Monday, November 14
11: fare thee well
Wednesday, October 12
comeback
ASSALAMUALAIKUMM!!! (sebut penuh semangat, harus kau jah! aku suda kepslok lagi tu) eh, kalian, maaf atas ketiadaan entry beberapa minggu ni. aku lambat pulang buku library bah pastu kena denda pastu student ID aku kena block sebab aku belum bayar denda, pastu aku x boleh access internet. bahahahaha ok tipu. sapa percaya angkat jari telunjuk pigi hidung, pastu cakap ‘kasian deh loe’.
untuk kawan-kawan yang singgah sini untuk cek sama ada hari ni slimdunk.blogspot ada entry baru atau tak, tahniah! kerana hari ada update hoyeah hoyeah. *clap clap* (bajet leteww ahaks)
ok. sorry menghilang. tiada mood beh. atau mungkin sekarang aku suda ada passion lain. ah ah ah. sudah obses dengan si pekan nih. bangun pagi biarpun lambat, sempat lagi petik-petik gitar. lepas mandi terus ambil gitar. habis kelas main gitar, sebelum tidur pun main gitar. pokoknya, foreverlah! :p
aku busy jugak dengan assignments. ada project untuk educational psychology, ada presentation, ada micro teaching, ada lesson plan lagi. argh! hujung sem suda kan. haruslah busy. semua assignment pun mau kena hantar. oh, kemarin ada test lagi. yang lagi susah dari exam. alhamdulillah, better dari yang the previous one lah. yang hari tu susah nak haram! gila ahhh. stress aku.
minggu ni jugak minggu terakhir lecture. happy? selalunya happylah. but yeah, it also marks the end of our uni life in new zealand. sedih lah. gilaka tidak sedih! sedih yok~~ macam nda mau balik jak rasa.
lepas tu dah start study week sampailah exam on the 29th. ada dua paper jak exam sem ni. dua-dua pun jatuh pada hari yang sama. ohsem kan? terus habis.
i’ll be leaving dunny on the 25th of nov. well, hello kk. see you next month. eh apaa??? next month? pfft. masa terbang-terbang huh?
love both the picture and the wording. gambar cilok dari ary. hope you dont mind.
till then.
Saturday, May 14
sedih nangis, gembira pun nangis *sebak*
banyak benda mau cerita dengan incik belog ni. tapi nda banyak masa free sekarang. kami baru start berperang dengan assignments sedangkan mahasiswa/i di mesia sedang bercuti-cutian sekarang. haiyo. jeles sungguh. macam manalah dorang boleh ada cuti sampai 4 bulan? gemok la tu di rumah! haha (ok, aku dengki)
balik kepada tujuan asal aku blogging hari ni – kejadian air mata di hening pagi jumaat. huh. lemah betul. sikit-sikit nangis.
minggu lepas, kami ada 2 tests untuk research method. best paper ni. banyak test, jadi nda banyak assignment. aku prefer test/exam dari essay yang berlambak. sumpah menjengkelkan untuk taip perkataan beribu-ribu banyaknya. kena skema pulak tu. bole muntah2 tauk =(
so, tadi pegi kelas lagi selepas tiga hari ber-practicum. agenda di kelas ialah:
- dapat result untuk test 1 (5%)
- dapat result untuk test 2 (25%)
- sesi soal jawab untuk assignment yang kena hantar isnin depan.
alhamdulillah, segala puji untuk Allah, aku dpt A untuk dua test 1 & 2 di atas tu. terus sebak. sebak gila vavi i tell you. tau sebak kan? macam rasa yang berat gila di dada, rasa mau menangis dan lutut lemah sikit. tehee! ok, lebih kurang begitulah. tapi control lah sebab dalam lecture hall bah. kalau tak control tak pasal-pasal jadi drama sebabak pula nanti.
aku text ayah, bagitau result. hekhek. immediately ayah reply dengan ucapan yang bikin tambah sebak. nah. tidak tertanggung lah air mataku. (lagipun saya homesicklah dua tiga hari ni) huhu.
tapi.. kenapa sebak?
