salam and hi people. sorry semalam skip blogging untuk day 3. hari ni baru mau qada. so, update pukal lah hari ni ye. hekhek. semalam busy sikit. siang pegi main badminton. lama gila nda pegi UNIPOL dan bersukan-sukan. alhamdulillah. alhamdulillah hari semalam baek-baek saja. petang pulak lepak rumah kawan-kawan kat Harbour Terrace. cerita pasal kawan-kawan, lepas soploh hari cuti rasa rindu gila! hahaha. lepas jak test hari isnin tu, dorang budak-budak tu lepak rumah aku. memang happening gila. silap-silap kena bomb dengan jiran sebab bising sangat ketawa suka hati. masing-masing cerita pasal roadtrip masing-masing, cerita gossip sana sini. best best =)
okaylah, meh kita balik pada cerita hari ketiga roadtrip aku pulak. hari ke-3 aku bagi nama ‘Hari Glacier Sedunia’. sebab kitorang pegi dua glacier dalam hari tu. roughly, perjalanan hari ketiga adalah macam dalam map bawah ni. (from F to G)

ok. hari ketiga jugak. aku dengan syikin jadi princesses. haha. sebab bangun-bangun jak terus pegi mandi dan makan. budak-budak lelaki tu yang siapkan breakfast, khemas khemah, dan seperti biasa, tolong lipat sleeping bag aku. hoho. terbaekkk lah *sebak* ![]()


holiday park kitorang untuk malam tu. paling the-bestest XD
so, pagi-pagi lepas breakfast, kitorang pegi fox glacier. dekat seja dari tempat kitorang stay malam sebelum tu. mahu tengok glacier ni kena jalan jauh sikit. er, dalam 30minit pegi balik mungkin?


nampak tak yang putih2 antara dua bukit/gunung tu? ha, itulah glaciernya. bongkah2 ais yang besarrrr dan banyak. nampak macam dekat, tapi sebenarnya memenatkan jugak berjalan jauh untuk ke sono~

the hills and mountains are HUGEEEEE! terkagum melihat kebesaran Allah dan ciptaanNya T__T
so, next, kitorang pegi satu lagi glacier yang berdekatan. Franz Josef Glacier. glacier yang satu lagi ni sangat cantekkk jugak. tapi lagi jauh untuk didaki. haha. so, kitorang x pegi dekat lah. capek dehhh guwe!

NEXT! perjalanan diteruskan. we’re heading to NELSON. selain ke glacier, hari ketiga ni nda banyak activity lain sebab masa habis dalam perjalanan seja. jauh tu mau pegi nelson. tapi kitorang ada berhenti di satu lake yang canteks untuk lunch.
Lake Ianthe. Satu lake yang perfecto. uhuks. cuaca pun cantek. matahari memancar terik sampaikan ada glitter-glitter dipermukaan air. uhuks sebaknyaaaa Y__Y (lol, sikit2 mau sebak)


ada batu besar untuk layan blues
(heish, kenapa emoticon ni juling)

ada jeti yang cool untuk layan blues lagi ![]()
![]()

dan ada kawan-kawan yang super cool untuk ‘photoshoot’ yang mengada-ngada sikit ![]()
![]()
hakhak!
aku sangat jatuh cinta dengan tempat ni. berangan mahu seketul rumah comel di situ =)
lepas rehat kejap, dan driver pun tidur kejap, kami teruskan perjalanan ke nelson. dan otw tu singgah di satu pekan yang sangat sunyi. at first, aku macam rasa best tempat tu. macam dalam novel omputeh yang dolu-dolu. small, quiet town. tapi, dorang budak-budak ni rasa tempat tu scary semacam. macam saiko sikit. sebab sunyi gila. dalam town tu ada beberapa orang seja lepak depan kedai-kedai. HAHA. aku pun seram jugaklah. public toilet pun seram grrr.

BNZ = BANK! style kan? old school.

dan pekan ni macam bersejarah sikit, sebab…. ha, tengok gambar bawah ni

kitorang sampai Nelson dalam pukul 9 mlm mcm tu kalau nda silap. pastu kitorang call lah satu campsite ni. sekali sampai, terkejut bila tengok ia adalah satu kelab yang agak mewah. hukhuk. dan taukey campsite tu pulak cakap, cari dia kat BAR bila sampai. huks (??)
so, dengan teragak-agak kitorang masuk dalam club tu. ramai gila orang-orang tua yang vogue. pakai baju glitter2 haha. AWKWARD~~~~
macam tengah ada event. bar masa tu sangat busy. ada dua pekerja seja di counter tu dan ramai orang tengah queue. kitorang (aku & syikin yang bertudung, Azman pulak berjanggut & bertopi HAHA) queue dengan perasaan awkward dan neves. sampailah ada satu orang pakcik ni, dia sound kitorang. dia cakap tak boleh pakai ‘hat’ dalam bangunan kecuali ada surat dari doctor. d’uh lagilah tambah down bila dalam neves2 tu kena sound pulak. syikin cakap it’s a religion thingy. so pck tu pun senyap. nasib baekkkk Y__Y.
sebenarnya, memang culture dorang sini x bole pakai hat dalam kelas/bilik/bangunan sebab tu macam something yang ‘rude’ bagi orang Maori. masa pegi practical di sekolah pun cekgu pernah bagitau x bole pakai topi dalam kelas (sebab time tu kawan aku pakai songkok, which they think it’s some kind of hat)
jadi, bila akhirnya kitorang dapat cakap dengan pemilik bar/club/campsite tu, orang tu cakap campsite dia sebenarnya di belakang club/bar tu. ada satu bangunan lain di belakang club tu. kami pun legaaaa haha. plus, facilities dia memang terbaek. ada kitchen dan tempat mandi manda sekali di bangunan belakang tu. oh, maka persetanlah kelab orang-orang veteran itu. mereka pun minum jus & wine seja hahaha. tiada yang mabuk-mabukan pun. dan di campsite tu pun ramai orang-orang veteran jugak. hahaha. lucu pun ada jugak masa tu.
kemudian, kami pun bersiap, makan maggie dan tidur. zzZ..
sekian laporan hari ketiga. semput jugak update panjang2 ni uhuks. thanks for reading anyway =)




No comments:
Post a Comment