Wednesday, December 29

entry ini serius kerana aku tersedar.

Assalamualaikum, hai :)

 

begini kisahnya. aku ada seorang kenalan. kawan, yang sangat rapat dengan aku. dia orangnya biasa-biasa saja. nakal jugak macam orang lain. kadang-kadang dia merempit (tapi rempit comel-comel seja), dia jugak ada rasa cinta pada manusia, dia ada kehidupan yang biasa-biasa. pokoknya, dia sama seperti kita-kita jugak. oh iya, dia lelaki. (dan dia ada facebook jgk. tehee)

 

suatu hari, dia menjauh. aku ingatkan aku yang bersalah. mungkin buat dia tersinggung atau terasa. aku cuba pulihkan keadaan. dia cakap dia ok-ok seja.

 

sampailah satu hari. aku perasan sesuatu. di facebook, dia selalu share benda-benda ilmiah. post-post yang berbentuk islamic. aku mula faham lah suda, dia mungkin mahu berubah. berubah ke arah kebaikan, obviously. dan yep, dia semakin dan semakin menjauh.

 

heh. giliran aku pulak yang sentap. aku sedih jugak sebab aku kehilangan seorang kawan yang best. tapi, x kan lah aku mau larang orang berubah ke arah kebaikan pulak. kadang-kadang aku bangga jugak dengan sikap dia tu. betul-betul kuat. bukan senang untuk jadi macam tu.

 

kamu tau? oleh sebab dia selalu post benda-benda ilmiah di wall dia, aku terasa. aku terasa dia tujukan untuk aku jugak. aku rasa dia post untuk aku baca. dan lama-kelamaan aku menyampah.

 

menyampah lah pulak. malaarrrr post benda-benda islamic. mau sindir aku? cakap pasal mulismah bla3. ko baca sorang-sorang sudeh! mau bagitau satu dunia ko baca benda baek2???

 

TAPI. setiap notes, atau video yang dia share, aku baca. hehe. dan setiap kali aku baca. aku insaf dan aku sedar. at least, selepas baca notes tu, aku insaf kejap. well, kamu pernah rasa sangat gembira dengan duniawi sampai kamu rasa yang kamu semakin jauh dari Tuhan? dan bila kamu baca sesuatu yang benar dan menyedarkan, kamu terus tersedar kan?

 

contohnya: (okay, kita ambil contoh aku)

musim cuti ni, terlalu banyak benda gembira untuk aku. bercuti dengan family, ada mini gathering pulak dengan wasabers, jumpa kawan baru, pegi tengok wayang main game & bla3.. lepas tu balik kampung dapat makan macam-macam. shopping pulak sampai duit abis. semua aku mau aku dapat. mengaji ada? ada tapi semakin lama, semakin kurang. buat kebaikan ada? tolong mak aku masak pun jarang. ada ‘bagi makan’ hati dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya? kurang. kurang sekali. NAH. jadi bila kau baca sesuatu seperti ini. kau tersedar kan? terus kau buat entry serius begini

 

alhamdulillah. masih ada yang menyedarkan. terima kasih.

 

sekarang aku faham dan aku sedar. silap aku kerana terlalu ikut perasaan. aku marah bila kawan aku share benda-benda ilmiah di facebook. aku menyampah bila kawan aku ‘bajet alim’. tp aku x sedar bahawa benda tu sangat berguna untuk aku sendiri. dan tidak mustahil mungkin memberi kesan kepada orang lain jugak, kan? :)

 

aku bukan orang yang banyak tahu pasal ilmu agama. memang tidak layak untuk aku tulis cerita sebegini. tapi aku rasa mahu luahkan perasaan aku yang untuk saat ini tersedar dengan kekhilafan sendiri.

 

dan aku terfikir begini sebentar tadi.

bila aku tetiba jumpa satu video clip best dari youtube, aku cepat-cepat share! itulah lagu paling best abad ni! memang favoritas. clip dia pun best macam cipan! korang mesti tengok! tengok tau tau!

 

bila aku renung-renung. samalah jugak macam orang yang share benda-benda ilmiah tu. bila dia baca, dia cakap;

bestnya tulisan orang ni. pandai dia bermadah. sejuk hati membacanya. bestnya. hurm. sharelah!

 

kan kan?

 

aku tidak follow blog2 agama macam: langit ilahi, dan sapa tu yang orang selalu follow? lupa nama dia. hehe tp kawan aku selalu cerita-cerita pasal dia :)

 

tapi aku suka baca belog kawan aku sorang ni. dia roomate aku dulu. bila aku baca, aku tersedar sekejap. hehe. pegi belog ini kalau sekali sekali kamu mahu makanan untak sang hati! :)

 

eh, okaylah dulu. mungkin itu seja aku mau cakap. jangan risaulah. next entry kita boleh ketawa-ketawa lagi :)

 

p/s: baca link yang pertama tu okay? best! ehehehe.

 

 

terima kasih encik-tukang-share-post-post-islamic!

3 comments:

NazrEn said...

wedede..insap deh gue.....

~NiZa Maksit~ said...

huhu..thnx bt entri ni..
T.T

tqa said...

arin: baca link tu? insaf kan? T__T

nija! kenapa thanks. wuwu