Wednesday, January 19

aku cinta~ aku rindu~ walau berjauhan ku tahu hatimu~~

 

aku rindu mau bangun pagi terus tengok ada bola disco di atas kepala.

IMG_4536

ni gambar dinding di kepala katil ku. tehee! oh sy ada bola-bola api~

 

rindu mau bangun pagi terus capai towel, bukak pintu dan masuk toilet. oh sebelum masuk toilet, sempat intai gadis-gadisku yang tengah breakfast.

 

oh, selalunya jugak, aku terbangun sebab dengar dorang kecoh-kecoh di dapur. kalau tak pun aku akan bangun dengan ketukan di pintu sama ada dari diba atau wani, kadang-kadang yani. kadang-kadang aku buka mata selepas tekan butang hp untuk kasi snooze berkali-kali. kemudian aku akan tenung-tenung jam di dinding dan akan tolak 5 jam. di malaysia dorang tengah pukul berapa?

 

aku rindu jugak dengar suara yani nyanyi-nyanyi dari bilik dia. kemudian aku akan jerit dari bawah. atau pun aku balas nyanyi dengan lagu ziana zain, sekebun cintaaaaa nan berbungaaaaa!

 

aku rindu mau kacau diba! bila diba masak di dapur, bila diba pegi toilet (sebab toilet depan bilik aku), bila diba lari-lari mau naik tangga pegi bilik dia.

 

dan mereka-meraka semua suka masuk bilik aku dengan tiba-tiba. kadang-kadang dorang masuk bilik aku sebelum dorang pegi toilet. kadang-kadang selepas pegi toilet dorang intai aku. atau pun, ketuk pintu, masukkan kepala,

ribyyyy! buat ape??

xde. tgh online. kenapa~

xde. saje je!

lepas tu terus blah. teheee!

 

oh rindu jugak tengok dorang kecoh-kecoh fikir pasal bila nak pegi beli barang rumah. bila nak pegi rumah kak bla3, bila nak buat bla3~

 

nas pulak kalau datang sengal dia, hyper semacam. selalunya tempat kami berkumpul di meja makan. masa ni sesi bercakap sambil makan. sila jangan contoh. masa ni jugak lah tanya kawan-kawan, “wey, kat kelas jane korang buat apa tadi?”, “nas, nas, kelas maths tadi best x?” atau “pukul brapa kt kena pegi intake meeting esok?”

part gossip dan usik mengusik memang x tinggal lah kan~

wey, betul ka dorang dua tu ada apa2??? pastu usik yani, “ololo~~~ so sweeetttt”

oh, x boleh usik wani, nnti merajuk HAHAHA.

time ni jugaklah mengadu pasal family, relationship masing-masing. pastu buat muka feeling2! HAHAHAHA. rindu gadiskuuuuuu!

 

yani suka tengok tv sambil makan. ataupun, senang cakap mcm ni lah, tv hanya akan on bila yani turun pegi bawah (oh rumah kami double-storey).

 

lepas tu bila kadang-kadang kitorang lepak di bawah, semua bawak laptop pegi ruang tamu, blogwalking atau facebooking sambil mengumpat eh i mean, sambil bercerita pasal isu semasa. kitorang semua memang follower tegar beautifulnara. paling suka bila ada ccerita pasal fasha sanda dengan jejai. HAHA. semua akan geli bila sebut nama jejai. jejai jejai. macam apa entah! hahaha. auw~

 

lepastu,  tetiba akan ada orang yang nak balik bilik masing-masing kan? lepastu wani mesti bising.

alaaaa, jgn la balik bilik dulu. bukan buat apa pun kat bilik~ jom la lepak-lepak. jom sembang jom. jom berangan jom! (ini memang ayat fav wani! haha)

 

lepas tu kalau semua orang setuju nak main berangan-berangan, topic yang femes ialah kawin dan kawin. dream wedding mcm mn. nak baju warna apa. adoilah wani! hahahaha.

 

saia rindu housemates saia! ;(

 

eh ada lagi. kami kalau gian nak pegi kbox, kami cari lagu-lagu karoke di youtube, kemudian melalak. hoyeah~

 

mula-mula rumah saia bernama bnw (broken window) sbb dulu orang mabuk tumbuk cermin dapur kitorang sampai pecah. kemudian nama tukar pegi BWOW (broken window and overflowing water) tambah OW tu sebab hot-water cylinder kitorang rosak dan pecah dan banjir kejap. haha.

 

eh. rindulah!

IMG_3723

ini gambar masa kami mula-mula sampai. tehee!

100226-102033

yang ni pakai buat muka separuh2! haha :)

IMG_8120

serabutnya aku.

oh, ni gambar terakhir sebelum berpisah. dorang hantau aku kat bus station. uhuks. sobs

 

 

ehhh! aku pakai jam tu? maksudnya jam aku hilang. sbb aku ingat jam aku yang tu tinggal di dunny. uwaaaa! uwaaaa! tapi aku pakai tu!! ;(

No comments: