Saturday, May 14

sedih nangis, gembira pun nangis *sebak*

 

banyak benda mau cerita dengan incik belog ni. tapi nda banyak masa free sekarang. kami baru start berperang dengan assignments sedangkan mahasiswa/i di mesia sedang bercuti-cutian sekarang. haiyo. jeles sungguh. macam manalah dorang boleh ada cuti sampai 4 bulan? gemok la tu di rumah! haha (ok, aku dengki)

balik kepada tujuan asal aku blogging hari ni – kejadian air mata di hening pagi jumaat. huh. lemah betul. sikit-sikit nangis.

 

minggu lepas, kami ada 2 tests untuk research method. best paper ni. banyak test, jadi nda banyak assignment. aku prefer test/exam dari essay yang berlambak. sumpah menjengkelkan untuk taip perkataan beribu-ribu banyaknya. kena skema pulak tu. bole muntah2 tauk =(

so, tadi pegi kelas lagi selepas tiga hari ber-practicum. agenda di kelas ialah:

  1. dapat result untuk test 1 (5%)
  2. dapat result untuk test 2 (25%)
  3. sesi soal jawab untuk assignment yang kena hantar isnin depan.

alhamdulillah, segala puji untuk Allah, aku dpt A untuk dua test 1 & 2 di atas tu. terus sebak. sebak gila vavi i tell you. tau sebak kan? macam rasa yang berat gila di dada, rasa mau menangis dan lutut lemah sikit. tehee! ok, lebih kurang begitulah. tapi control lah sebab dalam lecture hall bah. kalau tak control tak pasal-pasal jadi drama sebabak pula nanti.

aku text ayah, bagitau result. hekhek. immediately ayah reply dengan ucapan yang bikin tambah sebak. nah. tidak tertanggung lah air mataku. (lagipun saya homesicklah dua tiga hari ni) huhu.

tapi.. kenapa sebak?

  • sebab aku rindu zaman aku sekolah. zaman aku semangat mau dapat markah bagus-bagus. zaman aku bahagia tiap kali call rumah merepot aku dapat good marks on exams. aku panggil itu zaman kegemilangan aku, walaupun sebenarnya tidaklah berapa gemilang. zaman itu jugak aku tiada rasa kecil, tiada rasa insecure. walaupun ada orang lagi hebat dari aku, tapi aku tiada rasa patah semangat. BUKAN MACAM SEKARANG.

 

  • sebab aku terharu bole score lagi. ok lame kan? heks. bukan bah. selalunya kan buat assignments memanjang. aku mesti tidak score. aku kan loser T___T

 

  • aku sebak, sebab aku stress mungkin? mungkin jugak tu. aku pegi kelas hari ni dengan niat yang nda baek. hoh, sebab aku malas dan stress (mungkin). tapi Allah kasi aku happy pulak. dengan score yang nda seberapa tu hehe. terus aku bersalah sikit. tehee.

 

  • aku sedihlahhhhh. aku rindu mau belajar betul-betul. siyes aku cakap, siapa-siapa pun ditempat aku sekarang ni boleh dapat degree lah! yang penting kau datang kelas, buat assignment, SIAP! lulus. grad. senang betul. tapi sumpah aku tak suka sebab aku tak belajar apa pun. i mean, nda belajar macam aku ‘belajar’ dulu. ingat lagi, walaupun sebulan jak di UIA pj dulu, tiap malam aku bukak buku. susah macam mana pun aku try untuk faham. aku discuss dengan kawan-kawan. aku rasa mcm zaman hi-school jugak masa tu. walaupun kadang-kadang ada rasa malas, aku masih jugak BELAJAR. belajar untuk ilmu. bukan belajar untuk LULUS!

tapi ada kemajuan jugak sekarang ni. so far, tiada lagi menangis call rumah sebab tak mau buat assignments. sem-sem lepas horror kot. sampai ayah ibu pun risau. HAHA. loser betul. tahun ni belum lagi. kalau boleh tak mau lah nangis-nangis lagi call rumah. hehe.. semoga. amin.