- sebab aku rindu zaman aku sekolah. zaman aku semangat mau dapat markah bagus-bagus. zaman aku bahagia tiap kali call rumah merepot aku dapat good marks on exams. aku panggil itu zaman kegemilangan aku, walaupun sebenarnya tidaklah berapa gemilang. zaman itu jugak aku tiada rasa kecil, tiada rasa insecure. walaupun ada orang lagi hebat dari aku, tapi aku tiada rasa patah semangat. BUKAN MACAM SEKARANG.
- sebab aku terharu bole score lagi. ok lame kan? heks. bukan bah. selalunya kan buat assignments memanjang. aku mesti tidak score. aku kan loser T___T
- aku sebak, sebab aku stress mungkin? mungkin jugak tu. aku pegi kelas hari ni dengan niat yang nda baek. hoh, sebab aku malas dan stress (mungkin). tapi Allah kasi aku happy pulak. dengan score yang nda seberapa tu hehe. terus aku bersalah sikit. tehee.
- aku sedihlahhhhh. aku rindu mau belajar betul-betul. siyes aku cakap, siapa-siapa pun ditempat aku sekarang ni boleh dapat degree lah! yang penting kau datang kelas, buat assignment, SIAP! lulus. grad. senang betul. tapi sumpah aku tak suka sebab aku tak belajar apa pun. i mean, nda belajar macam aku ‘belajar’ dulu. ingat lagi, walaupun sebulan jak di UIA pj dulu, tiap malam aku bukak buku. susah macam mana pun aku try untuk faham. aku discuss dengan kawan-kawan. aku rasa mcm zaman hi-school jugak masa tu. walaupun kadang-kadang ada rasa malas, aku masih jugak BELAJAR. belajar untuk ilmu. bukan belajar untuk LULUS!
tapi ada kemajuan jugak sekarang ni. so far, tiada lagi menangis call rumah sebab tak mau buat assignments. sem-sem lepas horror kot. sampai ayah ibu pun risau. HAHA. loser betul. tahun ni belum lagi. kalau boleh tak mau lah nangis-nangis lagi call rumah. hehe.. semoga. amin.
Hari tu jugak, masa practicum, alif bukak cerita pasal minat dalam profession ni – keguruan. dia cakap aku tak paksa diri untuk try. dia cakap buang masa & rugi untuk aku belajar lagi next time (aku mau ambil second degree). dia cakap baek aku teruskan seja, sebab aku boleh.
the thing is, aku SUDAH masuk 4 tahun dalam course ni. siapa cakap aku tak paksa? siapa cakap aku tak cuba? kalau aku tidak cuba, sudah lama aku quit. tapi yang merasanya aku kan? minat & preferences kita berbeza. aku pun nda tau kenapa sampai sekarang aku masih belum cinta. aku tau, aku boleh jadi cekgu, cekgu yang boleh mengajar. bukan cekgu cikai-cikai. aku rasa aku ada bakat bercakap di depan, aku boleh buat orang paham apa yang aku mau ajar. TAPI aku tiada rasa. tiada keterujaan. kosong dalam perut, eh rasa.
mungkin BELUM ada rasa? heh. mungkin 10 tahun kemudian? mungkin. siapa tahu.
menyesal masuk dalam bidang ni? tidak. aku tahu Allah ada rancangan yang baek untuk aku. sebab dulu pun aku suda niat dalam hati, masa tu, aku sudah enrolled pun dalam asasi engineering di uia. terjamin sudah pun, orang kata.
