WARNING: entry mengandungi gambar makanan. oleh itu, anda dinasihati membaca selepas waktu maghrib. oh tapi jangan risaulah. tidak menggiurkan mana pun.
salam 13 ramadhan kawans. cepat bukan masa berterbangan? semoga korang terus berlumba-lumba berbuat amal kebajikan dan semoga amalan kita diterima oleh Allah swt. amin amin amin. semalam ada usrah di albany (rumah ex-housmates). alhamdulillah satu pengalaman yang perhhhh!
honestly, aku jarang pegi majlis ilmu ni. heeee. dari zaman kat asrama dulu pun aku selalu escape usrah/kuliah subuh/terawih/ceramah dan majlis-majlis sebegitu. ternyata aku tidak zuhud, astragfirullahaladzim~~ semalam pun sebenarnya susah gila mau pegi. lepas iftar yang sangat hebat (melantaklah tu), perut babat susah mau bgerak. mulalah malas terawih. malas jugak pegi usrah. lagi-lagi bila terbayang dorang main volleyball sobsob. serius hatiku terbang ke gym! tapi aku tau aku akan kerugian bila aku tidak pegi usrah malam tu. alhamdulillah berjaya jihad melawan nafsu dan kemalasan.
hari ni aku iftar di harbour terrace lagi. masak simple-simple jak pun. aku penat. aku ingat mau prepare nasi goreng jak. dorang yang lain-lain pun setuju. tetiba petang tu aku rajin mau buat keropok lekor. terus mintak resepi dari chef dunny yang hebat – diba :)
ok. meh tengok resepi ----> RESEPI KOPOK LEKOR PERANTAU
bahan-bahan:
- 2 tin mackerel in natural oil (pam’s) – buang minyak, ambil ikan sahaja
- 3-4 ulas garlic
- 2-3 sudu kecil garam (eh, agak-agak la k?)
- black pepper secukup rasa
- tapioca flour
cara-cara:
- kepal-kepal sehingga menjadi lonjong (haha lucu pulak perkataan ni, lonjong3~). ala, panjang-panjang sikit. gemok-gemok sikit. macam ni.
- masukkan ke dalam air yang mendidih. rebuskan sehingga dia terapung dan berkilat. aku tengok kat internet, dia cakap kalau dah terapung tu maksudnya da masak.
- boleh potong-potong dan gorengkan.
oh. aku tambah tepung gandum jugak. sebab masa aku blend tu, terlebih air kot. jadi macam cair sikit. pastu aku neves la sebab macam banyak da aku letak tapioca flour tu tapi tak pandai keras-keras pun. sebab tu aku tambah tepung gandum sikit :) nasib baek jadik jugak. sedap pulak tu. ecewah ecewah. ketuk pakai senduk kang! :p
simple bukan? esok lusa anda terai lah puleeee. orang-orang kat mesia tak payah ngada-ngada. beli di bazar sudey. tapi kalau mau terai pun yummeh jugak. puas hati maaa. bole makan banyak-banyak. tapi guna ikan segar la okeh?
![]()
tadi rushing gila masak sampai tak sempat iron baju kurung. lepas iftar baru sempat balik rumah dan bersiap sebelum pegi masjid. oh yes, misi aku sepanjang ramadhan (setiap hari) pakai baju kurung pegi masjid sebab baju kurung aku RAMAI!
olololo~ tomeinye zihan. heeee! jangan marah zihan wakakaka. ok, aku serabai. dengan jerawat banyak lagi. pffft =_=”
menu kami: nasi goreng riby bermodalkan perencah nasi goreng 3 papan HAHAH! + ayam goreng alif! (forever goreng ayam LOL) + telur + kopok lekoq + susu kotak apa entah. sekian. kami semua kenyangggg burp!
esok iftar di rumah nana pulak! yeyey.
p/s: aku baru tau. insyaAllah nanti di syurga, kita akan berada dengan orang yang kita pernah kenal di dunia jugak. selama ni aku ingat bila dalam syurga nanti, kita terjumpa orang yang lain secara randomnya. hehe. mungkin dari benua afrika atau dari zaman daineso? rupanya tidak. hehe. hehe. nanti kita jumpa di syorgaaa ya! ha, masa ni lah ungkapan “jumpa lagi” sangat sesuai di ucapkan :) insyaAllah kan? jumpa lagi di sana kan? amin amin amin.
JUMPA LAGI!




7 comments:
jumpa di syurga!
p/s,hey you, suda pndai men masak2.bgusss.hehe :)
syg!!! berliur eh sya.. gila nampak sedap.. terus bergegar bha perut melihatnya.. =PP.. maw2 jga jumpa di syurga!! hehehehe.. =PP
@rin! insyaAllah :) hey you. duduk jauh2 mestilah masak sendiri. sapa lagi mau masakkan Y__Y
@kuruk: jgn ba bgegar2 hahaha! nasib baek tgk malam-malam kan?
jmpa di syurga insyaAllah :)
hahaha, aku pkai words lonjong jugaaaa. lucu eh..! mmg mcm bengam tajuk kita ni...
haha. great minds think alike ecewah :p
kimsalam baju pink yang tuang air...muekekeke...
Post a Comment