 

Hari tu jugak, masa practicum, alif bukak cerita pasal minat dalam profession ni – keguruan. dia cakap aku tak paksa diri untuk try. dia cakap buang masa & rugi untuk aku belajar lagi next time (aku mau ambil second degree). dia cakap baek aku teruskan seja, sebab aku boleh.

the thing is, aku SUDAH masuk 4 tahun dalam course ni. siapa cakap aku tak paksa? siapa cakap aku tak cuba? kalau aku tidak cuba, sudah lama aku quit. tapi yang merasanya aku kan? minat & preferences kita berbeza. aku pun nda tau kenapa sampai sekarang aku masih belum cinta. aku tau, aku boleh jadi cekgu, cekgu yang boleh mengajar. bukan cekgu cikai-cikai. aku rasa aku ada bakat bercakap di depan, aku boleh buat orang paham apa yang aku mau ajar. TAPI aku tiada rasa. tiada keterujaan. kosong dalam perut, eh rasa.

mungkin BELUM ada rasa? heh. mungkin 10 tahun kemudian? mungkin. siapa tahu.

menyesal masuk dalam bidang ni? tidak. aku tahu Allah ada rancangan yang baek untuk aku. sebab dulu pun aku suda niat dalam hati, masa tu, aku sudah enrolled pun dalam asasi engineering di uia. terjamin sudah pun, orang kata.

tapi aku sudah niat, “Kalau aku dapat jugak cikgu tu, di mana kebarangkalian dia hanya 5%, sangat-sangat mustahil untuk aku dapat, maksudnya kalau dapat offer jugak, memang Allah mau tunjuk itu tempat aku, itu rezeki aku. insyaAllah aku pegi”

heh, itu sebenarnya yang bawa aku ke bidang ni. QUIT DR KOS YANG AKU SUKA, TAPI ATAS PILIHAN SENDIRI – whoa. ajaib. kenapa aku boleh buat macam tu dulu?

penyesalan itu tiada, tapi kesakitan itu banyak. tapi.. what’s life without dugaan dan pancaroba kan? tidak challenging lah life kalau semuanya indah.

satu seja yang tidak best. aku nda rasa pun aku budak university. zaman university aku bukan terisi dengan keterujaan menuntut ilmu. nasib baek aku ada kawan-kawan yang best.

 

*thanks mai & diba, for the warm hugs which accidentally made me burst into tears! ily sayangs, you guys make me strong *sebak lagi* hokhok.

 

dahlah. sedihnya bunyik entry ni. aku tutup entry dengan teaser entry akan datang okeh? eceh. hahaha. poyo seja.

“MINI CONDO SAYA”

Smile with tongue out

DSC_3310ini gambar mini condo saya. HAHAHA!

 

 

till then, kesayangans!
oh ya, abang saya pigi baca incik belog, dan komen entry2 yang lepas. aduhlah. kantoi suda ni. semoga parents tidak baca. huahua. bye! xo

4 comments:

Anonymous said...

hi datin hi-M..eh silap.. hi-N :P bikin saspens seja.tahniah ok :) stay strong! i love u so wellll :)

riby said...

hekhek. ilyou jugak! <3
mekaseh!

~NiZa Maksit~ said...

be strong bebeh..hehehe ^^,
aishh..ko ni itu bdk2 universiti sja yg cuti2 msia..bdk2 ipg cm kta inda cuti lg..mau bperang sma exam ni skng..apa2 pn tahniah dpt A!
senyum selalu bebs ^____^

tqa said...

nija: senyum itu paling selalu. ketawa lg kalau mau hahahaha.
stress aku dorg cuti bnyk. mcm ada summer holiday pulak dorg ni haha. nda aci betul

thanks btw! <3