tapi aku sudah niat, “Kalau aku dapat jugak cikgu tu, di mana kebarangkalian dia hanya 5%, sangat-sangat mustahil untuk aku dapat, maksudnya kalau dapat offer jugak, memang Allah mau tunjuk itu tempat aku, itu rezeki aku. insyaAllah aku pegi”
heh, itu sebenarnya yang bawa aku ke bidang ni. QUIT DR KOS YANG AKU SUKA, TAPI ATAS PILIHAN SENDIRI – whoa. ajaib. kenapa aku boleh buat macam tu dulu?
penyesalan itu tiada, tapi kesakitan itu banyak. tapi.. what’s life without dugaan dan pancaroba kan? tidak challenging lah life kalau semuanya indah.
satu seja yang tidak best. aku nda rasa pun aku budak university. zaman university aku bukan terisi dengan keterujaan menuntut ilmu. nasib baek aku ada kawan-kawan yang best.
*thanks mai & diba, for the warm hugs which accidentally made me burst into tears! ily sayangs, you guys make me strong *sebak lagi* hokhok.
dahlah. sedihnya bunyik entry ni. aku tutup entry dengan teaser entry akan datang okeh? eceh. hahaha. poyo seja.
“MINI CONDO SAYA”
![]()
ini gambar mini condo saya. HAHAHA!
till then, kesayangans!
oh ya, abang saya pigi baca incik belog, dan komen entry2 yang lepas. aduhlah. kantoi suda ni. semoga parents tidak baca. huahua. bye! xo
Wednesday, April 6
not a very good news from home.
dad called me, few minutes ago. tak semena-mena. selalunya saya yang call. and yeah, mesti pasal yang satu itu. saya jadi down. sedih. dan hilang semangat mau buat kerja. bole ka mau rindu ym? ;(
azam 2011 saya nda banyak. SATU jak.
mau jadi kuat. dan kalau mau jadi kuat, mesti mau banyak ujian. baru tahap kekuatan kita bertambah, bukan? tapi saya penat dengan ujian yang bertubi-tubi. tidak lah besar mana pun ujian kalau dibandingkan dengan orang lain yang hidupnya jauh lagi tidak bernasib baek dari saya. contohnya orang-orang yang homeless dan kehilangan the loved ones semasa tsunami di jepun.
aini cakap, sudah lumrahnya kita tidak kuat. sebab kita hambaNYA. hamba. lemah. jadi yang patut kita buat, berdoa meminta bantuanNYA.
rindu y rindu y rindu y rindu y rindu y (xribu2kali)
rindu Y_Y
tp dia pesan, jangan cinta manusia lebih dari cinta Allah.
ok. i know i shouldn't miss you. bye lah.
hujan di hati saya sama kuat dengan hujan di dunedin. tapi MOM & DAD need me to be strong. cause i am their strength. irony?
Monday, April 4
salah satu cerita classic untuk masa depan
HAHA. sebelum tu, entry ni aku tulis lepas aku tengok housemate aku emo. LOL.
housemate = emo sikit. aku = tak pernah tak emo.
well, korang faham lah aku kan. dari cara aku menulis pun korang boleh tau aku ni unpredictable. kejap hyper tak hengat, kejap lagi down gila kentang. even mak bapak aku pun cakap aku ni unpredictable. yang kadang-kadang dorang tak expect aku buat, aku boleh buat. tapi bila dorang mengharap sepenuh jiwa kat aku, aku bole fail pulak. contohnya SPM. hehe. dan memang itu pun kali pertama aku dengar bapak aku label aku unpredictable.
