your dream wedding
EHEEE. aku terus ingat wani everytime fikir/cakap pasal wedding2 nih. sebab ni salah satu hobi wani bila lepak HAHA. macam ni, macam ni…
b! ko nak pegi mana?? jom la lepak-lepak!
jom berangan jom! b! b! nanti ko nak wedding ko mcm mana?
ah. rindu gadis-gadisku!
jangan berharap khayalan tahap tinggi untuk entry ini okeh? aku punya ambisi (ambition/cita-cita HAHA) yang biasa-biasa saja. he! :)
dulu mak aku pernah cakap. kalau aku kawin nanti dia nak buat setail garden wedding. tapi aku rasa tu macam x relevan sikit. sebab
- cuaca kat mesia ni x menentu. hujan ka, panas ka, boleh datang bila-bila masa. kalau tetiba hujan ms aku tgh catwalk dengan laki aku, bukankah sexxxayyy nanti. cehh. main basah-basah pulak. WAKAKAKA
- ok. itu kalau hujan. kalau panas?? gila kentang aku. dah lah pakai gaun cantek-cantek. panas kot! musti x larat punya. lepas tu nak sibuk fikir mekap yang mencair pulak. adoi. panas! panas! xmau! xmau! teheee
jadi, my dream wedding adalah seperti…… *drum roll* ahaks.
ok. ini KALAU boleh lah kan. KALAU lah. aku nak yang simple-simple sensasi. hoyeah!
1. wang hantaran dirahsiakan. hanya diketahui oleh kedua mempelai dan keempat-empat orang tua sahaja. bakal merasuah para parents untuk TIDAK memberitahu pihak media. korang jangan nak gatal mulut tanya-tanya aku. x layan! aku malas lah kalau makcik-makcik ni bising. banyak susah. kurang pun susah. suka hatilah! aku yang nak kawin, kau jangan sebok-sebok. *eh, kuanghajo pulek*
2. hantaran tidak akan sampai berdulang-dulang yang kalau di susun secara linear bakal mampu memenuhi kehendak puteri gunung ledang untuk mempunyai jambatan dari gunung ledang ke melaka. kau over noks!
hantaran hanya berupa sekuntum cincin platinum/emas putih dan senaskah al-quran. insyaAlllah.
buat apa nak bagi set minyak wangi + lotion + pencuci muka [+] towel yang digulung2 dan dihias2 macam nak join pertandingan reka cipta. x nak lah jam-jam tangan emas. atau kasut bonia atau handbag LV. oh tidak perlu abang. *gelinya type ayat paling last tu. haha emosi pulak. yuck yuck*
3. majlis sekali sahaja. ataupun maksudnya, majlis dipihak perempuan dan pihak lelaki digabungkan. (ni aku rasa macam mustahil, tapi macam x mustahil jugak!) teheeee. nak buat simple-simple tapi besar tapi sekali. boleh? faham? ok macam ni, kalau nak buat majlis besar-besar (ramai orang datang), TIDAK SEMESTINYA mewah-mewahkan? ha. mcm tu lah.
4. mahu buat di KOTA KINABALU! tapi ni yang aku risau. sebab family aku ramai kat LD. memang tanah tumpah darah aku, family mak aku, dan family bapak. kami semua orang LD. tapi x kira. aku x mau buat kat LD. serius. xmau xmau xmau! *nangis sambil hentak2 kaki di lantai*
5. kahwin dengan yang tersayang. eheee! mestilah berangan kahwin dengan yang tersayang. tapi. uhuks. itu semua urusan Allah.
(p/s: kalau nak kawin dengan yang tersayang, MACAM orang tawau lah. hahahaha. setujukah mertua aku buat majlis sekali sahaja, di KK pulak tu. mesti susah family blah dia nak attend) T___T
6. nikah kat masjid. masjid bandaraya kk insyaAllah.
ihsan google. nama image ni, fendi & rozana. terima kasihlah pinjamkan image. haha
7. wedding gown? belum pernah terfikir pun nak pakai yg macam mana. mahu gown putih suci tapi ada corak merah2 sikit *subject to change* HAHA. entahlah. entah. yang penting bukan sewa. hak milik persendirian. sapa mau jadi designer??! boleh pm aku lepas ni. lalalala
8. location? dewan lah kot. atau hotel. atau mana-mana lah. yang penting tidak menyusahkan mak aku. dulu ingat mau buat di rumah sendiri. rumah kepunyaan ku. yang ada laman besar-besar. tapi macam impossible sikit. sebab nak kawin 2014 (HAHAHAHAHAHAHA) dan masa tu. baru 2 tahun keja. belum dapat pengesahan jawatan lagi. dan oleh itu, tidak boleh loan untuk buat rumah. teheee. ok. hotel atau dewan nanti kita fikirkan lagi.
9. event-event masa majlis resepsi pun aku x fikir lagi lah! nanti lah. 2013 baru sambung berangan balik.
10. MAHU SURPRISE DARI LAKI!!! hahhahahaa. tetiba kau cakap kat emcee kau nak nanyi sambil main gitar kan? fullamak. i cinta you dabel-dabel lah sayang! nanti orang semua dah balik i peluk you ketat-ketat. (sebab depan orang ramai kena control macho dan cool, jangan gelabah atau shock sangat, dah lah baju cantek! ahaks!)
11. pelamin punya design nak yang simple-simple modern tapi setail abis! padikdokkk! (sambil ibu jari goyang goyang ke kiri ke kanan)
macam itulah ‘padikdokkk!’ terima kasih pelakon tambahan. HAHA
ok. cukup itu dulu. nanti baru sambung berangan balik. Ya ALLAH, aku mahu bakal laki aku adalah orang itu T____T
xmau berabis untuk wedding. mau bawa laki honeymoon d NZ. roadtrip bersama yang tersayang. yak ampun. punya setail!
p/s: terimakasih kerana memasukkan soalan sebegini dalam blog challenge ni. betulbetul menjana imaginasi dan membikin rasa cinta dan rindu bersemi. *astaga pingsan pingsan!*
thanks for reading, phewwwittttt! ;)




1 comment:
hoittsss.
baek punya berangan ya!
Post a Comment