kamu yang pertama:
sering ghaib entah ke mana. apa kau ada suis yang memerlukan aku untuk menghidupkannya baru kau boleh menunjukkan kewujudan mu? kenapa hati ku yang sentiasa besar untuk menerima mu ini, sering kau uji ketabahannya? tidak besar permintaan ku, hanya sekadar memohon agar kau meyakini ku kau sentiasa di sisi.
kamu yang kedua:
lama sudah kita saling mengenali. tapi kenapa menjauh akhirnya? erm. mungkin aku yang tidak memahami, atau berfikir terlalu banyak. (aku adalah pemikir benda remeh yang terkemuka, sila ambil perhatian) hilang rasa untuk berkomunikasi? mungkin kita tiada isu untuk dikongsi. sedihnya wahai sang hati, pabila satu persatu teman yang pernah mewarnai hilang tidak berganti. sob3!
tgh buat apa? dah sihat belom? kerja ok? terima offer ari tu x? dpt kos apa? skg d mn? haihh.. rasa empty gila skg ni.
(haha! tengah aku type dengan penuh filink, keypad “Y” aku tercabut. duhh, ganas! apa maknanya tuh?? mengapa harus Y?? :P lalalala~)
kamu yang ketiga:
haha. mana suda orang ni ha? kadang2 saja aku nampak bayangnya. mencari2 juga aku kesempatan untuk berkongsi cerita ceriti dengannya. mungkin sedang bermasalah dirinya. semoga ya wahai kamu! :) <---- ayat hancus, tunggang-langgang.
point ke satu!
= lihat semua, teman/sahabat/kawan/handai sentiasa datang dan pergi dari hidup kita. datang nya tak pernah diundang, begitu juga masa perginya. kita apabila ditinggalkan (sementara atau selamanya) harus berbuat apa? meratapi atau meneruskan perjalanan sambil menanti kehadiran teman/sahabat/kawan/handai yang baru?? jawapan di tangan kita.
huhu. jawapan di tangan aku bagaimana? (LOL) jawapannya: aku masih termangu di sini, kononnya setia dan baik hati (thuik!). heh, tapi aku tahu, mungkin juga sudah masa untuk aku meneruskan hidup tanpa bergantung pada mereka2. ouh. sedihnya saya!
ok! satu point saja. ha! ha! ha!
semenjak dua menjak tiga menjak ni, pasan x aku selalu melontar emosi di blog ni? salah satu alasan adalah kehilangan tempat mengadu di dunia realiti (yakni kamu-kamu yang pertama, kedua, dan ketiga di atas itu). jd, terluah lah rasa hati di dunia maya ini.
tabah wahai hati. jangan berfikir terlalu banyak.
*mungkin mereka2 itu juga sedang bermasalah. kan?*
--yang mendoakan kesejahteraan kamu3--
qa, nurul, tqa




1 comment:
aku ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
:(
Post a Comment