anyways, balik kepada aku dan housemate. housemate aku sekarang ni ada sorang jak pun. ameng nama dia. eh? korang da tau kan? heee. dulu aku ada 4 orang housemates. aku tak tinggal dengan dorang lagi tahun ni bukan sebab kitorang ada conflict pun, aku saja nak tukar angin. aku harap x adalah mana-mana pihak yang nak amek hati. heee. tapi kadang-kadang aku tak faham, mak aku yang serius lebih. asyik tanya aku kenapa aku pindah rumah? gaduh dengan dorang wani, diba bla3.. LOL. tiap kali call mak aku mesti pesan, “jangan jahat2 dengan kawan ok? jangan suka merajuk dengan kawan ok?” ataupun bila aku x keluar sekali dengan gadis2 ku, mesti mak aku cakap aku gaduh. pastu bila dia cakap dengan wani atau diba atau kawan-kawan yang lain, mesti tanya “ok ka dia? nda jahat? kamu layan seja la dia ah~” oh please mom. saya budak baeklah. mana ada main gaduh2 dengan kawan. tengok dorang ni ha. semua sehat-sehat belaka. haha
**********
tadi, aku tidur. lama gila. atiqahruhaizad memang synonymous with tidur petang lah kan~ pastu kalau aku bangun, aku terus hyper. z pernah cakap, aku ni cepat ‘restart’. orang bangun-bangun tidur mesti carik mood nak bcakap dulu, aku tak. bangun-bangun terus hyper buat lawak dan membebel. bila aku bangun tadi, aku tengok housemate aku tengah rajin buat homework poetry. padahal kan, aku yang ajak dia buat homework lepas kelas tadi. tapi aku pegi tidur. lepas aku semayang asar yang dah memang lambat, kitorang sembang-sembang macam biasa. tetiba aku pegi sambung baca belog awek chuck taylor tu. lepas aku da terbang ke dunia blogging, aku perasan housemate da siap2 kemas barang dia. pegi katil. tarik selimut sampai tutup muka. selubung abis. aik? tetiba je kan? dia memang tido atau tengah emo ni? aku sound sekali dua. tak respon. ok, tidur kot? tak mungkin. baru kejap tadi aku tengok dia. tapi memang tak gerak langsung ni? sah. emo.
macam mana aku boleh buat kesimpulan bahawasanya dia emo dengan membuta tuli macam tu? sebab aku pun macam tu! huahuahuaa! kamonlah. sila rujuk balik rumus kat atas yang berwarna merah tu. i lagi pro man! haha. bila aku tetiba hyper dan hormon sedih aku terembes, aku naik katil, nangis2 sampai tidur. tapi nangis kena silent beb. yelah kan sekarang dah kongsi bilik. malu kot kalau housemate tetiba dengar ada bunyi orang tarik2 hingus. LOL. kalau kebetulan ada handkerchief kat atas tilam lagilah berjaya tangisan dalam diam kau tu. tak payah nak sedut2 hingus. HAHA. yuck yuck.
**********
dulu kan, masa aku tinggal sorang di dalam sebuah bilik yang boleh tahan keluasannya, handkerchief merah memang wajib dekat aku. tulah kawan aku haha. time tu memang kalau tengah down ke, sedih ke, memang nanes tak hengat. yelah, xda orang lain pun dalam bilik. sekarang ni kena control. ingat lagi masa mula-mula pindah rumah baru ni. satu benda yang x best kitorang dua orang discover ialah ‘kurang privacy’. bukan sebab apa! bukan sebab tak pandai share bilik dengan orang, dan bukan sebab kurang interpersonal skill LOL. tapi sebab kurang privacy untuk kentut merata! wahahahahah. lemah betol. kalau dulu masa duduk sorang-sorang, lantaklah mau kentut macam mana sekali pun. sekarang ni kalau TER-kentut jugak. memang kau marathon terus cari air freshner perisa lemon. sembur sampai kau perasan kentut kau bau wangi lemon gitew! ahaks! sorry entry busuk sikit. tapi biarlah. hahahaha!
wey korang. kalau housemate emo nak buat apa ek? biarkan dia layan blues atau nak comfort? nak comfort macam mana? cakap apa kat dia? aku tak pandailah. kalau merajuk-merajuk ni aku terror lah. hehe. kalau skill merajuk aku 6 level higher than you people. wah gitu! haha. kalau part pujuk pompuan aku x reti. tapi kalau pujuk bf, tipulah dia tak cair. wakakakaka. thuik!
