*senyum yang sedikit*
tetiba aku teringat selipar kuning hitam diadora dia. aku cari di google image, nda jumpa. semua tiba-tiba. entah kenapa. apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang, aku mau keluar dari bilik (L21), bilik paling hujung, dan paling atas di blok L. mungkin mahu ke kantin, atau ke kelas. mungkin juga mau ke dewan makan. tiada bayangan jelas untuk itu. tapi yang pastinya, keluar saja dari pintu aku cepat-cepat pakai selipar diadora kuning hitam itu. saiz nya besar sedikit dari kaki aku. tapi masih selesa untuk di pakai :)
cepat seja dia tangkap apa yang dalam kepala otak aku. he he. ajaib kan?
lepas pos begitu di wall dia, aku pegi mandi. sebab belum sembahyang lagi. teruk. uhuks =.=”
masa mandi aku senyum senyum sendiri. teringat dia cakap “kau cerita bah pasal aku, baru aku mau baca belog mu” HAHA.
bah, ini kali lah. jangan kasi lama. haha
kami dua entiti yang berbeza (gilahhhh entiti itu apa?) maksudku, kami dua individu yang berbeza. berbeza persona, dah personaliti juga.
dia cantik, aku biasa biasa saja.
dia kurus, aku suda ‘naik naik’ nampaknya.
dia getek dan gedik, aku gedik cuma
dia ramai peminat, aku ada satu saja (HAHAHA)
dia player, aku setia orangnya
dia rajin dan pengemas, aku pemalas dan selekeh gila
dia pandai masak dan buat kerja rumah, aku? pelan-pelan ba :)
- a. samad saidah
hahah. bukan aku cemburu. tidak. aku selesa dengan kehidupan ku begini dan dia selesa dengan hidupnya. banyak lagi perbezaan kami yang tidak disebutkan dalam PUISI di atas (hakhak)
dia kakak, aku pulak adik (in terms of gelaran). tapi aku rasa aku macam kakak dia. haha. sebab dia lembek, dia penakut, dia cengeng. (ok, aku pun lembek cengeng dan penakut, tapi kalau dengan dia aku automatic jadi gagah perkasa dan juara). macho kan?
*senyum sengih sengih lagi*
pernah kami keluar, balik rumah naik bas. lepas tu masa tunggu bas tu penuh, dia kena kacau oleh mamat tidak hensem (mesti mention ni tidak hensem sbb klu hensem lain reaksi dia. HAHA). ok, dia kena kacau. dia rimas rimas suda. saya tengok2 seja sebab… entah. haha. lepas dia nda tau macam mana mau handle mamat tidak hensem tu dia menangis. sepanjang perjalanan pulang dia bad mood. HAHAHAHA! balik rumah kena marah lagi dia oleh mummy dia sebab dia pigi nangis.
*ok, skrg ketawa pegang perut sbb lucu bila ingat!*
lembek kan? cengeng kan? hahaha. ok, lepas tu kami keluar lagi. kali ni di kk. kami duduk2 sebab penat, kami duduk di kerusi betul2 menghadap escalator. ada mamat hensem (dia bilang macam aidil yg pemain bola tu). oh dua orang. sorang lagi kawannya. dorang naik escalator tu dari level bawah, ternampak kami dua orang duduk-duduk. dorang pandang-pandang. dorang naik lagi satu kali untuk ke level atas (atas dari level kami duduk2). leher dorang macam mau patah suda tengok belekang. gilah. begitu lah buaya. ok, kemudian dorang dua TURUN BALIK! dorang datang. sy yang duduk sebelah ain dia buat muka paling garang di dunia. ain punya reaction, macam “ouh ensemnya, mau cakap apa nih?” plus, “eh eh eh. apa dorang mau ni qa?” plus “adui.. sana la bah kamu”
haha. ok. lelaki tu mengayat dengan melampau dan tidak beradab sampai saya jadi panas. hoh. macho kan saya? terus lelaki tu pun macam mau marah. nda macho kan dia? haha. kawan yang lelaki hensem tapi hampeh tarik2 suda dia, macam takut tengok muka macho saya yang nda memang nda bole kompromi time tu. hahahaha. lepas tu dorang blah. saya sakit hati. hoho. terus ain cakap, eh, terus ‘dia; cakap, “uwaaaa. nasib baik ko ada!”
*tersedar. eh, sampai mana suda aku merepek ni*
ok, banyak beza kami. banyak sangat! banyak banyak banyak! tapi ada juga persamaan. persamaan yang paling ajaib.
6th sense kami hebat. nah. ada sapa boleh lawan persamaan kami? ayuh, sini ke depan. (poyo =.=”)
tengok tu, saya cakap selipar (gambar di atas) yang tiada nilai dan sudah bertahun tahun dulu pun, dia dapat faham apa sebenarnya saya maksudkan.
cekap. secekap hatinya melayan kerenah saya yang sungguh banyak songeh.
dia upload gambar ini di facebook dia. hari tu.
tengok. tengok. semua benda sekecil kecil zarah bikin kami ada koneksi (connection). oi. sekarang pun aku rindu kau, makcik :(
bila datang aura hyper kami di facebook, penuh la wall penuh la homepage. kadang-kadang risau orang komplen.
pernah abang aku komen di wallpost kami, “bah, bcium la kamu dua sana!”
haha. terus kami menganga. apalah sampai suruh bcium? HAHAHA. panas pulak dia. iya iya. penjeles kan abang aku?
p/s: d, sekarang ai da taw kenapa you suka main main cinta. sebab you ada estradiol. HAKHAK. click sini untuk penjelasan. wakakakaka!
p/s/s: sayang you, nyahhh!
oh, kami selalu keluar berdua. tapi kami tiada gambar berdua. ada pun sekeping dua T____T. kalau keluar dengan orang lain berabis betul bergambar. nanti kita pigi photoshoot berdua ya! ;)
*kejap, saya mau cari gambar kami berdua*
oh. tidak jumpa. tapi saya jumpa gambar ini yg saya super like. mck, i curi ye :)
ahah! sekaligus bukti kami tidak gay. till then people *hearts*




No comments:
Post a Comment