ramadhan saya serius agak menyedihkan tahun ni. mungkin sebab tahun lepas ramadhan agak meriah. yelah, dulu tinggal berlima. ramai sikit. aku ingat lagi, setiap hari mesti excited masak ramai-ramai dan ada seja orang yang try menu baru. semangat meng-google resepi yokkk~
tahun ni bukannya tidak meriah, tapi kurang ramai sedikit. tinggal berdua seja kan. hehe. kebetulan pulak minggu pertama puasa aku jatuh hukum haram berpuasa. jadi mood masak-memasak tu lambat sikit datang. ameng pulak pegi berbuka di masjid. ha, makinlah tidak masak di rumah.
lagi menyedihkan bila semester ni kelas aku banyak habis lewat petang. isnin sampai rabu kelas aku habis pukul 4 ptg dan 5 ptg. buka puasa pulak 540. ha~ mana mau cari makan? bukannya ada bazar sini Y__Y sedih taukkkk. sedih pilu perasaan balik penat mau masak lagi sobsobsob. terus ingat ibu. tolong tolong. pos ibu ke sini!
boleh pun pegi masjid berbuka. tapi nda kena selera akulah. orang arab yang masak. huuuu. sedap jgk kot, tapi aku nda berapa mau suka.
smlm aku berbuka ramai-ramai dengan kawan baeks di Grange. best best! thanks ye kawan-kawan :) hari ni pulak, disebabkan parcel aku datang, aku terlebih heksaited, dan bila dorang joy request berbuka ramai-ramai. aku terus say yes. joy tu ha~ balik-balik mau makan kuey teow. kuey teow forever lah dia tu. pffft. sampaikan tadi sanggup pegi town beli kuey teow lepas kelas bila aku cakap nak masak. haha.
dorang budak-budak laki ni kesian jugak, bila ada orang masak-masak baru makan proper sikit. kalau tak, telur je la dorang makan. even bukan bulan puasa pun =_=”
so, tadi kami berbuka ramai-ramai di kediaman mereka (joy, alif, nick, arep, dan azhan) dan ada nana jugak! :)
menu ialah:
- kuey teow goreng yang nasib-nasib seja menjadi. alhamdulilah
- dadih yang forever sedapppp oh yummeh.
- kuih yang errr orang srwk cakap keribang, mck aku panggil kuih cakar ayam, ataupun org putih cakap kumara fritters ecewahaha
- ayam goreng alif!
- kurma yusuf tayooobbb~~ *sebut bisik2 macam iklan dia*
- dan telur mata untuk aku! ahaks.
- oh ada spring roll juge.
tengok kuey teow dalam bekas kuning tu? kami berlima habiskan okeh! huwahuwahuwa nafsu naga!
aku buli joy goreng teloq!
boleh tahan yummeh juge kan tengok kuey teow saya? ngehhhhh~ pass suda ba ni kan? teheee
alhamdulillah bahagia :)
lepas maghrib kami berbuka, dan terus pegi masjid untuk terawih. balik dari terawih sambung dengan tengok movie pulak – SEKALI LAGI: lisa surihani, bront, shaheizy sam, dan mia! oh cumel movie tu tapi aku tak suka ending dia. =_=”
ohhhh kawan-kawan aku best. selalu membahagiakan! XD




4 comments:
ehh..macam kenal la bju hitam tu...okbai...HAHAHAHA...
=_="
cubalah kau puji kuey teow ku tu rin~ ada lagi pahala mu hahaha. ini lain pulak kerjanya
study mana ?
hi liling. nz :)
Post a Comment