kalau aku ngan ameng, bila aku emo, dia tanya akan tanya aku ok tak? aku sedaya upaya buat suara cool dan macho terus cakap “ok!” tapi air mata mengalir deras. osseehh. maxure jugak aku tak tunjuk muka. buat2 macam malas nak toleh. hehe. standardlah kan? kalau ameng emo, aku tanya. DIA TAK BUNYIK LANGSUNG BEB! hahahahahaha. adalah yang dia rindu tu. wooops. esok dia baca ni kena sepaklah aku :p
dan hari tu kan. lepas dari gembira-gembira celebrate birthday wani, aku down sebenarnya. sebab aku sedar, aku macam ada satu penyakit baru. pernah dengar artis nyanyi lirik dia lebih kurang macam ni “di dalam keramaian aku masih merasa sepi”. pernah? kalau tak pernah dengar sini. ok, macam tu lah aku rasa. rasa tetiba lost, padahal keadaan sekitar sangat meriah gila. macam bila happy-happy aku teringat the loved one lah kan? maka terus jadi sedih sikit. sebab tu, lepas balik dari celebration birthday wani (jumaat) aku terus down dan berkurung kat rumah tak bersosial sepanjang hujung minggu. aku malas nak bergembira, sebab… yeah, malas nak happy sangat, sebab akan sedih tiba2. pathetic sungguh kisah hidup macam ni, aite?
ok. sambung balik part balik dari celebration tu. otw balik, aku dengan ameng kurang bersuara. masing-masing layan blues. aku sikit lagi nak nangis sebab tersedih. tapi control lah kan. takkan nak melalak tengah jalan. tetiba bila sampai part tepi sungai leith, di bawah laluan bawah pokok yang berdaun kuning tu, ameng menjiwang dengan aku tak pasal-pasal.
“thanks by” (by tu riby, bukan baby okeh! jangan tuduh aku gay)
“apasal?”
“sebab buat hidup ameng bahagia.”
erk? aku stop berjalan. tersentuh sebenarnya. pastu ameng gelak-gelak. tapi aku tengok dia serius. kan aku tengah tahan air mata yang bertakung. tetiba macam nak meletus time tu jugak. tempat da ngam, memang stok-stok syahdu punya scene. bawah pokok, angin kuat, tepi sungai, pehhh! ok, kitorang teruskan perjalan lepas beberapa saat melalui aukward awkward <--- eh, xda garis merah meaning spelling tu betul lah. blurr mcm mana nak spell okwerd. LOL moment tu.
ok, bila da teruskan perjalanan. ameng menjiwang lagi. peh. dia sambung cakap lagi. tapi biarlah rahsia. hehe. terus kitorang balik rumah dan aku terus cari katil. zzzZ.
dalam minggu lepas, itu kali kedua orang cakap thanks kat aku dengan tak semena-mena (aku suka betul perkataan semena-mena ni macam tsamina2 eh eh waka2 eh eh!)
hari tu ada sorang lagi. kawan jugaklah. tetiba aku duduk sebelah dia dalam kelas. dia cakap thanks.
aku tanya apahal. dia cakap sebab aku mcm stand for her. alah, not really stand for her pun. aku just cakap pandangan aku beberapa hari sebelum tu. dia anggap aku mcm rihanna pulak (you can stand under my um-be-rella-ella-eh-eh)
tapi. dua-dua thanks tu buat aku terharu. gila kau tak haru haha! aku ni brutal2 jugak (gila poyo statement), tapi bila part syahdu2 ni aku lemah lahahahahaha. oh, untuk kwn2 yang sentiasa menceriakan hari aku. terima kaseh. sungguh haru ada kawan macam kamu. *lap air mata* wahahaha. tak pasal-pasal emo. housemate punya pasal la ni =_=”
dan. hey. sometimes, kata-kata appreciation mcm gitu lah yang buat aku kuat. dan rasa diperlukan lagi. LOL. poyo nak mampus.
p/s: tolong baca dengan rasa nak gelak, tapi menyedut intipati ayat dengan dalam sekali hingga menusuk kalbu!
p/s/s: see, ameng tak tido pun sebenarnya. dia dah bangun baca novel & main hp dengan tak semena-mena eh eh, waka waka eh eh! :p
loves,
atiqah, riby, tqa, tiq, sayang <----ossseehhhh! hahah. bye lah.
Saturday, March 26
circus :) & camera :(
nota kefala: entry berunsur luahan perasaan, kalau baca dengan nada sedih lagi feel. merasuk orang sabah bilang. heh. tq *mukak chomel*
camera saya kan rosak masa cuti tu. lepas xmas kalau tak silap. lepas tu pegi hantar kedai untuk repair. tapi tak sempat siap jadi x boleh bawak balik dunny. asal call tanya suda siap, dia bilang hantar KL, masih di KL. hoh, tiba-tiba saya menyesal tidak tinggal di KL. sampai sekarang saya masih bersedih. beberapa hari lalu, saya mimpi bercamera puas-puas. rupa-rupanya esok hari lepas mimpi mak saya cakap camera saya suda siap. huh, finally. tapi mungkin minggu depan baru mak saya pos. ok, itu sudah cukup menggembirakan saya.
TAPI.
sepanjang ketiadaan camera, saya suda survey satu camera baru. berharga 184 seja. affordable bukan? sudahlah murah, ixus pulak tu. saya punya cam yang lama pun ixus jugak, tapi ixus yang lama. dan besar, tapi masih berkualitilah. saya memang cinta sama itu cam yang lama. tapi yang ixus baru berharga 184 ni pun semat. MP dia lagi besar dari cam aku yang lama, slim slim slim slim pulak tu! macam slimdunk. eih. mahu bah.
TAPI LAGI,
saya tidak beli camera baru tu sebab saya sayang duit saya. 184 tu kalau beli baju, boot, atau bikin jalan-jalan lagi memuaskan (tidak berapa memuaskan pun sebenarnya kalau hati sudah mahu camera bukan?) ok, kesimpulannya saya berjaya tahan hati TIDAK beli pun camera 184 itu. ok, lega jugaklah. jihad besar tauk menahan nafsu shopping! paling bangga suda saya kalau dapat tahan nafsu shopping. lagipun camera lama kan sudah siap repair.
:) <---- fake. haha
TAPI TAPI TAPI!
kawan-kawan saya seramai 3 orangs telah pigi membeli camera ixus 184 itu! hey, murah tauk!!! sapa tidak mahu gerabbbb? harga asal 299. hoh, memang betul2 sale. dan akibatnya, saya adalah JELES. jeles sampai saya bermasam muka sekarang ni. saya pun mahu camera itu jugak ;(
ok, cerita circus!
semalam pegi dengan tiba-tiba sebab lambat mendapat invitation. heh. tapi pergi dengan wani, yani, joy, dan alif (HAHAHAHAHAHAHAHA: kenapa saya ketawa panjang? manabolekasitauuuu hakhak!)
venue adalah di The Oval, yakni sebuah park yang terletak di central otago. dia start jam 730 ptg. jadi cuaca adalah sejuk menggila! circus pulak adalah hanya di bawah canopy yang besar! sejuk taukkkk! adoih =_=”
saya tiada camera (menyedihkan) tapi saya record video guna hp saya. nanti saya upload.
circus ni tiadalah melibatkan haiwan dan binatang. ada badut2 dan orang yang kelakar dan hebat seja. still, SUNGGUH menghiburkan. saya ketawa sampai saya risau. risau sebab minggu ni macam paling membahagiakan. hari-hari banyak ketawa. saya risaulah nanti saya nangis-nangis pulak.
ok lah. thanks for reading. saya mau pegi upload video dulu circus dulu nih :)
love you’all muchos grande! hekhek
p/s: ini link untuk icon facebook, twitter & social network yang lain (macam di blah kanan incik belog ni). cool ni. pegilah try. heh :)
p/s/s: yang icon love warna hijau tu chatbox saya tau! :)
Thursday, March 17
what happen lah to me today, haihhh..
one of my productive moments is when i am not in a good mood, atau tengah merajuk.
but at this very moment, i can’t even think of a word to type.
cemas dah ni Y__Y
*inhale*
*exhale*
maybe i just need to focus.
