Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 17

SNOW!!

twas snowing for the second time on the 15th! ahah! ni siap ada video untuk korang! XD
meh tengok dulu!

winter wonderland–dunedin 2011 :)

aku tak siap letak annotation pun lagi sebenarnya tapi aku mau upload jugak sini! hahaha. ni kes nda pandai sabar. nanti baru aku sambung edit. haihsss org noob memang macam ni lah kan~ buat video simple cenggini pun ambil masa seribu tahun lagiiii~

15 August – 15 Ramadhan – full moon. subhanallah.

thanks for reading & watching! hope you enjoy it.

 

There’s only

1 thing

2 do

3 words

4 you~~~

I LOVE YOU

 

 

17ramadhan suda kan? rindu kau. bai. *ngslajulaju*

37697_418807084309_572374309_4372805_197870_n (1)

Sunday, August 14

ketuk-ketuk ramadhan: kopok lekor

WARNING: entry mengandungi gambar makanan. oleh itu, anda dinasihati membaca selepas waktu maghrib. oh tapi jangan risaulah. tidak menggiurkan mana pun.

salam 13 ramadhan kawans. cepat bukan masa berterbangan? semoga korang terus berlumba-lumba berbuat amal kebajikan dan semoga amalan kita diterima oleh Allah swt. amin amin amin. semalam ada usrah di albany (rumah ex-housmates). alhamdulillah satu pengalaman yang perhhhh!

honestly, aku jarang pegi majlis ilmu ni. heeee. dari zaman kat asrama dulu pun aku selalu escape usrah/kuliah subuh/terawih/ceramah dan majlis-majlis sebegitu. ternyata aku tidak zuhud, astragfirullahaladzim~~ semalam pun sebenarnya susah gila mau pegi. lepas iftar yang sangat hebat (melantaklah tu), perut babat susah mau bgerak. mulalah malas terawih. malas jugak pegi usrah. lagi-lagi bila terbayang dorang main volleyball sobsob. serius hatiku terbang ke gym! tapi aku tau aku akan kerugian bila aku tidak pegi usrah malam tu. alhamdulillah berjaya jihad melawan nafsu dan kemalasan.

hari ni aku iftar di harbour terrace lagi. masak simple-simple jak pun. aku penat. aku ingat mau prepare nasi goreng jak. dorang yang lain-lain pun setuju. tetiba petang tu aku rajin mau buat keropok lekor. terus mintak resepi dari chef dunny yang hebat – diba :)

ok. meh tengok resepi ----> RESEPI KOPOK LEKOR PERANTAU

bahan-bahan:

  • 2 tin mackerel in natural oil (pam’s) – buang minyak, ambil ikan sahaja
  • 3-4 ulas garlic
  • 2-3 sudu kecil garam (eh, agak-agak la k?)
  • black pepper secukup rasa
  • tapioca flour

cara-cara:

  1. blend mackerel + garlic + garam + pepper (jangan lupa masukkan air sikitlah kan)IMG_4478
  2. letakkan dalam mangkuk besar. masukkan tepung sedikit demi sedikit. uli sehingga tidak melekat pada tangan. tapi jangan terlalu keras seperti doh donut ye puan-puan. lembut sikit dari doh donut dan sbgainya. chef diba pesan, jangan keras sangat, tapi cukup keras sehingga boleh dikepal.IMG_4481
  3. kepal-kepal sehingga menjadi lonjong (haha lucu pulak perkataan ni, lonjong3~). ala, panjang-panjang sikit. gemok-gemok sikit. macam ni.
  4. masukkan ke dalam air yang mendidih. rebuskan sehingga dia terapung dan berkilat. aku tengok kat internet, dia cakap kalau dah terapung tu maksudnya da masak.
  5. boleh potong-potong dan gorengkan.
  6. eh, da siap? ce terai. ce terai~ yummeh tak? IMG_4491

oh. aku tambah tepung gandum jugak. sebab masa aku blend tu, terlebih air kot. jadi macam cair sikit. pastu aku neves la sebab macam banyak da aku letak tapioca flour tu tapi tak pandai keras-keras pun. sebab tu aku tambah tepung gandum sikit :) nasib baek jadik jugak. sedap pulak tu. ecewah ecewah. ketuk pakai senduk kang! :p

simple bukan? esok lusa anda terai lah puleeee. orang-orang kat mesia tak payah ngada-ngada. beli di bazar sudey. tapi kalau mau terai pun yummeh jugak. puas hati maaa. bole makan banyak-banyak. tapi guna ikan segar la okeh?

