Wednesday, January 26

ini entry malu-malu :”>

HAHA. HAHA! eh. pangggg! ok jangan gedik.

 

Assalamualaikum~ salam hamba hulur tanda ingatan~

(sila baca dengan nada yang macam ni, barulah cool! hakhak)

 

sebenarnya kan, belog ni yang dulunya rahsia, kini suda macam kantoi berkali-kali. iyan(adik) suda jumpa, abang suda jumpa, ajul(adik) pun suda jumpa. kazen pun (along) suda jumpa. sikit hari lagi, satu kampung boleh tau aku ada belog. heish. malulah klu macik2 aku tau =_=”

 

jadi kena behave dalam belog. kurangkan gedik, tingkatkan prestasi!

 

oh, terima kaseh untuk yang menge-like. haha. haha! mencilah perasaan happy yang begini. hahaha :P (ok2, maaf. ter-poyo. kita stop cakap pasal tu). eh tapi nanti korang kalau mau promot link di page tu pun boleh tau tau! ;)

 

 

hari ahad lepas, ada sorang anak kawan ayah kahwin. anak uncle pam. uncle pam ni kawan ayah masa zaman bujang-bujang lagi. dan uncle pam ni bos ym. hoho. jadi masa wedding tu, ramailah kawan-kawan ayah datang. yang dari semenanjung pun datang jugak. dorang ni dulu geng2 bujang di tuaran! baru uncle pam punya anak yang suda kawin. ni 1st wedding lah untuk anak-anak ‘geng bujang tuaran’ ni. heee. dan aku cm sedikit excited sbb lama gila x pegi wedding

 

ok, cerita kawin berhenti di situ. jadi, semalam, kawan ayah yang dtg dari semenanjung tu, datang ke rumah. lepas pegi masjid dengan ayah, kami bawa pck tu keluar makan. mula-mula plan mau bawa makan seafood di chinese muslim restaurant yang kami pegi hari tu, tapi tutup pulak. jadi kami bawa beliau ke nasi padang ibu @jesselton point. (aku ada ambil gambar tp guna cam hp jak :( camera aku rosak bahhh) jadi tengok gambar JP dari cam orang okeh? ihsan google.

 

gambar dari: http://www.flickr.com/photos/emdee_k/4326168584/

 

ni lagi gambar jesselton point

gambar dari: http://quachee.blogspot.com/2009/02/jesselton-point.html

sapa belum pernah pegi jesselton point, meh datang kk aku bawa! jom jom

 

lepas makan, kami menuju ke kereta. pastu ayah tertunjuklah signal hill dekat pacik tu. pck tu mcm excited, so ayah drive la pegi signal hill. aku pun excited dalam hati sebab lama gila x pegi situ.

 

25012011(005)

itu ayah & kawan beliau. wihehe. best best. angin sepoi-sepoi sedap.

 

sekian, laporan aktiviti lepas isyak semalam! :)

 

 

p/s: segan la kak wawa baca belog yg merepek nih T_T

No comments: