Thursday, September 8
I finally figured out my password! HAHA
Er... but with no idea. hahahahaha.
Okay! Till then.
Kisses,
Riby
2016.
Wednesday, April 3
Malas pegi sekolah esok.
Mintak ampun. Aku kasi classroom cue berabis suda, 3 saat jak bertahan senyapnya. Restless forever. Nda pastilah sebab faktor dorang PJ ka tadi atau memang forever hyper. Tahun 1 boleh handle setakat tadi. Tahun 3 macam ada beberapa yang bosan. Yang excited tu pun mungkin sebab i cikgu baru je. Ah.
Rasa gagal.
Ya jadi sekarang cabarannya, macam mana mau kasi jinak year 2. Macam mana mau kasi tidak bosan lesson year 3 (sebab dorang pnya syllabus suda makin serious bah) haih. Dan apa2 lagilah. Mau balik. Hahahahahaha cap ayam gila cikgu mcm ni baru berapa hari mintak balik suda. Gedushhh!
posted from Bloggeroid
Masih serabut.
Resah sikit lah tiada kereta. Di pekan kecik ni rumah yang jaraknya 3km pun rasa jauh sebab yang lain2 semua berpusat di bandar. Kiranya rumah aku tersasar sikit dari pekan. Rasa jauhlah ofcourse! :'(
Jadi boleh diringkaskan macam ni:
Rumah - pekan - sekolah.
Jarak masing2 adalah dalam 5 minit.
Tapi ya~~ masih rasa nda best sebab tiada kereta. Hahaha puih.
Sekarang cuma sewa kereta sapu. Join guru2 semenanjung di sekolah aku. Tapi bila mau pegi pekan macam errr kalau nda ngam timing pck tu x dapat tolong. Aku apa lagi. Sedihlah hahaha. Lembik.
Untuk hari ini, aku penat. Lepas isyak terus siap2 untuk tidur. Haa sekarang ni lah. Memang suda lembik ni. Tapi lesson plan belum buat. Hm hm. Mau bangun awal kah?
Tiada housemate. Bosan. Bye.
posted from Bloggeroid
Thursday, March 21
Heels.
Suda jugak ba korang tau di mana saya posting kan, kawan-kawan? Jangan letak nama sekolah sini nanti orang google jumpa pulak hahahah! Jadi ceritanya aku sudah selamat pun lapor diri hari selasa lalu. Sekarang ni mau berceritalah pasal hari lapor diri tu. Eheh!
Sampai jak PPD terus masuk pigi tegur beberapa orang cikgu dari kent. Terus aku pun
'ohhoww.. Kenal nazatul akma?'
Terus sorang tu lajulaju tanya balik
'atiqahruhaizad ka ni??!'
Malu okeh. Hahahaha! Nama penuh facebook la bah kan.
Heyyy kuruk! Apa kamu cerita dengan dorang ni haha. Sebenarnya aku kenal pun kawan si kuruk, tapi orang lain. Yang menanya tu belum lagi ber-add di facebook. Haha. Bagus cikgu-cikgu kent ni, peramah eh dorang haha.
*pause. penat eh menaip di handphone*
Itu cerita famous di pagi lapor diri hakhak.
Lepas taklimat, semua pegi dengan guru besar masing-masing dan GB aku x dapat hadir. Jadi PK yang datang ambik. The first thing yang dia cakap ialah...
'saya ni khuatir kasut kamu di sekolah nanti'
I was like.. 'ok betul plak pesan farah'
Dan respon aku masa tu ialah 'cikgu saya ke tandas sekejap aa, nanti saya datang balik' hahahahaha.
Terus sampai sekolah. PK tu cakap, "ba pigi la ko di pejabat. Ko naik jak (bukit) nampak la tu bangunan. Ko masuk jak duduk sana."
Sekali tengok. Woi bukit bole tahan macam baldwin street woi!!! (google: baldwin street). Hahahah steep gilak. Pastu simen. Bukan tangga2 untuk di daki. Dan kasut aku adalah kasut puan bonda yang rupanya 1 size smaller than my actual size. Dari PPD lagi aku menahan sakit kaki. Sudalah kasut baru, jadi extra sakit. Jem!
Pastu masuk staff room. Sangat awkward. Bahahahaha! Nanti aku tua-tua aku mesti kelucuan dengan gayaku dan muka ku masa tu. Tiada confident langsung. Nampak macam nda selesa gila. Eh, sekarang pun suda rasa lucu bila ingat balik.
