Showing posts with label hyper. Show all posts
Showing posts with label hyper. Show all posts

Wednesday, August 17

SNOW!!

twas snowing for the second time on the 15th! ahah! ni siap ada video untuk korang! XD
meh tengok dulu!

winter wonderland–dunedin 2011 :)

aku tak siap letak annotation pun lagi sebenarnya tapi aku mau upload jugak sini! hahaha. ni kes nda pandai sabar. nanti baru aku sambung edit. haihsss org noob memang macam ni lah kan~ buat video simple cenggini pun ambil masa seribu tahun lagiiii~

15 August – 15 Ramadhan – full moon. subhanallah.

thanks for reading & watching! hope you enjoy it.

 

There’s only

1 thing

2 do

3 words

4 you~~~

I LOVE YOU

 

 

17ramadhan suda kan? rindu kau. bai. *ngslajulaju*

37697_418807084309_572374309_4372805_197870_n (1)

Thursday, April 14

orang banyak mulut memang banyak story =_=”

Assalamualaikum! (dengan penuh semangat sambil buat suara pak arab) dan hai-hai untuk semua! =)

aku baru jugaklah update belog ni kan? semalam kalau tak silap. tapi hari ni rasa macam banyak lagi benda yang mau diceritakan. ok xpa. pelan-pelan okeh?

okay, first thing first!

  laserforce + mini golf + bowling!

hari selasa lepas, aku & kawan-kawan pegi redeem voucher yang kitorang beli online. ramai jugak hari tu, dalam 17 orang. aku follow jak masa tu. rasa malas-malas pun ada jugak haha sebab aku plan nak tidur petang tu :P

then, bila sampai sana macam ter-heksaited la pulak. pendekkan cerita, sebab kami sangat ramai, so kitorang bagi dua team. team A & B. yelah, mana bole main laser force tu sampai 17 orang sekali. kalau tempat tu besar ok jugak.

so, team A main bowling > laser force > mini golf. team B pulak main laser force > mini golf > bowling! (aku team A!)

pastu main-main-main-main sampai penat. macam biasa jak pun. cuma yang luar biasanya adalah bola bowling kat situ kecikkkk! besar lagi tapak tangan aku. haha. lucus okehs. taks pernahs jumpas bolas keciks macams tu!

12042011(001)

12042011(007)

12042011(010)

12042011(008)

lane dia pun shomel. macam highway kan? haha

eh jap! jap! korang ada perasaan segan-segan ka time main bowling? macam erm erm. merasakan seluruh alam menyaksikan vuntut korang? ada tak? ada tak? hahaha

 

pastu kitorang main tembak-tembak laser. perasaan aku time tu? erm. PENAT. sebab bila nampak musuh bukan tembak, tapi jerit dulu, pastu lari laju-laju macam kena kejar lembu! wahahaha. ok, aku ketawa bila ingat balik kejadian tu. terkejut ada musuh depan mata, pastu jerit, pastu lari laju2. HAHAHAH! ngek betul =_=”

ok, sebelum habis masa, semua orang da pancit. penat kot lari-lari dan sesat-sesat. haha. tetiba semua orang berkumpul ambil gambar haha. rugi jak. tapi xpa. x larat kot semua orang mau lari-lari lagi hehe.

217089_1527531887654_1815394906_948876_668206_n

ni gambar curik dari fb ateh. sorry x clear! :)

pastu keluar main golf pulak. ni part aku paling loser! hahaha. kena shoot 2-3 kali, aku sampai 10-12 kali try. hahaha. tak boleh kawin dato’ ni :P

tapi tapi tapi. ada satu kali aku terai sekali terus masuk. orang sabah bilang ‘plokshot’ (idk how to spell actually!) atau bahasa rasminya kebetulan. haha!

206224_1527532727675_1815394906_948879_2137877_n

12042011(018)

eceh! tuuuuudia!

12042011(034)

ni la tempat yang aku pukul sekali jak hahaha. berliku-liku kan? hahaha. ok. plokshot oi!

