Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Thursday, January 3

my day so far..

assalamualaikum!! *baca penuh semangat, please.

iols beli baju baru hekhek. iols happy. dengan ibu sekali happy hahaha aku taktau kenapa tapi dia cakap, “okay kalau baju macam ni bole beli banyak-banyak” hahaha. i know she didnt really mean it. kehkeh.

beli baju pun kecoh kan? bukan apa, suda lama ndk beli baju baaa hahaha! bambong kan~
(bambong = menganggur). income pun tadakk T_T
lepas tu alhamdulillah dapat rejeki lagi tadi hee. tapi kena tahan hati tidak shopping sebab battery phone suda kong macam bongs-ngoks. uh, kecewa sangekkk~

tadi first time naik bas dari rumah di luyang ni ha. forever nervous okay. nervous bila mau tekan loceng. takut jadi perhatian sebab bila tekan loceng semua orang pandang. boleh? HAHAHA. dulu masa zaman dorang kamelia (kemek) stdy di UMS selalu naik bas pegi sana. takut hoi hoi hahaha selalu text kemek tanya bila mau tekan loceng. wuwu. very the sakai.

lepas shopping2 seorang dara, ayah ambil untuk pegi PPD. kononnya mau apply untuk guru ganti. sudahnya, aku tinggalkan PPD dengan perasaan agak bengang. sebab ramai orang pastu satu orang jak yang attend. pastu dorang tidak tau mana tu borangggg. macam main-main saja. kononnya, borang tu dengan orang ni, nti orang ni sampai, eh bukann borang tu ada dengan si anu si anu. pfft. hey how comeeee! mana budaya 5S yang patut diamalkan. kata ISO semua. loser. nda ba~
(eh atiqah jangan banyak komen nanti lambat posting LOL)

sepatutnya petang ni instructor mau ambil pegi belajar driving. tapi dia cancel lagi sebab fmly dia ada emergency. i okay2 je la pun. pastu dia suruh terus amek QTI, nnti dia daftar. eh tapi aku belum ready! adoih.

psst, psst! im currrently working on something. let’s just call it -- DREAM. hehe wish me luck.

 

 

**sangek = sangat (sebut mcm bugis hahahahaha)

**aku taboleh comment blog orang dan blog sendiri. whyyyy? T_T

 

toodles! Smile

Wednesday, January 2

saya mau blogging balik!

hello hai. assalamualaikum..

sekarang sudah masuk tahun 2013, umur bertambah, masalah pun makin banyak i tell you. macam sekarang ni masalah utama ialah bosan. guru-guru lepasan IPG (maktab) sekarang ni bukan mcm dulu. kalau dulu habis belajar bulan november, bukak sekolah suda posting. suda kerja. sekarang kena tunggu panggilan interview. interview dulu. sama macam guru lepasan uni. jadi sekarang kami dalam stage menunggu. heh, transformasi pendidikan they call it. xpa. jadi rakyat mesti mau sentiasa sukur dan ikhlas memberi khidmat hahahahaha jangan tibatiba please.

sepanjang cuti sekolah hari tu lek-lek lagi. bosan tak bosan sangat. balik kampung jumpa family huha huha lagi. adik beradik pun belum sekolah belum balik hostel. sekarang, haaaa tuhan saja tau bosan macam mana. semua orang pegi kerja pegi sekolah. bosan oii.

kawan-kawan lain ada jugak apply jadi guru ganti. tapi ayah ibu macam susah sikit mau lepas aku. nanti sapa tau dapat posting dalam hutan, mesti jarang balik hehe. jadi turutkan sajaaa. bila lagi mau rasa bosan HUAHUA. okbye.

saya mau blogging balik sebab saya tidak pandai konsisten tulis diary. mesti hangat-hangat taik ayam. tapi suka main imbas kembali. rindu life yang itulah rindu life inilah. pastu tengok balik gambar semua baca balik entry lama semua. bila baca entry lama-lama dulu tu lah rasa menyesal nda update blog banyak-banyak. banyak jugak event yang i missed. so, yeah. mungkin azam baru mau rajin blogging. errk. jangan cakap jak ni by T_T

okbye.

selamat tahun baru.

2013-01-01-00-14-16_deco

Sunday, May 22

tempat jauh lagi dikenang

skype dengan family di rumah tadi - ayah cakap petang tadi dorang pegi tg. aru. bertiga, dengan ibu & tira. siap mandi-manda pulak tu.

tira memang suka sangat main air. pernah masa dia kecik, kalau tak silap lepas aku SPM, dia umur 2-3 tahun, dia suka sangat laut sampai setiap malam ayah aku kena bawa dia pusing KK. dia akan cakap “MO LAUT BAH, AYAH~~~” kadang-kadang lepak di jesselton point. kalau ayah penat, ayah just bawa dia pusing kk tengok teluk likas atau waterfront.

sampai sekarang, kalau ibu ayah free dan rajin, hujung minggu dorang akan bawa tira pegi tg.aru atau kalau nda boleh mandi, tira akan pegi teluk likas untuk main di taman tu. atau main pasir. tira ada set membuat sandcastle tu. heh.

25112007(021)

aku pun rasa ibu suka gila pantai. kadang-kadang dia ajak aku pegi pantai, kononnya bawa tira jalan-jalan, tapi aku tau ibu yang mau pegi pantai. aku pun, suka jugak. bila tengok laut/pantai aku rasa kepala aku ringan. macam semua masalah (kalau ada masalah) tersebar luar macam luasnya laut.

rindu kk, bye.

 

 

 

 

 

p/s: i wonder if the things that remind me of you, remind you of me.

Friday, December 3

populasi kota kinabalu bertambah.

populasi bertambah, jalan raya & pusat membeli belah semakin sesak, suhu meningkat, dan METER HAPPY BERTAMBAH.

ok. fakta palsu. eh, bukan palsu. TIDAK scientific. (huah! dramatic enough x?). HAHA!

assalamualaikum :)

sebenarnya dua kesayangans datang suda tiba di kota kinabalu. sorang dari tawau. sorang dari penang. hoyeah! ain & ein. tiga makciks (including me) yang selama ni berkomunikasi via facebook dan cell phones akhirnya bertemu muka. *hugs*

ain sampai hari rabu lagi. dan, kami sempat keluar semalam. gila penat hokey! mck sorang tu senget =.=” kaki aku sudah mau tercabut, macambarubalikdaripertandinganmerentasdesa! uwaaaa =(

haihs. sekarang suda tua. mau jalan jauh2 pun x larat. dulu masa bujang-bujang, jalan kaki dari CP pegi Wisma Merdeka pun hebat dan juara! ajaib! sekarang kalau tengok CP dan tengok WM, mesti terkagum sendiri macam mana boleh jalan jauh2 begitu. lagi hebat, sambil kaki berjalan, mulut pun berjalan jugak. sapa juara SILA KIRA BERAPA KILOWATT TENAGA YG DIGUNAKAN. hahahaha.

balik dari 1Borneo, ain & kroni nya hantar aku pegi airport untuk fetch ein pulak. abang aku ambil aku & ein kat epot.

TIBA-TIBA!

aku lapar.
ajak abang pegi makan dulu. teheee! ajak dia makan lukluk lagi. tapi dia mau jumpa kawan d Jesselton Point. OMG! OMG! <---- kenapa OMG??

sebab ada yang perlu dielakkan di sana. hoho.

yeah. disebabkan jodoh aku macam incredible hulk (kuatlah maksudnye ye!), aku berselisih dengan orang paling macho di dunia! (macho sebab dia pakai shirt otago. hahahahahaha).

ok. habis cerita panjang.  bye! :):):):):)






p/s: wani, diba, mai, kak tia, nas, yani, amenggggg. sy rindu lah. rindu mau mengadu2. rindu mau ketawa2. rindu mau main geletek2. rindu mau main gedik2. rindu mau berangan2 =.=”

T____T

p/s/s: mau kawen. (alamak! sy baru ingat kedapatan suda oleh adik sy yg perempuan tu sy ada belog. matilah kedapatan lagi mau kawen nih =.=”)