Yang penting cerita heels ni belum habis. Hahahaha apa ba aku punya cerita ni, kan?
Masa sampai depan staffroom/office tu kan, ada budak2 dari toilet. Terus berbisik-bisik...
'ui ui eh eh cikgu baru ka tu. Siapa tu siapa tu. Cantik kan? Eee suka suka suka!'
Ok tipu.
Begini dia cakap,
'siapa tu. Tingginyaaa kasut dia kan!' =_=
'nak.. cikgu nda tau ni begini cabaran yang terpaksa cikgu tempuhi' -dalam hati.
Haihs. Turun bukit jangan cerita lah. 1cm je setiap langkah. Dalam hati cuma, "nurul jangan bikin malu buat sejarah tergolek pegi bawah di hari pertama. Malu sampai tua nanti."
Heels. Hari pertama. Bikin extra serabut.
Nanti sambung! (itupun kalau aku berjaya publish post ni)
Aku mau internet cepat2. Hahaha. Cikgu sekarang, manjak. Mau rumah best mau internet laju. Puih! Ni kalau kerja nda seberapa ni mau kena hempuk.
Gambar tengok instagram k. Sekian. Love you. Eh? :p
posted from Bloggeroid
Wednesday, January 9
in awe.
Syeikh Ali Assobuni. beliau sepatutnya hadir di Masjid Nurul Hikmah, bukit padang hari sabtu lalu. beliau ialah salah satu ulama Syria yanggg terkenal dan ada banyak menulis buku2 terkenal. Beliau datang ke Malaysia beberapa bulan lalu, dan fyi, kerakyatan beliau di Syria ditarik sebab beliau merupakan antara golongan yang tidak takut dengan pemerintah zalim di syria. Syria skrg diperintah oleh golongah Syiah yg sangat sangat sangat zalimmm T_T (sebab aku selalu ignore benda2 general issue macam ni, aku baru tau lah cerita-cerita ni semua. lepas ni wajib ambil tahu. wajib, riby!)
Tapi, sebab syeikh tengah tidak sihat, beliau tdk dapat datang ke masjid bkt padang hari sabtu tu. ada sorang orang yang macam menguruskan syeikh ali, yang mewakili ceramah malam tu. dia translator jugak kepada syeikh sebab beliau x berbahasa melayu. jadi, translator tu mula-mula sekali mulakan majlis dengan meminta maaf dan menceritakan keuzuran syeikh. kesian sangat dengar cerita beliau masa tu. sebelum dia datang kk, syeikh ada jadual ceramah di KUIS. masa tu beliau sudah tidak sihat, jadi dengan sengaja tidak dikejutkan. tapi beliau bangun sendiri dan mengajak pegi tempat kejadian. kebetulan pulak hujan dan jam. dorang stuck dalam keta hampir sejam dan lagi sejuklah kan dalam tu. beliau pun makin tidak sihat. tidak sihat sampaikan beliau terpaksa tidur sekejap sebelum program bermula. dan hanya dapat bagi talk sekejap saja.
dalam keadaan macam tu pun, beliau masih mau pegi kk the next morning. tapi, pagi sebelum bertolak beliau muntah dan terpaksa tdk hadir utk ceramah di kk pada malam tu lah – touching sesi pertama.
okay, semua hadirin yang ada di masjid pun faham dengan keadaan tu so tidak apalah kalau tidak hadir, kan? tapi lepastu syeikh pesan dia mahu skype. dalam hati aku, “OK. ini stayaq.” tapi at the same time macam was-was jugak lah dengan kehebatan broadband kan. tidak lama lepas tu berjaya jgk skype. tapi tdk dapat dengar suara syeikh. beliau pun chat chat chat (dalam bahasa arab) dan semua orang pun tunggu dan lihat seja. tengok jak muka syeikh masa tu, ya ampun. sedih. kesian betul. muka dia merahhh dan nampak tdk bermaya. gigih jugak untuk ‘hadir’ kan? – touching sesi kedua.
itu adalah gambar di TV yang di sediakan di tingkat atas ya kawan-kawan.
lepas tu, sebab suara syeikh x dapat di dengar sebab masalah internet, lepas beberapa kali try video call tu tapi ndak berjaya, syeikh decide dia mahu skype (video call) sambil buat phone call. terharu. sanggup dia buat apa pun untuk laksanakan tanggunjawab dia, kan?
and thats him making a video call and phone call. sebak. sebak.
lepas ceramah yang menyedarkan hadirin pasal kedudukan islam di syria dan kezaliman pihak syiah ni, dorang tunjukkan video-video keadaan sebenar di syria. aku x larat tgk. darah is everywhere. 95% aku tutup mata. mau cerita banyak lagi tapi mungkin next time. banyak jugak lah dapat dari sesi malam tu. sekurang-kurang aku sedar benda-benda macam tu wajib diambil tahu, dan tidak boleh suka hati mau ignore.
daripada sesi malam tu, kezaliman di Syria sudah mengorbankan 200,000 orang tahu? berbanding di palestin yang hanya 50,000 orang. itu satu statistic yang aku baru tahu jugak.
dah saya jumpa warden saya duluuuu – cikgu ray! :D:D
ok, till then. assalamualaikum :)
Thursday, January 3
my day so far..
assalamualaikum!! *baca penuh semangat, please.
iols beli baju baru hekhek. iols happy. dengan ibu sekali happy hahaha aku taktau kenapa tapi dia cakap, “okay kalau baju macam ni bole beli banyak-banyak” hahaha. i know she didnt really mean it. kehkeh.
beli baju pun kecoh kan? bukan apa, suda lama ndk beli baju baaa hahaha! bambong kan~
(bambong = menganggur). income pun tadakk T_T
lepas tu alhamdulillah dapat rejeki lagi tadi hee. tapi kena tahan hati tidak shopping sebab battery phone suda kong macam bongs-ngoks. uh, kecewa sangekkk~
tadi first time naik bas dari rumah di luyang ni ha. forever nervous okay. nervous bila mau tekan loceng. takut jadi perhatian sebab bila tekan loceng semua orang pandang. boleh? HAHAHA. dulu masa zaman dorang kamelia (kemek) stdy di UMS selalu naik bas pegi sana. takut hoi hoi hahaha selalu text kemek tanya bila mau tekan loceng. wuwu. very the sakai.
lepas shopping2 seorang dara, ayah ambil untuk pegi PPD. kononnya mau apply untuk guru ganti. sudahnya, aku tinggalkan PPD dengan perasaan agak bengang. sebab ramai orang pastu satu orang jak yang attend. pastu dorang tidak tau mana tu borangggg. macam main-main saja. kononnya, borang tu dengan orang ni, nti orang ni sampai, eh bukann borang tu ada dengan si anu si anu. pfft. hey how comeeee! mana budaya 5S yang patut diamalkan. kata ISO semua. loser. nda ba~
(eh atiqah jangan banyak komen nanti lambat posting LOL)
sepatutnya petang ni instructor mau ambil pegi belajar driving. tapi dia cancel lagi sebab fmly dia ada emergency. i okay2 je la pun. pastu dia suruh terus amek QTI, nnti dia daftar. eh tapi aku belum ready! adoih.
psst, psst! im currrently working on something. let’s just call it -- DREAM. hehe wish me luck.
**sangek = sangat (sebut mcm bugis hahahahaha)
**aku taboleh comment blog orang dan blog sendiri. whyyyy? T_T
toodles!
Wednesday, January 2
saya mau blogging balik!
hello hai. assalamualaikum..
sekarang sudah masuk tahun 2013, umur bertambah, masalah pun makin banyak i tell you. macam sekarang ni masalah utama ialah bosan. guru-guru lepasan IPG (maktab) sekarang ni bukan mcm dulu. kalau dulu habis belajar bulan november, bukak sekolah suda posting. suda kerja. sekarang kena tunggu panggilan interview. interview dulu. sama macam guru lepasan uni. jadi sekarang kami dalam stage menunggu. heh, transformasi pendidikan they call it. xpa. jadi rakyat mesti mau sentiasa sukur dan ikhlas memberi khidmat hahahahaha jangan tibatiba please.
sepanjang cuti sekolah hari tu lek-lek lagi. bosan tak bosan sangat. balik kampung jumpa family huha huha lagi. adik beradik pun belum sekolah belum balik hostel. sekarang, haaaa tuhan saja tau bosan macam mana. semua orang pegi kerja pegi sekolah. bosan oii.
kawan-kawan lain ada jugak apply jadi guru ganti. tapi ayah ibu macam susah sikit mau lepas aku. nanti sapa tau dapat posting dalam hutan, mesti jarang balik hehe. jadi turutkan sajaaa. bila lagi mau rasa bosan HUAHUA. okbye.
saya mau blogging balik sebab saya tidak pandai konsisten tulis diary. mesti hangat-hangat taik ayam. tapi suka main imbas kembali. rindu life yang itulah rindu life inilah. pastu tengok balik gambar semua baca balik entry lama semua. bila baca entry lama-lama dulu tu lah rasa menyesal nda update blog banyak-banyak. banyak jugak event yang i missed. so, yeah. mungkin azam baru mau rajin blogging. errk. jangan cakap jak ni by T_T
okbye.
selamat tahun baru.
Saturday, September 22
Tuesday, July 3
day 1
banyak benda suda jadi di hari pertama. sampai sekolah nervousnervous. turun dr kereta pulak disambut oleh 3 ekor anjing. noice. semoga budak2 tdk nampak muka takut aku. mau masuk office utk lapor diri tp sorang guru pun belum sampai ngaahaha! kuss semangat.
masa perhimpunan ada budak pra sekolah pengsan dan sawan. lagu negaraku lagu sekolah dan lagu sarawak stayaq okay. dirancakkan dan penuh styleee~ lol. ehem.. nama saya cikgu nurul.. dorang nda sebut nughul pun. jadi aku happy. haha. aku jak yg stereotyping lebih2. hehe. cikgu2 friendly habis alhamdulillah. siap masak2 untuk buat welcoming 'party' lagi masa rehat tu.
pasal pembahagian tugas, aku ambil semua (7) masa tahun 5 dan 3 masa tahun 2. merasalah aku ajar KSSR tahun ni. (google kssr okay) haha malas explain. lepas tu ko-k ambil english club. ohhh! aku dapat classroom plan utk year 5 tadi, sekali tengok macam ajar palmerston north, kelas orang puteh. nama dorg mat salleh sangattt uolz! hahaha. kurt cobain siap! kalau tak pecaya esok aku upload. stayaq abis haha. pastu td lepas sekolah ada taklimat e-pangkat. peh! cekgu sangat.
balik rumah tadi pukul 5. penat beta T_T lesson plan da nak start buat ni sbb rabu da start teaching. alhamdulillah stakat ni okay jeee
bnyk lagi ba cerita. tp malas. nti "calling2 poking2 baginyaaa" (HAHAHA lagu bongok) kalau mau tau bnyk cerita ya?! hahaha. tqbye :-*
*kecewa lagi. nasib baek sy cool :p
posted from Bloggeroid
Monday, July 2
ready?
esok ada perhimpunan tu kan? mau cakap apa tu nanti! uwaaa!
tolong ya, atiqah. control macho jangan tunjuk muka nervous esok hari.
mau kena panggil apa ni? mau jadi miss nurul, tapi orang sarawak nnti cakap nughul. miss atiqah panjang sangat. tiga suku kata. miss tqa tidak formal. huahua. hentamlah murid-murid~
mak saya kurang sehat, doakan please T_T
tq, bye.
Saturday, June 30
2 July–12 October
aku suda malas blogging. jadi jangan expect entry yang seperti dulu hahaha. tapi tengok lah keadaan macam mana. ni mau blogging balik sebab mau update sikit-sikit je dan sebab aku start practicum isnin nanti. jeng3! hehe
hari tu aku pegi tengok sekolah da pun. dan sepanjang minggu lepas hadir taklimat pasal practicum. macam sayur yang layu dengar talk setiap hari hahaha. hari tu ada jumpa guru pembimbing sekolah aku pastu dia cerita sikit-sikit pasal sekolah tu. okaylah. okay. cikgu lelaki jadi mudah-mudahn tidak cerewet T_T
sekolah ni ada 106 students termasuk pra sekolah. majority orang bidayuh. oh jauh sekolah dlm 45 minit dr rumah. kena prepare breakfast dan lunch sendiri, dorang xda canteen. cool gila kan? =_=”
nah, tengok gambar! :)
bila sampai tu aku macam.. “gila best kampung ni!” kelas yang ada 8 meja kerusi tu kelas tahun 1. kelas lain banyak la jugak muridnya. kampung ni di kawasan gunung/bukit mcm tu. mesti sejuk pagi pagi tu kan? ah ah.
oh exactly depan pagar sekolah tu ada jambatan gantung pegi kampung seberang. masa kami sampai tu bunyi riuh-riuh suara budak-budak mandi sungai dan ibu-ibu basuh baju. macam best kan?
haaa! tapi pigi sana bukan jalan-jalan. pigi buat kerja dan pigi mengajar. matik. mudah-mudahan cemerlang amin!
