Sunday, January 9

tiga perangai pelik aku selepas join dunia blogging…

 

well hai kawan-kawan. kejap. jangan gelojoh terus-terus mahu tahu perangai pelik yang pertama. intro mesti ada.

 

oh sheet! its 3.45am and i can hardly close my bikin-panas eyes. thanks to them lah. memang sy suka ni begini. ya memang! (kamu faham ni kan intonasi dia mcm mana?) ouh~ pusing kiri, pusing kanan, fikir pasal esok hari lepas bangun mau buat apa, fikir pasal esok mau stalk facebook sapa, fikir pasal entry apa mau update esok hari. dem. sudalah mata buat jahat, kapla hotak pulak sibuk fikir macam-macam.

 

nah, bila suda habis intro, boleh terus masuk perangai pelik yang kesatu. (kenapa aku tetiba rasa macam hagemaru?? “sepuluh perangai pelik”) duhhh =.=” dabliu-ti-ef!

 

 perangai pelik #1

berlagak macam ramai pembaca slash peminat (ouch!)

 

mula-mula aku deny lah kan. aku tidak rasa aku minta puji pun. hey! mana ada orang mau mengaku dia mintak puji. lebih-lebih lagi di laman sesawang yang mempunyai ramai pembaca seperti http://slimdunk.blogspot.com/. heh. kamonlah! :P:P

 

honestly, masa aku mula-mula blogging, audience aku sangat sedikit. itupun sebab dorang kawan aku, HAHA. sebab tu dorang sapot aku. lagipun, sebab aku follow belog dorang, then bila dorang tengok belog aku, dan tengok follower aku hanya seciput terus mereka macam simpati yang amat. tsk. tsk. kesian betul.

 

dan masa tu, aku menulis, i mean, menaip, hanya untuk suka-suka dan bukan untuk dibaca. siyes aku malu bila mau publish entry. berfikir sepuluh kali. double-triple check you know! uhuks. kurang yakin untuk menghasilkan sesuatu untuk tatapan umum. haiyo.

 

at the same time, aku nervous jugak bila memikirkan siapa-siapa bakal menjumpai belog aku. TIDAK mustahil okeh! alah, macam kau blogwalking dan tetiba terjumpa belog anak kawan mak kau. atau pun kau terjumpa belog senior & junior kau. Ha, orang lain pun blogwalk jugak mcm kita. nda mustahil si polan dan si polan akan jumpa belog kau masa dia blogwalking. kan? aku nervous bila belog aku dijumpai. hehe

 

tapi keyakinan bertambah bila ada beberapa komen yang singgah di belog aku. cth: HAHAHA! ko ni ada-ada sejalah/siyes?? bila wey??/nice one tqa/wuwuwu tqa~~ aku nda pernah pun mcm tu. kamu faham kan perasaan tu? perasaan macam, “kamon tqa! teruskan merepek. teruskan mintak puji. mereka-mereka suka!” HAHA. sila muntah berjemaah.

 

sekarang, lepas join WSB, lagilah ramai audience aku. dan makin lama, aku makin tidak nervous untuk buat entry. makin teruja mau menaip. dem! aku TIDAK suka begini. macam perasaan mintak puji seja rasanya.

 

WAIT, bukanlah bermaksud aku punya entry tidak ikhlas dan semata-mata untuk mencuri perhatian kamu. BUKAN ya! ingat aku si-attention-seeker-berabis kah? hey, kamonlah. aku ikhlas der~ aku tulus der~ HAHA. cuma aku KURANG suda rasa tidak kondifen & kurang rasa segan silu. semakin selesa dan macam purak-purak bercakap dengan audience bila menaip. macam aku yakin aku bercakap dengan si pembaca. yakin akan ada orang baca. faham ka? heish. lainnya rasa begitu. sedikit memalukan.

 

sekarang rasa macam bila buat entry, suda ada rasa macam ramai peminat! HAHAHA! ampun tuanku. maksud aku, suda tau siapa-siapa yang akan baca. HEISH. bidak sungguh perasaan begitu. tapi apa boleh buat. perasaan itu wujud dengan sendiri. yak ampun! keji. hahaha~

 

 

  perangai pelik #2

sebok-sebok google sana sini semata-mata mahu kasi cantik belog.

 

heh. ini lagi satu perangai pelik. sanggup duduk mengadap laptop siang malam sampai dua tiga hari untuk fikir macam mana mau design belog cantek-cantek. adui. TIDAK pernah puas hati dengan incik belog. bila nampak belog orang lain comel sikit, ha, mulalah dengki. macam seja boleh dapat piala kalau dengki-dengki segala. =_=”

 

bila masuk belog yang lawa-lawa, mulalah~

“eh? boleh customize rupanya blockquote ni? tgk tu dia bikin cantek seja”

atau

“eeee! mana dia dapat ni calendar archive begini! mau google lah. mau google lah!”

atau

“somel pulak dia buat icon2 begitu tu, apa aku mau type di search engine ah?”

 

nah, lepas tu habis pening incik google sebab dia taip panjang lebar. “tutorial untuk buat chatbox keluar-masuk-keluar-masuk macam belog si slimdunk”. sandi la bah begitu. HAHA.

 

tapi yang bagusnya, aku banyak belajar dari benda-benda ni. dari level ZERO pigi errr maybe TWO :P

 

  perangai pelik #3

upload gambar syok sendiri sebab rasa macam cool. dabliu-ti-ef!

 

padahal cari alasan untuk menggedik. cis! sikit-sikit mau upload gambar. kononnya kalau tidak upload gambar, entry tidak berseri dan audience semua lari tidak mau baca. KONON lah. konon. padahal cari alasan untuk tayang muka yang baru hilang jerawat. adoi. matilah jugak kalau begini kan? HAHAHA

 

tapi bagus jugak kadang-kadang bah. sebab macam orang tau sapa tuan punya belog. pernah masuk belog orang lain, dan kamu tertanya-tanya siapakah gerangan pemiliknya? pernah kan? ha, jadi bila entry banyak gambar sendiri, senanglah orang kenal! <---- alasan lagi. uhuks.

 

eh. ok. itu sejalah dulu. panjang-panjang nnti kamu makin muntah-muntah pulak :P

 

 

sapa peminat setia slimdunk sila komen cakap “you rox!”

(skill pancing komen wakakaka!)

 

 

 

 

 

 

 

 

p/s: aku rasa post title patut jadi “tiga perangai GEDIK aku selepas join dunia blogging” =_=”

Picture 0363

ini contoh ya! contoh! contoh perangai pelik #3 hahaha. ciao ;)

1 comment:

Liling said...

lepas aku baca kan~aku rasa bukan 3 neh perangai pelik ko.banyak neh.haha