Saturday, August 28

B-WOW

kejadian 26 Ogos 2010. cerita beberapa hari lepas, tapi nak cerita jugak sebab sudah banyak ambil gambar, rugi lah x upload kan? HAHA.

ok, tengah kitorang berbuka posa, tetiba dengar bunyi macam “pishhhh” haha. bunyik macam bunyi something yang pecah lepas tu keluar air. imagine je la okeh. bunyik tu datang dari hot water cylinder yang betul2 ada kat dalam cupboard belakang meja makan kitorang. cemas. tapi kitorang cool sekejap. haha.

lepas tu bukak pintu ‘cupboard’ tu, tengok air melimpah2 keluar dari cylinder tu. tetiba semua panic! hohoho. tapi masing-masing masih menguyah lagi. alih meja pegi tepi, lepas tu bukak lagi pintu ajaib tu. nampak steam pulak keluar dari benda alah tu. aiyark. cemas lagi. cepat-cepat call uniflat.

IMG_7259 gadis-gadis tengok lagi dalam tu, ada macam cable2 electric. uhuks. lagi cemas. aku dah start berimaginasi melampau. kononnya letupan bakal berlaku. crayzehhh.

ok, tak lama lepas tu, encik yang berkenaan tiba dengan hanya berbekalkan cell phone dia. oh, air yang melimpah-limpah tu menyebabkan kitorang bertambah cemas. amek kain lap, dan transform jadik cinderella. yang paling cemerlang adalah NAS, *clap2* diikuti oleh WANI. memang penyumbang tenaga terbaekkk lah! aku? hehehehe. aku pegi mencekik. tak ble resist kot wani tgk wani punye kek!! hahaha. ada caramel lagi. aigoooo.

tapi entah kenapa. dalam cemas-cemas tu, kitorang happy semacam. wey, aku suka la time tu. HAKHAK (gelak dah macam zack weeee) suka sebab semua orang pun macam senget hahaha. oh, kami berganti2 mengemop dan memerah kain2 tersebut sebab air tu adalah mengalir dengan non stop nye. hatduiy.

ok, berbalik kepada cerita hot water cylinder yang rosak tu. encik yang datang tadi call plumber untuk datang tengok apa yang berlaku sebab dia pun tak arif pasal benda2 alah tu. jadi sementara menunggu orang tu datang, kitorang masih meneruskan acara lap berganti2 tersebut. ada due jek kejadian masa tu, lap berganti2 dan makan berganti2.

ok, dipendekkan cerita, encik plumber hadir dan berjaya menghentikan pertumpahan air (dan kami pun berhenti lap berganti2), dan xda hot water sehingga esok hari. deym! esok kelas pukul 8 pagi. mana nak mandi? gila hape mandi air sejuk beku. aku lari pegi rumah ameng. hakhak. tidor kat rumah ameng. dorg budak2 ni ,mandi kat rumah sebelah keesokan pagi nya. dan encik plumber datang esok hari dengan tank baru.

the end.

oh kejap. gambar untuk tontonan bersama :)

hot water cylinder 
wani dengan ikan masinnye. aku & diba dengan kiwi gold nye, dan semua orang mencekik cake. terbaekkk!

hot water cylinder1 

dulu sebab ada orang mabok tumbuk tingkap dapur kitorang sampai pecah, rumah kitorang jadi BnW (the broken window)

sekarang, kitorang dah upgrade nama jadik B-WOW! (broken window & overflowing water)

HAKHAK. saya sayang rumah saya :)

No comments: