sapa tengok series ni, tolong angkat tangan dengan penuh semangat! eh, sila komen nanti, dan beritahu anda juga peminat setia mereka okeh! tolonglah ada. aku mau berkongsi minat nihhhh! aku penuh energy ni menaip. masih ada tersisa rasa teruja lepas menengok ending season 3!
bukan becakap seja bikin semput, menaip dengan rasa nervous dan teruja pun boleh semput rupanya.
serius shit series ni best!
memanglah kalau kamu tengok di AXN tu satu eps mcm biasa-biasa seja kan? aku pun mula-mula tengok, nda la rasa cool gila. sekali abang saya ada pulak full episodes s01. terus saya follow dari awal cerita, sampailah sekarang yg setakat sy suda tengok adalah s03. (padahal tahun lepas suda keluar s4! hahaha). ok, blum ada can lagi mau tengok s04. belum download :(
kenapa best? sebab sy follow dari awal lah! dan banyak benda yang sebenarnya berlaku dari awal-awal dan berlanjutan sampai season terbaru nya ni. terus bikin ko mo follow sejaaaa sampai mati. huah!
1. family: s1 kita tau chuck & ellie (kakak chuck) tinggal dua batang kara sahaja. bapak dia lari tinggalkan dorang, mum dia pun teda entah pigi mana. masuk s2 bapak dia muncul. ha! kemunculan dia sangat hebat people dan ada kaitan dengan chuck jugak sebenarnya. uiseh. sy ingat ni saya kagum-kagum tengok ending s02! s03 pulak, kematian salah seorang dari mereka, dan kemunculan satu lagi watak. oh family watak-watak sampingan pun makin terlibat. cerita pasal sarah walker (heroin) punya family background & john casey jugak.
2. love & relationship: s01, chuck dengan sarah masih main tarik tali, s02 sarah suda ada emotional interest terhadap si chuck dan mengajak si chuck lari dr dunia spy namum chuck menepis sebab dia sda mula suka dunia spy nya yang SUPER COOOOLLLL! jadi, sarah macam kecewa gila. tp dorang masi beroperasi bersama. s03 dorang suda togetherrrrrr! shomel lah dorang. macam kelakar pun ada jugak. hatdoiyyy!
3. spy life: s01 chuck sangat noob dan semua kejayaan dia dalam dunia spy hanyalah bergantung kepada luck dan kehebatan sidekicks yakni agent sarah walker (yang howt gila vavi) & john casey. memang kalau tengok s01, rasa mo ketok2 seja chuck. tapi lucu~ hehe. pastu s02, dia suda pandai jadi cover, tapi sukak bikin hal. dan dia masih hati suci. wuwu. nda berani pukul orang, takut tengok penjahat. mo kena saiko dulu oleh john casey baru dia menjadi hebat. dan dalam s02 jugak dia punya ‘intersect’ di upgrade! jadi dia suda pandai berlawan. sebab dia boleh flash cara-cara fight dengan penjahat. hoho. masuk s03, dia sangat-sangat committed dan makin hebat. dia selalu jumpa info. kadang-kadang general dorang nda percaya. tehee! tapi dia mesti buktikan dia betul. hoyeah! kamon chuck! <--- tetiba semangat. lol
4. ‘intersect’: chuck ni dipanggil intersect. dia terlibat dgn CIA ni pun sebab dia secara nda sengaja nya memasukkan intersect dalam otaknya. jadi dialah intersect. masa dia dapat intersect tu, dia tengok banyak3 gila gambar dan masuk ke dalam otak dia. jadi, let’s say dia nampak AKU, terus otak dia bagi information pasal aku. cth: tinggi, hot, sensasi, black belt taekwando!, pernah bunuh nyamuk 15ekor seminit. ha. gitu lah. tapi selalunya orang2 yang dia dapat flash, adalah orang jahat yang ada profile dia dengan CIA. (nda pa ka aku type CIA ni? nanti kena tangkap pulak wuwu, palis2). nah! di situ lah hebatnya chuck. sampai suara pun dia boleh cam. faham ka? tolonglah faham, aku semangat ni :(
5. friendship: haha. ini banyak cerita lucu. tapi semua watak dalam series ni, sama ada main cast atau pelakon tambahan, makin lama, makin rapat sesama mereka. john casey pun makin suka chuck, padahal awal-awal dulu dia paling meluat dgn kebodohan chuck. LOL. ala, standard la kan, cerita spy2 mestilah family & friends dorang terancam. jadi, masing-masing pun mo protect family & friends dorang.
ok. itu seja dulu… haha! teruja tauk! aku baru abis tengok final eps untuk s3. dan ending dia, adalah kemunculan puan bartowski. dem! mahu tengok s04s01 tapi itulah eps terakhir dlm simpanan aku. kalau aku tengok malam ni, esok-esok aku mo tengok apa! wuwu.
kalau kamu baca pnjang2 ni, kamu terhebat.
kalau kamu bingung dan blur, jgn risau. kamu normal. sebab kamu baru sahaja membaca entry yang memvavivuta dan tiba-tiba dan panjang macam essay spm!
sekian.
atiqah bartowski. lol




2 comments:
yak ampun!
aku cam nda berminat suda tgk cerita bersiri2 ni tau... =_=
kak...baca entry ni pun sama jugak sudah mcm tgOk 3 seasons..lepas ni sy tgOk terus season 4 la....LOL!!!!!.....paling cOmplete sda synOpsis mu ni kak....hahaha...
Post a Comment