Smile

tadi rushing gila masak sampai tak sempat iron baju kurung. lepas iftar baru sempat balik rumah dan bersiap sebelum pegi masjid. oh yes, misi aku sepanjang ramadhan (setiap hari) pakai baju kurung pegi masjid sebab baju kurung aku RAMAI!

IMG_4498

olololo~ tomeinye zihan. heeee! jangan marah zihan wakakaka. ok, aku serabai. dengan jerawat banyak lagi. pffft =_=”

menu kami: nasi goreng riby bermodalkan perencah nasi goreng 3 papan HAHAH! + ayam goreng alif! (forever goreng ayam LOL) + telur + kopok lekoq + susu kotak apa entah. sekian. kami semua kenyangggg burp!

esok iftar di rumah nana pulak! yeyey.

 

p/s: aku baru tau. insyaAllah nanti di syurga, kita akan berada dengan orang yang kita pernah kenal di dunia jugak. selama ni aku ingat bila dalam syurga nanti, kita terjumpa orang yang lain secara randomnya. hehe. mungkin dari benua afrika atau dari zaman daineso? rupanya tidak. hehe. hehe. nanti kita jumpa di syorgaaa ya! ha, masa ni lah ungkapan “jumpa lagi” sangat sesuai di ucapkan :) insyaAllah kan? jumpa lagi di sana kan? amin amin amin.


JUMPA LAGI!

Friday, August 12

bagaimana saya menyambut ramadhan?

ramadhan saya serius agak menyedihkan tahun ni. mungkin sebab tahun lepas ramadhan agak meriah. yelah, dulu tinggal berlima. ramai sikit. aku ingat lagi, setiap hari mesti excited masak ramai-ramai dan ada seja orang yang try menu baru. semangat meng-google resepi yokkk~

tahun ni bukannya tidak meriah, tapi kurang ramai sedikit. tinggal berdua seja kan. hehe. kebetulan pulak minggu pertama puasa aku jatuh hukum haram berpuasa. jadi mood masak-memasak tu lambat sikit datang. ameng pulak pegi berbuka di masjid. ha, makinlah tidak masak di rumah.

lagi menyedihkan bila semester ni kelas aku banyak habis lewat petang. isnin sampai rabu kelas aku habis pukul 4 ptg dan 5 ptg. buka puasa pulak 540. ha~ mana mau cari makan? bukannya ada bazar sini Y__Y sedih taukkkk. sedih pilu perasaan balik penat mau masak lagi sobsobsob. terus ingat ibu. tolong tolong. pos ibu ke sini!

boleh pun pegi masjid berbuka. tapi nda kena selera akulah. orang arab yang masak. huuuu. sedap jgk kot, tapi aku nda berapa mau suka.

smlm aku berbuka ramai-ramai dengan kawan baeks di Grange. best best! thanks ye kawan-kawan :) hari ni pulak, disebabkan parcel aku datang, aku terlebih heksaited, dan bila dorang joy request berbuka ramai-ramai. aku terus say yes. joy tu ha~ balik-balik mau makan kuey teow. kuey teow forever lah dia tu. pffft. sampaikan tadi sanggup pegi town beli kuey teow lepas kelas bila aku cakap nak masak. haha.

dorang budak-budak laki ni kesian jugak, bila ada orang masak-masak baru makan proper sikit. kalau tak, telur je la dorang makan. even bukan bulan puasa pun =_=”

so, tadi kami berbuka ramai-ramai di kediaman mereka (joy, alif, nick, arep, dan azhan) dan ada nana jugak! :)

menu ialah:

  • kuey teow goreng yang nasib-nasib seja menjadi. alhamdulilah
  • dadih yang forever sedapppp oh yummeh.
  • kuih yang errr orang srwk cakap keribang, mck aku panggil kuih cakar ayam, ataupun org putih cakap kumara fritters ecewahaha
  • ayam goreng alif!
  • kurma yusuf tayooobbb~~ *sebut bisik2 macam iklan dia*
  • dan telur mata untuk aku! ahaks.
  • oh ada spring roll juge.

DSC_8832ku meratah ayam goreng

DSC_8841

tengok kuey teow dalam bekas kuning tu? kami berlima habiskan okeh! huwahuwahuwa nafsu naga!

DSC_8857

aku buli joy goreng teloq!

DSC_8851

boleh tahan yummeh juge kan tengok kuey teow saya? ngehhhhh~ pass suda ba ni kan? teheee

 

alhamdulillah bahagia :)

lepas maghrib kami berbuka, dan terus pegi masjid untuk terawih. balik dari terawih sambung dengan tengok movie pulak – SEKALI LAGI: lisa surihani, bront, shaheizy sam, dan mia! oh cumel movie tu tapi aku tak suka ending dia. =_=”

 

ohhhh kawan-kawan aku best. selalu membahagiakan! XD

Thursday, August 11

posto! posto!

yeay! ku dgn penuh heksaited menaip entry ni. parcel pertama untuk tahun ni suda sampai wooot wooot! setiap pagi bangun pagi tengok depan pintu sama ada parcel suda sampai atau belum, dan selama lebih dua minggu jugaklah aku hampa~ pernahkah kau merasa? hatimu hampaaaa~

ayah aku hantar since 25th July tauk! ha, coba bayangkan hebatnya penantian aku kali ni. selalunya tidak sampai 7 hari pun. sobsob. mungkin sebab bulan ramadhonnn (sebut penuh tebbhal ya), harus diuji dengan lebih sedikit. haha sabar kau nak. adakan namanya sabar? =_=!

oh sekali tengok kotak besar-besar dan berat pun sampai 7kg. apa sajalah yang dikirim tu kan? sampaikan hari-hari menunggu. alah, bukannya baju/shawl/kasut mahupun IPHONE! bukan. tidak perlu heksaited pun sebenarnya. heeee

makanan kering semata-mata. tapi excited lebih-lebih sebab lain bah feeling nya dapat parcel. macam.. haihs.. macam.. mac.. macam lain lah yang penting.

IMG_4471IMG_4472

tuuuuudia. mak aku bagi 3 papan perencah nasik goreng. padahal mau balik for good suda pun dalam lebih kurang 127 hari lagi! *mukak sedih. hari-hari goreng nasik lah ni? hahahahaha oh tidak~

yang ku nanti-nantikan sebenarnya yuuuusof taiyooob. haha! tudia datang sampai 3 kotaks dan ada dua packet kurma apa lagi entah, dan dadih banyak-banyak-banyak! dan sos cili maggi! dan rempah2 lagi yang lain. ok. macam segmen memasak pulak. oklah bai.

“slm yah, parcel suda sampai! terima kaseh! =)”

“ok, jaga baik2 si yusuf tu”

LOL! =_=”

 

p/s: terima kaseh syikin sbb tlg buat eggtarts! alhamdulilah dapat makan jgk akhirnya =)

Wednesday, August 3

hindari sifat mazmumah

mengumpat. ya, mengumpat. yak ampun~ sapa yang tidak rancak mengumpat sini? mari aku tabik spring toink3 dulu sama dia! hakhak.

ni ha, tadi ustazah jumpa sorang budak nakal. siap post kat twitter ni haaaa~ tak manis betul macam kurma ustazah ni..

image

 

ha, ini nasihat untuk atiqahruhaizad (omaigoddd sapa la tuh!)

jangan suka mengumpat, banyak dosa woi! ustaz kazim elias cakap, biarpun benda yang kita umpat tu betul, jangan UMPAT! sia-sia dapat dosa, dia dapat pahala.