Friday, May 11
exam.
exam yang terakhir! next semester aku tiada exam suda. practicum seja. wohoo! wohoo! sikit lagi mau habis ni. ini pun kalau malas lagi mau study nda tau lah mau cakap apa. satu paper jak pun!
exam 15hb May. 16hb May kita sambut hari saya, hari guru :p
sem depan jadi cekgu purak-purak, tahun depan jadi cekgu suda. cikgu tinggi, cikgu garang. wuhoo! :p
selamat study kawan-kawan. satu jak lagi ni
Mengadu.
Saya tiba tiba muncul di blog dengan satu masalah di dalam dada ecewah gitew~
Bila saya mengadu dengan mai (housemate), dia cakap macam ni,
"Kita semua suda besar. Fikirlah elok2. Diri sendiri jak yang boleh bagi jawapan tu. Kalau mau, teruskan lah.. tapi kena berani tanggung consequences lah. Kalau x mau, tahan lah dulu"
Wahahaha! *gulp*
Checkmate terus.
Oleh sebab saya 'penakut' saya telan lah dulu semua permasalahan ini.
Sekian.
Yang jatuh cinta,
Puih!!
Nda ba~
posted from Bloggeroid
Thursday, April 5
4th of april
Saya tau 4hb. Saya ingat tp sy nda care pun hr ni berapa hb. Yg saya tau hari ni hari rabu.
Semoga Allah tidak tarik nikmat kebahagiaan kita, ibu, ayah.
posted from Bloggeroid
Monday, April 2
siaran ulangan: zorb-ing
WARNING: tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak di bawah umur.
secara ringkasnya, itulah zorb. masuk dalam bola-bola guling-guling turun bawah bukit macam hamster. ada dua jenis, satu yang kering, satu yang basah. kalau yang basah lagi best sebab ko pusing-pusing dalam tu dengan LAJUUUU hahaha sampai kau lucu sendiri dalam tu. macam masuk dalam washing machine.
boleh tahan seronok lah. tapi ada lagi yang beronok-ronok masa trip tu. tengok gambar bawah ni!
UDANG BAKAQ UOLSSS! hahahah. ingat lagi masa ni. kawan-kawan semua excited. ribyyyy cepat pegi situ ambil gambar! hahaha. tengok muka excited xbole blahh =_=”
masa ni, aku main 2x tau. jadi bila da guling-guling sampai bawah tu, kena naik kereta lagi sekali untuk pegi atas bukit lah kan. masa nak naik kali kedua tu lah jumpa dorang-dorang ni. haha
wahahaha. ai naik kereta pegi atas dengan dorang wey! tapi duduk depan. potong betul!
masa ni cakap melayu jerit kat kawan konon-konon cakap apa ntah, padahal saja pose untuk simpan bukti
OOPSIE! hahahaha. ini sumpah bukan kerja aku. kerja nana! LOL. camera trick yang denjeres!
taraa! habis!
ni semua kerja nana. dia belek-belek gambar masa trip pegi north island. pastu teringat incident ni. hahaha. sudahnya, aku join sekali tengok gambar lama. AH. RINDU.
hari hari rindu tauk. kadang-kadang bila duduk ramai-ramai cerita dengan kawan-kawan, terus jadi sedih. boleh sebak. boleh nangis. bila lah dapat balik nz lagi. AIRASIA X suda cancel flight pegi chch ni, lagi lah macam susah mo pegi uwaaaa T_T
1st of April – ada 7 bulan lagi. sedihnya. nanti bila posting, mesti susah mau jumpa kawan-kawan. mau kacau sapa nantiiiiii T_T
Friday, March 30
Sunday, March 18
my current read
rasa macam kena di hati jak kan? haha. nda pasal-pasal aku pegi baca buku ni~ baru masuk chap 3 and i loike it!
masa pegi buku ni aku bawa tira. dalam bookstore tu dia sibuk jugak mau mintak buku. jadi dia ambil lah satu komik islamic ni. budak-budak punyalah ofkos. tapi aku tengok buku tu macam tinggi sikit level dia untuk tira.
tetiba dengan mulut tumpis dia, dia bising-bising dalam kedai kecik tu.
“kak! belikan saya ni! cepatlah. cukup tu duit kakak. saya mau ba ni” kuat ba tu dia cakap T_T
“baby baca ka jugak?”
“iya ba”
dia belek-belek tu buku. pastu dia cakap “eh. mana tanda halal dia ni! ha. tiada tanda halal ni. mana ni tanda halal dia?!” mengencang nihahahahahahaha!
malu kakak dek. tapi terhibur jgk. T_T mentang-mentang buku islamic kau cari tanda halal lah terus.
aku cakap “buku manada tanda halal la!”
dengan innocent dia jawab “oh ok” =_=”
yeyeh blog suda update haha.
till then people. happy birthday, z :)
Saturday, March 3
masalah. masalah.
balik dari tempat yang best, ke tempat yang tidak best. apa ko rasa? kencang habis lah kan? T_T
tapi apa-apa pun harus adapt lah. no choice.
bukan mau cakap tempat tak best. best lah tanah air sendiri, semua ada. semua hebat. tapi bila orang treat kau mcm budak-budak, sikit-sikit mau kena marah, system yang tak berapa nak betul, expectation yang melangit tapi input yang haihhh~ susah cakap. pastu dengan curriculum document pulak yang memang 100% betul! tak boleh kena ‘sentuh’ pfft. mcm mana mo buat changes? stressful wey. belajar pun nda best.
cepatlah habis belajar.
Tuesday, February 28
sakit ‘M’
mak wani cakap, jangan cakap malas. cakap M. M blogging (macam mohammad blogging pulak) haha. aku bukan tidak cuba blogging. suda cuba banyak kali. type, masuk draft, type delete. hilang tiun. sorry lah~
sepanjang aku nda blogging aku hidup macam biasa jugak. kejap emo, kejap hyper, kejap tidur memanjang, kejap busy dengan hal-hal maktab. ada jugak benda best mau up dalam blog ni, tapi selalu tiada mood. oh in fact, aku suda jarang gila on laptop! selalu online via mobile. eh cerita phone baru pun belum update lagi dalam belog kan. hehe. apa? i-something? no no no~ *ckp mcm ust don* aku tak jadi beli i-something. penat jak berabis dulu kan? haha. eh. panjang pulak membebel. padahal aku mau kasi upload gambar banyak-banyak seja td pun. ba, kita tgk gambar la ho?
last weekend aku keluar sorang-sorang sebab depresi mungkin ahaha. makan banyak sebab mau balas dendam. padahal nanti yang rugi body sendiri. pintar bukan? masa aku makan tu tiada orang pun dalam restaurant, aku sorang jak. argh ^^$(*&$. loner abis. pastu bole-bole pulak brain freeze! haha. sbb bosan gilak dalam tu tetiba tangan automatic google brain freeze. pastu conteng tisu. apa jadah itu? T_T
jumpa pen merah jak dlm handbag. maklumlah. cekgu kan~ haha! sebenarnya aku baru perasan jugak aku suka conteng tisu. ntah apa apa.
BAHAHA! jiwang ka? aku buat utk kawan yg tengah jiwa kacau haha dlm kelas madam ehem yg bosan~ pastu tetiba madam berdiri belakang aku. pfft. nasib baek bru siap lukis, belum tulis semua tu. kahkah. oh ni random habis. terjumpa quote tu di facebook kalau nda silap. dan sebenarnya aku tgh mo belajar cursive writing nih. adoih. tapi macam susah pun. kena banyak main conteng-conteng lagi. habis lah buku aku heh!
ni novel baru beli last week kot. teringin gila mo tengok movie dia lepas beli buku ni. tapi lepas tengok movie malas suda baca novel dia! haha. cerita bole bole lah. sedih sikit. ending tabest tapi bole terima =_=”
-cute stuff! haha-
ko ada potong/bukak/kupas kelapa muda pakai pisau? hahaha! last week aku demam. chinese friend aku pegi beli kelapa muda banyak2 suruh minum. lol. comel kan? pastu kami sama2 excited kupas kelapa sampai bersepah2 T_T boleh tahan cekap jgk kan? :p
sharon & lisa smith conteng galaxynote aku masa kitorang keluar dinner! # happything! oh yes, dorang datang kuching 2 minggu lepas. sharon & lisa excited mau beli note jugak heheh
ok. sudalah dulu. bye!
p/s: ein dtg kuching april ni yeay! ain might be joining us. good night people!