 

oklah. cerita bermain-main tamat di situ.

 

  roti canai

pagi tadi aku terai buat roti canai. un-sangka-rably, bole tahan menjadik jugaklah. tapi nda pandai tebarrr. uwaa! lepas ni aku salutlah mana-mana mamak yang terror tebar roti syanai! yang aku buat x lebar. pastu bila da sampai doh yang terakhir baru ameng ajar aku tebar. x sempat mo practice sebab doh da abis goreng haha.

276439968

  blog kawin-kawin

sorry lah aku asyik tukar template. rimaslah template yang satu tu. haha. hodoh. sidebar aku ada bullet. ei. geram betul. suda try remove masih ada jgk. dan template skrg ni macam haremmm hahahaha. mood kawin-kawin you. just bear with it okey? xo

eh tapi korang perasan tak. pompuan kat header tu dah comel la kan. lelaki tu pun da kacak abislah, tapi seluar dia apahal sebelah hitam sebelah kelabu (pegi scroll up skrg!) :P

 

  kalimah alhamdulilah.

maksudnya segala puji bagi Allah. bila kita melafazkan kalimah tu? selalunya kalau kita bersyukur dan bila kita beroleh sesuatu yang menyenangkan. DAN JUGA, SEMASA MENDAPAT PUJIAN KAN?

tapi kita maksudkan kah apa yang kita sebut?

contoh:

“eeee, pandailah kau ni!”

alhamdulillah” *senyum bangga*

yes, bagus suda tu sebab dia sebut alhamdulillah. tapi dalam hati bangga sama jugak tidak gunalah kalau begitu.

segala pujian hanya untuk Yang Maha Kuasa. kalau kita pandai, itu adalah sebab Allah yang bagi kita jadi pandai. jadi tidak harus itu pujian kita telan dengan rasa bangga. harus mengembalikan pujian itu kepada yang berhak.

peringatan untuk diri ku ini juga :)

 

 

 

 

till then people! ily muchos grande!

Saturday, March 19

atiqah bartowski. uiseehhh! haha



sapa tengok series ni, tolong angkat tangan dengan penuh semangat! eh, sila komen nanti, dan beritahu anda juga peminat setia mereka okeh! tolonglah ada. aku mau berkongsi minat nihhhh!

aku penuh energy ni menaip. masih ada tersisa rasa teruja lepas menengok ending season 3!

bukan becakap seja bikin semput, menaip dengan rasa nervous dan teruja pun boleh semput rupanya.

serius shit series ni best!










memanglah kalau kamu tengok di AXN tu satu eps mcm biasa-biasa seja kan? aku pun mula-mula tengok, nda la rasa cool gila. sekali abang saya ada pulak full episodes s01. terus saya follow dari awal cerita, sampailah sekarang yg setakat sy suda tengok adalah s03. (padahal tahun lepas suda keluar s4! hahaha). ok, blum ada can lagi mau tengok s04. belum download :(

kenapa best? sebab sy follow dari awal lah! dan banyak benda yang sebenarnya berlaku dari awal-awal dan berlanjutan sampai season terbaru nya ni. terus bikin ko mo follow sejaaaa sampai mati. huah!

1. family: s1 kita tau chuck & ellie (kakak chuck) tinggal dua batang kara sahaja. bapak dia lari tinggalkan dorang, mum dia pun teda entah pigi mana. masuk s2 bapak dia muncul. ha! kemunculan dia sangat hebat people dan ada kaitan dengan chuck jugak sebenarnya. uiseh. sy ingat ni saya kagum-kagum tengok ending s02! s03 pulak, kematian salah seorang dari mereka, dan kemunculan satu lagi watak. oh family watak-watak sampingan pun makin terlibat. cerita pasal sarah walker (heroin) punya family background & john casey jugak.

