ok2. aku agak zalim sedikit sebab lambat call rumah. hahaha. parcel sampai hari khamis lagi, tapi baru call rumah. ehek.. ampun momma. tapi baru topup lahhh. dan dan dan! semua salah iyan! haha. suda pesan dengan dia di facebook suruh bagitaw ibu parcel suda sampai, tapi dia nda sampaikan pun. dush dush!
ibu sihat alhamdulillah. ayah baru balik dari outstation. minggu depan pegi pulau mana entah di pitas dan kota marudu, kemudian pegi sandakan. kesian lah ibu, asyik kena tinggal ehehe. mesti ibu sedih2. ayah aku kerja di baitulmal negeri sabah. jadi, bila ramadhan, ayah akan pegi kawasan pedalaman untuk distribute barang-barang keperluan mcm beras, biskut, dan mungkin wang (nda pasti) untuk anak-anak yatim dan mualaf-mualaf di kawasan2 yang berkenaan lah. selalunya akan pegi hampir seliuruh sabah. ibu cakap ayah suka kerja ni. (ohhh. rindunyaaa T___T)
ibu cakap, bulan puasa kali ni baru sekali dorang buka posa di luar. semuanya ibu masak. weeee. mungkin sebab ibu nda busy lagi. nda penat kerja sampai petang. ibu aku guru. before ni guru besar. baru beberapa bulan lepas ibu pindah sekolah dan apply jadi guru biasa. mungkin itu yang terbaik untuk kami. ibu cakap bukan pangkat yang ibu mau. yang penting kami happy, makan pakai cukup, orang tidak dengki dan kami semua sihat. alhamdulillah. banyak hikmahnya.
macam-macam jadi 2009 dan 2010. tahun yang sangat2 bermakna. dari yang paling menyedihkan sampai menggembirakan, dari yang menghampakan sampai membanggakan. aku sure raya nanti mesti gempak, semua orang akan jadi raja dan ratu airmata masa sesi bermaaf-maafan. (nasib baik aku xda. huhuhu. malu lah mau nangis dan berdrama. hehehe) tipulah cakap aku tak sedih nda dapat beraya dengan keluarga, tapi bagus jugak kan, aku nda la hilang macho nangis depan kazen2 aku! hahaha. sebab, dalam family kitorang sebelah ayah, abang aku yang paling tua, dan aku yang paling ‘kakak’ hahaha. malu la wey nangis! auww auww! hahaha. yang lain tu budak-budak lagi. mesti dorang tak nanes2 :P
cerita pasal raya di kampung, 7hb ni dorang semua balik LD. dua-dua family mak ayah aku di lahad datu (LD). jadi tiap tahun memang tak payah nak rebut2 balik kampung sapa. ehehehe. LD tu pun kecik lahhh, tak payah nak rebut balik rumah mana. eheeee.
korang nak taw, kalau mak aku cakap “i miss you” aku yang macho ni automatic meleleh. mak aku cakap sayu giler wey! mak aku cakap rindu, dia sunyi, dia bosan. sebab aku lah kawan bergaduh mak aku, aku yang selalu pujuk mak aku, aku yang selalu buat mak aku susah hati, aku yang selalu buat mak aku gelak. dulu masa aku study kat kuching, aku balik 5 atau 6 kali setahun. cuti tahun baru cina yang seciput tu pun aku nak balik jugak. hokhok. tiap kali aku balik, masuk je aku dalam kereta (kat airport), semua benda aku nak cerita. ibu ayah gelak-gelak je layan aku. kadang-kadang dorg tengok sesama sendiri, lepastu geleng2. hoho. aku terus jeeee bercakap. sampai aku penat. ha. tu lah yang mak aku rindu sangat tu. musim raya nanti sapa nak tolong mak aku kupas bawang dengan makcik makcik aku? sapa yang nak tolong TENGOK mak aku buat buras? ahaha. yang paling penting, sapa yang tolong buat kecoh kat dapur tu? makcik aku mesti rindu~ wuwuwuwuw. (ok, dah cukup segelen air mata aku hari ni) T_____T
uhuks. rindu wey. rindu gilahhhhh.
mak aku sedih tadi. dia cakap rindu, sunyi. adik aku nak fly pegi egypt 15hb nanti. mak aku cakap, dia tengah pujuk-pujuk adik aku supaya jangan pergi. huhuhuhu. kesian mak aku. anak-anak gadis dia semua jauh-jauh. mak aku tu tak lah rapat sangat dengan iyan tu. iyan tu pendiam dan jenis tak kisah. tapi ye lah kan. dah dua2 anak dara mak aku pegi jauh-jauh, sapa lah nak temankan dia kat rumah. T______T rasa macam nak balik sekarang jugak.
apasal entry sedih macam haram nih. huhuhuhu
********
aku: bu, adik suda pndai masak! nehhh. hari tu masak bla3, masak bla3, tengok resepi jak. hehehe
ibu: yaka? baguslah tu. balik nanti boleh suda ibu kasi kawin dengan Y (bukan nama sebenar)
HAKHAK! tengok mak aku sepoting kan kan? :P
aku: aish.. apa plak ni? <-----bajet lahhh hahahaha
ibu: ha! kenapa lagi tu? berubah hati lagi?
aku: eh, nda lah. tapi awal bah lagi ni. bu, kena ‘bakar’ terus lah adik oleh dia tu. huhuhu.
ibu: bakar? bakar kenapa?
aku: huhu. adik kan jarang terawih, lepas tu bla3… bla3…. (ye, aku asyik kena bebel je dgn pakcik tu… heeee. malu ai. auwww!)
ibu: laaaa, kenapa nda pegi terawih~~~ (join sekaki, membebel jugakkkkk)
aku: iya baaa. kadang-kadang seja adik nda pegi bah. <----alasan! hahahaha)
ok, dah la. kalau nak tau banyak2 lagi, call la mak aku sendiri. HAHAHAHAH! mengong :P:P:P




2 comments:
ayookk knapa cdey2 ni cewek...mengalir air mata ini hukhuk
semalam bah tu lepas call ibu. hukhuk.
sy pun mengalir2 smlm.
xpa. rindu,
bguslah masih ada rindu :)
Post a Comment