu boleh pakai cardies jak, x pakai jacket pun bole survive. tapi kalau hujan pun sejuk jugaklah. tehee :)

IMG_6719

 

dan sejuk dunny tu, sejuk yang macam mana? ok, ini aku ceritakan berdasarkan pengalaman seja la ho.

 

sebelum sampai nz, tempat tersejuk yang aku pernah pegi ialah gunung kinabalu. mungkin suhu di gunting lagadan (sebuah lokasi dekat dgn puncak kinabalu) lebih kurang 5’c. masa tu memang sejuk gila kentang lah. baju sejuk 4 lapis tapi masih menggigil. aku ingat lagi aku x boleh tidur malam tu sebab tilam dia lembap/lembab (aku tak tau kosakata yang mana satu sesuai dgn context). da la tidur pakai baju 4 lapis, tilam pulak lembap/lembab. huhu x best nya ;(

 

bila sampai dunny, sejuknya lagi berganda-ganda. mungkin anginnya yang sejuk gila.  bila cuaca sejuk membeku, tulang belakang aku akan sakit sebab sejuk gila. badan menggigil dengan automatic. kadang-kadang sejuk sampai tahap memenatkan badan aku! penat. penat sebab menggigil. kalau menggigil kita guna tenaga jugak kan? otot2 badan macam mengecut kan? ha. macam kalau di rumah kita bangun subuh-subuh pada musim hujan, dan mandi atau sentuh air. hoh, menggigil yang macam tu lah lebih kurang. tapi itu sekejap jak. kalau menggigil yang berterusan mcm mn? sgt memenatkan taukkk ;(

 

bila jadi macam tu, aku akan tiba-tiba cakap dgn diri sendiri, “OK! stop menggigil!” lepas tu akan buat gaya pasrah. ala, macam melembikkan badan. anggap macam tiada deria rasa. TAPI, akan bertahan seminit dua jak, sebab lepas tu akan menggigil lagi! brrrrr.

 

penat lah mengecutkan badan dan menggigil. pakai baju tebal-tebal pun sejuk jugak ;(

 

alternative lain selain menggigil ialah dengan memasang heater. heater ni macam ekon. tapi ekon bikin sejuk. heater bikin panas lah kan. haha. tapi yang nda best pasal heater ni, dia akan buat kulit kering dan udara tu rasa nda best. uwaaa! serius aku nda suka heater. dia macam sedut semua udara segar dalam bilik, pastu sangat keringggg. dan rasa macam dalam sauna (aku x pernah pegi sauna pun aku hentam jak ni) hahaha.

 

selain itu jugak, dunny ni unpredictable.. org cakap jugak, boleh ada 4 musim dalam sehari. pagi-pagi sejuk menggila, tetiba ada cahaya matahari di sebelah petang dan sangat membuat kau ketibas (ketiak basah) atau ketiban (ketiak banjir) wakakakakaka. hoi! manataknya~ pegi kelas pagi2 confirm sejuk, pastu mestilah pakailah baju tebal2 aite? sekali tetiba keluar dari kelas matahari tu ha terpacak terik di sana. nais huh? =_=”

 

dan kalau di mesia kita sibuk berteduh dari kena matahari kan? kalau di sini, cuaca sejuk. jadi bila ada matahari, kau akan happy. 1) sebab matahari jarang bersinar terik. 2) sebab ko mau cari sumber haba. bila ko berada di bawah matahari tu pun belum tentu rasa panas. sebab udara masih sejuk, tapi bila berjemur bawah matahari, kira ko dapat rasalah jgk haba tu walaupun masih sejuk. sebab tu jugak ko akan jadi gelap, sebab ko cenderung untuk kena cahaya matahari. eh, faham ka? aku mcm bingung. x tau mcm mn mau explain.

 

gini2. kalau di mesia, kita kena matahari terus nak larikan diri kan? kalau di sini, kau sengaja2 pigi berpanas tapi sebenarnya udara sekeliling sejuk jadi ko mau terus berada di bawah matahari. so, semakin banyaklah kuantiti matahari yang kena dgn kita.

 

faham lah please :)

 

err.. ok. itu jak lah dulu :)

 

aku dapat idea mau kongsi benda ni masa aku bengang sebab sejuk gila beberapa hari lepas! skrg ni masih lagi autumn, belum masuk winter. tapi weather beberapa hari ni macam da macam winter. pakai duvet tebal-tebal pun masih sejuk. adoi, agak susah sikit mau tidur. kena penat menggigil dulu ;(

 

 

luckily aku nda tercampak ke russia dan tempat2 yang sewaktu dengannya. sana lagi sejuk kot. grrrr

 

 

esok-esok cerita pasal, how kacak is the orang puteh pulak.

1 comment:

Cinoi said...

tableh blah KETIBAS!! mana kau blajar