Thursday, March 21

Heels.

Ya ya ya. Saya balik ke blogger dengan harapan ber-istiqamah kali ini. Excited balik ni sebab aku rasa macam terpencil gila tidak ramai kawan-kawan di sini: tenom.

Suda jugak ba korang tau di mana saya posting kan, kawan-kawan? Jangan letak nama sekolah sini nanti orang google jumpa pulak hahahah! Jadi ceritanya aku sudah selamat pun lapor diri hari selasa lalu. Sekarang ni mau berceritalah pasal hari lapor diri tu. Eheh!

Sampai jak PPD terus masuk pigi tegur beberapa orang cikgu dari kent. Terus aku pun
'ohhoww.. Kenal nazatul akma?'
Terus sorang tu lajulaju tanya balik
'atiqahruhaizad ka ni??!'
Malu okeh. Hahahaha! Nama penuh facebook la bah kan.
Heyyy kuruk! Apa kamu cerita dengan dorang ni haha. Sebenarnya aku kenal pun kawan si kuruk, tapi orang lain. Yang menanya tu belum lagi ber-add di facebook. Haha. Bagus cikgu-cikgu kent ni, peramah eh dorang haha.

*pause. penat eh menaip di handphone*

Itu cerita famous di pagi lapor diri hakhak.

Lepas taklimat, semua pegi dengan guru besar masing-masing dan GB aku x dapat hadir. Jadi PK yang datang ambik. The first thing yang dia cakap ialah...
'saya ni khuatir kasut kamu di sekolah nanti'

I was like.. 'ok betul plak pesan farah'
Dan respon aku masa tu ialah 'cikgu saya ke tandas sekejap aa, nanti saya datang balik' hahahahaha.

Terus sampai sekolah. PK tu cakap, "ba pigi la ko di pejabat. Ko naik jak (bukit) nampak la tu bangunan. Ko masuk jak duduk sana."

Sekali tengok. Woi bukit bole tahan macam baldwin street woi!!! (google: baldwin street). Hahahah steep gilak. Pastu simen. Bukan tangga2 untuk di daki. Dan kasut aku adalah kasut puan bonda yang rupanya 1 size smaller than my actual size. Dari PPD lagi aku menahan sakit kaki. Sudalah kasut baru, jadi extra sakit. Jem!

Pastu masuk staff room. Sangat awkward. Bahahahaha! Nanti aku tua-tua aku mesti kelucuan dengan gayaku dan muka ku masa tu. Tiada confident langsung. Nampak macam nda selesa gila. Eh, sekarang pun suda rasa lucu bila ingat balik.

Yang penting cerita heels ni belum habis. Hahahaha apa ba aku punya cerita ni, kan?
Masa sampai depan staffroom/office tu kan, ada budak2 dari toilet. Terus berbisik-bisik...
'ui ui eh eh cikgu baru ka tu. Siapa tu siapa tu. Cantik kan? Eee suka suka suka!'
Ok tipu.
Begini dia cakap,
'siapa tu. Tingginyaaa kasut dia kan!' =_=
'nak.. cikgu nda tau ni begini cabaran yang terpaksa cikgu tempuhi' -dalam hati.
Haihs. Turun bukit jangan cerita lah. 1cm je setiap langkah. Dalam hati cuma, "nurul jangan bikin malu buat sejarah tergolek pegi bawah di hari pertama. Malu sampai tua nanti."

Heels. Hari pertama. Bikin extra serabut.
Nanti sambung! (itupun kalau aku berjaya publish post ni)

Aku mau internet cepat2. Hahaha. Cikgu sekarang, manjak. Mau rumah best mau internet laju. Puih! Ni kalau kerja nda seberapa ni mau kena hempuk.

Gambar tengok instagram k. Sekian. Love you. Eh? :p

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 9

in awe.

Syeikh Ali Assobuni. beliau sepatutnya hadir di Masjid Nurul Hikmah, bukit padang hari sabtu lalu. beliau ialah salah satu ulama Syria yanggg terkenal dan ada banyak menulis buku2 terkenal. Beliau datang ke Malaysia beberapa bulan lalu, dan fyi, kerakyatan beliau di Syria ditarik sebab beliau merupakan antara golongan yang tidak takut dengan pemerintah zalim di syria. Syria skrg diperintah oleh golongah Syiah yg sangat sangat sangat zalimmm T_T (sebab aku selalu ignore benda2 general issue macam ni, aku baru tau lah cerita-cerita ni semua. lepas ni wajib ambil tahu. wajib, riby!)

Tapi, sebab syeikh tengah tidak sihat, beliau tdk dapat datang ke masjid bkt padang hari sabtu tu. ada sorang orang yang macam menguruskan syeikh ali, yang mewakili ceramah malam tu. dia translator jugak kepada syeikh sebab beliau x berbahasa melayu. jadi, translator tu mula-mula sekali mulakan majlis dengan meminta maaf dan menceritakan keuzuran syeikh. kesian sangat dengar cerita beliau masa tu. sebelum dia datang kk, syeikh ada jadual ceramah di KUIS. masa tu beliau sudah tidak sihat, jadi dengan sengaja tidak dikejutkan. tapi beliau bangun sendiri dan mengajak pegi tempat kejadian. kebetulan pulak hujan dan jam. dorang stuck dalam keta hampir sejam dan lagi sejuklah kan dalam tu. beliau pun makin tidak sihat. tidak sihat sampaikan beliau terpaksa tidur sekejap sebelum program bermula. dan hanya dapat bagi talk sekejap saja.

dalam keadaan macam tu pun, beliau masih mau pegi kk the next morning. tapi, pagi sebelum bertolak beliau muntah dan terpaksa tdk hadir utk ceramah di kk pada malam tu lah – touching sesi pertama.

okay, semua hadirin yang ada di masjid pun faham dengan keadaan tu so tidak apalah kalau tidak hadir, kan? tapi lepastu syeikh pesan dia mahu skype. dalam hati aku, “OK. ini stayaq.” tapi at the same time macam was-was jugak lah dengan kehebatan broadband kan. tidak lama lepas tu berjaya jgk skype. tapi tdk dapat dengar suara syeikh. beliau pun chat chat chat (dalam bahasa arab) dan semua orang pun tunggu dan lihat seja. tengok jak muka syeikh masa tu, ya ampun. sedih. kesian betul. muka dia merahhh dan nampak tdk bermaya. gigih jugak untuk ‘hadir’  kan? – touching sesi kedua.

20130105_190715

itu adalah gambar di TV yang di sediakan di tingkat atas ya kawan-kawan.

lepas tu, sebab suara syeikh x dapat di dengar sebab masalah internet, lepas beberapa kali try video call tu tapi ndak berjaya, syeikh decide dia mahu skype (video call) sambil buat phone call. terharu. sanggup dia buat apa pun untuk laksanakan tanggunjawab dia, kan?

20130105_191653

and thats him making a video call and phone call. sebak. sebak.

lepas ceramah yang menyedarkan hadirin pasal kedudukan islam di syria dan kezaliman pihak syiah ni, dorang tunjukkan video-video keadaan sebenar di syria. aku x larat tgk. darah is everywhere. 95% aku tutup mata. mau cerita banyak lagi tapi mungkin next time. banyak jugak lah dapat dari sesi malam tu. sekurang-kurang aku sedar benda-benda macam tu wajib diambil tahu, dan tidak boleh suka hati mau ignore.

daripada sesi malam tu, kezaliman di Syria sudah mengorbankan 200,000 orang tahu? berbanding di palestin yang hanya 50,000 orang. itu satu statistic yang aku baru tahu jugak.

dah saya jumpa warden saya duluuuu – cikgu ray! :D:D

 

ok, till then. assalamualaikum :)

Thursday, January 3

my day so far..

assalamualaikum!! *baca penuh semangat, please.

iols beli baju baru hekhek. iols happy. dengan ibu sekali happy hahaha aku taktau kenapa tapi dia cakap, “okay kalau baju macam ni bole beli banyak-banyak” hahaha. i know she didnt really mean it. kehkeh.

beli baju pun kecoh kan? bukan apa, suda lama ndk beli baju baaa hahaha! bambong kan~
(bambong = menganggur). income pun tadakk T_T
lepas tu alhamdulillah dapat rejeki lagi tadi hee. tapi kena tahan hati tidak shopping sebab battery phone suda kong macam bongs-ngoks. uh, kecewa sangekkk~

tadi first time naik bas dari rumah di luyang ni ha. forever nervous okay. nervous bila mau tekan loceng. takut jadi perhatian sebab bila tekan loceng semua orang pandang. boleh? HAHAHA. dulu masa zaman dorang kamelia (kemek) stdy di UMS selalu naik bas pegi sana. takut hoi hoi hahaha selalu text kemek tanya bila mau tekan loceng. wuwu. very the sakai.

lepas shopping2 seorang dara, ayah ambil untuk pegi PPD. kononnya mau apply untuk guru ganti. sudahnya, aku tinggalkan PPD dengan perasaan agak bengang. sebab ramai orang pastu satu orang jak yang attend. pastu dorang tidak tau mana tu borangggg. macam main-main saja. kononnya, borang tu dengan orang ni, nti orang ni sampai, eh bukann borang tu ada dengan si anu si anu. pfft. hey how comeeee! mana budaya 5S yang patut diamalkan. kata ISO semua. loser. nda ba~
(eh atiqah jangan banyak komen nanti lambat posting LOL)

sepatutnya petang ni instructor mau ambil pegi belajar driving. tapi dia cancel lagi sebab fmly dia ada emergency. i okay2 je la pun. pastu dia suruh terus amek QTI, nnti dia daftar. eh tapi aku belum ready! adoih.

psst, psst! im currrently working on something. let’s just call it -- DREAM. hehe wish me luck.

 

 

**sangek = sangat (sebut mcm bugis hahahahaha)

**aku taboleh comment blog orang dan blog sendiri. whyyyy? T_T

 

toodles! Smile