Saturday, March 26

circus :) & camera :(

nota kefala: entry berunsur luahan perasaan, kalau baca dengan nada sedih lagi feel. merasuk orang sabah bilang. heh. tq *mukak chomel*

 

camera saya kan rosak masa cuti tu. lepas xmas kalau tak silap. lepas tu pegi hantar kedai untuk repair. tapi tak sempat siap jadi x boleh bawak balik dunny. asal call tanya suda siap, dia bilang hantar KL, masih di KL. hoh, tiba-tiba saya menyesal tidak tinggal di KL. sampai sekarang saya masih bersedih. beberapa hari lalu, saya mimpi bercamera puas-puas. rupa-rupanya esok hari lepas mimpi mak saya cakap camera saya suda siap. huh, finally. tapi mungkin minggu depan baru mak saya pos. ok, itu sudah cukup menggembirakan saya.

 

TAPI.

 

sepanjang ketiadaan camera, saya suda survey satu camera baru. berharga 184 seja. affordable bukan? sudahlah murah, ixus pulak tu. saya punya cam yang lama pun ixus jugak, tapi ixus yang lama. dan besar, tapi masih berkualitilah. saya memang cinta sama itu cam yang lama. tapi yang ixus baru berharga 184 ni pun semat. MP dia lagi besar dari cam aku yang lama, slim slim slim slim pulak tu! macam slimdunk. eih. mahu bah.

 

TAPI LAGI,

 

saya tidak beli camera baru tu sebab saya sayang duit saya. 184 tu kalau beli baju, boot, atau bikin jalan-jalan lagi memuaskan (tidak berapa memuaskan pun sebenarnya kalau hati sudah mahu camera bukan?) ok, kesimpulannya saya berjaya tahan hati TIDAK beli pun camera 184 itu. ok, lega jugaklah. jihad besar tauk menahan nafsu shopping! paling bangga suda saya kalau dapat tahan nafsu shopping. lagipun camera lama kan sudah siap repair.

:) <---- fake. haha

 

TAPI TAPI TAPI!

 

kawan-kawan saya seramai 3 orangs telah pigi membeli camera ixus 184 itu! hey, murah tauk!!! sapa tidak mahu gerabbbb? harga asal 299. hoh, memang betul2 sale. dan akibatnya, saya adalah JELES. jeles sampai saya bermasam muka sekarang ni. saya pun mahu camera itu jugak ;(

 

 

ok, cerita circus!

semalam pegi dengan tiba-tiba sebab lambat mendapat invitation. heh. tapi pergi dengan wani, yani, joy, dan alif (HAHAHAHAHAHAHAHA: kenapa saya ketawa panjang? manabolekasitauuuu hakhak!)

 

venue adalah di The Oval, yakni sebuah park yang terletak di central otago. dia start jam 730 ptg. jadi cuaca adalah sejuk menggila! circus pulak adalah hanya di bawah canopy yang besar! sejuk taukkkk! adoih =_=”

 

saya tiada camera (menyedihkan) tapi saya record video guna hp saya. nanti saya upload.

 

circus ni tiadalah melibatkan haiwan dan binatang. ada badut2 dan orang yang kelakar dan hebat seja. still, SUNGGUH menghiburkan. saya ketawa sampai saya risau. risau sebab minggu ni macam paling membahagiakan. hari-hari banyak ketawa. saya risaulah nanti saya nangis-nangis pulak.

 

ok lah. thanks for reading. saya mau pegi upload video dulu circus dulu nih :)

love you’all muchos grande! hekhek

 

p/s: ini link untuk icon facebook, twitter & social network yang lain (macam di blah kanan incik belog ni). cool ni. pegilah try. heh :)
p/s/s: yang icon love warna hijau tu chatbox saya tau! :)

1 comment:

~NiZa Maksit~ said...

tahniah sbb brjaya kawal nafsu bli kamera..hahaha