2. love & relationship: s01, chuck dengan sarah masih main tarik tali, s02 sarah suda ada emotional interest terhadap si chuck dan mengajak si chuck lari dr dunia spy namum chuck menepis sebab dia sda mula suka dunia spy nya yang SUPER COOOOLLLL! jadi, sarah macam kecewa gila. tp dorang masi beroperasi bersama. s03 dorang suda togetherrrrrr! shomel lah dorang. macam kelakar pun ada jugak. hatdoiyyy!

3. spy life: s01 chuck sangat noob dan semua kejayaan dia dalam dunia spy hanyalah bergantung kepada luck dan kehebatan sidekicks yakni agent sarah walker (yang howt gila vavi) & john casey. memang kalau tengok s01, rasa mo ketok2 seja chuck. tapi lucu~ hehe. pastu s02, dia suda pandai jadi cover, tapi sukak bikin hal. dan dia masih hati suci. wuwu. nda berani pukul orang, takut tengok penjahat. mo kena saiko dulu oleh john casey baru dia menjadi hebat. dan dalam s02 jugak dia punya ‘intersect’ di upgrade! jadi dia suda pandai berlawan. sebab dia boleh flash cara-cara fight dengan penjahat. hoho. masuk s03, dia sangat-sangat committed dan makin hebat. dia selalu jumpa info. kadang-kadang general dorang nda percaya. tehee! tapi dia mesti buktikan dia betul. hoyeah! kamon chuck! <--- tetiba semangat. lol

4. ‘intersect’: chuck ni dipanggil intersect. dia terlibat dgn CIA ni pun sebab dia secara nda sengaja nya memasukkan intersect dalam otaknya. jadi dialah intersect. masa dia dapat intersect tu, dia tengok banyak3 gila gambar dan masuk ke dalam otak dia. jadi, let’s say dia nampak AKU, terus otak dia bagi information pasal aku. cth: tinggi, hot, sensasi, black belt taekwando!, pernah bunuh nyamuk 15ekor seminit. ha. gitu lah. tapi selalunya orang2 yang dia dapat flash, adalah orang jahat yang ada profile dia dengan CIA. (nda pa ka aku type CIA ni? nanti kena tangkap pulak wuwu, palis2). nah! di situ lah hebatnya chuck. sampai suara pun dia boleh cam. faham ka? tolonglah faham, aku semangat ni :(

5. friendship: haha. ini banyak cerita lucu. tapi semua watak dalam series ni, sama ada main cast atau pelakon tambahan, makin lama, makin rapat sesama mereka. john casey pun makin suka chuck, padahal awal-awal dulu dia paling meluat dgn kebodohan chuck. LOL. ala, standard la kan, cerita spy2 mestilah family & friends dorang terancam. jadi, masing-masing pun mo protect family & friends dorang.





ok. itu seja dulu… haha! teruja tauk! aku baru abis tengok final eps untuk s3. dan ending dia, adalah kemunculan puan bartowski. dem! mahu tengok s04s01 tapi itulah eps terakhir dlm simpanan aku. kalau aku tengok malam ni, esok-esok aku mo tengok apa! wuwu.

kalau kamu baca pnjang2 ni, kamu terhebat.

kalau kamu bingung dan blur, jgn risau. kamu normal. sebab kamu baru sahaja membaca entry yang memvavivuta dan tiba-tiba dan panjang macam essay spm!








sekian.

atiqah bartowski. lol

Monday, September 20

ini penyakit remaja akhir zaman.

baru beberapa puluh minit deactivate facebook sudah macam cacing kepanasan. apalah aku mau buat bila online? xkan mau update belog berabis sampai satu hari 5 kali? HA HA HA.
cuba kamu bagi aku aktiviti menarik bila online. jadi aku tidak resah resah fikir pasal facebook. bukan ada apa pun kalau ber-facebook. semakin bosan tauk. tapi tapi tapi. gatal juga tangan mau intai-intai facebook. haish~
oh, artbook in progress. untuk minggu 1, suda berapa helai kertas aku rosak. haha. sikit-sikit tidak puas hati. =.=”
eh, tapi aku suka. aku suka conteng-conteng. deco2 sana sini, main kaler-kaler. hakhak.
heran ka kamu aku tiba-tiba rajin? sebab aku sudah jumpa tonik berubah sekelip mata. nehhh :P

Sunday, August 1

muncit the kodomolion say “hye hye” kat you all!

kawans, tadi saya keluar ke town. setelah sekian lama berkurung di dalam bilik! dan tadi family saya di KK pindah rumah. oh, mungkin lagi tepat ‘pindah flat’. dekat jugak. area luyang. ehe! masih senang mau keluar dating. huahuahua!

tadi kan. saya pegi tut untuk cari tut. (mana bole kasi taw!) hahahaha. malu bah saya mau cakap. nanti sudah berjaya saya bagi taw okeh!

saya tulis blog dengan malu-malu sebab saya segan bila orang baca blog saya (walaupun housemate saya sendiri) tapi bila saya menulis, saya rasa banyak sangat peminat saya di luar sana! mereka yang selalu jadi silent readers saya. HAHAHAHA. statement menvunuhhh ka? gilahahahahah!

sesungguhnya saya segan dengan kamu semua, jadi bila saya terserempak kamu di dunia realiti jangan lah hint-hint saya yang kamu baca blog saya, okeh! please. nanti saya blushing. awwww!

eh. eh. tapi keep reading! hahaha. sebab saya suka kamu baca. apatah lagi tinggalkan komen. walaupun saya jarang reply. tapi ketahuilah saya menghargainya punnnn! oh, kalau malas, sila cakap kat cbox sahaja okeh!

sayang you all,
-lisa-
MUAHAHAHAHA!

Friday, July 30

blog. blogger. dan blogging.

hye dearest followers. thanks for your support! sayang you all! <3 (ahaks! ada mcm fasha sanda kat twitter x?) HAHAHAHA.

sudah, sudah. sebenarnya saya ingin memohon maaf kepada follower2 sy (oh, bajet blogger femes pulak ai!). permohonan maaf adalah di atas genre post-post saya kebelakangan ni yang berunsur emosi melampau dan jiwang (sedikit sebanyak). saya janji saya tak akan mengusulkan perkara-perkara sedemikian lagi. okeh? happy? yeay! maaf taw. saya tengah tidak stabil sekarang! eheee. dari segi emosi nya lah. dari segi lain, sehat walafiat. alhamdulillah. (lebih2 lagi dengan kehadiran si muncit the kodomolion nih) ahaks!

benda ni suda lama saya mau publish. tapi x pernah ada kerajinan. sekarang mungkin saya sedang ber-mood malam sabtu. haha.

  1. blog.
    a.k.a slimdunk. klu x silap, tahun lepas saya berjinak-jinak dengan dunia blogging nih. tujuan utama, untuk suka-suka. untuk bercakap, untuk….. ntah, x ingat. haha. tengok sini. (oh, mesti hodoh entry pertama ku!) :P
  2. blogger.
    saya lah blogger itu. nurul atiqah – riby – nurul – tqa. seriusly x pernah perkenalkan diri pun dlm entry2 sebelum ni kan?? sebab i din expect unknown readers. sebab sebenarnya dari dulu niat blog ni bukan untuk di publish. oh oh. saya orang sabah. asal Lahad Datu tp tinggal di KK (mesti korang boleh teka punya lah dr cr sy menulis kan kan?)
    anak kedua dari 5 orang. ada seorang adik yang kiut (adik dua orang lagi suda dewasa, dan hilang kekiutan. LOL) saya juga merupakan mama kepada seekor hamster! (ohhgediknyabetaaaa! HAHA) dan sekarang merupakan pre-service teacher. uhuks. ye ye. budak maktab, kat kuching. tp skrg kat dunedin, nz. ok. cukup. kalau mau berkenalan, nanti antar msg kat fb taw taw. :”>
  3. blogging.

