Sunday, August 15

selepas beberapa hari…

honestly, saya memang tak mau up post baru sebab mengkhuatiri post sebelum ini (yang sumpah bahagia) akan terturun ke bawah. hahahaha. tapi insiden hari ni memang sungguh tak boleh blahhhhahaha. adoi adoi~

baru sekejap tadi, lepas berbuka puasa, kitorang, (saya and the housemates) lepak di ruang tamu. berborak pasal friends kat facebook. adik yanie punya kawan punya mak add yanie. lawak la kot kan? then saya tengok la facebook, kebetulan ada friend request. tengok mutual friend(s) ada seorang. mutual friend tu pulak saya tak kenal. ‘makcik-makcik’. eheee. dan mutual friends saya dengan ‘makcik-makcik’ tu pulak ada 5 orang SAHAJA. dan semua nya orang tawau. ok, saya buat kesimpulan, orang-orang tawau ni.

kemudian saya tengok la profile insan yang add sy tuh. lepas tu gambar dia pulak, gambar ‘nenek-nenek’ HAHAHAH. ok, di situ sahaja sudah lawak. saya tunjuk lah kat wani. pastu kitorang gelak2.

saya tengok lagi gambar-gambar kat profile dia. “ohhhh, akak ni ada boutique, jual kain rupanya. patutlah add” lepas tu kitorang sibuk-sibuk pilih kain kat ‘butik’ dia tu. wani excited sebab boleh tahan murah lah. ok. saya pun approve la request dia tuh.

beberapa minit lepas tu. saya dapat ni. (rujuk gambar)

butik

hahahahah! lawakkan? malu nya saya! hahaha. ok. mcm ni, kan sangat ramai org tag-tag baju raya kat facebook, jadi satu hari tu, saya berkenan dengan beberapa baju raya yang cantik. memandangkan ibu cakap x sempat mau jahit, jadi raya ni saya akan berbaju lama ataupun beli siap. saya tak suka sebenarnya baju siap, tapi TERtukar fikiran sebab banyakkkkk yang cantik! hahaha. ok. jadi tag la ibu gambar baju-baju tu. ibu pun cakap cantik, siap tanya macam mana mau beli. leceh la kan mau suruh ibu beli baju2 online. kesian. malas mau menyusahkan pegi sana sini bank in duit. jadi, ai tunjuk sample untuk cari design-design yang lebih kurang sama di KK. tiap kali call rumah pun mesti ibu tanya macam mana mau beli baju raya.

DAN HARI INI IBU PEGI BUTIK TERSEBUT DAN MESTI IBU BAGITAW ANAK DIA KAT NZ NAK BELI BAJU RAYA LEPAS TU SURUH TUAN PUNYA BUTIK TU ADD ANAKANDA BELIAU KAT FACEBOOK KAN? hahahaha. lawak la bu. mck ni pun satu, siap tulis kat wall lagi. aiyoooo! hahahaha. cute nya mommy sayaaaaaa! adeih. ingat jugak beliau kat anak yang shomel ini.

i love you lah, mommy! (tapi kejadian begini sangat lawak okeh) >.<”

ok, yang ini selingan :P

post

HAHAHAHA. bye!

No comments: