Friday, July 17

visi. matlamat.

apa? apa matlamat hidup mu? inilah salah satu jawapan yang aku tidak punya jawapan! dari dulu, aku resah sebab ketiadaan misi/visi/matlamat/watever. sehingga hari ini.

macam org yang buntu mencari identiti kan aku ni? haha

dengan keadaan yang tidak bermatlamat ini, aku selalu tidak bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu. senang cita, macam endah tak endah dalam semua hal. aku tak pernah buat sesuatu dengan sepenuh hati, atau membuat sesuatu dengan impian/harapan yang tinggi. TAPI sering mengharap hasil yang BOLE TAHAN memuaskan. see! apa yang aku harapkan hanya setakat “bole tahan” punya level je. huh!   (=_=’)

ibu pernah cakap, aku bukan tak boleh buat betul2, cuma aku kurang rasa tanggungjawab. ibu selalu tekankan, kena bertanggungjawab dalam semua hal. huhuhu… bukan seperti ibu, aku TIDAK komited dalam melakukan semua kerja. ahh! kenapa gen kerajinan tu tidak mengalir dalam diri! hahahahaha..

ngko suka suki! lahir2 je terus mau ada gen RAJIN dalam darah! amboih2..manyak chantek!

menyesali, menyesali dan terus merenung keadaan diri. itu saja yang mampu aku buat? heh. alamatnya masa depan dan arah tuju ku akan TETAP menjadi samar-samar.

bila aku mau bangkit pun masih samar-samar.

 

 

 

*masih berfikir: result aku ok atau x ok sebenarnya ni??*

 

*berfikir*

 

*berfikir lagi*

 

BINGO! result aku BOLE TAHAN je!

 

damn. adios!

5 comments:

raudhah insyirah said...

tahniah riby!

Sharif John said...

Kamu menuju ke arah kematangan ni.... bagus la sbb berfikiran begitu... maknanya kita pnya impian jgk.. Teruskan usaha... buat sehabis baik dan semampu yg boleh... keep moving forward!!!

joegrimjow said...

apa2 buat pon pekara kene jelas
baru hidup buhgia dan senang

tqa said...

ameng: thnx. tp nda berapa la result tu..

john: moving forvard? erm.. mcm toyota. hehe.. . insyaAllah, trus brusaha :)

joe: betul. hidup kena set goal & ada matlamat. huhu. xpa. sy slow2..

bp@pengerindu.com said...

kadang2 hidup ini sukar untuk digertikan..

salam perkenalan dan Kalau ada masa jenguk lah blog saya. :) ok . ada free ebook.