apa perasaan bila orang label korang high maintenance?
A. bongga? (bangga)
B. sentap
C. macam rasa kena lempar batu semasa berkhayal lalu terkejut - OPOCOT!
D. serta merta nak berubah dan rasa nak buang semua baju dan kasut dan mekap dan bagzzz.
- kalau pilih A, anda mesti kaya gila kan? dan juga seseorang yang menjaga imej gila kentang, rite?
- kalau pilih B. (eee, mcm segmen dalam majalah pulak: “makna untuk setiap pilihan” gitu). ok, kalau pilih B, mesti anda dilabel dengan tak semena-mena kan? tuduhan melulu. hey, mestilah sentap bila orang tuduh-tuduh. jangan risau. yakin sak. anda bukan seorang yang hi-M kalau anda rasa anda bukan!
- kalau pilih C, anda tak perasan pun sebenarnya anda ni hi-M. perkataan hi-M pun anda baru first time dengar masa dapat title tu. mungkin jugak tak tau maksud dia. HAHA. kemudian baru anda sedar betapa anda mementingkan jenama and fofularity semata-mata. ohhhh duniaaa semuanya~ xpa xpa.. yang bagusnya, anda tersedar. semoga esok hari anda tidak membazir lagi. amin.
- kalau pilih D, ya, anda baru saja menerima hakikat anda ni hi-M orangnya. anda pun bagus juga, sebab tersedar sampai mahu BERUBAH! bukan senang ya untuk berubah. satu seja pesan saya, sila buang barang-barang and ke tempat saya. teheee!
ok, sebelum apa-apa, kita gali dulu maksud hi-M.
a person who has expensive taste: clothing, restaurants, etc.. this person is never comfortable because he/she is constantly concern about his/her appearance. this person feels they are better than most people and usually judge others based on outward appearances.
requiring much time and products to keep their appearance at the current level and/or requiring much attention from other in relationship, romantic or otherwise.
having expensive taste and multiple costly needs frequently.
eg: the teenage girl had to have the expensive, name-brand shoes instead of the cheaper ones that were just as good.
from: urban dictionary.
x tau kenapa, sejak kebelakangan ni, saya balik-balik dengar perkataan hi-M ni. hari tu azman (bukan nama sebenar) cakap saya hi-M. mungkin sebab dia tengok saya beriya-iya mau beli bag country road tu. hmm..
pastu, joy pulak (juga bukan nama sebenar) terlepas cakap saya ni macam hi-M. nasib baek dia suda tarik balik. hahaha.
pastu saya tanyalah housemate, saya ni hi-M meh?? dengan YAKIN dia jawab, YES. ok, mau gastric lah macam ni! =_=”
tinggi maintenance (hi-M) vs. tinggi nafsu (hi-N) : LAIN TAUK!
yang aku faham hi-M lebih kepada sangat cerewet kalau dibandingkan dengan hi-N. mungkin macam ni. kejap kita bagi contoh
HI-M
setiap minggu kena pegi facial, tiap bulan kena pegi salon. mekap kena pakai brand yang harga 300-400, kalau pakai brand lain mata terus jadi sepet dan bulu mata berguguran dan sebagainyalah. pokoknya mesti harga 300 ke atas lah mekap-mekap dia tu. pastu baju mesti dari butik. baju rombengan/bundle memang tak layan derrr! pastu kalau terserempak dengan orang yang baju sama memang beli terus baju baru kat butik berdekatan. terus tukar. pastu emo dan naik status kat fb. wahahaha. (ok, overnya contoh yang aku bagi ni) =_=”
orang hi-M ni jugak seeloknya kaya gila kentang lah kan. kalau miskin~ takdapaaattt nak ngada2 macam ni~~
HI-N
pantang tengok baju/bag/kasut lawa, semua dia mau. terus masuk dalam wishlist. “ha, siap kau. hujung bulan aku datang balik!” pastu kadang-kadang teringin nak baju adidas, nike, kasut yang style-style macam artis tu pakai. jam mahal-mahal sampai merajuk bila bapak tak belikan. pastu pastu pastu setiap bulan mesti mau beli barang, konon macam reward untuk diri sendiri, padahal saja mau tambah koleksi barang baru. hi-N makan kedai mamak jugak, tapi kadang-kadang teringin makan sedap. ala, paling mahal pun old town, mcd, steamboat. (ala, skrg fast food/restaurant banyak murah-murah what~ haha)
kadang-kadang hi-N ni bila ada duit terus fikir benda-benda duniawi. bukan ada hati mau simpan dalam bank.
ni, bukan orang kaya saja boleh. orang yang mampu dan berlagak mampu pun boleh mengalami hi-N ni.
aku nda rasa aku hi-M. wey, jangan lah tuduh-tuduh. nanti xda orang nak ngorat aku! aku x pernah mintak macam-macam tauk! hahaha. tapi kalau HI-N? aku? yes. diakui. mak bapak aku pun mesti setuju punyalah kalau korang ‘tuduh’ aku hi-N. tapi tapi, kebanyakan perempuan kot macam tu. wuwuwuwuwu Y__Y
kan? kan? tetiba hujung bulan korang mesti target something. kalau tak hujung bulan pun, nanti next allowance mesti ada benda baru yang mau beli. eheks. jangan tiputipulagi. i know lahhhh ![]()
ok fine lah, ada orang yang langsung tidak suka shopping. nafsu shopping dia memang jarang sekali wujud. bagus. SIAPA TIDAK MAHU BEGITU, kan? tapi sorry, sy mungkin tidak masuk kategori ini. sebab saya hi-N =_=”
tapi pelan-pelan kita kontrol ah. bahaya juga tu hi-N =_=”
oh, satu lagi sebab aku bukan hi-M: tidak kaya. haha. neh ![]()
eh, oklah. see you l8er!
p/s: korang mau HI-N boleh. tapi agak-agaklah ho~ jangan H1N1 sudey. palis2 hahaha




2 comments:
hi hi-N!
riby,kita sama.aku pun rsa aku cmtu jugk.huhu.kna kawal ni ;(
haha. ko lagi2 lah hi-N sbb bf kaya doe! waka2eh2 :p
Post a Comment