 

*********

uwaaaaaa. malas! hahahaha. nanti rajin, saya sambung boleh ka tu ah?? haha. bye bye.

oh btw, saya x suka entry semalam. walaupun saya sangat happy dan teruja menaip, tapi saya X SUKA entry semalam. macam. macam. euhhh

xpa. lupaka yang dah berlalu. heee

Thursday, July 29

hari penuh kejutan.

sabar dulu. nanti baru saya bercerita. HAHA. masih mamai dan bermalas-malasan nih. ya benar, saya baru bangun.

tapi sebab sangat gatal mau update, saya bagi korang baca headline dulu. haha. stay tuned. stay alive! *wink wink*

post title saja suda saspen kan? tunggu taw. cerita baekkk punya nih! :) :) :)

Wednesday, March 17

clock tower seribu makna (apakah!)

IMG_3632

dari rumah pegi town, suda cekap. dari rumah pegi college of edu, suda sangat cekap. dari rumah pegi library (penting ni) oh, mmg sangat cekap jgk. kalau tiba2 tersesat area town tu, insyaAllah boleh cari jalan pulang. maksudnya, sy suda masuk tahap sebati dengan tempat baru yg dingin membeku ni. sampai kadang2 rasa mcm di tempat sendiri. yalah, sebab ramai budak malaysia sini. kawan2 pun ada 56 org yg mmg kenal dr kuching lg. best, mmg best.

setiap kali lalu clock tower, baru sy akan terasa macam d ‘oversea’ (muahahaha.. tiba2 rasa post ni poyo semacam~ xpa, teruskan! haha)
siyes ni, dlm masa yg sama jgk, bila lalu depan clock tower, hati sy terus jadi sayu tiba2. terus homesick! huhu.. apa kaitan? sbb terkenang sebab sy berada di sini. huhu. sebab terkenang ibu ayah (oh, ibu sebenarnya) yg semangat pujuk sy masuk dlm bidang nih.
hehehe.. control nurul, jgn meleleh plak~

huhu.. ntah bila la boleh ada naluri ke-cekgu-an ni. blajar dah masuk 3-4 taun. tapi macam nda pernah focus. huhu.. kadang2 dalam kelas, termotivate jgk la utk jadi cekgu yg cemerlang, ye, cikgu yang gemilang, ye! (ala2 zizan imitate dr.fadilah kamsah) hahahaha!
yep2.. kdg2 sungguh la bermotivasi, kadang2 sungguh lah down. hadoiy~ apa2 seja la.. moga sy sampai ke garisan penamat, dan tengok apa akan jadi seterusnya.

*******
habis cerita serius dan tragis
*******

hari tu, sy tiba2 rindu semua orang. sy on9, tengok adik online. video call la konon. tapi hampa gila~ semua org nda mau layan! nenek smpai suh off sebab (bosan kot tgk muka sy teda org mau layan) siyes teda org layan! oi! cekewa wey!! huuuu

sy pun kemudian call yg lain2 berkenaan (ehem2) :P
ni lagi la parah. ada ka patut ‘nda taw mo cakap apa’ adoi. cekewa jgn cakap la. senyap memanjang. heylow~ sy kol beribu batu jauhnya okeh~ tanya soalan bodoh pn ai senang hati menjawab okeh~ uwaaaa. tragis kan! sedih ai~

mungkin semua orang penat mau layan sy. atau mungkin hari tu ‘hari malas melayan si tqa sedunia’ ah. benci!

hehe. tapi itu cerita bbrapa hari lepas. hari2 berikutnya, masih ramai org layan sy. mereka adalah termasuk dlm golongan yang sanggup buang masa melayan kerenah budak panjang yang berotak pindik ni =.=’

hehe..

sekian. abis!
weee XD

p/s: woit2~! satu kebanggaan okeh boleh update cita panjang2 ni. suda lama nda update mr.belog. hehehe.. bersawang ka? bah, pegi cari cleaning kit utk laptop kamu. lap2 sikit skrin tu. skrin kamu tu yg bsawang! muahahaha

 

yg shomel,
atiqah. lalala~