Sunday, December 12

beauty tips from the beast.

Assalamualaikum people!!!! ok tajuk over.

semalam aku tidur pukul 3 pagi, dan bangun lambat. itupun dikejutkan oleh puan bonda sebab mau bawa jalan bersama makcik-makcik di 1 borneo. tapi last sekali, malas mau ikut sebab nanti masuk air. adoi. aku tak pandailah jalan dengan makcik-makcik. aku tak faham nak bawa pegi mana. plus, mom aku kan ada. tapi mom aku macam kecik hati aku xmau ikut. lebih-lebih lagi bila aku x kasik mak aku pakai tudung orang muda. sorry mom. sobs. T___T

*baru dapat call dr mom ada pameran canon di jesselton point. menyesal x ikut! uwaaaa*

anyways, mari berbalik kepada tujuan asal. beauty tips. beauty tips!

ok. mau cerita sikit pasal moisturizer. aku guna loreal. sebab dia dari paris. sebab dulu aku jeles tengok mak aku ada set lengkap loreal. balik dari maktab aku tengok meja solek mak aku penuh dengan loreal. semua2 lah! aku jeles. minta mak aku beli jugak. tapi mak aku cakap, beli sendiri sbb mak aku beli guna duit gaji dia.. kalau mau jugak, usaha sendiri. uhuks. dapat elaun aku beli jugak! (sapa mau banyak duit sila masuk maktab, elaun banyak sumpah cukup. tapi tidak cukup untuk para pemboros, jadi kalau kau pemboros, kau berdoalah bapak kau cepat2 kaya)

since then, aku guna loreal. tapi di nz serius teda loreal whitening. ada pun yg warna merah. anti-aging. HAHA. aku mengadu kat mak aku, dia cakap betullah sebab orang putih buat apa nk putihkan diri. betul jugak. HAHA. orang hitam coklat mcm aku seja yang memerlukannya. oleh itu mak aku terbangkan loreal ke nz! buatan malaysia tauk. haha auta lagi. (tengok gambar saja, x payah penat2 baca post tu. haha). <—gila panjang nama link :P

GILALAH! entry suda panjang2 begini, tapi beauty tips belum kasi lagi kan? HAHA. ok2.

______________________________________________________________________________

masalah: aku suka pakai night cream sebab setiap kali bila aku pakai sebelum tidur, aku merasakan kesihatan kulit muka tahap maksima pada keesokan paginya. aku rasa macam liang2 tertutup dan muka makin fresh. tapi aku selalu lupa untuk pakai. jadi, aku decide untuk pakai waktu siang. lagipun, aku x kemana-mana, hanya duduk dalam rumah, bukan? (itu apa yg ada dlm fikiran cetek aku lah)

tapi teda efek kah??

nasihat dari incik google:  sila google, "night cream vs day cream" atau "bolehkah sy memakai night cream di siang hari?" atau "whats the difference btn night & day cream" HAHA.

jadi ada beberapa jawapan yang best untuk itu.

secara ringkasnya, bukan tidak boleh memakai cream ini tidak mengikut waktunya. tapi kedua-dua bahan ni mempunya kandungan & fungsi yang berbeza. basically, yang day cream tu adalah berfungsi untuk memberi nutrien yang diperlukan untuk kulit disiang hari (masa kita aktif bergerak & bekerja) dan ada juga day cream yang melindungi dr UV kan?

MANAKALA, night cream pulak untuk mengembalikan balik semua nutrien2 yang hilang sepanjang hari. kira mcm proses pembetulan lah (??) haha. bad choice of word. ok. sepanjang kt tdur, kulit muka lebih relax dan senang menerima vitamin & anything yang terdapat dlm cream tersebut. disebabkan kandungan night cream lebih pekat dan power, muka kita akan sedikit berminyak (yes it is, but who cares? sbb bangun pagi ko terus mandi dan cuci muka bukan? lagipun berminyak untuk kesihatan! :P)

______________________________________________________________________________

untuk keterangan TIDAK ringkas, sila baca

Whats the difference between night cream and day cream?

atau

day n night

atau

night cream vs day cream

 

itu sajalah. sekian :)

No comments: