Showing posts with label pekan. Show all posts
Showing posts with label pekan. Show all posts

Wednesday, October 12

comeback

ASSALAMUALAIKUMM!!! (sebut penuh semangat, harus kau jah! aku suda kepslok lagi tu) eh, kalian, maaf atas ketiadaan entry beberapa minggu ni. aku lambat pulang buku library bah pastu kena denda pastu student ID aku kena block sebab aku belum bayar denda, pastu aku x boleh access internet. bahahahaha ok tipu. sapa percaya angkat jari telunjuk pigi hidung, pastu cakap ‘kasian deh loe’.

untuk kawan-kawan yang singgah sini untuk cek sama ada hari ni slimdunk.blogspot ada entry baru atau tak, tahniah! kerana hari ada update hoyeah hoyeah. *clap clap* (bajet leteww ahaks)

ok. sorry menghilang. tiada mood beh. atau mungkin sekarang aku suda ada passion lain. ah ah ah. sudah obses dengan si pekan nih. bangun pagi biarpun lambat, sempat lagi petik-petik gitar. lepas mandi terus ambil gitar. habis kelas main gitar, sebelum tidur pun main gitar. pokoknya, foreverlah! :p

aku busy jugak dengan assignments. ada project untuk educational psychology, ada presentation, ada micro teaching, ada lesson plan lagi. argh! hujung sem suda kan. haruslah busy. semua assignment pun mau kena hantar. oh, kemarin ada test lagi. yang lagi susah dari exam. alhamdulillah, better dari yang the previous one lah. yang hari tu susah nak haram!  gila ahhh. stress aku.

minggu ni jugak minggu terakhir lecture. happy? selalunya happylah. but yeah, it also marks the end of our uni life in new zealand. sedih lah. gilaka tidak sedih! sedih yok~~ macam nda mau balik jak rasa.

lepas tu dah start study week sampailah exam on the 29th. ada dua paper jak exam sem ni. dua-dua pun jatuh pada hari yang sama. ohsem kan? terus habis.

i’ll be leaving dunny on the 25th of nov. well, hello kk. see you next month. eh apaa??? next month? pfft. masa terbang-terbang huh?

287010_2319496099973_1026648896_32195740_104871476_o

love both the picture and the wording. gambar cilok dari ary. hope you dont mind.

 

 

till then.

Monday, August 22

meet my new friend, SI PEKAN

si pekan

daus tempelak aku. baru belajar 4-5 chord da nak beli guitar. ok, betul jugak. tapi macam mana, da beli wuuu. dari thn lepas pun belajar main. tapi loser. tahun ni try balik, macam bole da sikit. ada kemajuan. tapi entah sampai mana kehangatan tahi ayam ni. well, kita tunggu dan lihat lah.

nanti da bole bawak lagu terrified, aku buat cover ok? ecewah haha rasa nak lempang diri sendiri. bai.

 

 

 

si pekan. ingat cerita batu belah batu bertangkup? ha, si pekanlah yang makan telur tembakul ibunya. hahahahaha. ain yang suggest nama bongok ni. tapi aku suka :)

selingan: tadi sebelum pegi terawih, alif jerit “wey ada orang bogel! ada orang bogel!” dengan penuh energy dia menjerit tadi. HAHAHAHA. lepas tu semua orang lari turun tangga sebab mau tengok.
aku  pulak neves! uwaaaa! mau tengok ka tidak? mau tengok ka tidak?! LOL. hahahaha. last sekali mestilah pegi tengok. nda pernah tengok live nih! hahahaha. adalah beberapa orang lelaki dan sorang pompuan. tetiba lari masuk hockey turf yang dalam tu ada orang tengah berlatih main hockey. hahaha mongok! nasib baek tengok dari jauh. berani jugak lah aku tengok. LOL. kalau tengok jarak dekat mesti trauma setahun =_=” ok dorang ni mongok lah. time-time 10 hari terakhir ramadhan pulak lah dorang mau merosakkan pandangan kami HAHA. ok. dari penceritaan ku ni, macam excited pulak kan? hahaha. apakes. bai lah.