ALL IZ WELL!
p/s: muka tengah ketat, hati tengah keras, rasa mcm nak marah, rasa sedih-sedih. tapi kenapa kerja tak gerak nihhhh! Y__Y
#viatumblr

separuh hati saya cakap saya kuat, dan hebat dan juara. tapi separuh lagi melemah selemah-lemahnya.
siapa mahu bersedih dan merasa sakit di hati. tiada.
saya sendiri pun sedih bila hati saya sedih. tapi airmata pandai merembes tiba-tiba.
haihhhh…
notakaki: gambar-gambar di atas adalah dicilok dari tumblr sy sendiri, yang pernah direblog, pd zaman dulu kala.
i miss us. nite.
Sunday, December 12
kapsul ketabahan extra diperlukan
selalu pura-pura kuat.
padahal hati sudah macam *memikir analogy yg sesuai*
erm.. sudah macam seluar jeans penyanyi rock kapak. koyak rabak.
can i cry on your shoulder, mate? sobs.
Wednesday, September 29
hati
tidak suci. tidak bersih.
sebab itu dia tidak tenang.
rasa kacau.
cuba hilangkan amarah,
hapuskan dendam
terima seadanya. redha.
sobs.
encik saya, encik & saya.
desktop background snapshot webcam aku dan encik kacak-luar-kacak-dalam. rindu.
ok. itu seja. bye.
encik kacak-luar-kacak-dalam suda tidak syg aku. uhuks. ok. tarik balik kacak-luar-kacak-dalam. sudah tidak ngam sama dia.
ok. bye.
mau skype!!!!!! *ngs*
bye.
dengar lagu ni. tgk lirik. chomel. walaupun intro macam lagu tamil =.=”
oi. faham ka orang rindu. tumbuk perut baru taw.
betul2byesudani. bye
Monday, September 27
uwaaaaaa!!!
hahahahahaha. teriak2 kat sini dulu baru sambung essay.
ok bye! essay ini bernilai rm3k.
kaya gila kentangggggg~ wakakakak
Wednesday, September 22
macam hyphen macam
ada satu puisi di draft aku. heh. puisi ka?? ok. mungkin secebis bercebis-cebis kata hati. puisi berunsur direct. senang faham. jadi atas sebab puisi itu terlalu transparent, diharamkan publisiti nya di belog terbuka ini.
ok. aku balik lagi ke dalam stage yang membimbangkan. takut. nervous. dan resah. haish. aku harap semua ok2 saja. malas mau fikir.
selain itu, ceh haha.
tiba-tiba aku takut mau balik. sebab memikirkan kesedihan dan keberatan hati untuk balik nz lagi. tidak suka T_T
belum cuti suda fikir mau balik sini. haha. mmg lah pening, kan?
sapa mau ikut pegi gold coast? mcm rugi pulak aku transit gold coast tp x stop sana. tapi duit pulak cukup-cukup seja. tengok lah nanti. lagipun macam tiada kawan. xkan mau pegi sorang2.
sapa mau ikut. jom!
;)
eh eh. atau mau pegi cairo? ahaks! gilahhhh. semua dia mau! ok. suda. mari tidur. semoga mimpi encik ym.
sekian.
imy,
-sayang-
Friday, September 17
Tuesday, September 14
magic ball, bukan kaya ball.
saya mau magic ball.
supaya saya boleh intai cinta saya setiap masa
SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN
supaya sy boleh tengok ekspresi wajahnya. senyum atau tidak.
jadi saya tau dia marah saya atau tidak
SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN
saya mau magic ball.
supaya saya bole intai cinta saya setiap masa
SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN
supaya saya tidak terkacau dia kalau dia busy.
dan bila dia tidak layan,
SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN.
imy.
Monday, September 13
air mata biadap (episode 2)
Wednesday, August 18
mau letak title ‘homesick’ tapi nanti nampak tidak cool.
baru 18 hb, tapi entry suda ada dua puluh lima. agagagaga. itu namanya RAKUS. kenapa suda begini neh? berabis pulak mengupdate belog. macam seja belog ni mau lari lari.
oh, saya singgah jumpa encik belog ni sebab mau berjuang. jadi sebelum berjuang mau teriak teriak dulu sini. nda taw kenapa saya nda berfungsi suda nih. sekejap lagi menangis lah ni. menangis seja kerja, cengeng betul ihhh.
bukan saya nda biasa duduk jauh2. dari kecil juga duduk di asrama. tapi mungkin sebab sekarang ni melampau jauh. dan dulu di hostel cuti sekolah ada banyak. setahun 5 kali. pindah maktab pun cuti ikut cuti sekolah. paling lama di hostel 2 bulan, nah, lepas tu balik rumah lagi.
tapi sekarang? homesick yang bulan lepas pun belum sembuh, tambah lagi homesick tambah lagi tambah lagi tambah lagi sampai sesak nafas! mana gua tahan bebbbbb! uhuks.
dear rumah,
mari sini sayang. mari datang jenguk jenguk mama.
sekian.
yang senget,
-nurul-
yang pemalas buat assignment,
-nurul- jugak
yang sedang melemah,
-nurul- lagi
yang menaip di belog laju tapi menaip assignment lambat gila,
-tiada yang lain melainkan nurul-
mari sini felok saya. uhuks.
Sunday, August 1
morning august! *hearts*
slm. hye readers. dah bulan august kan! yeay. sangat tak lama lagi puasa, dan tak lama lagi raya, dan tak berapa lama lagi balik! horayyy!
saya terbaca status mck saya kat facebook. tersedih. terkagum jgk. betul orang cakap, wanita memang diciptakan lemah, tapi boleh jadi insan yang kuat-sekuatnya. kagum saya dengan ketabahan hati wanita-wanita yang mendapat suami yang tidak berhati indah itu. nauzubillah. tak tahu macam mana kalau saya yg berada dalam situasi mcm tu. semoga Allah melindungi insan-insan teraniaya ini, diberi ketabahan hati yang banyaaakkkkkk untuk menghadapi ujian begitu. semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan menggembirakan hati ibu. huhu. kesiannya.
dan semoga Allah selamatkan keluarga kita. oh, btw alhamdulilah mak saya dah sihat sepenuhnya. alhamdulillah syukur ya Allah. doa saya untuk melindungi kedua ibu ayah, dan doa memohon Allah tidak menarik nikmat kebahagiaan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga telah dimakbulkan.
sobs. sedihnya pulak!
semoga kawan-kawan beroleh kebahagiaan di august ni. dan selamat bulan menghantar assignment. hahaha. mari berjuang! :)
laughter.smile.happiness. tq Allah :)
Sunday, July 25
dua lima/kosong tujuh/satu kosong
imy. tapi saya gagah. jadi saya cari sesuatu untuk menjadi Si Kalis Rindu.
saya pegi tengok video hotfm yang sumpah lawak. saya gembira. walaupun bukan sebab kamu, tapi sekurang-kurangnya saya gembira.
sekarang masa untuk tidur. dan saya masih gembira. sebab esok pagi bila saya bangun, saya boleh pangkah satu lagi kotak di kalendar saya. semakin hampir hari saya pulang ke sana.
dan untuk hari ini. saya berjaya. berjaya menjadi Si Kalis Rindu.
nite b.