 

atiqahruhaizad: ok2, saya tak mengumpat. saya tahan mulut & hati ni dari mengumpat. tapi tak tahan woh! xpelah. saya buat list dulu, tulis dalam buku, nanti dah abis bulan posa, saya cerita sekali semua. tuuuudia! baru havoc mengumpat secara pukal! wakakakaka

ustazah: bulan puasa bukan untuk mengumpul bahan umpatan! bulan puasa untuk melatih diri dan menyucikan diri. semoga bulan-bulan seterusnya kita akan terus mengamalkan ibadah dan meninggalkan laranganNya yang kita amalkan di bulan mulia ini. ok atiqahruhaizad? fahimtu?

atiqahruhaizad <----- alu terbebek-bebek! (translate: terkesima)

Sunday, July 31

salam ramadhan people!

Assalamualaikum & salam 1 ramadhan semua!

cerita ramadhan di dunedin kali ni macam unik sikit. hehe. tahun lepas, malaysia puasa dulu. keesokan harinya baru nz puasa. bukan sebab belum nampak anak bulan, tapi sebab hari melihat anak bulan itu sendiri lambat sehari. paham sik? contohnya di malaysia tengok anak bulan hari isnin, di dunedin hari selasa. aku pun tak tau macam mana nz bole puasa lambat sehari sedangkan nz lebih cepat 4jam/5jam dari malaysia.

jadi, seperti tahun lepas juga, kami semua ingatkan puasa (1 ramadhan) akan jatuh pada hari selasa. teheee. lagi pula, website FIANZ - the federation of islamic association of NZ sendiri telah mengkhabarkan bahawasanya esok (isnin) baru nak tengok anak bulan.

kami pun kuranglah bersedia untuk terawih mlm tadi. siap plan main badminton lagi di unipol dengan kawan-kawan. HAHA. aku sikit lagi nak pegi tukar baju pegi gym, rushing lepas balik dari beli groceries untuk bulan puasa ni & masak laju-laju. tiba-tiba arep announce kat twitter dunedin puasa esok. hah! aku sempat lagi cek fianz pnya website untuk confirmation. fianz masih cakap esok baru tengok anak bulan.

then, few minutes later orang semua dah kecoh-kecoh kat fb, auckland posa esok. maksudnya dunedin pun puasa esok jugaklah. cek balik fianz, fianz dah update! ok. confirm esok puasa.

aku tak jadi tukar baju, joy pulak dah siap sampai kat depan libry tunggu aku. kahkahkah! kitorang pun laju-laju tukar direction pegi terawih. heeee. eh, sebelum tu sempat jugak aku update status kat facebook sambil menangis. =_=”

lain tau perasaan menyambut ramadhan kali ni. lagi-lagi bila terkejut mcm ni hehe. sebak aku lain macam tadi. SEBAK. bukan sedih tau. excited pun jugak. syahdu jugak. sobsob. nasib baek lepas terawih tadi dah jadi cool balik.

so, korang kat mesia.. selamat pegi terawih! tahun ni musti mau rajin2 tau! sahur pun bangun okeh? biar makan sikit yang penting bangun.

untuk kawan-kawan kat dunedin. selamat berpuasa & selamat beribadat. mari membubut pahala yang berganda-ganda di bulan mulia ni.

aku? harapan ramadhan kali ini, semoga semakin tulus hati & jiwaku mendekatiNya.

semoga ibadah kita semua diterima people.

well hey, kali ni kita start puasa hari yang sama, tapi kami sahur dulu, kami buka posa dulu! hekhek :)

 

p/s: nasib baek ada instinct mahu beli barang dapur hari ni.

p/s/s: sentap sebenarnya dengan msg tumblr sorang budak ni, tapi, selamat berpuasa untuk kamu, slm ramadhan dari sa.

*peace*